Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 10)

“Assalamualaikum ibu..!! hm.. rindunya Zura kat ibu!! Ibu makin cantiklah!” Aku memeluk ibu dari belakang ketika ibu sedang membaca majalah di halaman rumah. Ibu begitu terkejut dengan kehadiranku.

“Ya Allah, kenapa Zura ni.. dah besar panjang dah masih lagi nak kejutkan ibu. Dah! Jom masuk dalam. Panas kat luar ni!”

“Okeyh! Jom masuk. Ibu.. hauslah.. nak air..” Mintaku separuh manja.

“Hei, macam-macamlah budak ni! Hm, okeylah. Kejap lagi ibu bancuhkan. Air horliks panas kan?”

“Ibu ni macam tahu-tahu aje.. hehe.”

Aku membelek-belek surat khabar Metro yang berada di ruang tamu sambil menunggu ibu membancuh air untukku. Sudah lama rasanya aku tidak merasai air bancuhan ibu.

“Ada apa Zura datang sini? Tak seronok ke tinggal bersama Rizman? Maaflah, ibu bukannya sengaja nak masuk campur urusan korang.” Hampir tersembur air yang diminumku apabila ibu bertanyakan hal seperti itu. “Ibu.. apa ibu ni? Zura saja je.. datang sini. Salah ke? Lagipun, Zura rindu sangatlah kat ibu.. by the way.. kitorang baru kahwinlah. Nothing bad happen..”

“Memanglah tak salah Zura datang. Tapi sebaiknya, Zura kenalah duduk kat rumah je tunggu suami pulang dari kerja. Ha, kan itu yang lebih baik.”

“Ala.. bosanlah Zura nanti, bu.. kalau asyik duduk.. aje kat dalam rumah. Lagipun, Zura dah minta izin kat Rizman pun kalau nak ke mana-mana.”

“Mana tak bosan, yang Zura asyik duduk.. sepanjang masa tu buat apa? Berdirilah sama.. baring atas katil ke, pergi kemas dapur ke..”

“Amboi, ibu belajar dari mana loyar buruk nih?”

“Ala, ibu bergurau aje..”

“Ye.. lah tu.”

“Hm, baguslah kalau suami kamu izinkan. Dengar ni pesan ibu, kalau Rizman tak benarkan Zura ke mana-mana, Zura kena turut tau. Jangan membantah langsung. Faham?”

“Yelah.. Zura fahamlah ni.. Zura bukan budak kecil lagi lah..”.

Pada petang itu, aku pergi ke pusat membeli – belah untuk membeli keperluan harian termasuk tudung. Pelik juga kerana ibu langsung tidak menegur aku kerana anaknya telah bertudung. Mungkin ibu tak perasan kot.. Isy, tak perasan apa sampai bersembang punya lama. Ibu sengaja lah tu enggan menegurku. Pasti ibu suka aku mengikuti jejak langkahnya dengan bertudung walaupun tidak disuruh ibu.

Aku berdosa sangat sebab selama ini aku telah mendedahkan aurat sejak aku baligh. Aku bertaubat ya Allah..

Ketika di pusat membeli-belah, aku tidak sengaja terserempak dengan Fairus.

“Faizura.. awak sorang je ke? Mana suami awak? Tak ikut sekali ke?” Tanya Fairus.

“Hm.. sorang je. Rizman kerja. Eh, awak tak kerja ke hari ni?”

“Saya ambil cuti beberapa hari. Saja.. nak tenangkan fikiran.. Saya saja datang sini nak tengok-tengok kalau ada yang berkenan..”

“Tengok apa? Perempuan? Haa. Bagus sangatlah tu! Akhirnya awak sedar pun yang awak tu belum kahwin.”

“Perempuan apa pulak awak ni..? Baranglah! Jangan main tuduh pulak..” Marah Fairus.

“Sorrylah abang Fairus! Hehe.. awak kan lebih tua dari saya.. Eh, jomlah kita berbual dekat sana.” Aku mengajaknya ke sebuah restoran.

“Tak sangka ye sekarang ni awak dah bertudung. Rizman yang suruh ke?”

“Hidayah Allah yang telah sampai kepada saya. Alhamdulillah saya yakin akan perubahan ini.. Allah telah membuka hati saya.”

“Baguslah kalau macam tu.” Fairus tersenyum lebar melihat perubahanku ini.

“Lagipun, saya… hah..” Aku terhenti seketika setelah melihat Rizman bersama seorang wanita dan itu ialah Madlina rupanya. Mereka sedang makan bersama dan Madlina itu merupakan wanita yang cuba memikat suamiku tempoh hari. Kelihatan mereka begitu mesra bersama.

“Faizura.. Zura. Hei.. awak ni banyak mengelamunlah!” Aku tak sangka aku melihat suamiku berada dengan orang lain selainku. Astaghfirullah, apa yang aku fikirkan nih? Mungkin mereka tengah berbincang pasal kerja. Aku juga tidak boleh mementingkan diri sendiri. Aku tidak boleh memarahi Rizman sedangkan aku di sini bersama Fairus. Tapi bohonglah kalau aku tidak cemburu. Hatiku terus terdetik persis cemburu sambil berburuk sangka.

“Hm, tak de apa.. awak, saya tiba-tiba sakit perutlah. Saya balik dulu ye?”

“Eh, Zura.. Kita kan baru aje..”

“Saya benar-benar minta maaf. Lain kali jelah kita berbual. Lain kali kita ‘lunch’ sekali ke?”

“Saya tak kisah je.. okey, apa-apa hal, mesej ye? Jangan lupa berehat tau!” Aku terus pergi meminta diri dan sambil menjeling ke arah Rizman dan Madlina. Sakit betul hati ini apabila memandang mereka. Baiklah, malam ini aku akan tanya kepada Rizman sendiri.

* * * *


“Abang.. saya nak tanya sikit boleh..?” Tanyaku perlahan sambil memicit-micit bahu suamiku yang baru pulang dari kerja. Aku tidak boleh main redah aje. Haruslah Tanya perlahan-lahan agar suamiku tidak mengesyaki apa-apa.

“Ada apa? Tanyalah. Selagi soalan sayang abang boleh jawab, insyaallah abang akan jawab. Cepatlah tanya. Apa dia sayang..?” Tanya Rizman sambil mencapai tanganku lalu diusap lembut.

“Abang ingat tak perempuan yang bernama Madlina yang bekerja kat syarikat abang tu?” Tiba-tiba sahaja riak wajah Rizman berubah setelah aku menyebut nama perempuan tersebut.

“Kenapa dengan Madlina? Dia ada ganggu Zura ke? Dia cederakan sayang ke?”

“Dia bekerja sebagai apa bang?”

“Setiausaha abang. Kenapa? Sayang tak suka ke? Kalau tak suka.. abang boleh pecat dia. Demi isteri abang yang tercinta.”

“Ish, tak payahlah sampai nak pecat dia. Tak.. saya cuma tanya aje.” Sebenarnya aku ingin bertanya soal petang tadi, tapi.. tak mengapalah. Nanti Rizman fikir aku keluar mengekorinya pula. Tak pasal-pasal kena marah pulak aku nanti.

“Kenapa kita cakap pasal Madlina pulak? Jomlah kita tidur. Sekarang ni dah lewat malam kan? Besok abang ada mesyuarat penting. Jadi, kena tidur awal supaya esok.. abang tak terlewat.”

“Yelah cik abang oit..” Kataku sambil memicit hidung Rizman yang mancung persis pelakon Bollywood.

“Ooh.. sayang picit hidung abang yer.. Nakal Zura ni! Hm.. nanti abang dukung baru tahu.”

“Dukunglah kalau berani.. Siapa sampai ke bilik dulu dia menang!! Uwekk…” Aku terus berlari sambil menjelirkan lidah dan segera naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. “Owh.. mana aci, Zura naik dulu..” Rizman merungut sambil mengejar isterinya yang nakal ini.

“Aci kat India la.. cik abang oii!!!!” Balasku.

Haha.. seronoknya dapat kenakan dia.

Jujur mengatakan bahawa hatiku ini masih belum tenang dek memikirkan apa yang kulihat petang tadi dan, jawapan yang diberikan oleh Rizman masih belum dapat meyakinkan aku. Ah! Biarlah, semoga hal ini segera selesai.

Fikiran aku melayang entah ke mana sedangkan Rizman sudah hanyut dibuai mimpi. Aku memandang wajah suamiku dan bertanya pada diriku sendiri. Benarkah Rizman adalah lelaki yang terbaik untukku? Aku tiba-tiba sangsi terhadap kepercayaanku padanya. Dulu, bukan main lagi bahawa aku sudah yakin bahawa Rizman adalah orang yang boleh dipercayai. Namun kini, sebaliknya pula. Ya Allah.. apa yang aku fikirkan nih. Aku takut berdosa kerana tidak mempercayai suami aku sendiri.

Jam pada dinding masih menunjukkan pukul 11.45 malam. Aku masih belum dapat melelapkan mata. Tiba-tiba telefon Rizman berdering. 'Ringtone'nya benar-benar mengejutkan aku yang lagi mengelamun. Aduhai, siapa pula yang telefon laki aku malam-malam nih? Tanpa membuang masa, aku mencapai telefon Rizman terus menjawab panggilan tersebut.

“Hello Rizman. Riz, awak kena tolong saya! Ada orang jahat datang rumah saya ugut-ugut tadi! Awak datanglah sini cepat.. saya takut diorang datang balik! Saya takut.. awak temankanlah saya.. Please awak..” Hah? Betulkah apa yang aku dengar nih? Berani betul Madlina menelefon suami aku gara-gara minta ditemankan! Macamlah tak de orang lain.

“Maaflah cik Madlina.. suami saya sedang tidur. Saya harap awak cepat-cepatlah telefon polis kalau betullah ada orang jahat. Suami saya kepunyaan saya.. jadi, saya harap awak faham. Jangan ganggu kami! Faham?” Jawabku.

“Zura, tolonglah berikan telefon kat Rizman. Saya bingung nih nak minta tolong pada siapa. Saya benar-benar diugut tadi. Tolonglah.. Ala.. takkanlah suami awak pun awak nak kedekut dengan saya.. kejap aje! Saya takut ni..” Dasar perempuan tak tahu malu. Nampak sangat ni salah satu ‘trick’ nak rampas laki orang.

“Sayang.. awak cakap dengan siapa malam-malam ni? Kenapa tak tidur lagi nih.. dah lewatlah.” Rizman terjaga dari tidur setelah mendengar aku bercakap-cakap.

“Nah! Ada orang nak cakap ngan awak! Penting katanya. Awak percayalah semua cakap dia!” Jawabku kasar sambil menyerahkan telefon kepadanya. Rizman memandangku dengan hairan.

“Hello..”

Madlina pasti menceritakan apa yang dicakapkan kepadaku tadi. Entah benar entah tidak. “Oh, betul ke Lina? Awak jangan risau. Tunggu situ. Jangan ke mana-mana.. Nanti saya segera ke sana.” Apa? Betulkah apa yang aku dengar ni?

“Abang nak ke mana tu?” Tanyaku setelah melihat Rizman tergopoh-gopoh memakai baju.

“Abang nak ke rumah dia lah.. kalau Zura nak ikut, jomlah. Kalau tak nak tak pe. Duduk diam-diam kat rumah okey?” Eh, sudah tentulah aku akan ikut. Takkanlah aku nak biarkan suamiku pergi sendirian. Entah apa yang perempuan tu akan lakukan nanti.
Setibanya di rumah Madlina, dia sudah berada di hadapan rumah. Yang membuatkan mata aku sakit sangat ialah melihat cara pemakaiannya. Dia hanya memakai baju tanpa lengan. Nampak segala aurat yang suamiku haram melihat. Dah pulak tu, seluar pendek atas pada lutut yang dipakainya. Eii, mahu saja aku mengambil jubah aku di rumah dan menyedekahkan kepadanya.

“Kalau takut penjahat tu datang lagi, kenapa awak berdiri di depan rumah? Awak nak dia ngap awak? Awak ingat eloklah pakai macam ni depan lelaki ajnabi? Ke.. tak de penjahat pun yang datang. Awak sengaja kan nak susahkan orang?” Aku memerlinya setelah menghampirinya.

Tanpa menghiraukan percakapanku, dia terus meluru ke arah Rizman. “Rizman.. awak tidurlah sini.. saya takut sangat.” Apa? Tidur sini? Don’t wish!!

“Zura, macam mana nih.. Awak tak kesian ke dekat Madlina..? Dia bukannya ada keluarga di sini untuk diminta tolong..” Tanya Rizman.

“Macam mana apa? Takkan nak tidur sini kot.. ala, senang-senang kita lapor polis je.. Selesai!” Jawabku.

“Jangan! Saya tak nak report.. saya takut penjahat tu ugut saya.. apalah motif diorang? Kenapalah dengki sangat dengan aku..” Kata Madlina sambil merenung tajam ke arahku sambil diperhatikan suamiku.

“Kenapa kau tengok aku? Apa? Kau ingat, semua ni kerja aku? Kau jangan nak tuduh aku sembarangan ye!” Zura.. kawal diri kau.. Astaghfirullahalazim..

“Yang kau nak marah tu apasal hah?? Tolong sikit eh.. aku tak tuduh kau pun so.. jangan nak perasan okey! Kau sendiri yang terasa, jangan nak salahkan aku pulak! Siapa yang memakan cili, dialah yang terasa pedasnya.. Ke.. memang semua ni kau yang rancang? Kau memang dengki dengan aku kan? Rizman rapat dengan aku sebab tu kau marah! Suka hati dialah nak rapat dengan sape pun.. Jangan ingat kau tu isteri Rizman kau boleh control dia 24 jam!” Kurang ajar betul si Madlina nih..

“Jaga mulut kau tu sikit eh!! Perempuan!” Aku menolak Madlina dan dia hampir terjatuh. Rizman pula menyambutnya supaya dia tak terjatuh. Aku terkejut melihat kejadian yang begitu menghiris hati di depan mataku itu.

“Sudah! Sudah! Jangan bergaduh. Fiza, lebih baik Fiza jujur dengan abang sekarang juga! Apa jangan-jangan Zura yang upah penjahat untuk sakiti Madlina? Yelah kan, selama ni Zura cemburu kat abang kan? Kenapa dengan awak nih? Selama ni ada saya cemburukan awak? Tak de kan?” Rizman!! Sampainya hati awak.. Awak lebih percayakan orang lain berbanding saya!

“Oh.. jadi, sekarang ni abang nak tuduh saya pulak ye? Abang bela dia berbanding isteri abang sendiri? Sudahlah, saya nak balik! Kalau abang nak tidur sini jugak, tidurlah! Senang-senang kahwin dengan dia terus! Nanti saya tolong carikan tok kadi sekali!” Aku hairan dengan sikap Rizman yang menyebelahi Madlina berbanding aku. Baru je tadi cakap baik ngan aku. Lepas perempuan gatal tu ‘call’, terus jadi macam ni. Argh!! Bencinya!!!

“Suka hati awaklah nak cakap apa. Madlina, jom ikut kami. Tidur kat rumah saya jelah. Lebih selamat. Awak jangan makan hati ye, dengan apa yang dicakapkan Zura tadi. Dia bergurau aje tu.” Ajakan Rizman pasti benar-benar membuatkan hati Madlina berbunga-bunga. Aku yakin sekali! Dia memang perosaklah!!!

“Tapi bang.. takkanlah nak ajak dia..” Belum sempat aku membantah..

“Zura, diam!!” Aku terlopong akibat terkejut dengan apa yang dicakapkan oleh Rizman. Madlina senyum-senyum sinis kepadaku dan aku yakin semua ini hanyalah helahnya agar aku bertikam lidah dengan Rizman. Mahu saja aku mencekiknya akibat terlalu geram akan sikap buruknya itu. Baru saja kenal sudah naik kepala!!! Tak mengapa, biarlah kali ini aku yang mengalah. Hari ini hari kau.. Madlina!

Setibanya di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik dan menangis sepuas hati. Hatiku begitu sakit gara-gara mereka berdua. Tidak sampai sebulan aku kahwin dengannya, sudah timbul masalah di antara kami. Sebaik sahaja Rizman memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik, aku lekas berpura-pura tidur. Aku dapat rasakan dia menghampiriku tetapi kupejam mataku dan aku takkan mahu dipujuk olehnya. Biar dia tahu bahawa dia benar-benar bersalah..

Sangkaanku meleset! Rizman bukannya mahu memujukku. Malah dia terus tidur disebelahku. Nampaknya Rizman memang tidak sedar akan kesalahannya. Air mataku terus mengalir tanpa henti. Aku tidak dapat memejamkan mata kerana terlalu sedih memikirkan masalah yang menimpa. Sepanjang perkahwinan kami, hari ini benar-benar memberi banyak cubaan. Hal ini baru sekali terjadi.. Bagaimanalah kalau hari-hari yang berikutnya. Adakah Madlina akan terus mengganggu kami berdua.. Ya Allah.. apa yang harus hamba-Mu ini buat? Aku bingung….

Aku memandang telekung yang telah dilipat rapi dan aku tahu apa yang harus aku lakukan. Selesai berwuduk, aku menunaikan beberapa solat sunat. Bagi menenangkan lagi jiwaku ini, aku mencapai kitab suci Al- Quran dan membaca lirik-lirik cinta Allah dan Alhamdulillah.. jiwaku semakin tenteram. Rizman pula sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku berdoa agar dia cepat berbaik denganku seperti sediakala.

Aku tidur sebentar sementara menunggu waktu Subuh menjelma. 30 minit kemudian, azan Subuh berkumandang dan aku terjaga dari tidur. Tanpa kusedari, Rizman tiada di sebelahku. Ah! Mungkin dia pergi mengambil wuduk. Biarlah.. tapi, kenapa dia tidak mengejutkan aku? Pagi ini aku menunaikan solat Subuh seorang diri tanpa Rizman sebagai imam kepadaku.

“Abang.. mari makan. Nanti sejuk pulak makanan yang saya masak ni.” Pelawaku setelah melihat Rizman menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.

“Rizman, kita dah lambat nih.. makanan tu tak penting pun berbanding meeting kita hari ni. Jangan lupa, awak kena jaga perut awak. Janganlah gara-gara makan nasi goreng tu nanti awak sakit perut pulak time meeting kan..? Penting tau klien kita hari ini..”

“Abang dah lambat. Abang pergi dulu. Awak makanlah! And.. one more, tengah hari ni abang tak jadi balik makan di rumah.. Abang kena ke tapak projek.. so, tak sempat baliklah.”

“Hm, baiklah bang..”

Belum sempat aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, Rizman pergi begitu sahaja bersama Madlina. Hatiku cepat terasa disusuli dengan tangisan sengsara. Sakitnya Ya Allah.. Tak sangka aku diperlakukan sebegini rupa.

“Hello, Assalamualikum Fairus..” Aku tidak tahu kepada siapa lagi harus kuadu melainkan Fairus.

“Waalaikumussalam Zura. Eh, kenapa suara awak sebak aje? Awak tengah menangis ke?” Memang wajarlah Fairus menganggap aku sedang menangis kerana aku tidak dapat tahan kesedihanku ini.

“Fairus.. Rizman dah mula tak pedulikan saya. Dia..”

“Apa yang dia buat kat awak?”

“Dia dah berubah..” Lantas aku menceritakan kejadian semalam.

“Saya malas nak salahkan sesiapa. Tapi takpelah.. awak kena ambil hati suami awak semula. Apa pun yang berlaku, dia masih lagi suami awak yang sah. Saya pun tak boleh nak buat apa sebab awak pun tahu sendiri kan yang.. kita tidak boleh mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Saya begitu menghormati perkahwinan awak berdua.”

“Ye, saya faham. Apa pun, terima kasihlah sebab mengerti keadaan saya. Tapi maaflah sebab saya dah melibatkan awak dalam hal ni.”

“Tak pe.. hm, okeylah! Saya letak ‘phone’ dulu yer? Bai, Assalamualikum.”

“Waalaikumussalam.” Ya Allah, adakah hambaMu ini telah melakukan dosa dengan menceritakan masalah rumah tangga yang baru sahaja dibina. Ampunilah aku.. Aku terlepas cerita kat Fairus. Aku merasakan yang dia sangat memahamiku. Dialah tempat aku bercerita. Tak Salah kan?

Sebelum Rizman pulang dari kerja, aku telah menyediakan makan malam yang sangat istimewa. Aku berasa sedikit lega kerana Madlina sudah tidak lagi tidur di sini.

Jam menunjukkan pukul 11 malam, Rizman masih belum pulang. Akhirnya aku tertidur di meja makan.

“Sayang.. bangun sayang.. kenapa tidur kat sini?” Aku terus bangun setelah dikejutkan Rizman.

“Abang dah balik? Tapi maaflah bang sebab semua makanan dah sejuk..”

Rizman terus memelukku sambil berkata “Abang yang patut minta maaf. Maafkan abang sebab marah-marah Zura semalam.. sebagai seorang suami, Abang tak patut buat Zura macam tu. Maaf sayang..” Aku menitiskan air mata bahagia setelah mendengar ucapan maaf darinya. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Rizman sambil mengucapkan terima kasih kerana melayanku dengan baik semula. Setiap kali dia mahu memujukku, dia pasti akan memelukku. Dia tahu, pelukannya akan mencairkan kemarahanku.

“Abang jangan tinggalkan saya lagi.. abang janganlah tak pedulikan saya macam ni lagi.. Saya cintakan abang. Saya sayang abang..”

“I’m promise..” Dahiku dikucup perlahan setelah dia mengatakan janjinya itu. Sudah berapa kali Rizman melanggar janjinya. Kali ini air mata lelakinya sempat gugur beberapa titis. Harap-harap semua ini bukan lakonan sementaranya semata-mata.. Kemudian dia meminta maaf kembali. Dan dia berjanji semula. Ya Allah, kau dengarkanlah doaku ini. Semoga selepas ini, Rizman tidak mengingkari janjinya lagi. Aku bermohon padaMu. Aku mohon…

Tiada ulasan: