Kubersujud padaMu wahai tuhan yang Maha Agung yang menciptakan seluruh alam semesta ini. Aku memohon petunjuk dariMu agar menunjukkan jalan apakah yang bakal dilalui olehku bersama bakal anakku ini. Adakah aku akan menjaganya sendirian atau engkau telah menetapkan seorang pengganti arwah suamiku Ya Allah. Hari ini genap dua bulan Rizman meninggal dunia. Anakku akan dilahirkan tanpanya. Tanpa seorang ayah..
Aku hanya mampu pasrah padaMu jika aku akan membesarkannya sendirian. Aku redha. Bersyukur ke atasMu dengan anugerah terindah ini. Semoga aku tidak akan kehilangannya. Amin..
Selesai sudah solat Subuh. Pagi ini aku akan pergi menziarahi kuburnya. Sepatutnya sudah sampai masanya untuk aku melahirkan. Tapi, entah kenapa perutku belum terasa sakit untuk melahirkan lagi. Tak mengapalah, asalkan anakku ini sihat-sihat sahaja.
“Zura nak ke mana ni?” Tanya ibu setelah melihatku bersiap untuk keluar.
“Melawat kubur arwah ..” Jawabku.
“Zura pergi sorang ke? Kalau jadi apa-apa nanti bagaimana?” Mungkin ibu agak risaukan keadaanku yang sedang sarat mengandung.
“Pak Din kan ada temankan Zura. Ala, ibu jangan risaulah. Zura okey je.. Kalau ada apa-apa, Zura akan segera telefon ibu, okey..?”
“Hm, pergilah.. Baik-baik jalan tu!” Nasihat ibuku. Aku pun mengangguk tanda faham.
Sebaik sahaja aku melangkah keluar, perutku terasa sakit yang teramat. Sakitnya hingga tak dapat dibayangkan. Aku menjerit sekuat hati. “Ibu!!!!!!” Setelah mendengar jeritanku, ibu dan bibik datang mendapatkanku. “Ya Allah! Zura! Cepat, bibik.. panggil Pak Din suruh dia ambil kereta cepat! Kita kena bawa Zura ke hospital. Saya rasa Zura dah nak bersalin nih…” Ibu begitu cemas melihatku mengerang kesakitan. Aku pun segera dibawa ke hospital.
“Arghh………. Allah, sakit.. ya Allah..” Hanya kalimah Allah sahaja yang aku sebut sambil menahan betapa sakitnya melahirkan seorang manusia di dunia ini. Setelah sekian lama aku berhempas pulas, akhirnya.. Syukur Alhamdulillah aku berjaya melahirkan seorang anak lelaki. Kurniaan dariMu tuhan..
Aku dibiarkan berehat sementara jururawat pergi membasuh darah yang menyaluti tubuh kecil bayiku. Selang setengah jam, semua ahli keluargaku termasuk Fairus masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan kami.
Kemudian ‘nurse’ membawa masuk anakku dan menyerahkannya kepadaku ibu kandungnya.
“Izinkan saya yang mengazankan dan beriqamat di telinga anak awak, Zura. Saya harap awak tak kisah..” Pinta Fairus sambil menghulurkan tangannya.. Sebelum ini aku memikirkan siapalah yang akan berbuat demikian menggantikan Rizman. Tengku Fairus memang seorang yang baik hati.
“Sudah pasti.. Takkanlah saya tak izinkan pulak..” Lantas aku menyerahkan anakku kedakapan Fairus untuk diazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya. Semua orang tersenyum gembira melihatnya. Sejuk hati rasanya.. sejuk lagi perut ibu mengandung……
“Eii.. comelnya. Macam mama dia.. lah!” Puji Kak Anis.
“Ha! Cepat Zura.. nak bagi nama apa kat anak kamu nih?” Tanya ibu.
“Saya tak kisah.. Em, Fairus. Awak kan dah janji nak letakkan nama apa kat anak saya ni.” Kataku sambil memandang Fairus. Begitu juga dengan semua orang.
“Kalau awak setuju.. saya mencadangkan nama Muhammad Adam. Bagaimana?”
“Wah, Muhammad Adam bin Mohd Rizman. Saya suka... Macam mana ibu? Papa? Okey tak?”
“Insyaallah kami semua setuju dengan apa jua nama yang bakal diletakkan. Asalkan maksudnya baik-baik, tak begitu ke bang?”
“Betul cakap ibu kamu tu..”
“Zura doakan akak dan Abang Haziq cepat-cepat dapat anak pula ye..”
“Amin…”
“Tak lama lagi lah tu..” Ujar papa pula. Kami ketawa beramai-ramai. Rizman, saya telah melahirkan anak kita. Muhammad Adam namanya. Hidung dan matanya mirip sekali dengan awak. Saya akan menjaganya dengan sebaik mungkin. Insyaallah..
Aku bersyukur padaMu ya Allah kerana engkau telah memberi kesihatan yang baik kepada anakku ini. Semoga umurnya panjang dengan penuh amal kebaikan. Begitu juga dengan aku. Dan Kau rahmatilah Rizman. Semoga arwah tenteram jiwanya di alam barzakh. Kau ampunilah segala dosanya.. Amin.
* * * *
Setahun telah berlalu..
Selesai minum pagi di sebuah kafe, aku terus menunggu pesawat yang akan bertolak ke Perth, Australia. Hampir setengah jam aku menunggu. Memanglah, mengikut jadual, lagi dua jam pesawat tersebut akan bertolak. Sementara itu, aku menelefon Farrina. Dia juga tidak terkecuali untuk mengetahui keberangkatanku untuk pergi sambung belajar di negara orang.
Katanya dia akan datang ke lapangan terbang. Begitu juga dengan keluargaku. Lebih kurang lima belas minit lagi mereka akan sampai untuk bertemu denganku kerana kami tidak akan berjumpa selama empat tahun. Mungkin hanya berhubung melalui telefon atau e-mel.
“Zura..” Sejurus kemudian, Kak Anis memanggilku. Lantas kutoleh ke belakang. Semuanya datang menemuiku di sini sebelum kami semua berpisah selama empat tahun. Pada mulanya, aku hanya datang ke sini seorang diri. Tak sangka pula semua orang datang berjumpa denganku. Tanpa membuang masa, aku pergi ke arah mereka semua.
“Ibu, papa, akak, abang.. dan..” Aku terus mengambil Adam dari Kak Anis.
“Anak mama.. maafkan mama sebab mama akan pergi tinggalkan Adam. Tapi nanti kita akan berjumpa semula, sayang.. mama janji! I’m promise, honey..” Aku mencium-cium dahi dan pipi Adam berulang kali. Berat hatiku untuk meninggalkannya. Muhammad Adam baru berusia tujuh bulan. Aku akan tinggalkannya selama empat tahun. Bagiku itu merupakan tempoh yang paling lama. Aku merasa seperti seorang ibu yang kejam.
“Ibu.. patutkah Zura tinggalkan Adam kat sini? Apa kata Zura bawa dia sekali? Zura tak sangguplah..” “Zura, biar ibu yang jaga si Adam nih.. Lagipun, kak Anis kan ada sekali. Adam takkan kesunyian lagi sebab sekarang ni kan kakak kamu sedang hamil. Adam akan ada sepupu. Ada juga yang teman dia bermain lepas dua tiga tahun ni. Kalau Zura bawa dia sekali, macam mana Zura nak belajar? Susah kan?”
“Betul cakap ibu tu.. akak tak setujulah kalau Zura nak bawa dia sekali. Sudahlah. Zura jangan risaulah. Akak tahu Zura mesti akan rindukan Adam kan? Jadi, nanti setiap minggu atau setiap bulan ke.. kita buatlah video call. Zura boleh jumpa Adam.”
“Baiklah kalau macam tu. Erm.. akak.. tolong jaga ibu, papa, dan Adam untuk Zura ya..? Zura hanya ada kamu semua aje. Zura pasti akan merindui orang-orang yang Zura sayangi. Abang Haziq tolong jaga Kak Anis untuk Zura ya?”
“Sudah memang tanggungjawab abang pun.. Zura jangan risaulah!” Aku melihat jam tanganku. Lagi satu jam dan kenapa Farrina masih belum datang?
“Kamu tunggu sape lagi tu? Nampak gelisah.. aje!” Tanya abang Haziq.
“Farrina.. dia kata nak datang. Tapi, kenapa tak sampai-sampai pun.. lambatlah dia ni. Hah!! Itu pun dia.” “Zura, ‘sorry’lah aku terlewat sikit. Huh, jalan sesak tadi. Oh, lupa saya.. Assalamualaikum mak cik, kak..” Farrina bersalaman dengan ibu dan Kak Anis.
“Ye.. Waalaikumussalam, Ina.” Jawab ibu
“Hei, Ina. Aku nak minta maaf dengan kau nih, kalau-kalau aku ada sakitkan hati kau. Kau tahu kan aku nak pergi jauh ni. Kau sudi tak maafkan aku?”
“Mestilah aku maafkan. Kau kan sahabat aku.. ala.. kau ni janganlah nak ‘touching’ sangat. Nanti kang aku sekali.. nangis.”
“Nah, Ina.. pegang jap Adam. Em.. ibu, saya nak minta doa restu dari ibu. Tolong halalkan segala makan minum Zura..” Aku bersalam dan mencium tangan dan pipi ibuku. Kemudian, aku memeluk ibu dengan erat. Setelah aku melepaskan pelukan ibu, aku terus bersalam dengan papa pula.
“Papa, maafkan Zura kerana Zura ada banyak dosa dengan papa.”
“Sayang, Zura anak yang baik.. anak yang taat kepada orang tua. Zura tak pernah pun buat salah kat papa atau pun ibu. Malah, Zura selalu menceriakan kehidupan kita sekeluarga. Papa juga bangga dengan Zura sebab Zura seorang anak dan ibu yang cekal hatinya.”
“Betul tu.. ibu juga sudah halalkan segala makan minum Zura. Ibu restukan Zura. Zura pergilah belajar dengan lebih gigih. Datang semula ke Malaysia dengan segulung ijazah. Ye…?”
“Baiklah semua. I think.. I have to go now! Time’s up!”
Sekali lagi aku bersalaman dengan semua orang dan memeluk anakku dengan sepuas hati. Meskipun aku tidak sampai hati meninggalkan Adam, tapi aku tahu, dia pasti akan baik-baik saja di sini. Semua orang ada untuk menjaga dan menyayanginya.
“Take care.. we all will miss you.” Beritahu Farrina.
I love you all!! Jerit hatiku. Kamu semua merupakan kebahagiaanku selama-lamanya. Aku takkan lupakan itu. Aku melambai-lambaikan tanganku sambil berjalan meninggalkan mereka yang aku sayangi. Semakin lama, mereka sudah hilang dari pandanganku. Air mataku tumpah menangisi kerinduan yang pasti akan meratapi seluruh hatiku sekiranya aku berada di sana nanti.
Sebenarnya, masih tidak cukup seorang lagi yang sudah aku anggap sebahagian dari keluargaku. Orangnya ialah Tengku Fairus iaitu satu-satunya lelaki yang sudi mendengar segala masalahku, yang sudi membantuku dan dia langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan. Hari ini dia tidak dapat menemaniku bersama yang lain kerana dia sedang berada di UK bersama keluarganya. Entahlah suatu hari nanti aku akan berjumpa dengannya atau pun tidak. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kami akan dipertemukan kembali. Harap-harap begitulah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan