Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 11)

Tiga bulan telah berlalu..

“Mak.. Rizman ada khabar gembira nak beritahu mak ni.. Fiza hamil! Bahagianya Riz..” Beritahu Rizman kepada mak setelah doktor telah mengesahkan aku sudah hamil tiga minggu.

“Patutlah hari tu dia ada mengadu loya dan rasa nak pitam aje. Owh, rupanya menantu kesayangan mak nak dapat anak. Jadi, mulai dari hari ni.. kamu kena jaga Zura betul-betul tau! Anak mak ni bakal jadi seorang ayahlah. Mak gembira sangat. Kalaulah arwah ayah kau masih ada, dia mesti seronok sangat sebab dapat menimang cucu. Kamu jangan sia-siakan mereka tau!” Pesan mak.

“Insyaallah… saya akan buat yang terbaik!! Zura dan anak dalam kandungannya itu merupakan tanggungjawab saya. Saya takkan sia-siakan.”

Kemudian, Rizman mendail nombor pada telefon bimbitnya lagi. Entah siapa lagi yang mahu diberitahunya. “Hello Madlina!! Awak betul-betul kena ucapkan tahniah kepada saya sebab.. wife I mengandung!” Apa? Madlina? Buat apa beritahu dia pulak?

“Okey, terima kasih.. bai! Yer.. Nanti kita jumpa.”

“Abang..”

“Kenapa Zura? Zura nak abang tolong apa, sayang?” Rizman tergopoh-gopoh kerana ingatkan aku perlukan sesuatu.

“Boleh tak abang jangan berhubung dengan Madlina lagi? Zura tak suka la..”

“Oh, jadi Zura cemburu lah ni? Hai.. Sejak bila Zura dah mula cemburukan abang nih? Takkanlah abang nak berkawan dengan Madlina pun Zura tak kasi? Yang selama ni Zura berkawan rapat dengan si Tengku Fairus, ada abang kata apa-apa ke? Tak de kan? Sudahla.. Tak usah difikir-fikirkan lagi..”

“Tapi bang..”

“Sudahla.. sayang.. abang tak nak bergaduh dengan Zura lagi. Hm, abang nak pergi mandi dulu.” Aku tak mampu berkata apa-apa dan hanya memikirkan kata-kata Rizman sebentar tadi. Memang aku juga yang bersalah.

Selama ni aku berkawan rapat dengan Fairus, belum pernah Rizman menghalang sedangkan aku, cuba menghalangnya berteman dengan Madlina. Tapi, Fairus tidak pernah cuba untuk merampasku daripada Rizman malah mungkin Madlina yang ingin merampas suamiku.

Hah! Aku lupa yang aku belum beritahu Fairus. “Hello Fairus! Awak mesti terkejut dengan apa yang saya nak beritahu awak nih..” Aku tak sabar untuk memberitahunya.

“Apa lagi Zura? Awak nak pergi berbulan madu ke..? Oh, saya tahu. Awak nak pergi umrah?” Fairus cuba meneka.

“Tak.. awak salah.. tak lama lagi, saya akan jadi mama! Dan Rizman jadi papa! Dan awak, jadi.. uncle!! A very handsome uncle in the world!! Hehehe..”

“Wah.. awak mengandung, Zura? Tahniah.. syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan zuriat kepada awak dan Rizman. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak dengan Rizman. Itu harapan awak kan? Saya pun tumpang gembira. Rizman macam mana?”

“Of course lah dia future daddy yang paling ‘happy’ kat dunia ni. Dia janji yang dia akan jaga kami sebaiknya. Lega saya dengar awak tahu tak?”

“Baguslah kalau macam tu. Kalau dah tak de apa-apa, saya letak ‘phone’ dulu lah. Sebenarnya saya ada kerja sikit ni. Biasalah.. this very handsome uncle has many job to do. Very busy you know..”

“Okeylah. Bye uncle Fairus..”

“Ish, ade-ade jelah awak ni. Bye, jaga kandungan awak betul-betul tau!”

“Sip, bos!!”

Sebaik sahaja aku selesai berbual dengan Fairus, aku termenung seketika. Aku memikirkan masa depan kami sekeluarga nanti. Adakah semua itu akan tercapai.

Selang lima belas minit, tiba-tiba Rizman datang dan meletakkan tangan kanannya di atas perutku yang sedang hamil. “Ya Allah! Terkejut saya tau.. Bukannya abang dalam bilik air ke ?” “Tulah awak.. saya dah keluar pun awak tak perasan. Hehe.. Tak sangka yer.. kita dah dapat anak. Awak.. awak kena janji dengan saya tau yang mulai dari hari ni, awak kena jaga betul-betul kandungan awak. Saya tak nak kehilangannya. Apa lagi awak..” Tangannya menggenggam erat tanganku. Sejuknya tangan Rizman..

“Saya janji bang.. Saya begitu sayangkan abang. Saya tak boleh hidup tanpa abang!” Balasku dengan senyuman yang sangat bahagia.

“Me too… sayang! I love you very much forever..” Sudah kuduga kata-kata Rizman yang merupakan luahan perasaan yang sama sepertiku. Awak benar-benar memahamiku.

* * * *


“Apa? Zura mengandung? Betul ke ni?” Kata ibu setelah aku memberitahu berita gembira ini. “Really mom..”

“Okey, kalau macam tu, malam ni.. Zura datang sini dengan Rizman. Ajak mak dia sekali. Ibu nak buat majlis makan malam keluarga sempena meraikan kehamilan Zura. Disebabkan anak ibu yang cantik jelita ni dah nak jadi ibu, dah tak boleh la nak bermanja-manja dengan ibu lagi..”

“Apalah ibu ni. Okey, nanti Zura beritahu Rizman yer! Bai, ibuku yang tak lama lagi nak timang cucu.. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Aku terasa diriku terlalu bertuah di atas segala nikmat yang Allah berikan padaku. Selama susah payahku menjalani liku-liku kehidupan, akhirnya.. dapat juga membuahkan hasil. Anak hasil pernikahan aku dengan Rizman benar-benar kurniaan darimu tuhan. Dari sudut hatiku mengatakan bahawa adakah Rizman akan menjadi ayah yang bertanggungjawab kepada anakku nanti? Mudah-mudahan ya.

Tetapi aku bingung dengan Fairus. Takkanlah sampai sekarang dia belum berpunya? Ah! Aku tidak percayalah.

“Sayang! Kenapa tak sahut saya panggil awak tadi kan?” Kehadiran Rizman telah memisahkan aku daripada lerengan kenangan belaka.

“Abang panggil saya ke? Ada apa?”

“Tak.. abang nak tanya, awak nak pergi ke tak nak nih? Bersiap pun belum..”

“Pergi mana pulak bang?”

“Ya Allah.. takkan tak ingat kot? Pergi rumah ibu awaklah. Kan ibu jemput kita makan malam kat sana? Awak dah lupa eh..”

“A..ah.. saya hampir aje lupa. Hm, kejap ye. Saya nak bersiap dulu.” Setibanya di rumah ibu, semua orang tengah berkumpul di meja makan.

“Ala sayang menantu mak.. mari duduk Zura. Ha! Baik-baik duduk tu. Rizman, papah isteri kamu. Nanti jatuh pulak.”

“Mak.. Zura bukan budak kecik lagi lah.. kan ibu?”

“Betul tu Kak Ta.. Pandai-pandailah Rizman jaga dia nanti.”

“Tak.. saya bukannya apa, takut nanti jadi apa-apa kat cucu kita nanti kan susah. Saya tak sabarlah nak tunggu kelahiran cucu sulung!”

“Sudahlah, jomlah kita makan.” Pelawa Kak Anis.

“Wah sedapnya. Ni siapa yang masak? Akak ke ibu? Ke.. papa?”

“Amboi.. nak peril-perli papa pulak..”

“Sudahla bang! Ha, jemputlah makan. Tak kisahlah siapa yang masak pun kan?”

“Korang suka tak tinggal kat rumah tu?” Tanya mak sebelum aku sempat meneguk jus oren.” Aku memandang Rizman sambil tersenyum.. Rizman juga begitu.

“Eheh.. mak tanya korang senyum-senyum pulak!”

“Sorry lah mak.. Kitorang seronok sangat tinggal kat rumah tu. Lagipun, lebih privacy.. hehe.” Rizman menggenggam tanganku di atas meja. Aku menepis perlahan kerana elok-elok sahaja tengah makan, ditarik pula tangan kananku ini untuk digenggam. Di hadapan semua orang pulak tu..

“Rizman, kan dah malu isteri kamu tu..” Perli papa. Aku tertunduk malu. Isy.. Aku menjeling ke arah Rizman. Dia senyum selama sambil sambung makan..

Setelah selesai makan, aku sempat berbual dengan Kak Anis di dalam biliknya. “Hubungan kamu dengan Rizman macam mana?” Tiba-tiba Kak Anis bertanyakan hal itu. Entah bagaimana hendak kukatakan.

“Dulu memangla ada masalah sikit. Tapi, lama-lama okeylah kak. Tapi memang Zura yang salah. Zura yang asyik cemburukan Rizman je..”

“Akak bukannya apa. Cuma akak tengok sejak belakangan nih, ada seorang pekerja kat pejabat, akak tak ingat nama dia. Tapi yang akak tahu.. dia S.U. Rizman. Akak tengok dia nih lain macam je. Asyik nak berkepit ngan suami kau je. Sakit mata akak tengok.” “Madlina ke maksud akak?”

“Eh! Zura kenal ke dia?”

“Mana Zura tak ingat kak.. dialah yang cuba merosakkan rumahtangga Zura. Tapi, Alhamdulillah.. sebab setakat ni, hubungan kami sudah baik. Harap-harap tidak jadi apa-apalah lepas ni.”

“Akak pun harap macam tu jugalah. Maafkan akak ye sebab tak boleh buat apa-apa. Zura mesti bersabar ye. Mudah-mudahan Rizman tak tergoda dengan si Madlina tu.” Dah terlambat kak.. Rizman dah pun berhubungan dengan dia.

“Zura.. Rizman ajak balik tu. Sudah-sudahlah tu berbual.” Tiba-tiba ibu muncul di muka pintu.

“Yelah.. kejap nanti Zura turun, bu. Beritahu Rizman kejap lagi.. lah ibu.”

“Tak dapatlah kita berbual panjang kan akak? Rindulah Zura kat akak! Lama kita tak jumpa kan?”

“Akak lagi rindu tau.. Akak asyik teringatkan Zura aje.. Tapi tak pe. Sekarang kan kita dah jumpa. Nanti kita jumpa lagi eh.. Erm, Ha! Zura nak tahu satu rahsia tak? Akak.. dah nak bertunang tak lama lagi! Hm….”

“Wah! betul ke.. dengan siapa? Alhamdulillah, doa Zura dimakbulkan. Akhirnya kakak aku nih nak kahwin jugak.. Ha! Siapa orangnya kak? Zura pun nak tahu jugak.. beritahulah. Mesti bakal abang ipar Zura tu kacak orangnya kan…?”


“Hm.. Adelah! Ala.. kawan lama akak.. Zura apa tahu? Tak pelah. Nanti akak cerita kat Zura punyalah. Sekarang ni Zura balik dulu ye? Kang lama pulak Rizman tunggu kat bawah tu. Baik-baik turun tangga tu!”

“Okey kak.. bai..” Aku melambaikan tangan ke arah Kak Anis sambil menuju keluar dari biliknya. Akhirnya aku dapat meluahkan masalahku kepada kakak. Sekurang-kurangnya dapat juga melegakan hatiku. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku hanya memerhatikan Rizman. Aku gembira melihatnya. Di saat aku sedang memikirkannya, adakah dia juga sedang memikirkanku?

“Kenapa dengan awak ni? Dari tadi asyik pandang-pandang saya aje.. Tahulah saya ni kacak pun..”

“Tak de apalah. Lagipun, salahka seorang isteri memandang suaminya..? Erm.. Abang.. abang cintakan saya tak?”

“Of course, darling.. I love you so.. much!! Abang takut sangat kehilangan Zura dan anak kita.” Kata Rizman sambil mencapai dan membelai tangan kananku.

“Abang, kalau saya mati kan..”

“Shush.. jangan cakap macam tu. Awak tahu tak apa yang sedang awak cakapkan ni? Abang tak sukalah sayang cakap macam ni lagi.”

“Abang.. dengarlah dulu apa yang saya nak cakap ni. Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti, Allah lebih menyayangi saya dan tinggalkan abang di dunia ni.. abang teringin nak kahwin lagi tak?”

“Apa yang sayang cakap ni? Abang tak faham lah..”

“Tapi kan bang.. saya akan izinkan abang kahwin satu lagi kalau saya mati. Tapi.. abang kena tunggu tanah kubur Zura kering dulu. Dan abang kena siram kubur Zura setiap hari.”

“Kalau macam tu bila nak kering?”

“Oh.. jadi abang teringin nak kahwin satu lagi lah?”

“Eh, bukan macam tu..”

“Ala, saya bergurau je..”

“Sudahlah. Tak payahlah nak cakap pasal ni. Pasal mati.. lah. Seram tau!”

“Abang.. kita kenalah selalu sentiasa ingat akan kematian. Sesungguhnya Allah berfirman..” Belum sempat aku menghabiskan percakapanku, Rizman memotong. “Dah.. tak payah nak berceramah pulak kat sini. Awak ingat saya tak tahu agama ke apa? Dah! Kita dah sampai, jom masuk.” Berceramah? Belum pernah Rizman berkata begitu kepadaku.

“Yang abang tiba-tiba nak marah pulak ni kenapa? Salah ke apa yang saya cakap tadi? Setahu saya, itu langsung tidak mengguris hati abang.” Tanyaku agar diberi penjelasan. Yelah. Isteri mana yang tak terkejut dengan perangai suami yang tiba-tiba naik angin. Padahal, hal yang dibicarakan tidaklah begitu serius.

“Malaslah saya nak layan awak. Awak takkan faham. Sekarang sudah sampai. Awak nak berceramah ke.. apa ke.. ceramahlah sorang-sorang kat dalam kereta ni.” Sakit hatiku mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Rizman.

“Ha. Tunggulah kat situ.. Nak tidur kat dalam kereta ke?” Cepat-cepat aku keluar dari kereta setelah Rizman meleteriku sambil otakku memikirkan apa yang membuatkan Rizman marah.

“Zura.. kenapa sayang tak tidur lagi ni.. Owh, sayang tunggu abang ye..” Tegur Rizman setelah dia melihatku sedang termenung sendirian di atas sofa dalam bilik tidur.

“Eh, abang.. saya belum ngantuklah. Abang tidurlah dulu. Entahla. Susah sangat mata ni nak pejam. Sebab tu yang duduk kat sini sebentar.” Aku pelik dengan perangainya. Sekejap baik, sekejap tidak. Sekejap nak melenting, sekejap cakap lembut.

“Nah, abang ada buatkan susu panas untuk awak. Minumlah.. siapa tahu lepas ni, awak dah rasa ngantuk sikit kan?”

“Terima kasih bang.”

“Hm.. sama-sama sayang.. Zura, zura maafkan abang ye sebab tadi abang marah-marah Zura. Abang tak sengaja. Lagipun abang tengah penat sama.. Sorry okey?”

“Saya faham..” Sebenarnya aku betul-betul tidak mengerti. Langsung tak!!!

Tiba-tiba, telefon Rizman berdering. Lantas dijawabnya…. “Ha, Madlina.. kenapa awak ‘call’ saya malam-malam nih?” Hah! Madlina? Kenapa dia telefon Rizman agaknya.. “Kenapa bang? Siapa tu?”

“Kejap ye, abang cakap dengan Madlina kejap. Entah apa yang dia nak bualkan malam ni. ” Apa? Jadi, Rizman dihubungi hanya untuk teman dia berbual jelah? Sebab dia rasa bosan? Yang aku ni isteri dia yang sedang kesepian tak reti-reti nak hiburkan aku! Ah!! Rizman memang dah berubah.. Semuanya gara-gara Madlina! Ayat apalah yang dia guna untuk mencairkan hati laki aku. Sampai-sampai semua perhatian hanya untuk Madlina. Aku?? Apa yang aku dapat. Marah! Sakit hati! Geram! Itu yang aku dapat! Semuanya buruk-buruk belaka.

Rizman terus keluar dari bilik. Mungkin dia tidak mahu aku mendengar perbualannya bersama Madlina. Tapi, sebagai seorang suami.. dia tidak patut memperlakukan aku seperti ini. Ini memang tidak adil. Dengan cepat air mataku mengalir laju tanpa henti kerana sedih akan perbuatan suamiku ini.

Setelah 30 minit berlalu.. iaitu seolah-olah 30 tahun bagiku! Rizman masuk ke dalam bilik, aku hanya terdiam sambil baring di atas katil. Aku geram! Dia berbual dengan perempuan tu lama sangat! Dia fikir aku tidak cemburukah? Urgh….!!! Langsung tidak memikirkan perasaan isterinya ini.

“Kenapa tak tidur lagi nih.. Kan abang kata tak payah tunggu.. Sayang tidurlah dulu. Sayang kan tengah mengandung, sayang kena jaga kesihatan..”

“Abang tak payah nak pura-puralah. Tak payahlah nak buat-buat caring pasal saya! Pergilah jaga perempuan tak guna tu!! Dah puas bersembang? Abang dah puas ke belum berbual mesra dengan Madlina tu..? Atau abang nak keluar jumpa dia terus? Bertatap mata, baru puas kan??”

“Apa awak cakapkan ni.. Awak ni kenapa? Saya penat tahu tak. Penat. Saya tanya awak baik-baik, tiba-tiba awak melenting tak tentu pasal. Sudahlah! Saya tidur lagi bagus!” Kata Rizman hairan melihat aku memarahinya sebaik saja dia masuk ke dalam bilik.

“Oh.. penat!! Kenapa? Madlina panggil datang ke rumah dia pulak ke? Penjahat manakah yang ugut dia pulak kali ni?” Bentakku.

“Awak ni, kalau tak ungkit benda lepas boleh tak? Kenapa awak marah sangat kat Madlina tu? Dia bukannya salah apa pun.” Tak salah awak kata??? Awak dah butakah?

“Jadi, saya patut berterima kasihlah kat dia sebab telefon abang malam-malam macam ni? Owh.. macam ni! Madlina, terima kasih banyak-banyaklah sebab sudi bermesra dengan suami saya.. apa kata awak telefon dia sepanjang masa supaya dia tak bosan..

Abang.. saya pun perlukan perhatian. Lagipun isteri abang sekarang ni adalah saya. Bukannya dia! Abang dah lupa ya janji-janji abang nak jaga saya? Abang dah lupa? Saya ni tengah mengandung tahu tak? Baru tadi kita cakap baik-baik aje. Lepas muncul je bayang-bayang perempuan tu, terus bergaduh macam ni! Abang ingat saya boleh duduk diam? Hah??”

“Oh.. sekarang ni awak dah berani tengking-tengking abang lah yer?”

“Sudahlah! Saya malas nak bertengkar dengan abang! Abang tak pernah fahami saya! Isteri abang sendiri!”

“Habis tu? Yang awak mula dulu tu kenapa? Sengaja? Awak sengaja nak naikkan kemarahan saya? Kan??” Tanpa menghiraukan kata-kata Rizman, aku terus baring di atas katil. Dia pula mengambil bantal dan selimut lalu keluar dari bilik. Dia menutup pintu sekuat hati seiring tumpahnya air mata kecewa dariku.

Malam ini terasa sunyi tanpa Rizman di sisi. Ah!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku tidak mahu bersamanya malam ini. Dia telah mengecewakan aku. Malahan, dia sendiri tidak mahu mengakui akan kesalahannya. Aku memaksa mataku ini pejam rapat agar aku dapat tidur senyenyak-nyenyaknya pada malam ini dan cuba melupakan segalanya..

Tiada ulasan: