Keesokan harinya,
“Zura. Awak tak buat sarapan ke hari ni? Awak tak tahu ke hari ni saya nak pergi ‘office’?” Tanya Rizman setelah dia melihat meja makan di dapur kosong. “Tu! Roti kan ada. Makanlah dengan jem tu. Air pulak bancuhlah sendiri. Takkanlah semua tu pun nak kena ajar!”
“Takkanlah pasal semalam je, hari ni awak tak nak buat sarapan kat saya? Tak payahlah jadi macam budak-budak. Asyik-asyik nak merajuk je.. Cubalah jadi perfect wife sikit..!” Aku terus diam membisu.
“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Memang sengaja eh.. awak sukalah tengok saya cakap sorang diri? Ha, baguslah! Tak payahlah layan suami awak ni! Pergilah buat kerja awak.” Aku berdiam lagi sambil memandang ke arah lain.
“Okey, fine!! Kalau awak tak nak cakap dengan saya.. suka hatilah! Lagipun saya boleh makan kat luarlah! Makanan kat luar lagi sedaplah dari yang awak masak tu!”
“Abang.. Saya bukannya tak nak cakap dengan abang. Abang sendiri yang buat saya jadi macam ni. Abang dah tak sama macam dulu tahu tak... Kalau saya merajuk, abang selalu pujuk. Abang akan peluk saya. Sekarang? Abang marah-marah lagi adalah. Kutuk-kutuk saya lah! Abang dah berubah..”
“Zura. Abang tak pernah berubah. Abang ‘still’ macam dulu..! Cuma perangai awak yang berubah. Kebudak-budakan sangat! Tahulah awak tengah mengandung pun..”
“Saya dah sedaya upaya menjadi isteri yang baik untuk abang. Apa lagi yang tak cukup hah?” Kali ini giliran Rizman pula membisu di hadapanku.
“Baiklah, saya mengaku salah kerana tak sediakan sarapan kat abang. Tapi, abang takkan tak faham maksud Zura?”
“Apa lagi?”
“Seorang isteri terlalu merindukan belaian kasih sayang daripada suaminya apabila emosi sedang mengawal diri.” Jawabku sambil menatap wajah suamiku agar dia faham akan maksudku ini.
“Baiklah, maafkan abang. Tapi jangan ingat selepas ni Zura boleh buat apa je yang Zura suka. Ingat!!” Apakah maksud Rizman agaknya.
Jadi aku terus menyediakan sarapan pagi buat Rizman yang merungut di atas kelalaianku sebagai isteri. Selepas bersarapan, Rizman terus berangkat ke pejabat. Sebenarnya aku belum puas hati dengan perangai Rizman yang langsung tidak suka mengalah. Semuanya dia mahu menang. Sakit hatiku dibuatnya.
* * * *
“Awak dah fikir ke nak letak nama apa kat anak awak nanti?” Tanya Fairus sewaktu kami sedang makan tengah hari di sebuah restoran.
“Hm, entahlah! Saya pun tak fikir lagi. Kenapa? Awak nak tolong saya pilih nama ke? Dah ada yang sesuai ke? Nama apa?”
“Insyaallah kalau Rizman izinkan, saya akan cari nama yang betul-betul sesuai dengan maksudnya. Barulah akan membentuk peribadi seseorang itu.”
“Tak payahla awak nak minta izin pulak. Takkanlah itupun dia nak marah?”
“Kenapa awak ni.. Nampak macam tak de ‘mood’.. aje. Ada masalah dengan Rizman lagi ke?”
“Sudahla, saya malas nak cakap pasal tu lagi. Penat tahu tak asyik memikirkan perkara yang sama berlaku dalam rumahtangga kami. Kadang-kadang.. saya pun nak rasa relaks jugak.. tak naklah asyik stress.. memanjang!”
“Kenapa awak tak ajak Rizman pergi bercuti ke? Tenang-tenangkan fikiran ke..”
“Hm, entahlah saya! Buntu!” Tiba-tiba aku terpandang Madlina yang juga berada di restoran di mana aku dan Fairus sedang makan tengah hari dan dia juga sedang memerhatikan aku.
Kemudian, dia terus berjalan laju kearahku.
“Tak sangka eh.. diam-diam awak ada lelaki lain. Saya ingatkan.. perempuan bertudung macam awak ni langsung tak pandai nak buat maksiat.. Tak pandai nak simpan jantan! Owh.. rupa-rupanya, awak ni ustazah bertopengkan syaitan!!”
Aku lantas bangun dan terus menampar pipi Madlina kerana terlalu geram akan tuduhannya yang melampau itu. Hampir semua pelanggan di restoran terbabit menyaksikan hal tersebut. Aku benar-benar tidak dapat mengawal kemarahanku ini. Madlina sudah keterlaluan. Kata-katanya sangat menyakitkan hati ini. Dengan cara itu saja yang dapat melepaskan kemarahan yang kupendam.
“Hei perempuan! Kau ni kenapa? Betul kan apa yang aku cakap tadi.” Marahnya sambil menggosok-gosok pipinya.
“Jadi kau rasa kau tu baik sangatlah? Hoi perempuan gatal!! Aku bagi amaran pada kau.. jangan sesekali kau berhubung dengan suami aku lagi! Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau yang hasut dia sampai dia berubah.”
“Aku tak rasa yang dia berubah.. mungkin, selera dia pada kau sudah hilang! Semuanya telah beralih pada aku. Hanya aku sorang saja yang berjaya mengalih perhatiannya. Kau tu dah berkedut! Well, walaupun aku ni tua dari korang, aku masih bergetah! Tak macam kau!” Apa dia cakap? Berkedut? Dia sudah buta ke apa? Sah-sah kulit aku ni muda dan licin, suka hatinya saja mahu berbicara sedemikian.
“Kau memang tak guna! Dasar perempuan jahat!!”
Aku terpaksa menelan pahit-pahit kata-kata yang diluahkan oleh Madlina.
“Sudah Zura. Jom kita pergi dari sini. Tak payahla kita layan orang macam dia ni! Buang masa je!! Dia lebih layak berada di wad gila! Sebab dia gilakan suami orang!” Sibuk Fairus.
“Hei, kau tu sape??? Boleh tak jangan nak masuk campur hal orang? Habis, kau ni tak rasa ke diri kau tu yang ganggu isteri orang ke? Hah? Lagipun.. ‘taste’ kau ni kampungan sangatlah! Perempuan jenis ni yang kau suka? Langsung tak seksi! Tuihh… aku suruh dia jilat kasut aku pun mesti dia nak asalkan aku tak ganggu suami dia!” Apa kau cakap?? Kurang ajar..!! Dia ingat aku ni perempuan tak de maruah ke apa hah??
“Jaga sikit mulut kau tu! Kau tu yang tak payah nak masuk campur dalam urusan rumahtangga diorang! Jangan asyik nak sakitkan hati orang lain demi kepentingan kau sendiri! Sedarlah sikit diri kau tu. Zura, jom kita pergi tempat lain. Dia ni bukannya ada kerja lain selain buat malu depan orang ramai. Perempuan macam dia ni memang tak tahu malu!” Balas Fairus pula setelah dia menundingkan jarinya tepat ke muka Madlina.
“Ap..pa? Hurgh!!! Sial kau! Pergilah! Aku pun dah muak tengok korang! Berlagak alim konon..” Herdik Madlina.
Aku memang tidak dapat menahan sebak lalu akhirnya ditenangkan oleh Fairus. Tiba-tiba perutku terasa sakit yang teramat. Aku menekan-nekan perutku sambil menahan kesakitan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ya Allah.. sakitnya, ya Allah! Aku terasa amat lemah tidak berdaya dan akhirnya jatuh rebah di atas lantai. Semuanya jadi gelap. Mataku menjadi semakin berat dan akhirnya tertutup perlahan-lahan. Sebaik sahaja aku membuka mata, Rizman dan Fairus berada di sebelahku. Begitu juga dengan ibu dan Kak Anis.
“Ibu.. kak..”
“Ya sayang, ibu ada kat sini, sayang. Zura tak apa-apa ke?”
“Zura kat mana nih?”
“Hospital. Tadi awak pengsan. Mujurlah kandungan awak tak apa-apa. Fairus yang bawa awak kat sini tadi. Apa yang awak buat sampai pengsan ni? Kan saya suruh awak jaga kandungan tu baik-baik.. Jangan banyak buat kerja sangat..” Kata Rizman. Aku hanya mendiamkan diri sambil memikirkan apa yang akan berlaku jika Rizman tahu hal yang sebenarnya. Aku takkan memberitahunya soal Madlina.
“Manalah saya tahu kenapa saya pengsan. Lagipun biasalah orang sedang hamil kan, bang.. Jangan risaulah.” Aku tahu. Kekhuatiran Rizman hanyalah palsu semata-mata. Mana mungkin dia bertanyakan keadaanku. Yang dia tahu adalah marah! Marah.. dan marah! Kalau dia boleh berpura-pura baik di hadapan semua orang, aku pun boleh.
“Faizura, awak berehatlah ye. Saya balik dululah. Rizman kan dah ada. Awak jaga diri ye..” Kata Fairus.
“Hm, kau baliklah. Aku boleh jaga dia. Aku ni kan suami dia, tahulah aku nak tengok-tengokkan dia. Apa pun, terima kasihlah sebab bawa Zura kat hospital. Kalau kau tak de masa tu entah apa yang akan jadi.” Kata Rizman tanpa mengetahui perkara sebenar. Nasib baik Fairus merahsiakannya. Kalau tak..
“Hm, yelah. Saya minta diri dulu semua. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Dalam fikiranku masih lagi memikirkan hal tadi. “Zura, apa yang Zura fikirkan nih? Berehatlah..” Tanya Kak Anis kerana mungkin dia sudah perasankan sesuatu yang membuatku gelisah semacam. “Eh, tak de apa-apalah kak. Ibu.. terima kasihlah sebab masih lagi ambil berat kat Zura. Terima kasih sebab sudi datang jenguk Zura.”
“Takkanlah ibu nak lupakan Zura pulak bila Zura dah kahwin. Lagipun, ibu dah serahkan Zura kepada orang yang betul. Rizman amat menyayangi Zura. Zura kena bersyukur tau sebab mempunyai suami yang penyayang macam Rizman.” Kata-kata ibu benar-benar membuatkan aku berpaling ke arah Azril dengan raut wajah yang agak sedih. Rizman pantas beralih ke arah lain.
Bagiku, sifat Rizman yang dahulunya penyayang, telah dipengaruhi oleh Madlina sehingga menjadi tidak peduli kepadaku lagi. Hanya sekali-sekala sahaja.
“Kenapa ni? Macam ada masalah je korang berdua ni? Langsung tak bertegur sapa. Asyik pandang-pandang aje.” Tanya ibu.
“Tak de apa-apa lah bu, lagipun.. kalau kami berdua ada masalah, ibu tak payahlah nak masuk campur. Ini urusan rumah tangga kami berdua. Tahulah bagaimana kami nak selesaikan.”
“Abang, kenapa cakap macam tu kat ibu?” Ujarku sedikit marah kerana bagiku, kata-kata Rizman pasti akan menyakitkan hati ibu. Aku tidak rela melihat ibu sakit hati gara-gara ucapan suamiku itu.
“Zura.. biarlah. Betullah apa yang dicakapkan suami kamu tu. Ibu memang tidak patut pun masuk campur. Maafkan ibu lah yer..”
“Ibu tak payahla nak minta maaf. Ibu bukannya salah pun.”
“Tak pelah. Ibu balik dulu. Jom Anis.”
“Rizman, Zura, akak balik dulu. Zura banyak-banyakkan berehat ye? Ingat, Zura tu mengandung. Jaga kesihatan tau.”
“Yelah akak..”
Setelah ibu dan Kak Anis keluar, aku memandang Rizman. “Abang.. saya minta maaf kalau selama ni saya ada buat salah. Abang mahu kan maafkan saya?” Kataku sambil memegang tangan Rizman.
“Hm..” Jawab Rizman dan terus menarik tangannya kembali. “Kenapa bang..?”
“Abang nak pergi solat kejap.”
“Oh.. saya ingatkan abang dah tak sudi memaafkan saya lagi. Saya takut kalau abang..”
“Sudahlah. Abang pergi dulu. Sayang berehatlah.” Ya Allah, sudah lama perkataan ‘sayang’ tidak diungkapkan oleh Rizman kepadaku. Aku terasa bahagia setelah mendengarnya semula. Ini beerti Rizman masih menyayangiku sebagai isterinya. Rizman, kuharap kau akan terus berubah menjadi Rizman yang dulu iaitu bertanggungjawab, penyayang, baik hati, dan romantik sepanjang kau bersamaku. Kuharap kau mengerti sayang..
Aku memegang perutku yang sedikit membesar. Tak sabar rasanya menanti hari kelahiran anugerah tuhan yang bermakna ini. Akhirnya, tercapai juga hasrat ibu ingin menimang cucu. Aku harus jaga kandungan ini dengan baik. Tiada siapa pun yang boleh mencederakannya. Setelah beberapa hari berada di hospital, aku sudah dibenarkan pulang. Lega rasanya. Lama-lama bosan juga tinggal kat hospital walaupun aku ditempatkan di bilik VIP.
“Hello, assalamualaikum Zura.. macam mana keadaan kandungan awak? Okey?” Tanya Fairus ketika menghubungiku.
“Hm.. ambil berat juga ye awak kat saya.. ala awak janganlah risau. Eh…” Tiba-tiba Rizman datang dan merampas telefon bimbitku.
“Hello Fairus! Mulai dari hari ini aku tak nak kau berhubungan lagi dengan isteri aku, Faizura! Aku dah cukup bersabar dengan kau tahu tak? Selama ni Zura jarang rapat dengan aku sebab kau. Sudah! Jangan kau ganggu rumahtangga aku lagi! Faham??” Aku terpana seketika setelah mendengar kata-kata Rizman. Pasti hati Fairus cukup terluka mendengar amarah daripada Azril yang sangat berbisa.
“Bang! Apa yang abang buat ni?”
“Kalau awak nak tahu, punca keretakan rumah tangga kita semuanya berpunca daripada lelaki yang bernama Fairus! Awak nak ke dengar orang lain sibuk kata macam-macam kat saya? Yang saya ni tak reti jaga bini.. lah.. itu, lah. Ini la! Saya stres tau tak!”
“Tapi awak tak patut cakap macam tu kat Fairus.. Lagipun, dia bukannya salah apa pun. Dia tak tahu masalah kita, jadi.. abang janganlah nak salahkan dia pulak.”
“Jadi sekarang nih awak nak memihak kepada dia pulak ye? Zura, awak kena ikut cakap abang! Abang takkan benarkan awak berkawan dengan dia lagi, faham?” Aku tertunduk diam. Air mataku mengalir perlahan.
“Ha! Apasal awak nak menangis pulak? Ke.. awak dah cinta kat jantan tak guna tu?” Tanya Rizman dengan kasar.
“Saya tak kata saya cintakan dia, bang.. Saya rasa abang yang dah cintakan si Madlina tu! Semenjak dua menjak ni.. abang kurang perhatian dengan isteri abang sendiri. Abang asyik keluar.. aje. Sampai saya mengidam pun, abang sikit pun tak carikan makanan yang saya idamkan tu.. Abang memang dah curang!”
“Apa kau cakap….?? Aku curang??” Jerkah Rizman sambil mengangkat tangannya untuk menamparku.
“Abang dah berubah.. Abang dah tak macam dulu.. Saya benci laki macam abang!!” Aku terus berlari menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
“Fiza!! Fiza!! Dengar tak saya panggil nih? Hei, Kenapa degil.. sangat ni?” Jerit Rizman memanggilku dan panggilannya kuanggap seperti angin yang berlalu tanpa kurasa kehadirannya. Begitu juga dengan luka hatiku ini dan takkan kubiarkan semua ini menguasai diriku. Aku harus kuat. Aku mesti dengar nasihat Kak Anis. Dia faham benar dengan keadaanku ini.
Ketukan pintu berulang kali yang memecah kesunyian kamar masih aku tidak hiraukan. Panggilan Rizman tidak kusahut. “Zura! Awak tolong buka pintu ni.. tolonglah jangan jadi macam budak-budak!” Jerkah Rizman lagi. Air mataku jatuh berderaian berselang-seli dengan ketakutan. “Abang pergilah! Pergi! Saya tak nak tengok muka abang lagi.. Saya benci!” Aku menjerit kepada Rizman.
“Owh.. dah pandai nak melawan saya ye? Awak tunggu kejap.. Awak ingat saya tak boleh pecahkan pintu nih?” Ya Allah! apa aku nak buat ni..
“Nak.. tolong mama nak..” Kataku sambil memegang perutku.
Dalam sekali tendangan, Rizman berjaya memecahkan pintu dan terus meluru masuk ke dalam bilik lalu mendapatkan aku. “Abang.. sakitlah!!” Aku mengaduh kesakitan setelah dia menarik tanganku dengan kasar. Digenggamnya lenganku sekuat hati. Walaupun aku mengadu sakit, dia masih tidak mempedulikan isterinya ini.
PANG!!!
Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Pipi kananku terasa pedih. Sepanjang hidupku, belum pernah aku ditampar oleh sesiapa termasuk ibu dan papaku. Tapi.. hari ini, Rizman benar-benar telah meretakkan hatiku. Malah lebih sakit berbanding dulu. Hinggapan tangan kasar Rizman di pipiku sangat menyakitkan. Aku terjatuh rebah di atas katil.
“Lain kali awak jangan nak melawan saya lagi kalau awak tak nak sakit!” Marah Rizman seolah-olah aku telah melakukan kesilapan yang amat besar di matanya.
“Abang!! Abang tak tahu ke yang saya ni mengandung? Hah? Senang-senang je abang perlakukan saya macam ni! Abang dah lupakah yang dulu abang janji nak jaga saya dan kandungan ni? Abang dah lupakah? Kalau abang sakiti saya sama saja abang sakiti anak dalam kandungan ni! Abang nak anak kita mati ke? Atau abang sudah tak nak mengaku ini anak abang??” Aku tidak menahan air mata lagi setelah berkata demikian. Aku teringatkan janji-janji manis Rizman yang sebenarnya semua itu hanyalah palsu belaka.
“Kenapa awak asyik ungkit perkara dulu? Saya tak suka!!”
Tanpa berkata apa, Rizman keluar dari bilik dan terus pergi dari rumah. Entahlah dia akan pulang semula atau tidak. Aku tercari-cari telefon bimbitku namun, tidak dijumpai. Sudah pasti Rizman telah mengambilnya terlebih dahulu. Kini, aku tidak dapat berhubung dengan sesiapa lagi. Ya Allah.. kau tolonglah hambaMu yang lemah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan