Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

~ Terbanglah tinggi mencari idea untuk dicurahkan ~


Glitterfy.com - Butterfly Glitter Graphics

Serba sedikit mengenai novel ini. Jalan cerita yang ringkas tapi padat dengan kiasan-kiasan cinta. Kisah romantik komedi yang dipaparkan akhirnya membawa kepada kesedihan dan kesesalan. Si heroin telah berhijrah iaitu dengan bertudung dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Di awal cerita dia terlalu leka bercinta bersama seorang lelaki yang terang-terangan bergelar 'Buaya Darat'. Hatinya dikaburi cinta palsu yang bukan miliknya buat selama-lamanya.

I'm Your Lady.. (Bab 1)

Kurenung ke luar jendela... Di waktu pagi yang penuh kedinginan ini, selain terlihat dua ekor pipit yang sedang ber ‘dating’ kononnya di atas dahan pohon rendang yang berhampiran, kubayangkan sekeping hati sedang berlegar-legar di udara sambil melalui awan biru bagi menuju ke destinasi cinta. Hah! Awan berwarna biru? Biarlah.. dengarkan dulu apa yang mahu diperkatakan oleh isi hatiku ini yang sudah lama bertaut kasih, mengenangkan si dia. Seutuh cinta kami begitulah ke hari ini. Di mana bibit - bibit cinta terkias di bibir nyata. ‘Always!’ Ouch ! Lantas diketuk kepalaku oleh tanganku sendiri.

Alahai, bermadah pujangga pula aku pagi-pagi nih. Aku seperti biasa suka termenung sendirian di mana sambil otakku ligat memikirkan sesuatu serentak dengan pandanganku melopong entah ke mana. Arghh ! Kenapa dengan aku ni? Bagaimana aku boleh terperangkap dalam dunia cinta tanpa sempadan ini..? Aku tidak boleh memandang yang lain kerana tertumpu pada sesuatu yang mana padaku ianya indah belaka. Kekasih hatiku yang mana mempunyai pelbagai sikap yang aku anggap terlalu baik di mataku. Aku ibarat lupa dunia..

“Faizura, dah lambat ni. Kenapa belum siap lagi..? Asyik termenung je tau. Ish! Akak dah siap ni. Kalau lambat akak tinggal kang..” Sedang aku melayani arus deras perasaan, kak Anis datang menyapaku.

“Termenung apa pulak. Erm, Zura tak nak pergilah kak…. Tiba-tiba rasa malaslah pulak. Nak tidur lagi bagus.. Semalam Zura tidur lambat. Hurmm...” Dia menarik muka 360 darjah setelah kuajukan keputusan.

“Ala.. Zura ni dah kenapa ? Tadi dia yang beria-ria sangat nak pergi. Suruh orang tunggu dia.. lah. Apa lah.. Tup! Tup! Tak jadi pergi pulak..” Pertanyaan itu membuatku jadi serba salah. Ya Allah.. Kenapalah dengan kau ni Zura? Pergi jelah, sekurang-kurangnya ada juga kau keluar mana-mana hari ni. Kalau tak, asyik terperap.. aje kat dalam rumah. Lagipun, kau kan dah janji nak ikut Kak Anis tadi.. huh! Dengus hati kecilku. Mungkin aku masih lagi berkhayal tadi.

“Hm.. Kalau akak nak Zura pergi juga, okeylah.. Zura bersiap sekarang. Akak tunggulah kat bawah dulu. Zura siap kejap.. aje eh?” Sebenarnya aku malas nak ikut Kak Anis. Tapi, aku juga yang nak sangat akak membawaku bersamanya tadi. Sekarang, aku tidak mahu pergi pula. Ah! Pergi sajalah... Mungkin nanti ada ‘something’ yang aku akan terlepas, menyesal pula aku. Hehe. Ketawa pulak hatiku ini.

“Cepat tau! Jangan lama-lama. Kalau tak, akak tinggalkan Zura..”
Jadi, aku memutuskan untuk mengikuti Kak Anis ke majlis temannya. Sejurus kemudian, dia keluar dari bilikku. Aku pula bingkas bangun sambil mencapai sehelai tuala. Selepas mandi, gaun merah jambu bercorakkan sekuntum mawar putih di bahagian pinggang pemberian ibu sempena hari lahirku menjadi pilihan untuk kugayakan ke pesta tersebut. Kemudian, beberapa solekan ringkas kukenakan pada wajahku. Kusikat rambutku yang berurai panjang hingga ke paras pinggang dan kusisirkan penyepit rambut berwarna merah berbentuk hati pada rambutku yang dilepas begitu sahaja. Hm.. ‘perfect’!! Suara Kak Anis memanggilku sudah sayup kedengaran. “Yelah.. Zura siap dah ni.. kejap ye kak.” Kusahut panggilannya sambil mencapai sebuah beg tangan berwarna hitam kemerahan yang tersusun rapi bersama beg-beg berjenamaku yang lain. Hm, apa lagi yer..? Okey, rasanya semua dah lengkap!

Haa. Satu lagi.. Possing sikit.. Peace!! ‘cover cute..’ Klik! Fotoku diambil untuk disimpan buat kenang-kenangan dalam ‘i phone’ku ini. Haha! Kenanganlah sangat.. Hm.. nice pic! Haha.. masuk bakul angkat sendiri lah pulak aku ni. Alamak…!!! Dah lambatlah. Nanti Kak Anis marah aku pula. Membebel.. tak tentu pasal. Hehe!!

“Ha, cepatlah kak. Jomlah kita pergi sekarang.” Kataku sambil menuruni anak tangga dengan berhati-hati agar tidak tersadung gara-gara gaun yang sedikit labuh ini.

“Amboi, cantiknya adik akak sorang nih! Kalau ajak ke pesta, bukan main lagi yer. Melaram sakan mengalahkan artis Hollywood. Hei, Zura.. Zura..” Pujian kak Anis benar-benar membuat pipiku merona kemerahan. Aku hanya membalas pujian tersebut dengan sekuntum senyuman.

“So.. ini majlis perpisahan lah yer ?” Tanyaku sambil memandang Kak Anis ketika kami dalam perjalanan .

“Lebih kurang macam tulah…. Sebenarnya, kawan akak tu.. nak sambut kejayaan kerana dia dapat tawaran sambung belajar kat US. Haa.. kalau Zura nak jadi macam dia, belajarlah rajin-rajin jangan asyik khusyuk bercinta.. aje. Faham?” Terang Kak Anis.

“Ye.. lah, cik kak oii.. Zura tahulah. Hmm, jauh lagi ke rumah kawan akak? Penatlah Zura tengok akak ni dari tadi asyik belok sana.. belok sini..” Tanyaku lagi.

“Sudah sampailah. Tu.. kat depan sana sikit tu rumah dia.. lah. Sekejap ye akak nak cari tempat nak ‘parking’ dulu.” Khusyuk bercinta? hurm... biasalah! Remaja macam aku inginkan hak kebebasan.. Kami masih tercari-cari akan kenikmatan hidup.

“Kejap eh.. Zura nak touch-up sikit.”

“Ish.. Mengada betullah Zura ni. Jangan over sangat.. bukannya ada red carpet pun...”

"Biar ah.. " Jelingku.

Kedatangan kami disambut baik oleh sahabat kak Anis yang bernama Afiqah. “Hai.. Fiqa!”

“Hello!! How are you Anis? U look different today.”

“Okey je. Eh, sorry.. aku lambat.. Tunggu minah senget ni.. lah!”

“Sorry, sis!” Sambungku sambil bersalaman Kak Afiqah.

“It’s okey.. Hurm.. Ini adik kamu ke? Hurm... nampak matang macam kakak dia.. Ha! Faizura.. kamu buatlah macam rumah sendiri ye dik. Kak Fiqa nak ajak Anis jumpa kawan-kawan kejap. Kejap.. aje. Okey? Pergilah makan-makan dulu ke.. eh?”

“Akak tinggal Zura kat sini dulu kejap tak apa kan?”

“Hm.. tak pe. Lagipun Zura nak ‘round’ kat luar rumah.. Macam best.. je!!”
Aku berjalan-jalan di halaman rumah. Hm.. good decoration! Sungguh cantik mata memandang.

Sedang aku terleka memerhatikan sekuntum bunga orkid..

MIOWW!!!!!!

Tiba-tiba seekor kucing berlari ke arahku. Aku pantas mengelak ke sebelah kanan dan tiba-tiba sahaja kaki aku yang tidak bersalah ni tersepak batu. Aduhh! Hampir tersungkur aku dibuatnya. Tapi tanganku cepat terkena tanah. Argh.. kan dah kotor. Aku membebel sendirian sambil menguis-nguis pasir dan dedaun kering yang terkena pada gaun kesayanganku. Selepas itu, aku menggosok pipiku yang terasa agak gatal. Ish.. apasal.. lah aku juga yang kena hari ni? Hei.. kucing! Nasib baiklah kau tu binatang.. sayang jugak aku kat kau walaupun kau yang menyebabkan aku jadi macam ni….!!!!

“Ahahahaha…. Ehermm…” Eh, siapa pulak yang ketawakan aku ni? Tanpa membuang masa, aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang agak ‘good looking’ sedang menekup mulutnya sambil berbaki ketawanya. Aku merenung tajam ke arahnya sambil mencekak pinggang. Huh! Siapa pulak bro ni..? Eii, geramnya aku!!!! Tak pasal-pasal gelakkan aku… urgh!

“Oitt!! Apasal awak gelakkan saya hah? Ada yang kelakar ke? Hah?” Sebaik saja aku memarahinya, gelak tawanya makin rancak. Terdapat beberapa orang sempat memerhatikan kami. Jantan ni buat malu aku aje!! Dah la serabut ni.

“Helloo… encik, kenapa ketawakan saya? Kalau saya jatuh pun.. normal lah kan! Macamlah awak tu.. tak pernah jatuh!” Ingin saja aku menunding jari ke hidung mancungnya itu.

“Cantiknya muka awak.. ahahaha!!!!”

“Dah cantik, kenapa gelak? Kecantikan itu sesuatu yang lucu kah?”

“Sejak bila ada jual blusher warna hitam hah? Owh.. saya lupa. ‘Trend’ terkini agaknya. ” Apa? Blusher warna hitam? Tak silap aku.. aku mengenakan blusher pink. Bukannya hitam.. Hah!! Jangan-jangan muka aku… ! Lantas aku menutup wajahku dengan kedua-dua belah tangan. Ahh.. malunya aku.. Geram betul!

“Hei, yang awak tutup muka tu apasal? Boleh hilang ke kotoran tu.. Meh sini!” Tiba-tiba dia menarik tanganku dan terus mengelap kotoran yang ada pada wajahku tadi menggunakan sapu tangan yang dikeluarkan dari poketnya. Aku tergamam seketika setelah melihat perbuatan spontannya itu. Lantas aku merampas sapu tangannya dengan kasar dan mengelap semula wajahku dengan sendiri. “Nah! Ambil balik! Thank you very very very much!”

"Wow.. banyakknya very awak.. cute pulak saya dengar.."

"Gila!"

“Tak sangka ye.. ada juga orang yang datang ke pesta tak berteman. Kan, cik adik? Dah tu.. terkena musibah pulak. Kesian.. kesian..” Tegur lelaki itu.

“Bukan musibah, kemalangan kecil! Yang awak sibuk sangat apasal? Suka hatilah saya nak datang dengan siapa pun..” Jelingku.

“Yup! Saya memang suka menyibuk hal-hal gadis secantik awak. Ehem.. by the way.. perkenalkan nama saya Fairus. Erm.. Tengku Fairus. You..?” Entah kenapa dia ingin berkenalan denganku. Hm, lantaklah! Apa salahnya kalau aku pun memperkenalkan diriku pada mamat poyo.. nih.

“Nurul Faizura! Kenapa? Tiba-tiba tanya nama orang nih apasal hah?” Jawabku dengan nada yang agak kasar. Sejak aku bercinta dengan Rizman, sukar untuk aku bercakap lembut dengan mana-mana lelaki. Entah kenapa automatik diriku menjadi sekasar itu. Tapi benar-benar tak sangka bahawa ada lelaki seperti dia ini yang sanggup tahan dengan kekasaranku.

“Amboi, garangnya. Kata jual mahal kang, aku jugak yang kena pelempang. Ops, sorry. aku pulak. Eh, kejap! nama awak pun mula huruf F? Hm.. Faizura.. Fairus..! Fairus.., Faizura..! ada persamaanlah! Entah-entah kita ada jodoh tak..” Kata-kata itu membuatku terasa hendak muntah. Cis, ada hati.. dia belum tahu yang aku dah ada yang punya. Fikirku dalam hati. Geram akan kata-katanya itu.

“Maafkan saya, awak siapa nak tentukan jodoh? Awak ingat saya kenal sangat ke dengan awak ni? Muncul dari planet mane ntah!” Marahku sambil mencekak pinggang.

“Mestilah planet bumi.. Takkanlah muka kacak.. macam ni datang dari planet Pluto kot? Tapi.. kalau tak kenal, jomlah kita berkenalan. Apa kata orang? Tak kenal.. maka tak cinta.. Saya suka akan penampilan awak. So.. sweet.. And you are very suitable with a handsome man like me.” Eiukk…. tak sangka masih ada manusia seperti itu. Syok sendiri!!! Lelaki tak malu!

“Hmm… sorry. I have to go now. Awak cakaplah sorang-sorang! Malas nak layan. Layan tembok lagi baguslah..” Aku segera meminta diri.

“Anyway, can we meet again? I mean, for a dinner.. maybe! I will treat you..” Pantas Fairus mengeluarkan suaranya yang agak cover itu.

“For your information.. I don’t want to see you anymore! Okey??” Aku terus beredar dari situ lalu pergi mendapatkan Kak Anis.
Huh! lega akhirnya. Jauh daripada mamat tadi. Kejap…. kenapa dari tadi aku asyik memikirkan dia? Sangat - sangat tidak penting!! Merosakkan fikiran aku betullah!


“Amboi.. jauh termenung nampak! Zura.. teringatkan buah hati ke…? Khusyuk sungguh adik akak sorang ni. Sampai dengan akak pun tak diajak berbual..” Teguran Kak Anis membuatku sedikit terkedu. Hah? Buah hati..?

“Termenung? Eh.. tak ada, lah! Cuma saja.. tengok-tengok kat luar ni.” Jawabku.

“Akak tengok tadi, Zura berbual dengan seorang lelaki. Ehem.. tu pak we baru Zura ke? Hai.. takkanlah tak cukup dengan Rizman sorang aje.. Atau pun, dah putus dengan si Rizman tu? Ish.. tak baik tau, mempermainkan lelaki. Playgirl namanya.. Zura ni! Ish! Ish! Ish!” Apalah Kak Anis ni, ke situ pulak dia. Takkanlah aku tak boleh cakap dengan mana-mana lelaki selain Rizman.. Tak pasal-pasal dicopnya aku ni ‘playgirl’.. Akak… akak..

“Eh, mana ada.. Akak ni.. mana ada Zura ‘break’ dengan Rizman tu! Lagipun kak, orang gila mana entah ganggu Zura tadi. Rimas betul,Zura. Isy, tolonglah.. takkanlah dia tu nak jadi pak we Zura.. Excuse me.. he is not my taste, sis.” Ye.. lah tu dia bukan ‘taste’ kau, Zura.. Kacak kot!!!! Kau aje yang jual mahal… humph!!! Kalau Rizman bukan milik aku, dah lama aku pikat jantan tadi.. hehe. Mulalah aku ni nak tunjuk belang. Astaghfirullahalazim, tak baik kau cakap macam tu cik Zura hoii..

“Itu, lah. Zura ni cantik sangat! Siapa yang tak terpikat? He.. he.. Eh, Zura.. lelaki tadi kacak jugak kan? Malah lebih kacak dari Rizman. Berkenan akak tengok!” Mukaku mula mengembang memikirkan perkara yang paling aku suka iaitu sewaktu orang memuji aku. Tapi, Apa! Apa Kak Anis cakap? Mamat tadi tu lebih kacak dari Rizman?

“Akak ni.. ada-ada saja tau! Kalau macam tu, akak ngorat jelah dia.. Dia tu single lagi kot.. tu yang asyik ngorat anak dara orang tu! Akak try lah..” Aku mencubit paha Kak Anis tanda kemarahanku.

“Tak boleh.. sebab dia dah mengorat dulu adik akak yang cantik manis nih..”

“Ish, akak nih..” Kali ini Kak Anis sempat saja mengelak sebaik sahaja aku ingin mencubitnya buat kali kedua.

“Elleh… suka lah tu. Kak Anis tahu, Zura suka kan? Tengok tu.. kan dah kembang satu badan. Apalah Zura ni, sampai nak cubit-cubit akak pulak.. sakit tau.”

“Ish.. sudahlah. Akak nih suka tau, usik Zura. Nanti, Zura ‘report’ kat ibu baru tahu. Akak kena cubit dengan ibu baru puas kan?” “Kenapa tak ‘report’ kat Rizman terus? Dia kan.. si jantung hati Zura.. mengadulah kat dia tu... ‘Call’ lah dia cepat!” Usik Kak Anis lagi.

“Sudah, sudah. Kalau macam ni, bila nak habis? Dah Okey? Hmm.. balik rumah nanti, kita sambung balik yer? Kita bertengkar puas-puas..” Kak Anis hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersengih. Aku pun senyum selamba.
Kak Anis memang seorang yang ‘sporting’. Hubungan aku dengan Rizman, hanya dia sahaja yang tahu. Ibu dan papa langsung tidak mengetahui hal ini kerana aku tidak berani untuk berterus-terang. Tapi memanglah, lambat laun pasti mereka akan tahu juga. Entah siapa yang akan tahu reaksi mereka nanti. Sekarang belum tiba masanya.

Tiba-tiba sahaja, telefonku berdering. Lantas aku menjawab panggilan tersebut walaupun aku tidak mengenali nombor yang terpapar di skrin telefon bimbitku.

“Hello, Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam. Boleh saya tahu, siapa ni?”

“Ni sayalah. Fairus. Hai.. takkanlah dah lupakan suara saya yang ‘macho’ nih?” Kejap! Aku mengimbas kembali sewaktu di majlis tadi. Oh, dia rupanya. Patutkah aku bercakap dengannya? Atau aku matikan saja telefon. Huh, macam mana ni..

“Faizura.. Are you still there? Kenapa awak diam saja..”

“Hah? Apa? Hei...!!! Mana awak dapat nombor ‘phone’ saya hah?” Ish! Macam manalah nombor telefon aku ada kat dia?

“Ade lah.. mana boleh beritahu mana saya dapat. Hmm, saya nak tanya awak sikit nih, nak tak.. kita keluar makan? Untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Saya sukalah kat awak.. Hm, Apa kata kita makan dekat.. ” Eii.. tolonglah.. bukan dengan mamat sewel nih. Tak akan mungkin!!

“No thanks!! Saya tak berminat sama sekali. Thanks for your offer. Okey.. bye! Bye!” Sebelum dia menghabiskan percakapannya, aku terus mematikan telefon walaupun aku tidak tahu apa yang dia inginkan tadi. Aku tak sudi berkenalan dengannya. Aku khuatir jika dia terus mendekatiku, dan jika Rizman mendapat tahu, pasti dia cemburu habis. Ish! Tak nak aku. Tak pasal-pasal nanti aku kena marah dengan dia.

“Siapa yang telefon tu.. Nampak marah je adik akak nih. Ada orang ajak bergaduh lagi ke..? Hei, tak habis-habis bergaduh. Tak baik tau!” Tanya Kak Anis sambil meneka yang bukan-bukan.

“Bergaduh apa bendanya pulak akak ni.. Akak ni suka sangat salah faham.. Tak de apa lah kak.. Eh, dah sampai rumah. Zura masuk dalam dulu yer.” Aku mengelakkan diri dari menjawab pertanyaan Kak Anis. Kebetulan kami sudah tiba di rumah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk tidak memberitahu kepada Kak Anis. Jika akak tahu, fuhh.. pasti aku asyik diusik olehnya. Pasti tak boleh duduk senang langsung..

Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Aku mencapai sekuntum bunga mawar putih pemberian Rizman. Aku menghidu keharuman bunga tersebut. Kerinduan yang bertaut di hati kembali menyusuri kedinginan jiwa sanubariku. Kesegarannya masih mekar selagi dijaga dengan baik. Walaupun pada akhirnya akan layu jua..

Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Rizman pada waktu ini? Adakah sekarang dia juga sedang merinduiku seperti mana aku sedang merinduinya..? Sudah lama aku tidak mendengar suaranya. Aku lantas mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Rizman yang sudah aku hafal dari dulu lagi.

“Hello, Assalamualaikum.. awak tengah buat apa tu..? Sibuk ke..?”

“Waalaikumussalam… Zura, awak ke.. hm? Tak ‘busy’ sangat pun..”

“Awak….?” Tegurku perlahan.

“Ye, ada apa?” Kenapa agaknya suaranya tidak se ‘happy’ ketika aku menghubunginya sebelum-sebelum ni. Ada apa-apa yang tidak kena kah? Aku agak khuatir akan keadaan Rizman yang sejak belakangan ni dia selalu tidak ceria saja. Sakitkah dia?

“Awak okey? Kenapa suara awak lain macam saja? Tak de mood eh..?”

“Bukanlah.. Erm, saya tak berapa sihat sikitlah.. dua tiga hari ni. Urgh! Urgh! Ha.. awak dengar sendiri kan? Saya tak berhenti-henti batuk dari tadi. Saya rasa kita jangan berjumpa dulu ye dalam beberapa hari?” Owh, patutlah. Tapi takkan gara-gara tidak sihat sikit saja dia jadi seperti itu? Selalu saja mahu mengelak daripada bertemu denganku. Ah! Biarkanlah. Malas aku memikirkannya.

“Tapi….”

“Saya tak nak nanti awak kena jangkit pulak. Kesian awak nanti.”

“Kolej macam mana?”

“Saya dah ambil cuti. Bila saya sudah sembuh nanti, kita jumpa okey?”

“Tapi kita akan terus berhubung kan? Dah lama kita tak jumpa..”

“Ya.. Okey, bye..”

“Bye..” Hmm, kata-katanya kepadaku entah kekal entah tidak. Hanya tuhan saja yang tahu.
Beberapa minit kemudian, Rizman menghantar mesej. Di situ terteranya puisi-puisi cinta indah belaka. Lantas kuukir sebuah senyuman bahagia yang tak terucap kiasannya. Wanita memang cair dengan kata-kata.

“Apa yang senyum-senyum tu? Teringatkan seseorang ke..? Anak ibu ni..” Tiba-tiba sahaja ibu muncul di muka pintu. Agak-agak.. ibu dengar ke tak ye.. perbualan aku dengan kekasih rahsia aku itu? Kalau ibu dengar macam mana ni? Pasti ibu terus adukan hal ini kat papa. Papa kan sudah mempercayai aku 100%. Tak mungkinlah papa akan percayakan aku lagi kalau dia dapat tahu semua rahsia yang aku sembunyikan selama ini..

“Eh, ibu.. ehm, tak de apalah. Saja, senyum. Ada apa ibu?” Aku cuba berfikiran tenang dan berpura-pura seperti biasa. Kalau aku asyik berangan.. aje, sudah pesti ibu dan papa akan mengesyaki aku sedang bercinta sakan dengan seorang lelaki. Apa orang kata? Penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena.. mandi tak basah. Hm.. dulu bukan main lagi berazam tak nak bercinta. Tapi, sejak muncul aje Rizman, cintaku mula berputik. Sungguh, aku telah tewas dengan perasaan ini.

“Saja je.. ibu ke sini nak berbual dengan Zura. Salahkah?” Berbual? Tentang apakah? Jangan-jangan ibu curiga terhadapku kerana selama ini aku sering pulang lewat. Itu kerana aku sering keluar bersama Rizman. Bagaimana jika ibu tahu, bagaimana nanti? Alamak.. Mati.. lah aku!

“Zura dah ada teman ‘special’ ke? Taklah.. selama ni ibu tengok, Zura lain macam aje? Seperti orang yang sedang hangat bercinta.” Aku tergamam sebentar. Segala sangkaanku tadi tepat sama sekali. Sejurus kemudian, sebuah keluhan menyusul di ulas bibirku.

“Huh, ibu ni… kenapa tanya soalan yang tak penting ni.. malaslah Zura nak jawab.” Muka aku mula masam mencuka menunjukkan bahawa aku protes terhadap pertanyaan ibu. Kemudian ibu mengusap rambutku. Belaian ibu sudah pasti membuatkan hati seorang anak bahagia.

“Ala.. sayang ibu. Ibu minta maaf okey? Kita berbual soal lain ye? Sudahla.. tak cantiklah anak ibu buat muka macam tu.” Mendengar kata-kata ibu, aku mula tersenyum.

“Ibu sayang Fiza tak?” Sengaja aku mempersoalkan pertanyaan sebegitu. Hanya itu yang tergerak di hati sebaik sahaja memandang tepat ke sepasang bola mata ibu.

“Tentulah ibu sayang.. Kalau tak, masa Zura masih bayi dulu dah lama ibu picit-picit hidung Zura tau. Ataupun ibu tak berikan anak ibu ni minum susu. Biar je minum air paip sudah! Hehe..”

“Ibu ni kelakarlah. ‘Thanks’ ye ibu.. Hm, sayang.. ibu!” Aku terus memeluk ibu dengan erat. Dari kecil aku memang rapat dengan ibuku. Tak dapat kubayangkan jika aku berpisah dengan ibuku. Kehidupanku pasti tidak beerti lagi. Sebagai seorang anak, aku wajib menghormati ibuku. Papaku juga harus kuhormati walaupun ayah merupakan orang keempat selepas ibu. Aku akan berusaha sedaya mungkin untuk membalas segala jasa pengorbanan ibu dan papa selama ini.

“Zura mesti janji tau yang Zura tak boleh buat ibu sedih.. Zura mesti selalu membahagiakan ibu. Tau!”

“Of course lah mom..” Aku melepaskan pelukan perlahan-lahan.

“Meh sini sayang.. lama tak peluk anak bongsu ibu yang sorang nih lama-lama.” Ibu memelukku semula. Terasa selesa.. sangat dalam dakapan ibu. Aku ingin perkara ini berterusan hingga ke akhir hayatku.

I'm Your Lady.. (Bab 2)

Keesokan harinya, seperti biasa aku ke kolej. Malangnya, aku langsung tidak bersemangat pada hari ini kerana Rizman tidak hadir hari ini. Biasanya kami akan berjanji hendak pergi bersama kerana kami akan masuk ke dalam dewan kuliah bersama-sama. Rizman.. Rizman.. cepat-cepatlah awak sembuh supaya nanti kita boleh bersama semula seperti dulu. Hm, macamlah dia tu berpenyakit teruk! Sampai-sampai aku terpaksa berjauhan sebentar dengannya.

“Awak dah siap ke belum? Cepatlah sikit. Saya tunggu awak kat tepi jalan tak jauh dari rumah awak.” Ujar Rizman sebelum kami bersama-sama berangkat ke Kolej.

“lima minit aje lagi ye awak.. kejap, awak tunggu aje dulu. Kejap lagi saya keluar. Ye….?”

“Selamat pagi anak papa, Nurul Faizura.. Awal bangun!” Akhirnya aku tersedar dari lamunan.

“Pagi papa… hei, papa perli Zura ke apa? Tahulah Zura bangun lambat pun hari ni. Pa, ibu mana? Tak nampak pun.” Tegurku kembali. Wangi sungguh bau masakan ibu. Tapi mungkin aku tidak sempat merasa. Sekarang pun sudah lambat..

“Ada.. tu, kat dapur. Ha! Zura, marilah sarapan dulu. Ibu kamu masak sedap ni..” Ajak papa sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk anak perempuan kesayangannya ini.

Sebenarnya aku sudah terlewat nak ke kolej. Demi menjaga hati papaku, aku pergi bersarapan bersamanya. “Kakak mana, ibu? Tak nampak dia pun. Selalunya akaklah orang pertama yang menghadap meja makan nih pagi-pagi. Bangun lambat ke? Hehe.. Zura lagi awallah dari akak hari ni.” Memang sejak aku keluar bilik tadi, langsung aku tidak nampak batang hidung Kak Anis.

“Dia dah lama ke ‘office’.. Bukan Kak Anis yang bangun lambat, tapi Zura yang bangun lambat. Ibu kejutkan tadi bukan main liat lagi dia nak bangun yer.. Apalah yang dibuatnya malam tadi. Tidur lewatlah tu. Hei… ‘sms’ dengan siapalah agaknya..” Jawab ibu sambil menatang dulang.

Apa? Ibu perasan ke aku tidur lambat.. Sebenarnya malam tadi aku ber‘chatting’ dengan Rizman sehingga jam 1.00 pagi. Huh, itupun aku terlupa tengok jam pukul berapa. Kalau tak lihat pukul berapa waktu itu, entah-entah sampai subuh aku terlajak agaknya. Ish, Rizman punya pasallah ni.. kan ibu dah syak bukan-bukan kat aku. Tak pe Zura, kau buat ‘relaks’ sudah yer..….

“Ber ‘sms’ ke..? Err.. Entah! Zura rasa Zura tak ingatlah Zura buat apa semalam. Yang Zura ingat, Zura tidur nyenyak.. sangat! Hehe..”

“Elleh, takkanlah tak ingat. Nak nyorok ‘something’ lah tu! Ibu tahulah.” Balas ibu.

“Em, tak pe.. lah! Zura pergi dulu ye. Dah lambat ni.” Bicaraku mengubah topik perbualan.

“Takkan minum air.. je? Makan la sikit. Ibu buat nasi goreng telur. Macam mana badan nak naik-naik? Makan pun tak..” Pinta ibu.

“Nak naik buat apanya? Kalau badan berisi okeylah juga ayat ibu. Nih.. badan naik. Tak pahamla..” Sengaja aku berloyar buruk dengan ibuku itu. Papa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihat telatah kami anak-beranak.

“Suka hati Zuralah.. malaslah ibu. Tak nak makan sudah.”

“Zura dah lambat sangat ni. I’m sorry.. mum. Okey lah ibu, pa! Assalamualaikum.. take care..” Aku meminta diri setelah meneguk air kopi yang dibancuh oleh ibu.

“Nih, pandu kereta tu.. hati-hati sikit ye. Jangan jadi apa-apa pulak kat tengah jalan nanti.” Kata Ibu.

“Ish, tak payahlah sebut jadi apa-apa kat tengah jalan pulak.. itu boleh jadi doa. Jadi betul-betul macam mana?” Sampuk papa pula. Aku pun hanya tersengih sambil membuka pintu.

Aku memandu hampir satu kilometer. Kolej aku tidak sampai tiga kilometer dari rumah. Tiba-tiba, keretaku membuat perangai. Ia mula meragam. Hei, rasanya baru kelmarin aku hantar kereta ni ke bengkel. Apa yang jadi pulak kali ni. Hm, dah sah mulut ibu memang masin. Tengok!! Kan dah jadi betul-betul.. Nasib.. nasib.. Aku memang sudah lambat.

Setelah aku melihat dari cermin kereta, owh.. rupanya tayar keretaku pancit ke.. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dan membuka bonet kereta untuk mengambil tayar ganti. Kejap! Aku manalah tahu soal tukar tayar ni.. Ya Allah.. aku betul-betul memerlukan pertolongan dariMu. Kau kirimkanlah sesiapa untuk membantuku. Amin..

Akhirnya, beberapa minit kemudian doaku dikabulkan. Sebuah kereta Sport berwarna merah menghampiriku. Wah, gila cun punya kereta!! Orangnya mesti lagi terbaik. Kemudian seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Mudah-mudahan dia akan tolong aku. Bolehla sambil menyelam, minum air.. hehe. Hei, tak baik tau buat macam tu! Aku mengetuk perlahan kepalaku. Eh.. seperti aku kenal sahaja lelaki itu. Siapa hah? Seperti… hah? Mamat poyo!!! Dia semakin hampir denganku. Tidak! Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Tapi, mungkin inilah satu-satunya jalan agar aku segera ke kolej. Alamak.. dia sudah datang. Bergaya juga orangnya. Ish!!!! Forget it, Zura!

“Eh.. Faizura, tak sangka kita jumpa kat sini kan.. Kenapa awak berdiri kat sini? Kereta awak rosak ke? Nak saya tolong baiki kan?”

“Hah? Kereta saya rosak? Tak adalah! Hm, saya.. saya saja, makan angin kat sini.. udara tengah segar. Awak tak payahlah nak menyibuk! Lagipun, boleh tak awak panggil saya Zura je? Tak payahlah nak panggil nama penuh! Saya tak suka!” Ya Allah, apa yang aku cakap ni? Aku baru saja melepaskan peluang. Kalau Fairus pergi macam mana aku nak ganti tayar pulak.. lagipun nampak sangat aku ni menipu. Sah-sah Fairus nampak tayar aku pancit, dia tanya pulak. Memang sengajalah!

“Makan angin? Tak salah dengarkah ni? Ada juga orang makan angin di lebuhraya. Wow.. hebatnya. Lagipun, segar sangat ke udara kat sini? Umph… bau apa ni.. busuknya. Macam ni awak kata segar? Nampak sangat hidung awak ni tersumbat. Okey..! awak teruskanlah menikmati makan angin awak tu.. saya minta diri dulu lah ye. Tapi jangan berdiri kat sini lama-lama sangat. Nanti ada orang culik baru tahu. Awak tu dah la cantik. Tak pasal-pasal nanti saya tak dapat jumpa awak lagi. Dan.. suka hati sayalah nak panggil awak nama penuh ke.., pendek ke..Kenapa? Telinga awak luka ke dengar saya panggil macam tu?” Eii.. geramnya!! Suka sangat buat aku sakit hati dengan kata-katanya. Fairus pun berjalan menuju ke arah keretanya lalu aku terpaksa mengambil keputusan.

“Eh!! Awak.. tunggu kejap.. Err..”

“Ye.. ada apa yang boleh saya bantu cik adik?” Ish! Cik adik apa bendanya.. lempang kang baru tahu! Nak beritahu ke tak eh.. hm, beritahu jelah. Malu tu lempar jauh-jauh dalam longkang. Kalau tak nanti kau jugak yang susah!

“Tayar… ehm…. Tayar kereta saya ni.. pancit.. sebenarnya, saya tak tahu ganti tayar kereta. Saya nak minta tolong sikit dari awak.. Tapi kalau awak tak mahu tak pelah! Awak boleh pergi. Saya boleh cari orang lain.” Tengok.. kau cakap macam tu buat apa Faizura oi.. Buat pasal dia pergi betul-betul, dengan siapa lagi kau nak minta tolong? Itu pun nasib.. aje dia sudi datang tolong. “Oh.. tayar pancit rupanya. Lain kali cakaplah awal-awal.. Ingatka tayar nak meletup tadi. Saya pun nak biarlah tayar tu meletup sekali dengan awak.” Bencinya aku mamat tak betul nih.. suka sangat cari pasal dengan aku!

Dia terus mengambil tayar ganti. Aku asyik memerhatikan Fairus. Kacak jugak dia nih… hmm… baik pula tu! Mintak tolong sikit terus je dibantu. Eh.. apa aku fikirkan ni? Ish.. tamaknya aku. Perempuan jenis apa aku ni? Aku kan dah ada Rizman..

“Ish! Ish!” Aku menampar- nampar pipiku.

“Kenapa dengan awak?” Pertanyaan Fairus benar-benar membuatku terkejut dan agak sedikit malu.

“Kenapa apa bendanya?” Aku berpura-pura tidak tahu sambil menebalkan muka.

“Kenapa awak tampar pipi awak sendiri tadi?” Tanyanya yang agak kehairanan.

“Eh.. tak.. hm, banyak nyamuk ni!” Lantas aku meng‘coverline’ perbuatan aku tadi. Apalah Zura nih, janganlah ‘over’… sangat! Buat biasa-biasa saja sudahlah.

“Ke.. awak tak boleh menerima kenyataan bahawa yang sedang berada di hadapan awak ni merupakan seorang jejaka yang sungguh tampan lagi bergaya.” Hah! Dia macam tahu.. je. Ah! Malunya aku.

Lagipun kalau Rizman tahu.. mati aku! Ish, yang aku ni pun satu. Pantang tengok lelaki kacak sikit. Hah.. mula, lah nak cair. “Excuse me.. jangan nak perasan lebih okey! Eii. Tolonglah..” Tapi… memang tidak dinafikan lagi Fairus memang kacak berbanding Rizman. Tapi, Rizman jauh lebih baik berbanding Fairus! Remember that!

“Hello…. Faizura… Zura.. Hei, awak tengah berangan apa tu? Takkanlah tengah berangan kahwin dengan saya kot sampai telefon awak berbunyi pun tak perasan? Sabar-sabarlah sikit..”

“Hah! Ada apa? Apa kahwin-kahwin hah? Hisy..” Ada ke patut dia kata aku tengah berangan kahwin dengan dia.. eiukk! Tak teringin aku.

“Telefon awak berbunyi.. tu! Apelah awak ni!”

“Huh? Eh…” ‘Call’ dari Rizman lah.

Ha.. inilah masanya aku nak tunjukkan kepada Fairus yang aku ni dah ada kekasih. Mesti dia tak ganggu aku lagi lepas ni.

“Hello, Rizman.. ada apa awak ‘call’ saya? Awak rindu kat saya eh..? Saya la..gi rindu, cinta, sayang, kat awak!” Fairus pantas mendongakkan kepalanya dan melihatku sambil mengerutkan dahinya. Haha! Pasti dia terkejut besar kerana aku bercakap begitu terhadap Rizman. Lantas aku memalingkan muka ke arah lain.

“Okey, awak.. saya busy nih. Nanti kita jumpa eh.. bye. Bye.. Muah!!!” Setelah selesai berbual dengan Rizman, Fairus terus bertanya kepadaku.

“Siapa Rizman?” Sudah kuduga soalannya.

“My boyfriend… kenapa? ‘Jelous’ yerr…? Awak tu sape eh.. nak jelous-jelous? Hah..???”

“Ye.. lah tu. Apa-apa jelah. Luculah awak ni..” Hah! Dia langsung tak kisah? Hm.. berpura-pura aje tu..

“Not funny!! And.. Do you know.. He’s more handsome than you.”

“Oh.. tak tanya pun. Lagipun, yakin ke dia lagi kacak dari saya..? Setahu saya, susah nak dapatkan lelaki lebih kacak dari saya. Muka saya ni pun.. mengalahkan Donghae artis Korea tu tahu tak..” Ish.. benci betul mamat ni! Donghae konon.. Donghae tu putih melepak lagi dari kau! Tahu????

“Ehm, kereta saya macam mana? Dah siap ke belum? Cepat ah.. Dah lambat ni.. Nak pergi kolej!”

“Dah siap! So.. bayarannya adalah, awak kena belanja saya makan..”

Aku terus meluru masuk ke dalam kereta. “Hei.. awak nak ke mana tu? Tak cakap terima kasih pulak tu.” Fairus yang agak terkejut dengan sikapku terus bertanya adakah aku tidak berterima kasih terhadapnya. Dasar lelaki yang mengharapkan balasan!! Tanpa berkata apa aku terus memandu. Ketika dalam perjalanan ke kolej, aku sempat menghantar mesej kepadanya.

[Thanks crazy man!] Aku menekan butang ‘send’ dan teruskan memandu.

Kemudian dia membalas [Yes, I’m crazy with u..] Eheh, gatal betullah dia ni! Setibanya di kolej, aku terus masuk ke dalam dewan kuliah. Aku agak segan dengan pensyarah kerana aku lewat sedikit. Selesai kuliah, aku terus ke kafe untuk berjumpa dengan Farrina sahabatku.

“Hei….” Farrina menyapaku dari belakang ketika aku sedang asyik mengelamun. Aku memang suka mengelamun. Memang sudah menjadi tabiatku. Aku mudah mengelamun jika aku sedang keseorangan. Kekadang aku tidak sedar siapa yang menegurku “Eh, Ina! Duduklah.”

“Kenapa dengan kau ni? Asyik termenung.. je? Teringatkan si Rizman ke..? Kau ni tak habis-habis teringatkan boyfriend…!”

“Memanglah aku tengah teringatkan dia. Tapi.. untuk pengetahuan kaulah, ada benda lain yang sedang mengganggu fikiran aku ni... Sampai naik ‘blurr’ dah otak aku n!. Aku tak tahulah nak cakap apa kat kau, Ina.”

“Kenapa pulakk?? Apa benda yang menyerabutkan fikiran kau tu? Dia ajak kau kahwin ke? Eh, seronoknya.. bolehlah aku jadi pengapit kau nanti. Wah, tak sabarnya aku nak merasa nasi minyak! Tapi, kau tak rasa awal sangat ke? Taklah.. korang kan masih muda, dan masih belum habis belajar lagi. Kalau Rizman tak pelah. Dia dah nak tamat belajar dah.. Hm.. What’s ever! Tak pelah, apa nak jadi pun korang kahwin je.. aku sokong! Lepas tu, cepat-cepat dapat anak..” Berbelit-belitnya.. Pening aku mendengarnya! Huhh…

“Hoi Ina.. Kau berhenti merepek sekarang! Apa yang kau merepekkan nih? Tak de bila masa pulak aku cakap aku nak kahwin ngan Rizman? Kau ni kan, main redah.. aje!! Biarlah aku cakap bagi habis dulu. Ini tak.. main teka aje. Dah tu, merepek tak tentu hala! Kahwin dapat anaklah.. Itu,la! Ini,la!”

“Sorry lah beb! Aku bukannya apa, cuma ‘excited’ terlebih. Hehe.. janganlah marah.. Tak comeii larh cik Zura kite ni.. kalau marah-marah.”

“Kau ni dengarlah dulu apa yang aku nak beritahu kau.. kau buat loyar buruk pulak. Karang aku cubit baru kau tahu rasa sakit tu ape! Hisy.. apa lah kau ni, Farrina! Suka sangat nak bagi aku marah..”

“Ala.. janganlah nak ‘emo’ pulak.. Aku kan memang macam ni.. hehe. Hah! cepatlah cerita. Aku tak sabar nak dengar nih, apa benda permasalahan yang dialami oleh kawan rapat aku sorang nih.”

“Sebenarnya, kau tahu tak baru-baru ni, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki. Eh, bukan berkenalan.. ter..berkenalan! Kacak.. Tapi, sejak aku kenal dengan dia, dia asyik ganggu akulah. Aku pergi mana je mesti ada dia. Dia tu macam sengaja pulak nak ekori aku.. Aku takutlah cik abang aku tu mengamuk pulak nanti.. kau pun tahu kan perangai dia.”

“Maksud kau… dia syok kat kau, macam tu? Eh, kejap! Kau kata dia tu kacak? Kau ni dah buang tabiat ke apa, dah memandai puji lelaki lain selain Rizman? Nak mati ke? Hm, what’s ever.. Haa! Betul ke dia minat kat kau? Hm, hensem sangat ke mamat tu?”

“Agaknya macam tu, lah. Aku rimasla… aku takut nanti Rizman fikir bukan-bukan pulak kat aku kalau dia tahu.”

“Kau pun satu, dah tahu kacak.. kalau tak nak, kasi la kat aku. Aku nak ape..”

“Kalau nak ambil sangat.. ambil la. Tapi kau yakin ke lepas ni dia tak ganggu aku lagi? Hampir setiap hari dia ganggu aku tahu tak?” Betul ke your information ni Zura..? Setahu aku, kau baru je jumpa dia dua tiga kali je. Tak sampai beratus kali pun... “Kau sabar.. je lah. Tu.. la! Sape suruh kau ni comel sangat? Cantik sangat? Hah….?” Ish! Ke situ pulak dia..

“Larh.. Apa yang kau cakapkan nih? Kau tu pun cantik jugak tahu tak.. tapi, ada satu je yang tak berapa cantik. Kalau aku bagi tahu kau jangan marah eh.. Jangan marah tau…” Jelasku.

“Apa?? Apa yang kurang? Cer cerita sikit.. Manalah tahu aku boleh perbetulkan ke.. kan?” Tanya Ina sambil mencekak pinggang.

“Perangai kaulah! Harap muka je cun melecun, perangai kasar mengalahkan lelaki. Bila orang nak ngorat.. terus tunjuk penumbuk. Bila nak berubah hah? Pakaian pun tak ‘feminine’ lagi nih.. cubalah mekap-mekap sikit ke.”

“Ewah-ewah… senangnya kau kata kat aku. Aku bukannya apa Zura, cuma belum temui yang dicari-cari. Hehe.. Lagipun, tak naklah aku kotorkan muka aku dengan celak, ayeshadow, blusher.. semua tu. Ha! Lagi satu.. hal ni aku tak nak perbetulkan. Aku.. tetap dengan pendirian aku! Yerr….?” Hei.. itu pun kau kata kotorkan muka? Apalah Ina nih..

“Ada saja kau nih. Hm, suka hati kaulah nak perangai macam mana pun, asalkan.. kau tak jahat, sudah.”

“Eh.. aku mana jahat. Aku baik pe.. budi pekerti lagi.. hehe.”

"Hmm.. Apa-apa jelah."

Dalam menjalinkan hubungan, jika hadirnya orang ketiga, pasti akan menyulitkan lagi ikatan cinta tersebut. Setiap manusia ada sikapnya yang tersendiri, Aku pun tidak pasti sikap Rizman yang sebenarnya. Adakah selama ini dia masih menjaga kepercayaanku terhadapnya. Atau dia telah mempermainkan aku. Tiada siapa pun yang tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Semoga cinta kami berkekalan selamanya.

[Hey, my lady… where are u now?] Aku menerima mesej ringkas daripada Fairus. Kebetulan Farrina berada di sebelahku, lantas aku tunjukkan mesej tersebut kepadanya.

“Haha… aku tak sangka berani juga si Fairus nih. Eh, aku teringin nak jumpa dia. Macam mana orangnya eh!” Duga Farrina.

“Dah la! Aku balik dulu.”

“Ala.. borak-borak lah dulu..”

“Aku dah banyak berborak dengan kau. Lagipun sekarang ni aku tak de ‘mood’. Kau pergilah ajak orang lain pula untuk berborak dengan kau. Borak biar puas!”

“Hm.. tak bestlah kalau macam ni. Tak pe ! Kau balik ah..” Muncung saja mulut Farrina setelah aku meminta diri untuk pulang. Dia ni memang jenis yang tak puas bersembang. Pernah sekali aku bermalam di rumahnya kerana mahu menyiapkan tugasan bersama. First time dalam hidup aku tidur pukul lima pagi. Haa. Terkena penangan berborak dengan dialah.

Farrina memang kawan yang baik walaupun dia berwatak sebegitu. Dia sering membantuku sekiranya aku memerlukan pertolongan. “Beb! Kalau kau nak apa-apa, gitaulah aku yer.. aku suka tolong kawan macam kau.” Ayat sebeginilah yang sering diutarakannya terhadapku.

“Elleh, merajuklah tu. Sudahla, Aku dah nak chaw nih! Bye..”

I'm Your Lady.. (Bab 3)

Pada saat ini aku begitu merindui Rizman. Patutkah aku mengadu hal ini kepadanya? Huh! Tak usahlah. Aku akan menghadapinya sendiri. Nanti, tak pasal-pasal Rizman pergi cari Fairus dan terus membelasahnya. Tiba-tiba telefonku berdering. Ha.. Panjang umur. Aku baru sahaja memikirkan dia.

“Hello, Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam, Zura. Awak tengah buat apa tu?”

“Tengah memandu… On the way nak balik rumah.. Hmm.. awak pula tengah buat apa? Sibuk ke?” Jawabku.

“Saya tak busy punlah. Ehm.. saja…. tengah berehat dalam bilik… Tak larat nak keluar mana-mana.” Jawab Rizman.

“Awak sakit lagi ke tu..?”

“Dah okey sikit.. jangan risaulah. Nanti okeylah saya ni.. awak, lama kita tak keluar makan sekali kan? Keluar tengok wayang ke..”

“Ha! Tau tak pe! Saya ingat ke awak dah lupakan saya.. Ingat ke, diri ini sudah tidak diperlukan lagi. Siapalah kite ni kan..”

“Taklah.. Janganlah salah anggap..”

"Sayang.. makanan dah siap..” Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan. Salah dengarkah aku?

“Awak…. Kenapa macam ada suara perempuan tu? Awak...??” Tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

“Eh…. perempuan? Eh, mana ada… awak silap dengar nih… Mana ada. Mengarut aje!” Aku ragu-ragu dengan jawapan Rizman. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada aku. Ah! Tak mungkin dia menipu. Setahu aku, Rizman seorang yang jujur. Tapi, sah-sah aku dengar suara perempuan.

“Ehm… maaflah ye, kalau saya tanya awak yang bukan-bukan. Awak… bila kita boleh jumpa? Saya rindu sangat kat awak.”

“Ala… nanti kita jumpa la okey? Lagipun, saya pun rindu kat awak jugak.. Lama tak tengok muka cute awak.. hehe.”

“Elleh, nak ambil hatilah tu! Awak ingat lagi tak? Dulu.. sewaktu saya sakit, awak selalu call saya. Awak kata rindulah.. apalah.. penat saya.. Sekarang ni saya nak balas baliklah hehe.. So, awak kena terima.”

“Oh.” Itu.. aje jawapan dari Rizman..?? Apa kena dengan dia ni?

“Okey, lah. Kalau tak de apa-apa, saya letak phone dulu. Sekarang ni masa saya kena makan ubat. Bai…”

“Eh, awak… kejap..” Hm, dah letak telefon..

Aku pasti tentu ada yang tak kena pada Rizman. Aku pasti akan cari tahu akan puncanya. Tapi, sanggupkah Rizman mengkhianati cinta yang telah kami bina? Tak! Tak! Rizman dah pernah berjanji yang dia takkan pernah mahu membohongiku. Tapi, sebagai manusia, pasti akan membuat kesalahan.. termasuk Rizman. Tapi, tak mungkinlah! Mungkin sekarang ni dia sedang ditimpa masalah. Apalah perasaan Rizman nanti kalau dia dapat tahu bahawa sekarang aku meragui akan kepercayaannya. Pasti dia akan berasa kecewa.

“Hmm.. apa kata aku tanya pendapat Ina. Dia tu kan gila pendapat!” Lalu aku terus menghubunginya.

“Hello, Ina!”

“Hmm ada apa? Tadi kata tak nak borak ngan aku.. Sekarang, call pulak.. ada masalah la tuu.”

“Ish, kau ni.. kau nak dengar tak cerita aku? Aku nak beritahu kau ni.”

“Cerita lagi.. Ha! Ada apa? Kasi tahulah cepat!” Jadi aku pun menceritakan hal yang tadi.

“Kau rasa….”

“Aku rasa masin.. lah.”

“Ish kau ni! serius la..”

“Hm.. Aku rasa lebih baik kau tak payah nak fikir yang bukan-bukan dulu.. mana, lah tahu.. yang dalam bilik dia tu.. mak dia. Hei.. negative thinking lah kau ni..!”

“Tapi dia kan tinggal sorang..”

“Sudahla! Mungkin kau salah dengar kot. Suara dalam televisyen ke.. mana tahu kan? Hm, Tak pelah.. aku ada hal ni. Nanti apa-apa hal.. kau call aje aku. Biar aku settle kan si Rizman tu kalau dia buat hal! Bye..”

“Isy, Rizman bukan macam tulah.. Hm, okeylah! Thanks Ina..” Hm.. lega rasanya aku sudah buang segala fikiran yang tidak elok dari fikiranku. Ha.. apa kata aku ke rumah dia. Pasti dia terkejut. Tapi, kan aku dah janji takkan jumpa dia buat sementara waktu. Hm, tak pelah. Biarlah.

Setibanya di rumah Rizman, aku terus mengetuk pintu. Tapi… yang membukanya ialah… seorang perempuan??? Aku dah agak dah... Dasar perampas!!!!

“Mana Rizman? I want to see him!” Tanyaku dengan marah sambil melulu masuk ke dalam rumahnya.

“Excuse me… who are you?” Tanya perempuan tersebut. Sambil menolaknya, aku menjawab. “Me? You ask me who am I? Rizman’s girlfriend!!! Why….?? Kau tu sape pulak? Apa yang kau buat kat rumah bakal laki aku hah??” Aku melentingnya.

“Hei, perempuan! Up to me.. lah nak buat apa pun kat sini. Aku ni kan kekasih gelap dia… Kenapa? Ada masalah? Kau ni kan, mesti pengemis jalanan dari mane.. entah datang sini nak mengaku-ngaku dia tu boyfriend kau kan? Bakal laki kau konon… Eii. Tolonglah! Paling tak pun, dia cuma pergunakan kau.. je! Kau tu bukannya taste dia!” Hati aku semakin membuak-buak kepanasan setelah mendengar ayat-ayat berbaur hina darinya.

“Hei kau diamlah!! Aku datang ke sini nak cari Rizman. Bukannya nak mengadap muka kau yang separuh cacat ni!! Mana dia hah? Suruh dia keluar sekarang..!”

“Hisy! Kurang ajar betul perempuan nih! Dah la datang rumah orang tiba-tiba. Lepas tu kurang ajar pulak!!”

“Sayang… siapa yang datang tu?Kenapa bising-bising ni?” Kemudian Rizman keluar dari biliknya dan memanggil perempuan tu sayang? Kenapa dengan awak.. Rizman? Jadi, dugaan aku selama ini betullah? Apa yang aku dengar semasa aku menelefon Rizman tadi semuanya benar belaka?

“Riz… apa semua ni….? Siapa perempuan ni? Dan.. kenapa awak panggil dia sayang? Tolonglah jelaskan pada saya? Rizman..! What is this? Explain to me.. please..” Dengan takungan air mata yang berkelopak di mataku, aku menggoncang badan Rizman. Lantas dia menolakku kasar.

Aku jatuh rebah ke lantai dengan hati yang sungguh terpukul. Mutiara-mutiara jernih pantas sahaja mengalir di pipiku.

“Rizman! Sampai hati awak buat saya macam ni… saya tak sangka awak sanggup menipu saya selama ini.. Selama ni saya sorang je yang setia terhadap awak.. Tapi awak.. ini yang awak lakukan di belakang saya? Hah..? Menyesal saya percayakan awak selama ini kalau saya tahu awak hanya mempermainkan saya aje!”

“Zura… Zura… Zura.. akhirnya kau tahu jugak ye! Sebenarnya aku memang dari dulu lagi tak pernah cintakan kau! Aku cuma saja nak mempermainkan kau! Untuk kesenangan aku.. Aku cuma sukakan kau macam tu aje. Bukan hati kau. Sekarang, aku nak lepaskan kau.. sebab aku dah bosan.. Aku dah muak! Zura. Pergilah cari lelaki lain. Itupun kalau ada yang nakkan kau. Dan untuk pengetahuan engkau wahai cik Nurul Faizura, aku sudah tidak tertarik lagi dengan kau! Aku malaslah nak berlakon lagi kat depan kau. Penat.. Lagipun, ada ramai lagi perempuan yang sanggup beratur nakkan aku. Dan aku rasa.. lebih baik kau pergi balik! Blah… lah kau!”

Rizman terus berpaling ke arah perempuan itu dan sengaja menggenggam tangan perempuan yang bersamanya itu di hadapanku. Perempuan itu pun tersenyum sinis kepadaku. Sakit hatiku dibuatnya. Rasanya seperti mahu memijak-mijak kedua-dua kepala mereka sehingga lenyek!!!!!!!!!! Arghh………….

“How dare you Rizman!!! Saya telah banyak luangkan masa bersama awak tapi hakikatnya? Semua ini hanya lakonan?? Awak memang lelaki tak guna! Tak Guna! Dasar pembohong!! Lier!!!!”

“Katalah apa yang kau nak kata.. I don’t care!! And one more time, don’t wish you can be with me again. No more love. Sorry, honey! Selamat tinggal!!” Katanya dengan meninggikan suaranya. Aku hanya pasrah sambil bangun dan berjalan ke arah pintu. “Bye bye.. crazy!” Perempuan simpanannya sekali lagi menyakitkan hatiku. Suka hati dia saja mengatakan aku ni gila. Aku bukan macam itulah!!!!!!!!!!!!!!!!

Sanggupnya Rizman meninggalkan aku. Jadi selama ini, yang aku khuatirkan telah pun berlaku. Aku bagaikan sang merpati yang telah patah sayapnya. Air mataku mula mengalir. Aku terus pulang dengan hati bak ditusuk duri sembilu.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah? Tetapi apabila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Rizman…. apa erti rindumu buat diriku? Apa erti sayang, cintamu buatku? Kini… kebencian mula terbina di lubuk hatiku. Tiada lagi cinta yang bakal mengisi kekosongan hati ini. Tiada sesiapa yang akan bisa. Memang aku akui, aku masih mencintai dirimu. Harapan kamu akan kembali…. entah masih ada ataupun ianya akan terhakis buat selamanya. Empat hari sudah berlalu.. Tapi, aku masih lagi ingin bersendirian. Kamarku sudah dibanjiri dengan air mata. Aku mengaku yang aku ini perempuan lemah. Sebab itulah aku tidak mampu menanggung semua ini sendirian.. Fikiran aku masih tergambar sewaktu Rizman sedang memeluk perempuan lain. Aku masih cintakan dia.. Ya Allah.. Tapi aku juga begitu membencinya. Rasanya cinta ini semakin hilang. Tapi, bolehkah aku lalui semua ini..? Ketika aku sedang menangis sendirian, Kak Anis terus masuk ke dalam bilikku. Belum sempat aku mengesat air mata, Kak Anis menghulurkan sehelai tisu. Dia sudah tahukah akan masalah aku?

“Zura okey? Kenapa menangis ni sayang..” Tanya Kak Anis. Namun, pertanyaan Kak Anis membuatkan air mataku semakin mengalir laju. Dia terlopong melihatku. Sudah pasti terdapat seribu pertanyaan menyelubungi kotak fikirannya. Semakin aku kesat air mata ini, semakin deras ia mengalir keluar. Aku benar-benar tak sanggup menahan segala perasaan sakit di hati ini.

“Akak…” Aku terus memeluk Kak Anis.

“Zura tenangkan diri Zura dulu… nanti, bila dah okey sikit, Zura cerita lah….”

Pada malam itu, aku menceritakan segalanya kepada Kak Anis. “Zura tak sangka dia sanggup tipu Zura, kak... Zura benci akan semua lelaki! Zura tak nak bercinta lagi…. Zura benci! Zura tak sanggup diperlakukan begini..”

Pada saat-saat beginilah air mataku begitu murah nilainya. Air mata yang tak dapat kubendung lagi akhirnya mengalir membasahi pipi. “Hei, tak baik cakap macam tu.. lagipun, tak semua lelaki macam tu. Masih ada lagi yang nakkan Zura tau.” Tiba-tiba sahaja aku teringatkan Fairus yang mengejar-ngejar aku selama ini.

“Tapi kak…”

“Tak de tapi-tapi! Sudahlah…”

“Zura rasa macam tak de semangat untuk hidup.. Biar Zura mati jelah.” Butir mutiaraku mengalir mengiringi percakapanku.

“Astaghfirullahalazim.. jangan cakap macam tu. Berdosa tau! Sabar ye dik, akak faham akan perasaan Zura. Kehidupan Zura masih panjang lagi. Jangan disebabkan si Rizman tu, kau dah putus asa dik! Tingkatkan semangat. Fokuskan diri Zura ke arah pembelajaran aje. Sekarang ni, Zura tidurlah dulu ye. Berehatlah dulu… akak keluar ye. Akak tahu adik akak seorang yang kuat! Jangan cepat mengalah.. Kalau ada masalah lagi.. cerita aje kat akak. Akak sudi dengar apa saja asalkan hati Zura tenang. Tak fikirkan masalah sorang-sorang.” Semangat yang diberikan oleh Kak Anis begitu berharga sekali.

Tanpa keluarga di sisi, bagaimanalah aku hendak teruskan semangat bagi melewati rentak kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Terima kasih banyak, Kak Anis!

Aku sedar siapa diriku. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa aku memang mudah diperbodohkan. Aku tak sangka Rizman yang aku percayai selama ini telah mengkhianati cintaku.

Kini, terhapuslah sudah segala kepercayaanku terhadapnya. Tiada lagi ayat-ayat cinta yang bakal kudengar darimu, Rizman. Semuanya sudah berakhir. Aku akan melalui kehidupan ini tanpamu disisiku seperti dulu, sebelum hatiku kau curi. Tiada lagi pemberian bunga mawar putih seperti selalu kuterima daripadamu. Retak seluruh hatiku. Gersang sudah hatiku yang pernah subur membuahkan cinta. Tapi tidak mengapa, aku akan berusaha untuk hidup tanpamu, Rizman.

I'm Your Lady.. (Bab 4)

Hari ini aku berasa sedikit tenang. Aku ingin lebih menenangkan diri melainkan jika si Rizman muncul dihadapanku, kemarahanku pasti akan bangkit semula. Aku pergi bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah. Di sana aku melihat ramai pasangan kekasih. Ini benar-benar mengingatkan aku terhadapnya. Tapi, aku harus melupakannya. Dia bukan lagi milikku. Menyesal juga aku datang ke sini. Bukannya boleh menenangkan fikiran pun, malah mengingatkan aku pada masa lalu, ketika aku bersamanya.

“Hah!!!” “Apa khabar Faizura… Tak sangka kita berjumpa di sini yaa.. Awak semakin cantiklah saya tengok.” Tiba-tiba saja Fairus muncul dihadapanku. Ya Allah!! Hampir luruh jantungku dibuatnya. Aku benar-benar terkejut dengan kemunculannya yang secara menyergah itu.

“Awak ni kenapa? Dah gila ke apa? Sengaja nak kejutkan saya macam tu.. Apa awak buat kat sini? Apasal kalau saya ke sana! Ke sini! Awak mesti ada sekali! Awak ni memang sengaja ikut saya ke? Saya meluatlah tengok muka awak muncul depan saya."

“Eh.. tolong sikit okey! Saya ni saja-saja je… jalan-jalan kat sini. Tak sangka pula jumpa awak kat sini. Haa. Saya tahu kenapa.. Jangan-jangan kita ada jodoh ntah…” Kata Fairus sambil ketawa kecil.

“Jodoh! Jodoh! Jodoh! Asyik-asyik ungkit pasal jodoh! Awak ni kenapa hah? Boleh tak awak pergi dari sini? Saya malaslah tengok muka awak!” Dasar lelaki tak betul! Kata-kataku begitu kasar sehingga meninggikan suara. Begitu banyak mata yang tertumpu ke arahku. Suasana sebegini memang aku sering alami.

“Takkan itu pun awak nak melenting… ‘sorry’ lah kalau kata-kata saya telah menyakitkan hati awak.. Awak dah makan? Kalau belum.. jomlah! Saya bawa awak tempat sangat.. istimewa. Saya belanja awak ye?” Dengan perasaan marah yang masih belum reda, aku memarahi Fairus lagi.

“Awak tak payahlah nak cakap lembut dengan saya! Awak ingat saya tak tahu ke hah? Semua lelaki sama saja.. Ah!!! Buat baik konon.. Padahal, jahat!!!! Luar baik dalam jahat! Suka main-mainkan perasaan perempuan. Buat perempuan macam patung!”

“Faizura.. awak ni ada masalah ke..? Asyik nak marah aje! Kalau ada, ceritalah. Siapa tahu saya boleh tolong?” Fairus tetap sabar bertanya.

“Masalah saya biar saya yang selesaikan! Awak selesaikan masalah awak sendiri!! Jangan nak menyibuk hal oranglah!” Aku terus menolak Fairus. Aku terus berlari ke seberang jalan dan semasa hendak melintas...

“Faizura!!!! Hati-hati!” Fairus menjerit memanggil namaku. Setelah menoleh ke sebelah kiri, kelihatan sebuah kereta yang dipandu laju meluncur ke arahku. Aku hanya terkejut dan diam terpaku. Jantungku beredegup kencang. Ya Allah! Kakiku benar-benar terpaku di atas jalan raya ini.. Aku tesentak!

Akhirnya Fairus sempat menolakku dan dia dilanggar di depan mataku sendiri.

“Ya Allah! Fairus…!!!!” Jeritku.

Tubuh Fairus melayang dilanggar kereta. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menyaksikan kesakitan yang ditanggung Fairus. Aku dapat rasakan itu, tapi sakit lagi hati aku. Orang ramai mula berpusu-pusu ke arah Fairus. Aku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku terus berlari pulang ke rumah. “Fairus.. kenapa awak selamatkan saya?? Kenapa? Kenapa awak yang dilanggar gara-gara selamatkan saya?” Tangisku sambil berlari pulang ke rumah.

“Ya Allah.. apa yang aku buat ni.. kenapa harus Fairus yang selamatkan aku.. Aku pula, melarikan diri dalam keadaan begini..Semuanya salah aku. Kalau aku hati-hati tadi semuanya takkan berlaku. Fairus takkan dilanggar jika dia tidak selamatkan aku.” Resah hatiku sendirian.

Ketika di rumah, hatiku menjadi gelisah. Keresahan terus menerus menyulubungi diriku. Bagaimana aku hendak memikirkannya sedangkan hatiku ini sendiri masih belum pulih. Ah, aku tidak boleh menjadi seorang yang egois! Aku pasti tidak dapat memaafkan diriku jika sesuatu berlaku terhadap Fairus kerana dia telah menyelamatkan aku. Ya Allah… kau selamatkanlah dia. Tanpa membuang masa, aku pergi ke hospital di mana Fairus dirawat.

“Doktor, boleh saya tahu bagaimana keadaan pesakit bernama.. Tengku Fairus? Dia baru aje dihantar ke hospital ni tadi akibat kemalangan..”

“Owh.. Encik Fairus.. Sayalah yang merawat dia tadi. Awak ni ahli keluarga dia ke?” Apa? Takkan sorang pun ahli keluarga dia belum tahu? monologku.

“Tak.. saya ni kawan dia. Macam mana? Dia okey ke?”

“Begini cik, sebenarnya pesakit telah kehilangan banyak darah. Kepalanya mengalami kecederaan yang serius sehingga menyebabkan banyak darah keluar.. Kebetulan bekalan darah jenis O di hospital ini telah habis. Keadaannya betul-betul lemah. Tapi, mujurlah otaknya tak berlaku sebarang komplikasi.” Aku begitu terkejut mendengarnya.

Hah, baru aku ingat… darah aku kan jenis O. Aku harus mendermakan darahku kepada Fairus. Tidak kira apa yang berlaku. Apa pun, dia telah menyelamatkan aku dari kemalangan.

“Doktor… jenis darah saya ialah O. Ambillah darah saya asalkan dia selamat.” Ambil semua pun tak apa.. Hisy.. tak boleh cakap macam tu, Zura. Nanti kau nak hidup pakai darah apa pulak? Tapi, hatiku yang suruh aku berkata demikian.. kenapa? Dia bukannya ada hubungan dengan aku pun..

“Baiklah, kita akan mulakan sekarang juga karana keadaan pesakit begitu kritikal. Cik banyakkanlah berdoa. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan semuanya. Saya akan cuba sedaya-upaya agar pesakit cepat sembuh.” Sebelum aku mendermakan darah, aku sempat memberitahu kepada Kak Anis.
Alhamdulillah.. Aku berjaya mendermakan darah kepadanya. Entah kenapa aku benar-benar takut jika sesuatu berlaku kepadanya. Ah! Mungkin kerana aku berasa bersalah dan ingin menebusnya semula dengan cara ini. Mudah-mudahan rasa ini cepat hilang.

Setelah semuanya selesai, aku disuruh berehat kerana keadaan aku sedikit lemah. Kak Anis datang ke hospital dan segera menemuiku.

“Cuba cerita sikit kat akak apa yang berlaku dan… siapa Fairus tu? Apa hubungan Zura dengan dia? Kawan Zura ke?”

“Sebenarnya kak.. Erm, tadi.. Zura hampir-hampir dilanggar kereta, tapi nasib baik Fairus sempat menolak Zura. Akibatnya….. dia yang kena langgar. Teruk tau.. keadaan dia. Kesian Zura tengok. Dia tu bukannya siapa-siapa pun bagi Zura, kak. Kami kenal kat pesta Kak Afiqah hari tu… ”

“Oh… dia tu? Tak sangka korang boleh berjumpa pulak..Hmm, biarlah. Habis, macam mana keadaan dia sekarang? Keluarga dia tahu ke… tidak?”

“Entah… lagipun Zura bukannya kenal dia sangat. Sebenarnya tadi dia kehilangan banyak darah. Nasib baik jenis darah Zura ngan dia sama. Tapi Zura masih rasa bersalah kat Fairus. Disebabkan Zura, dia jadi macam ni.”

“Hei, tak baik cakap macam tu.. Dah takdir tuhan, nak buat macam mana lagi. Zura patut bersyukur tau sebab ada orang yang sudi menyelamatkan nyawa Zura. Allah yang mengatur semua ni.. ingat tu!”

“Ye.. Zura janji takkan cakap macam tu lagi.”

“Zura okey kan? Dah tak de apa-apa? Akak ada ‘meeting’ ni. Nanti Zura boleh pulang sendiri kan? Akak tak boleh lama kat ni. Maaf ye, akak tak dapat nak temankan Zura kat sini.”

“Ala… akak janganlah risau. Zura boleh memandu sendiri. Cuma kena rehat sikit dulu. Akak pergilah ‘meeting’. Nanti terlepas pulak..” “Okey, Zura rehat-rehatlah dulu.. Bagi betul-betul okey dulu.. barulah Zura boleh pandu kereta dengan selamat.. keyh??”

“Hmm….”

Selang beberapa jam kemudian, aku sudah mula terasa okey. Jadi aku terus pergi berjumpa doktor yang merawat Fairus. Katanya, Faris masih belum sedar. Jadi esok sahaja aku akan datang menjenguknya.

Ketika di rumah, ibu sempat bertanya kepadaku. “Betulkah akak kata Zura baru derma darah? Kat siapa?” Tanya ibu.

“Hmm, betul. sebenarnya... tadi ada orang kemalangan. Dia kehilangan banyak darah… jadi Zura memang berniat nak tolong dia. Kasihan dia bu.. Tak sanggup Zura tengok.” Err.. aku ni ikhlas ke kasihankan dia?

“Mulia sungguh hati anak ibu… Bangga ibu!”

“Tengoklah siapa ibunya… kan?”

“Sudahlah, jom kita makan. Ibu dah masak tu.”

“Papa tak balik lagi ke?”

“Dia tak balik makan kat rumah hari ni. Ada ‘meeting’ katanya.”

“Oh.. betullah tadi akak ada beritahu yang dia ada ‘meeting’.” Sebenarnya akak bekerja sebagai pengurus kewangan di syarikat papa. Nanti aku mungkin bakal bekerja di sana juga. Papa mahu nanti aku, Kak Anis, ataupun menantunya yang akan memimpin syarikat. Lagipun papaku sekarang sedang dimamah usia.

* * * *

Keesokan harinya, aku pergi menjenguk Faris di hospital.

Tokk! Tok! Tok! Aku mengetuk pintu wad di mana dia dirawat.

“Masuklah… Faizura.” Hah! Macam mana dia tahu aku yang datang? Aku terus membuka pintu. Setelah pintu dibuka, aku melihat dia sedang tersenyum lebar sambil melihatku. Sayu pula aku melihat kepalanya yang berbalut bergitu juga tangan dan kaki kirinya.

“Saya tahu orang pertama yang akan datang ialah.. awak! Kesian tau kat saya, sorang-sorang kat sini.. boring sangat. Tapi, setelah awak datang.. saya jadi bersemangat pulak.” Dia ni memang jenis muka tak malu. Tapi syukurlah dia dah sedar.. semoganya cepat sembuh.

“Urm, keluarga awak kan….” Belum sempat aku menyambung pertanyaanku, dia menjawab “Mereka kat luar negaralah. Manalah diorang sempat datang jenguk saya ni.. Kalau saya mati nanti pun entah diorang datang ke tak.” Hm.. Kesian juga nasib si Fairus ni. Tak sangka pulak dia ni tengah keseorangan. Ah! Aku tak boleh kesian kat dia. Mesti dia sengaja nak menarik simpati dari aku nih.

“Sudahlah! Tak payah nak buat cerita sedih kat sini. Awak dah sihat kan? Saya pulang dulu. Saya saja singgah kejap je kat sini.” Sebaik aku ingin melangkah pergi, “Arrghh…..!” Tiba-tiba Fairus mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang berbalut itu.

Lantas aku menghampirinya dalam keadaan panik. “Awak okey tak? Kejap! Saya panggilkan doktor.”

Kemudian Fairus ketawa. “Tak sangka awak peduli juga kat saya ya. Awak dah jatuh cinta kat saya eh..?” Gila! Berani dia buat aku macam tu. Siap kau, Fairus!!

“Huh!!! Awak ni, patutnya dihantar ke hospital sakit jiwa tahu tak!” Eii.. Meluatnya aku!

“Tak kisah… asalkan doktornya secantik awak. Boleh?” Aku mulai benci akan perangainya. Aku pun tidak tahu kenapa aku langsung tidak boleh berlembut dengannya. Walaupun aku bersikap kasar, dia masih mahu mengambil hatiku. Sambil berjalan menuju ke pintu, aku sempat berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan nyawaku. Dia hanya asyik tersenyum sambil merenungku. Gila agaknya! Lantas aku menjelirkan lidah ke arahnya. Aku keluar dari wad sambil tersenyum entah kenapa..

[Sy slmtkan awk ats dasar cinta sy pd awk.] Aku menerima mesej daripadanya sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya menggelengkan kepala setelah membaca mesej tersebut.

Aku terus ke kolej. Di sana tiba-tiba aku terserempak dengan Rizman. Entah kenapa kali ini air mataku tidak boleh ditahan untuk berhenti mengalir. Aku bukannya tidak merelakannya pergi tapi, aku teringatkan kata-kata kesatnya tempoh hari. Kata-kata yang begitu menyakitkan hati dan perasaan. Aku perempuan tidak mampu untuk membalas. Hanya mendengar dan pasrah dengan nasib yang diterima. Aku melihatnya begitu mesra bersama seorang perempuan lain.

Farrina yang juga melihat kejadian tersebut telah terkejut besar. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Jadi aku menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Peristiwa pahit itu aku cerita perlahan-lahan kepadanya kerana dia sebagai kawan baik aku berhak mengetahuinya.

“Tak guna punya jantan!!!!” Dia seperti hilang sabar terhadap Rizman lalu terus meluru ke arah mereka. Kemudian sebuah tamparan hebat singgah di pipi Rizman. Aku dapat merasakan betapa sakitnya.. namun aku tahu Ina sekadar mahu membelaku.

“Hoi!! Apasal kau tampar aku hah? Kau ni ada masalah apa? Gila? Otak tak betul? Hah? Kau sape nak kata aku tak guna??” Marah Rizman sambil menggosok-gosok pipinya yang masih terasa pedih itu. Perempuan yang berada di sampingnya tadi terus beredar dari situ.

“Kau yang apasal..!!! Kau dah cari pasal dengan Zura bermakna kau kena berhadapan dengan aku kau faham ke tak? Hah??” Tengking Ina.

“Ina… sudahlah.. jom kita pergi dari sini. Buat sakit hati aku jer tengok muka dia.” Ajakku.

“Zura…? Hei, korang ni nak apa hah? Tak puas hati? Habis, korang nak buat apa? Bunuh aku? Bunuh lah..!!!” Lenting Rizman tidak puas hati dengan tuduhan Farrina.

“Aku betul-betul tak sangka kau sanggup mempermainkan Faizura selama ini. Kau ingat dia ni anak patung ke apa? Dia pun ada perasaan jugak! Bukan macam kau! Binatang!!” Rizman betul-betul tergamam dengan kata-kata Farrina.

“Sape kau nak panggil aku binatang..? Sape binatang?” Tanya Rizman yang mukanya sudah membuak-buak kepanasan setelah Farrina memanggilnya binatang.

“Kaulah! Binatang!!!”

“Tak guna!!” Rizman dengan pantas menarik headphone yang di leher Farrina dan mematahkan headphone tersebut. Setahu aku, itu merupakan barang kesayangan Farrina.

“Rizman! Apa kau buat ni?” Aku cuba memarahi Rizman.

“Kau diam! Biar dia rasakan! Sibuk sangat hal orang nah padam muka!”

“Kau memang buat aku hilang sabar! Tapi tak pe! Setakat headphone murah ni, aku boleh beli lainlah! Tapi, kau memang tak boleh lari dengan gelaran binatang! Yang kau tahu hanya sakitkan hati perempuan! Dah bertahun kau sanggup buat dia macam ni!!”

“Kalau kau tak tahu apa-apa, jangan nak menyibuk! Sudahla.. korang pergi dari sini! Jangan sampai aku bertindak kasar nanti!” Marah Rizman. Aku tidak berani menentang lagi. Tapi, hanya melihat pertengkaran mereka berdua sahaja tanpa sepatah kata.

“Jantan macam kau memang tak layak dicintai! Tak patut disayangi!!! Kau layak untuk dibenci!!!!!!!” Tengking Ina.

“Hei! Kau ni memang..” Lantas Rizman menunjukkan penumbuknya ke arah muka Farrina.

“Apa? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah!! Aku sikit tak takut. Kau ingat Allah tak balas apa perbuatan kau nanti? Kau ingat Rizman.. Allah maha adil! Kalau kau sakitkan hati dia lagi, nahas kau!”

“Hei, kau diamlah!! Dasar perempuan tomboi!!!” Marah Rizman.

“Tak guna kau Rizman! Kau ingat kau tu bagus sangat?? Hah?” Balas Farrina. Entah apalah yang sedang dibisikkan oleh orang sekeliling yang melihat kejadian ini.

“Ina…. sudah! Jom pergi. Tak payahla nak tengking-tengking sangat.. malulah orang tengok.” Ajakku sekali lagi.

“Yang kau nak bela dia ni kenapa? Biar dia tahu yang dia ni manusia jenis apa. Hoi, Rizman! Kau tengok sendiri… Zura pun tak balas apa yang kau buat kat dia! Kau cerminlah sikit diri kau! Insyaallah, Allah akan balas apa yang kau buat kat Zura! Dah, jom Zura!” Ina terus menarik tanganku. Aku sempat melihat wajah Rizman. Seperti orang yang serba salah. Aku harap dia berubah. “Zura! Tunggu kejap! Tunggu.. saya nak cakap dengan awak!!!” Panggil Rizman setelah melihat Farrina menarik tanganku dan mengajakku pergi dari situ.

“Ina… kau tak perlulah marah-marah Rizman macam tu..”

“Kenapa dengan kau ni? Dia memang tak patut buat kau macam tu!”

“Aku dah lupakan masalah hari tu. Aku…… entahla!”

“Kau tak payah nak bohong aku lah… Tak mungkin kau akan lupa begitu saja. Atau.. kau masih cinta lelaki tak guna tu? Itu maksud kau? Hm.. aku tak tahu nak cakap apa kat kau. Kau tengoklah diri Rizman yang sebenar.. dia tu jantan tak guna!”

“Cuma dia sorang yang pernah membahagiakan aku selama ini…!”

“Dan dia juga telah merosakkan kebahagiaan kau!”

“Aku tak tahu…. aku tak tahu… kepala aku berserabut sangat.”

“Erm.. Zura. Maafkan aku eh.. kalau aku terlalu mendesak kau.”

“It’s okey.”

“I’m sorry what happened just now. I can’t stand anymore..” Nampaknya Ina memang memarahi Rizman kerana menyakiti aku. Ina.. thanks because you always be with me. You’re my lovely friend forever.

Di rumah, aku baring di atas katil untuk melepaskan lelah. Aku memikirkan perkara yang berlaku siang tadi. Telefonku tiba-tiba berdering. Rizman yang menelefon aku. Patutkah aku menjawabnya.

“Kenapa tak jawab telefon tu..? Angkatlah.. mana tahu penting ke.” Tanya Kak Anis yang kebetulan dia lalu di hadapan bilikku. Kak Anis terus mencapai telefon bimbitku. “Oh.. Rizman rupanya… akak tahu adik akak akan buat keputusan yang terbaik. Apa pun keputusan Zura, akak sokong.” Mendengar kata-kata Kak Anis, aku terus menjawab panggilan dari Rizman dan Kak Anis terus keluar dari bilikku. “Rizman.. ada apa.. kita dah tak de apa-apa kan sekarang? Hal apa yang penting sangat ni? Tak cukupkah sekarang awak dah sakitkan hati saya! Saya penat la.”

“Faizura.. dengarlah dulu apa yang saya nak cakap…. boleh kita berjumpa sekarang?”

“Buat apa? Untuk awak.. saya sudah tak de masa lagi. Dengar suara awak saja pun, saya dah muak!! Apa lagi nak jumpa.. Kenapa? Awak nak bermesra dengan sape pulak depan saya?”

“Tak.. bukan macam tu, sayang..”

“Stop call me ‘sayang’!!”

“Saya ada hal nak beritahu awak. Pasal kita.”

“Beritahu sekarang tak bolehkah? Lagipun saya tak da masa nak jumpa awak! Saya ni bukannya siapa-siapa lagi ngan awak kan! Tak payahlah nak jumpa! Kita kan dah putus. Awak sendiri yang putuskan hubungan kita! It’s over!!” Aku terus mematikan telefonku. Dengan begitu pantas air mataku mengalir. Sebenarnya aku terlalu merinduinya. Jujur hatiku mengatakan bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya. Ya Allah, Zura! Kenapalah kau ni bodoh sangat hah? Lelaki memang macam tu.. minta maaf sikit, dah cair balik hati yang dahulunya keras macam batu. Tapi dia juga telah mengkhianatiku. Tak mungkin semudah itu aku dapat memaafkannya. Argh…. Entahla!

* * *

Keesokannya ketika di kolej, Rizman datang menemui aku secara tiba-tiba. Sebenarnya aku bukannya tidak mahu memberinya peluang untuk berbicara, tapi aku hanya belum bersedia untuk bersemuka dengannya. Hatiku masih belum mahu terbuka untuk memaafkannya. Hatiku ini masih lagi remuk disebabkan kejadian kelmarin.

“Awak tak faham-faham lagi ke? Saya tak nak tengok muka awak lagi! Buat sakit hati saya aje tahu tak?”

“Saya benar-benar bersalah. Saya mengaku bahawa saya memang lelaki yang tak berguna. Saya sedar, saya bersalah.. jadi, tolonglah maafkan saya. Saya merayu pada awak. Awak boleh hukum saya apa saja. Saya terima..”

“Awak kan pernah beritahu saya yang awak langsung tak pernah cinta kat saya! Awak cuma mempermainkan saya! Saya benar-benar tulus mencintai awak… tapi, kenyataannya? Awak tak pernah pun mencintai saya! Awak juga berani peluk perempuan lain depan mata saya!” Dengan perasaan marah aku meninggikan suara ke arahnya.

“Saya memang tak pernah cintakan awak. Tapi saya sedar bahawa saya semakin menyukai awak.. awak percayalah. Pasal hari tu.. saya mengaku salah.. saya mengaku.. Awak, please.. sayang.” Aku dapat melihat kejujuran Rizman dari raut wajahnya. Patutkah aku memaafkannya?

“Zura.. berilah peluang kedua kepada saya untuk menebus segala kesalahan saya.”

“Enough!! Awak tak payahlah nak berpura-pura! Dulu, senang-senang je awak kata awak tak pernah cinta saya. Tapi, sekarang ni.. awak kata awak suka kat saya pulak. Hati saya dah hancur!! Bukannya senang nak pulih tahu tak? Sudahlah! Awak pergilah..”

“Tak, saya takkan tinggalkan awak selagi awak tak maafkan saya. Saya berjanji bahawa saya akan belajar mencintai awak dengan ikhlas. Saya ingin membahagiakan awak. Asalkan awak mahu memberi satu lagi peluang untuk saya. Please..” Rayu Rizman.

“Apa? Awak nak belajar mencintai saya? Huh, betul cakap Farrina.. orang macam awak tak layak mencintai dan dicintai. Saya menyesal sebab mencintai lelaki seperti awak!!” Aku terus beredar dari situ. Rizman terus-menerus memanggil namaku. Ada beberapa orang yang melihat kejadian tersebut. Ah! Biarlah apa yang mereka ingin katakan.

Aku pergi ke perpustakaan sebentar untuk mencari beberapa buku untuk dibaca. Segala ‘assignment’ aku sudah siapkan. Jadi, aku memang tak ada kerja yang nak dibuat. Sepatutnya hari ini aku duduk di rumah sahaja. Tapi, bosanlah asyik di rumah terus. Lebih baik ke kolej.

“Zu…ra…!” Bisik Farrina yang tiba-tiba muncul di sebelahku.

“Ya Allah, terkejutnya aku. Aku ingatkan siapa.”

“Apa kau buat kat sini?” Tanyanya dalam nada suara yang perlahan.

“Baca buku lah! Takkan nak ‘shopping’ kot? Ape lah kau ni.”

“Taklah.. kenapa muka kau macam tak de ‘mood’ aje? Masih teringatkan pasal kelmarin ke?” Tanya Ina dalam separuh berbisik. “Eh! Tak adelah. Haha.. tengok.. aku siap ketawa lagi nih..”

Tiba-tiba seorang pustakawan berjalan ke arah kami. Kami ditegur kerana berbual di dalam perpustakaan. “Cik adik berdua ni boleh tak jangan berbual dalam perpustakaan? Kalau nak berbual pun, kat luar..”

“Ehm, sorrylah bang..” Lantas kami meminta maaf.

“Kau lah ni! Tegur aku sangat. Kan aku dah buat bising kat dalam perpustakaan nih.” Marahku kepada Farrina dengan nada suara yang agak tinggi. “Ehemm..” Kami ditegur lagi. Lantas aku menjegilkan mataku terhadap Farrina. Dia hanya ketawa kecil kepadaku.

Ketika aku sedang membelek-belek buku, aku teringatkan sesuatu. Bagaimana agaknya keadaan Fairus di hospital? Sudah sembuhkah dia? Ah! Kenapa aku teringatkan dia pulak? Tapi, takkan aku tak payah jenguk dia lagi? Apa yang aku khuatirkan ialah jika nanti dia cakap bukan-bukan terhadapku. Patutkah aku pergi menjenguknya. Hm, nanti ajelah. Lagipun dia bukannya sesiapa pun bagi aku. Tapi.. dialah yang menyelamatkan aku. Takkan begitu saja aku tinggalkan dia. Hm, ape-ape jelah.



“Hello, hm.. saya nih. Yelah.. nanti saya pergi jenguk awak. Macam budak-budaklah awak ni. Itupun nak kena teman. Tapi saya pergi kejap je tau. Saya pergi pun dah cukup bagus.” Kataku ketika berbual dengan Fairus sewaktu dia menelefonku.

“Tapi awak janji datang tau.. saya rindulah kat awak.”

“Tengoklah dulu. Oke bai!” Lama-lama berbual dengan dia nih, rimas juga rasanya.

I'm Your Lady.. (Bab 5)

“Ibu buat apa tu.. ? Sibuk nampak…. Hehe..” Sapaku ketika ibu sedang sibuk memasak.

“Ish! Zura ni… Terkejut ibu tau! Kalau pisau ni terkena jari ibu nanti macam mana? Ibu ni dah la fobia dengan cecair berwarna merah tu.” Marah ibu. Aku pun terus memeluk ibu dari belakang. Ibu tersenyum kembali.

“Ala… Zura melawak aje. Ibu janganlah marahkan Zura.. Zura kan tak sengaja, bu. Maaf ye, ibu? Maafkan ye? Hm, ada apa yang boleh Zura bantu?” Tanyaku sambil melepaskan pelukan.

“Boleh, sayang. Ha! Pergi potong bawang di atas meja tu. Sementara ibu potong sayur, nanti kita boleh masak cepat sikit. Sekejap lagi papa dengan kakak kau balik. Kita boleh makan sama-sama.” Pinta ibu.

“Eh, papa ngan akak balik makan kat rumah ke hari ni? Selalunya jarang makan kat rumah. Asyik sibuk je.. kat pejabat.” Kataku sambil mencapai sebilah pisau.

“Zura pun sama.. pagi-pagi ke kolej, petang baru balik. Kadang-kadang sampai malam. Hari ni pun sebab Zura tak de kelas kan?” Aku cuma tersengih sambil melihat ibu meleteriku. \

“Ibu nak masak apa ni? Nampak macam sedap.. aje!” Aku sengaja mengubah topik.

“Elleh, terus tukar topik pulak dia tu..”

“Hehe..”

“Ala, ibu masak biasa-biasa aje.. kari daging, sup ayam.. pastu, entahla nak masak apa lagi. Bila Zura dah kahwin nanti, jangan lupa tanya apa makanan kegemaran suami Zura. Selalu-selalulah masakkan makanan kegemarannya tau! Tengok ni, papa kau suka sangat makan sup ayam. Entah apa yang dicarinya dalam sup tu pun ibu tak tahu. Tapi.. ibu selalu masakkan kat papa.”

“Ish, apa ibu ni? Apasal ibu cakap pasal suami pulak nih? Zura bukannya kahwin lagi.. Ape lah ibu nih.. ”

“Eh, betullah apa yang ibu cakap. Kamu tu dah besar panjang! Dah memang patut jadi mak orang.. dah.” Aku mula mencebik. “Kenapa tak suruh akak aje yang kahwin dulu? Dia kan tua dari Zura. Takkan Zura nak langkah bendul kot bu..” Aku cuba membangkang keputusan ibuku.

“Tak pe Zura. Bukannya salah pun. Lagipun kakak kau tu belum berjodoh...lah. Hm, Zura dah ada calon? Kalau belum, ibu boleh tolong carikan untuk Zura. Ramai anak teruna kawan-kawan ibu tu hensem-hensem.. nanti Zura pilihlah mana yang berkenan.” Kata ibu sambil membasuh sayur-sayuran yang dipotong.

“Tak naklah bu! Ibu carikan saja untuk kak Anis. Ala, kalau nak cari yang hensem-hensem pun, kat kolej Zura lagi ramai. Tak terkira rasanya. Tapi yang penting sekali, bukan sifat luaran.. tapi dalaman. Buat apa kalau muka je elok tapi perangai tak elok! Betul tak apa yang Zura cakapkan nih?”

“Hm, bijaknya anak ibu. Memang pun kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan hanya memandang luarannya sahaja. Tetapi, dari sudut dalamannya. Contohnya, papa kamu! Dia tu taklah hensem sangat.. hehe.. hensemlah jugak! Hatinya.. baik sangat. Itu yang membuatkan ibu terpikat dengan papa kau tu!” Aku ketawa kerana geli hati mendengar celoteh ibuku.

“Kalau papa ada, seronoklah tu! Ibu siap puji papa semacam.. aje.”

“Macam Zura.. lah! Kalau orang puji sikit, hah.. mulalah nak cair. Eh, yang kita ni asyik sibuk bersembang, masak entah ke mana! Zura lah ni! Ganggu ibu masak.”

“Sorry, lah bu.. hehe! Zura nak pergi tandas kejap yerr.”

“Itu pun nak beritahu! Sudah, pergi cepat.”

Sebaik sahaja aku keluar dari tandas, aku menerima mesej ringkas daripada Fairus.

[Bla awk nk dtg jnguk sy? Rndu, la!] Kemudian aku pun membalas mesej yang diterima.

[Kan sy dh bg tau nanti sy pergi la, tgk r.. esok ke sy prgi. Ye.. la! Ksian, nnti ckp sorang2 pulak kt dlm wad tu..] Eh, yang aku layan mesej dia tu kenapa erk? Nanti dia syok sendiri pulak!

[Wah.. jd, awk dh mula ambl brt ngn sy la? Trharunya sy..] Ha, belum apa-apa dia dah perasan. Ni yang aku kesalkan nih! [Bluekk…!!!!!!!!] Nah! Amik kau!

Setelah Kak Anis dan papa pulang, kami sekeluarga makan bersama. Bukan mudah selalu dapat makan bersama keluarga. Semua asyik sibuk dengan kerja masing-masing. Apatah lagi hendak pergi bercuti, lagi… lah tidak sempat meluangkan masa.

Kekadang, aku terasa bosan akan kehidupan ini. Hidup dalam sebuah keluarga yang berada. Namun, kemewahan ini tidak semestinya dapat mencapai kebahagiaan. Memanglah aku sering rapat bersama ahli keluargaku. Namun, entah apa yang aku masih tercari-cari lagi. Seperti ada yang kurang. Tetapi aku masih tidak pasti. Inilah manusia. Satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.

Astaghfirullah…. Selama ini aku tidak bersyukur ke atas apa yang ada. Ya Allah, kau ampunilah segala dosaku terhadapMu. Amin.. aku menyapu seluruh wajahku setelah selesai berdoa.

Setelah selesai solat Asar, aku mengambil keputusan untuk pergi menziarahi Fairus. Apa khabar dia agaknya? Sudah sihat ke belum ya? Eh, kenapa sejak kebelakangan ini, aku asyik khuatir akan keadaannya. Padahal, dia bukannya sesiapa bagiku. Ah! Mungkin aku masih rasa terhutang budi kepadanya kerana telah menyelamatkan aku pada tempoh hari. Jika dia tiada di situ, entah apa yang bakal terjadi padaku kelak. Syukurlah kerana Allah masih menyayangiku.

Setibanya di hospital, aku melihat bilik tersebut kosong. Di manakah Fairus? Adakah dia ditempatkan di bilik lain atau, keadaan dia semakin teruk?

“Hei.. dia ni memang suka buat orang risaulah! Ha! Lebih baik aku tanya ‘nurse’ kat kaunter tu.” Sebaik sahaja aku toleh ke belakang, Fairus sedang tersenyum lebar ke arahku sambil memegang sejambak bunga.

“Ya Allah! Awak ni betul-betul mengejutkan saya tahu tak?” Marahku.

“Janganlah marah. Nah, bunga ni untuk awak. Supaya awak tak marah saya lagi.. Erm.. awak risaukan saya?” Alamak! Dia dengar ke apa yang aku cakapkan tadi? Aduh.. apa aku nak jawab ni.. Erm, buat bodoh ajelah!

“Terima kasih!” Aku mengambil jambangan bunga tersebut dengan kasar. “Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.”

“Eh… kenapa cepat sangat? Awak ni selalu terburu-burulah.”

“Kenapa? Ada masalah ke? Saya ingatkan nak duduk lama sikit kat sini, pastu.. awak siap bagi bunga lagi malulah saya. Saya pun naik rimaslah kalau macam nih.”

“Okey.. sorry keyh? Apa salahnya saya bagi awak bunga. Awak kan perempuan, memang patut pun dikasi bunga. So, apa salah saya?” “Apa salah awak? Hm, suka hati awaklah! Malas nak layan!” Sebenarnya aku malu akan kata-kataku tadi yang didengari oleh Fairus tanpa pengetahuanku.

“Awak, esok saya dah boleh balik tau.” Alhamdulillah. Tak payahla aku datang jenguk dia lagi.

“So?? Baguslah! Okey, saya pergi dulu. Awak pun dah sembuh kan? Dah nak boleh balik dah kan?”

“Lah.. kan awak baru sampai.. saya rindu sangat kat awak ni. Jomlah kita sembang-sembang dulu.. ke! Awak langsung tak teringatkan saya ke?” Dah gila agaknya mamat nih? Padahal aku langsung tak suka dia. Dia anggap aku ni seperti teman wanitanya. Ah! Buang masa saja aku melayaninya.

“Excuse me! Saya ada hal penting sangat-sangat ni! Awak pun dah sembuh kan? ”

“Awak jangan ingat yang saya selamatkan awak hari tu saya tak minta apa-apa..”

“Oh.. rupanya awak tak ikhlas lah tolong saya. Apa awak nak lagi dari saya? Duit? Emas? Berapa juta awak nak? Saya boleh kasilah.” Hisy! Rupanya dia tak ikhlas menolongku hari tu!!!!

“Awak ingat saya ni lelaki jenis apa hah? Saya cuma nak satu permintaan. Satu.. aje! Please. Saya sebenarnya.. Erm, sebenarnya saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak. Please.. awak boleh kan jadi kawan saya? Kalau boleh, saya nak ajak awak keluar jalan-jalan dengan saya. Boleh kan..? Hmm, nanti saya beritahu bila. Sekarang tak bolehlah sebab saya kan.. belum sembuh sepenuhnya. Awak tengok sendirilah kan?”

“Hei, tolong sikit, saya tak de masa nak keluar ngan awaklah! Lagipun saya ni sibuk. Manalah saya sempat nak keluar jalan-jalan.” “Sibuk konon. Awak tu bukannya bekerja lagi kan? Owh.. Saya tahu. Awak nak ke saya panggil awak gadis yang tak tahu mengenang budi..? Very bad girl…” Bad Girl? Perkataan ini benar-benar mengingatkan aku kepada tajuk lagu nyanyian kumpulan ‘Beast’ dari Korea. Salah sorang ahli kumpulannya ialah Lee Gi Kwang. Ah.. Sudah! Sudah! Aku dah luputkan ingatan aku terhadap fanatiknya aku meminati drama dan lagu Korea sewaktu sekolah menengah dahulu. Wow! Teruknya ayat Fairus.. dia kata aku gadis terukk?

“Apa? Apa awak cakap? Berani awak… Huh!! Hm, okey! Okey! Saya akan tunaikan permintaan awak! Tapi bukan sebab lain, cuma sebagai tanda terima kasih saya pada awak. Itu je! Tak lebih! Ingat tu!” Hei, apasal pulak aku.. yang jadi mangsa.

“Terima kasih banyak-banyak! Okey, jangan lupa tau! Ingat..” Kelihatan dari raut wajah Fairus, dia memang seronok. Adakah dia benar-benar suka padaku. Sudahla perangai macam budak-budak! Jelas sekali dia tu lebih tua bangka dari aku! Hurm.. jahatnya aku. Dia baru tua tiga tahun aje dari aku.

Kenapalah.. aku yang dia suka hah? Tapi sayang, aku langsung tidak menyukainya. Aku masih tidak dapat melupakan Rizman. Adakah aku patut memaafkannya? Atau terus memarahinya? Tapi dia memang bersalah. Walaupun dia telah menyesal, patutkah aku mempercayainya? Ah! Lupakan! Aku harus belajar dengan bersungguh-sungguh agar aku dapat menghilangkannya dari ingatanku selama-lamanya. * * * Seminggu telah berlalu..

Aku menerima panggilan daripada si laki poyo.. Fairus.

“Fairus, ada apa awak telefon saya pagi-pagi ni? Awak tak tahu ke saya tengah tidur lagi nih.” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata. Aku terjaga dari tidur setelah telefon bimbitku berdering.

“Awak lupa ke? Hari ni saya nak awak keluar jalan-jalan dengan saya. Lagipun, sekarang dah pagi tuan puteri oii.. kenapa awak masih tidur lagi? Bangunlah..! Tak baik anak dara bangun lambat. Nanti si teruna tak berkenan!” Ish!!!!! Pandai pulak nak mengajar aku si Fairus nih..? Dia ingat dia tu bagus sangat ke? Tak malu betul ajak anak dara orang keluar merata tempat

“Yelah.. Yelah! Saya bangun… Hei, sibuk aje pepagi buta ni! Ha?? Pukul berapa awak nak pergi?”

“Sekaranglah! We need fresh air… pagi-pagi macam ni dah tak butalah.. Orang lain pun tengah keluar hirup udara segar tau. Cepatlah! Nanti tengahari pulak. Hm.. saya dah ada depan rumah awak ni! Awak cepatlah bersiap.” What?? Aku terus menyelak langsir. Hah.. betullah! Dia ada kat depan rumah aku. Kacaknya.. Ada-ada saja penampilan istimewanya untuk menambat hatiku yang keras ini. Ish!!! Tapi, bagaimana kalau ibu nampak.. aduh, matilah aku!!

“Apa??? Awak dah gila ke apa? Kenapa awak datang sini.. Awak ni memang tau! Kalau ibu saya nampak macam mana? Masak saya tau!!!!!” “Kenapa..? Tak bolehkah?”

“Kenapa awak tanya?? Saya tak kira! Sekarang juga awak pergi jauh-jauh dari rumah saya. Maaf. Saya bukannya nak halau. Tapi nanti orang ingat awak ni pak we saya ke apa pulak! Tak kuasa.. saya! Cepatlah pergi.. sebelum orang lain nampak..”

“Okey, pe... kalau orang ingat kita ni ‘couple..’ Apa yang nak dirisaukan? Tenanglah Faizura..”

“Okey! Kalau macam tu kita tak jadi keluarlah! Pergi balik. Saya nak sambung tidur lagi baguslah!”

“Okeyh.. sorry! Sorry! Saya pergi sekarang. Kita jumpa kat taman hari tu ye? Jumpa nanti ye.. Pergi tau! Erm.. anak dara tak baik bangun lambat.” Isy.. dia ni.. Dia terus mematikan telefon. Tak sangka pulak dia boleh cari alamat rumah aku. Hish, dia ni betul-betul nekadlah.

Aku memilih baju yang hendak dipakai. “Hm, buat apa aku cari baju lawa-lawa! Keluar dengan dia aje pun.. Lagipun, dia tu bukannya pak we aku! Huh…..” Bisikku dalam hati. Jadi, aku hanya mengenakan sepasang ‘blouse’ berwarna merah jambu dan seluar ‘jeans’ sahaja. Aku mencari kelibat Fairus sebaik sahaja aku tiba di taman yang tidak jauh dari rumahku. Tiba-tiba saja dia muncul dihadapanku sambil menghulurkan sebatang ais krim kepadaku.

“Nah! Saya tengok kan, dari raut wajah awak yang jelita ni.. awak sangat menggemari ais krim berperisa strawberi kan?” “Tak!” Aku menafikannya. Sebenarnya aku memang suka perisa strawberi. Pandai betul Fairus membaca hatiku. Hm, mungkin kebetulan aje. “Okey, kalau tak pun.. awak makanlah. Penat tau saya berjalan ke kedai ais krim.” Lantak kaulah! “So??” Ada aku kisah.

“Hm, terima kasih!” Aku terus mangambil ais krim tersebut dari tangannya lalu aku membuka pembungkus plastiknya dan terus makan. “Mm, sedap!” Fairus ternganga melihat aku makan dengan sungguh berselera. Aku terlupa bahawa aku baru sahaja mengatakan bahawa aku tidak menyukai ais krim tersebut. Jadi aku terus makan selamba. Kemudian, baru aku tersedar dan berasa agak malu.

“Saya dah agak! Awak pasti suka! Pandai saya teka kan?” Kata Fairus sambil tersenyum-senyum.

“Saya nak ke sana kejap!” Aku terus bangun dan beredar meninggalkan Fairus di situ. Aku berjalan-jalan sambil melihat kanak-kanak yang sedang bermain di situ.

“Awak suka budak-budak..?” Tiba-tiba ada suara menegurku.

“Ye… saya suka tengok diorang. Comel sangat.” Eh, siapa yang tegur aku nih? Aku pulak main jawab.. aje!

Sebaik sahaja aku menoleh ke sebelah, Hah! Rizman??? Bagaimana dia boleh muncul secara tiba-tiba pulak? Tapi.. kenapa? Apa aku nak buat nih..

“Riz..? Kenapa awak di sini?” Tanyaku sambil melihat ke arah lain. Aku tidak tahu sama ada aku masih mahu menatap wajahnya atau bukan..

“Kebetulan kan? Kita jumpa kat sini. Awak sorang aje ke?” Rizman seolah-olah biasa sahaja terhadapku walaupun dia tahu bahawa dialah yang membuatku marah besar.

“Err..”

“Tak pe, saya tahu, awak kan dari dulu suka datang sini sorang-sorang. Awak ingat lagi kan tempat ni? Banyak tau kenangan kita berdua kat sini. Saya datang sini pun sebab nak mengimbau kembali kenangan kita berdua. Tak sangka awak pun sama.” Rizman betul-betul tidak tahu bahawa aku datang ke sini bukannya hendak mengingati kembali kisah percintaan kami dulu. Tetapi, aku ke sini untuk memenuhi permintaan Faris aje pun.

Tiba-tiba Fairus datang menerpa. “Faizura tengok ni saya beli apa…. Eh, siapa ni Zura?” Aku tidak tahu apa yang harus aku cakap. “Zura, awak dah ada orang lain ke? Tak sangka begitu cepat awak cari yang lain. Saya ingat awak dah maafkan saya. Awak tahu tak yang saya dah mula mencintai awak!” Aku terus terasa sebak setelah mendengar pengakuan yang dibuat oleh Rizman.

“Faizura.. dia ni ke ex-boyfriend awak tu..? Em, saya pergi dulu yer. Nanti saya ‘call’ awak balik yer?” Aku cuma mengangguk. Rizman memandang Fairus persis cemburu. Ah! Biarkan.

“Rizman, awak jangan salah sangka dulu! Sebenarnya.. Erm.. saya dah maafkan awak. Lagipun saya tak berniat nak cari pengganti baru. Fairus… just my friend okey!”

“Apa? Awak dah maafkan saya? Jadi awak dah boleh terima saya kembali? Syukurlah kalau macam tu..”

“Riz, tolonglah! Saya malas nak cakap pasal tu! Awak jangan ingat kalau saya dah maafkan awak.. saya akan kembali di sisi awak. Tak.. Maaf, saya terpaksa pergi sekarang. Assalamualaikum.” Dengan air mata yang kian menitis, aku beredar dari situ.

“Waalaikumussalam. Erm, Zura..” Panggilan Rizman langsung aku tidak hiraukan. Malas aku berpaling semula memandangnya.

“Hello, Fairus. Awak kat mana sekarang nih? Puas saya cari awak tahu tak..!”

“Saya.. kat belakang awak ajelah! Cepatlah toleh belakang.” Aku mencari-cari di mana Fairus. Tapi masih tak jumpa. Tadi kata ada kat belakang aku. Tapi, mana dia? Owh.. Rupanya dia berada di atas buaian. Dia ni kan, sengaja nak buat malu. “Ya Allah! Apa awak buat kat situ? Bangun cepat! Macam budak-budaklah.. memalukan aje. Awak tu dah tua tau! Berfikiran matanglah sikit..” Bebelku sambil berjalan ke arahnya.

Sambil bangun, Fairus bertanya kepadaku soal tadi.

“Awak nak berbaik dengan dia balik ke?”

“Yang awak sibuk ni apasal? Bukan urusan awak, faham?” Aku terus menengking Fairus. Entah mengapa aku sering memarahinya. Kata orang tua-tua, jika kita asyik memarahi dan membenci seseorang itu dan tambahan pula orang tersebut lelaki, hah! Itulah jodoh kita. Ish! Tak mungkin! Aku, dengan Fairus? Huh! Tak teringin langsung..

“Awak.. saya laparlah. Jom kita pergi makan cendol pulut kat depan sana tu! Awak nak tak? Saya belanja..” Ajak Fairus. Jadi aku pun hanya mengikutinya.

Selepas menikmati cendol, kami pun terus pulang.

“Awak seronok tak hari ni?” Ya! Agaklah seronok sikit..

“Langsung tak!!” Jawabku tidak jujur.

“Kalau macam tu, nanti saya bawa awak melancong pergi Singapura. Mesti awak suka kan?”

“Dah pernah pergi dah..”

“Kalau macam tu.. Korea??”

“Banyak kali dah pergi.. Sudahlah! Tak payah nak ajak pergi mana-mana! Semua tempat saya dah round!”

“Tipu! Rumah saya belum lagi..”

“Buat apa nak melancong ke rumah awak? Buang masa dan tenaga saya je! Sudah! Saya nak balik! Awak pergilah ajak orang lain melancong!” Aku berjalan pergi meninggalkannya begitu sahaja. Haha.. padan muka! Wah.. seronoknya kalau dapat pergi Korea. Dah ada orang ajak, aku tolak! Isy.. jual mahal betullah aku nih!!


SILA KLIK CATATAN LAMA di bawah.. untuk membaca sambungan cerita