Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 7)

“Apa yang dimenungkan tu? Serius.. nampak!” kak Anis manyapaku dari belakang.

“Tak de apa, lah kak.” Aku cuba menyembunyikan hal yang sebenar.

“Kahwin tu.. bukan perkara main-main tau, Zura..” Pintar Kak Anis membaca isi hatiku. “Kenapa bukan akak aje yang kahwin dulu? Kenapa mesti Zura? Zura kan..”

“Sebab Zura adik? Apa salahnya? Lagipun, Zura kan dah ada calon. Akak belum ada. Akak tahu Rizman pernah sakitkan hati adik kesayangan akak ni. Zura.. walaupun Rizman pernah mengecewakan Zura, tapi hakikatnya? Dia dah berubah dik! Akak percaya akan perubahan yang dimiliki oleh Rizman. Selalunya orang seperti ini akan jadi lebih baik. Zura pun mesti percaya juga tau! Yang lain tu.. kita hanya mampu berserah kepada Allah. Sebab.. manusia merancang, hanya Allah yang menentukan. Ingat tu.. ye? Akak harap Zura akan lebih banyak berdoa memohon petunjuk dari Allah.” Kata-kata Kak Anis benar-benar menjadi sesuatu ucapan semangat kepadaku. Aku berasa amat.. terharu.

“Hm, terima kasih akak! Sayang.. akak! Selama ni, akak banyak memberi semangat kat Zura. Akak selalu ada di samping Zura tak kira waktu Zura senang mahupun susah.. Semoga akak pula cepat dapat jodoh.. hehe. Bergurau je.” Aku tersenyum riang di samping kakakku yang tercinta.

“Bergurau pulak.. ala, doakanlah betul-betul.. akak belum jumpa lagi ni. Akak pun nak kahwin jugak..”

“Eii.. gatal jugak akak ni kan?”

“Habis, ingat Zura sorang aje boleh gatal? Dia tu.. tak padan dengan kecikk!!” Tiba-tiba, telefonku berdering. Kak Anis pun meminta diri untuk ke biliknya. Rupanya Fairus yang menelefon.

“Assalamualaikum Fairus. Ada apa awak ‘call’ saya ni? Kan dah tengah malam.. Saya dah nak tidur ni.”

“Waalaikumussalam... Saya sebenarnya saja telefon awak. Tak salah pun kan? Lamalah tak jumpa dengan tuan puteri kite yang sorang nih...” Ya Allah, apa yang patut aku beritahu dia? Aku takut dia akan kecewa kalau aku menyatakan hal yang sebenar. Apapun, tak lama lagi dia akan tahu juga.

“Fairus, kenapa awak kata macam tu? Saya ni cuma kawan awak je kan? Jangan lebih-lebihlah.. Nanti awak juga yang kecewa.” Jawabku. “Ye. Memanglah.. Kenapa? Salah ke?” Aku rasa serba salah untuk memberitahunya. Ah! Pedulikan. Dia tak berhak menentukan siapa pilihan hidupku. “Sebenarnya Fairus, saya ada hal nak beritahu awak.”

“Hal apa? Awak dah berubah fikiran ke? Awak dah boleh terima saya..?” Tak!! Bukan itulah.. Ya Allah.. kenapalah dia ni tak reti-reti nak faham?? Aku tak nak dia berasa kecewa nanti kalau dia terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

“Sebenarnya.. Tak lama lagi, saya akan bertunang.”

“Dengan Rizman..?” Tanya Fairus meneka. Kata-katanya agak sedikit sebak.

“Ya. Sebenarnya saya dah berbaik dengannya. Maaf, Fairus. Awak jangan marahkan saya ye? Nak buat macam mana lagi.. Diri saya ni memang bukan untuk awak.. Awak janganlah terlalu mengharapkan apa-apa dari saya lagi. Saya tak cintakan awak. Saya cuma anggap awak sebagai teman. Itu aje. Tak lebih dari tu..”

“Zura, maafkan saya kerana tak dapat merebut hati awak. Tapi, bolehkan kita jadi ‘bestfriend’? Saya tak naklah berpisah dengan awak.. Saya sayangkan awak, Zura. Saya akan sayangkan awak sebagai.. teman saya.”

“Boleh.. tapi tak boleh lebih dari tu tau!”

“Okey, sayang. I love you.” Fairus terus mematikan telefon. Dia belum pernah seperti ini. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang aku beritahu dia tadi. Aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Kecewa, dan sedih.. Tapi, adakah dia sanggup menerima semua ini? Sanggupkah dia? Tapi.. kenapa juga aku harus menjaga perasaan dia! Dia cuma lelaki yang asyik mengganggu aku selepas berjumpa dengannya secara tidak sengaja.

* * *

Sepurnama telah pun berlalu..

Kedengaran bunyi deruan beberapa pacuan empat roda menghampiri rumahku. Aku menjenguk ke luar. Lebih kurang lima buah kereta berhenti di halaman rumah. Adakah.. rombongan.. hah? Aku menggosok-gosok mataku berulang kali. Benarlah..

“Zura, bersiap sekarang. Rombongan meminang sudah datang tu. Ibu tunggu dalam lima belas minit lagi. Cepat! Bersiap!” Apa? Kenapa aku tidak diberitahu dulu? Kenapalah berlaku dalam keadaan tergesa-gesa nih.. “Tapi ibu.. kenapa tak beritahu Zura awal-awal? Kan Zura boleh siap awal.. sebelum diorang datang.”

“Cepatlah bersiap.. Tak sempatlah ibu nak jawab soalan Zura.. Cepatlah, diorang semua dah masuk tu. Cepat! Nanti lama pulak diorang tunggu.”

Tanpa melengahkan masa aku terus mencapai sepasang baju kurung moden di dalam almari. Aku bersiap cantik-cantik dan mengenakan selendang berlabuci menutupi kepala dan terus turun ke bawah. Nasib baik aku baru saja habis mandi. Kalau belum mandi, alamatnya lama lagi lah diorang tunggu.

Semasa aku menuruni anak tangga, semua orang asyik memerhatikan aku. Aku agak sedikit malu. Aku dikelilingi pujian mengatakan aku anak gadis yang manislah, aku seorang yang ayu, cantik, dan macam-macam lagi pujian yang kudengar. Pipiku merona kemerahan.

“Mari duduk sini, Zura. Duduk sebelah ibu.” Kata ibu. Dengan penuh kesopanan, aku duduk bersimpuh di sebelah ibuku.

Seperti biasa, pantun dimulakan oleh pihak lelaki. Maka seterusnya dijawab oleh pihak perempuan. Kemudian, apabila semuanya sudah selesai, aku ditanya adakah aku bersetuju akan pertunangan ini. Maka aku menjawab, “Ya.” Jariku disarung cincin oleh bakal ibu mertuaku. Aku terasa bahagia sangat hari ini.

Kata ibu, lusa merupakan majlis pertunanganku dengan Rizman. Tarikh perkahwinan kami pula ialah pada empat bulan selepas hari pertunangan kami. Bagiku, segalanya terlalu cepat. Tapi tak mengapa. Jangan hatiku terluka buat kali keduanya.

Segala persiapan telah pun dibuat. Beberapa buah khemah didirikan di halaman rumahku. Ibu mahu raikan hari pertunangan kami secara sederhana. Bagiku tidak kisah asalkan aku bahagia di samping Rizman.

* * * *

Menjelang majlis pertunanganku dan Rizman..

“Awak tengah tunggu sape tu? Asyik tengok ke arah tetamu.. aje.” Pertanyaan Rizman benar-benar membuatku tersentak.

“Ohh, saya cuma tunggu Fairus. Majlis dah lama mula ni. Tapi dia tak datang-datang pun. Agaknya dia datang ke tak eh... Dia kan dah janji nak datang.”

“Hah? Fairus? Siapa tu…” Rizman agak kehairanan.

“Awak jangan salah faham dulu. Kami cuma kawan biasa je.”

“Salah faham apa? Biasa-biasa aje..” Beberapa minit kemudian, Fairus muncul dihadapanku.

“Tahniah! Faizura.. Errm, Rizman.” Fairus bersalaman dengannya.

“Saya ingatkan awak dah tak sudi datang.” Kataku agak sedikit merajuk.

“Apa lah awak ni, Faris datang ni kira bersyukur tau. Tak baiklah buat muka macam tu.” Kata Rizman. “Ehm, ‘thanks’ Fairus kerana sudi datang.” Kataku.

“Saya harap korang akan kekal selamanya. Semoga kamu berdua jadi pasangan yang bahagia.” Kata Fairus. Aku tahu, Fairus tidak serius akan kata-katanya itu. Dia tidak mungkin mengucapkan tahniah kepada Rizman.

“Saya tak sangka yang akhirnya kami boleh berkahwin. Beruntung saya dapat bakal isteri yang cantik dan baik seperti Faizura.” Kata-kata Rizman sudah pasti membuatkan hati Fairus cemburu. Aku tahu, Fairus pasti sedih.

“Ya, beruntung sangat. Baguslah kalau korang dah bahagia.. Kekalkanlah kebahagiaan korang ye..?” Balas Fairus pula.

Ikhlas ke tak eh.. apa yang dicakapkan Fairus tu…? Tapi.. semoga kata-kata Fairus tadi bakal menjadi kenyataan. Amin.. Semoga kami berdua dapat mengekalkan kebahagiaan ini selamanya..

Sungguh tidak kusangka.. sekarang aku sudah bertunang. Dengan Rizman pula tu. Nasib baiklah Fairus memahami perasaanku. Kalau tak sampai sekarang dia takkan lepaskan aku di tangan orang lain. Entah kenapa aku langsung tak tertarik dengan Fairus. Sedangkan dia sudah berusaha mendekatiku dan pelbagai cara untuk memikatku. Kalau difikirkan semula, memang lucu. Tapi rasanya, apabila semua lelaki di dunia ini sudah tiada, barulah aku memilihnya. Tapi tak mungkin kerana sekarang yang akan membahagiakan aku adalah Rizman seorang. “Ibu nak sangat tengok Zura dengan Rizman cepat-cepat kahwin. Selepas itu, korang dapat anak. Ibu ngan papa dah tak sabar sangat ni menimang cucu.” Kata-kata ibu masih lagi terngiang-ngiang di benak fikiranku.

Harapan ibu cukup menggunung. Entah sama ada aku dapat melakukannya atau pun tidak. Sesungguhnya aku tidak akan sesekali mengecewakan hati ibu. Hati sang ibu mudah tergores. Aku tidak mahu menjadi anak yang menderhakai kedua ibu bapanya. Biarlah jika ada sebarang penderitaan, aku tanggung sendirian.

* * * *

Pada pagi yang indah ini benar-benar telah menaikkan semangatku untuk menjalani kehidupan seharian. Kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana pada hari ini, aku masih lagi bernyawa di muka bumimu ini ya Allah!

Aku membelek-belek majalah fesyen terkini yang memuatkan pelbagai rekaan pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini iaitu salah seorang pereka fesyen yang tersohor di Malaysia. Rekaannya begitu cantik. Tapi, aku masih tetap setia dengan designer peribadiku iaitu Zack. Kemudian ibu datang menghampiriku. “Amboi.. tekunnya. Dah ada yang berkenan ke?” Kata ibu.

“Tak de lah. Saja.. je Zura tengok-tengok.. Ha! Petang nanti Zura ngan Rizman nak pergi tengok baju pengantin tau. Kami cadang nak buat tiga pasang baju. Ikut acara.. lah kan ibu. Erm, ibu tak kisah kan?”

“Wah, baguslah kalau macam tu. Ertinya, kamu berdua dah semakin serius dalam hal ini. Ingat ke.. nak bergantung semuanya pada ibu. Hm, apa pun, ibu sokong segala keputusan korang. Hm.. tak pelah, ibu ke dapur kejap ye.” Kata ibu.

“Baik bu..” Jawabku kembali.

Pada petang itu, aku menunggu Rizman datang menjemputku. Aku sudah bersiap secantik yang mungkin agar boleh menambat hati bakal suamiku itu. Aku menunggunya hampir sejam. Kemudian barulah kudengar deruan bunyi kereta menghampiri rumahku. Setelah kulihat di luar, kelihatan Rizman sedang mencari posisi yang sesuai untuk diletakkan kereta BMWnya bersama kereta-kereta di rumahku yang berada di garaj.

Sebuah keluhan benar-benar keluar dari ulas bibirku menunjukkan bahawa aku begitu kecewa akan sikap Rizman yang langsung tidak menepati masa. Soal waktu temujanji, aku tidak pernah main-main. Aku sering serius dalam hal ini.

Sebaik sahaja Rizman keluar dari keretanya, dia terus datang menghampiriku yang sedang mencekak pinggang di muka pintu. “Maafkan saya Zura.. jalan sesak tadi.. Padahal tadi saya keluar awal dari rumah..”

“Tapi saya tunggu awak lama tau! Ingat seronok ke apa tunggu awak lama-lama. Dah macam patung cendana saya kat sini tau..”

“Ala.. tak cair lagi.. lah mekap awak tu. Lagipun sekarang kan awal lagi. Baru pukul 3.30. Jemputlah saya masuk dulu.. Saya penat ni..”

“Elleh, awak datang naik kereta. Bukannya jalan kaki pun. Hm.. Masuklah kalau tak malu!”

“Saya memang tak malu pun.. lagipun ini kan rumah bakal ibu mertua saya.” Kata Rizman sambil meluru masuk ke dalam. Memang tak malu betullah dia ni! Huh!

Ish.. aku pun satu. Dia kan bakal suami aku. Sepatutnya aku tidak perlu memarahinya seperti itu. Aku terus menyusul Rizman ke dalam rumah.

“Zura. Awak tolong buatkan air kat saya boleh? Saya hauslah..” Aku mengerutkan dahi tanda kehairanan kerana Rizman belum pernah menyuruhku buatkan air untuknya. “Air?? Ehm, awak nak air apa?” Tanyaku sambil bangun dari sofa. “Kopi susu...” Jawabnya selamba. Aku meluru ke dapur untuk buatkan kopi yang istimewa untuknya.

Setelah beberapa minit aku berada di dapur, aku pergi ke arah Rizman sambil menatang dulang.

“Nah! Minumlah.. Kalau tak sedap, jangan ‘complain’!”

“Hm.. sedapnya! Pandai jugak bini aku bancuh air kopi! Kopi semanis pembancuhnya!” Apa? Bini dia? Sejak bila aku kahwin ngan dia hah?

“Excuse me! Sejak bila kita kahwin? Baru aje tunang.” Marahku.

“Haha.. saja nak bergurau.. saja nak ‘test’ panggil awak bini saya.. haha.. jomlah kita pergi sekarang.” Ajak Rizman setelah dia meneguk secawan air kopi.

“Kejap lah.. saya nak beritahu ibu dulu. Awak tu main pergi.. aje! Bukan nak minta izin dulu.”

“Yelah.. itu pun awak nak marah.”

Kami pergi ke salah satu butik kegemaranku di mana di situ terdapat seorang pereka fesyen yang sangat berkontemporari rekaannya. Beliau juga merupakan salah seorang ‘designer’ yang terkenal di seluruh Malaysia. Dialah designer kesukaanku.

“Cik Faizura.. cik bolehlah tengok beberapa rekaan yang baru saya reka baru-baru ni. Ada untuk kesemua acara nanti. Cik tengok dulu.. nanti beritahu saya mana satu pilihan cik.”

“Riz, agaknya gaun ungu ni sesuai tak untuk persandingan nanti?” Aku bertanya akan pendapat Rizman.

“Ala awak ni, manalah saya tahu.. awak pilihlah yang mana sesuai tapi saya cuma suka nanti bila kita bersanding nanti awak jangan pilih warna yang garang sangat. Dah la muka awak tu dah garang.. hehe.” Ujar Rizman menyuarakan pendapatnya.

“Ehm.. sebenarnya konsep yang saya fikirkan ialah ala-ala ‘fairy tales’. Bagaimana?” Kata Zack selaku pereka fesyen peribadi kami. Dia jugalah yang akan menjadi perunding majlis perkahwinan kami nanti.

“Wah.. saya suka! Pasti nanti awak kelihatan seperti bidadari. Tak sabarnya saya..” Kata-kata Rizman membuatku agak sedikit malu kerana dia memuji aku di hadapan orang lain. Macam budak-budaklah! Eh, macam budak-budak… erm.. ini benar-benar membuatku teringatkan perangai Tengku Fairus yang seperti kebudak-budakan sewaktu ada bersamaku. Aku tahu, dia seorang yang matang. Tapi, dia sengaja berkelakuan begitu.

“Okey, saya setuju. Awak.. kejap nanti kita pergi ke dewan tu ye? Saya nak tengok persiapan yang diorang buat.”

“Tak payahlah. Lain kali ajelah kita pergi eh? Takut tak sempat pulak hari ni.. Sekarang kan kita nak bincang pasal baju..”

“Yelah. Yelah.”

Setelah segala perbincangan selesai, lega rasanya. Aku tidak sabar rasanya melihat hasilnya nanti.

Ketika aku sedang duduk bersahaja di rumah, tiba-tiba aku teringatkankan Fairus. Bagaimana agaknya khabar teman baikku. Sihatkah dia? Aku mencapai telefon bimbitku lantas mendail nombor telefonnya. Sudah lama tidak dengar khabar.

“Assalamualaikun Fairus, awak apa khabar?”

“Waalaikumussalam.. Alhamdulillah. Baik.. ada apa awak ‘call’ saya ni? Tak pernah-pernah.. pun.” Tanya Fairus.

“Saja.. tiba-tiba je saya rindukan sahabat saya nih.. Erm, Fairus.. Boleh tak kita jumpa? Sekarang? Kita makan-makan? Sambil-sambil tu.. borak-borak ke. Kita kan dah lama tak jumpa.”

“Nak jumpa sekarang ke? Tapi.. Sekarang kan dah malam. Rizman tak marah ke? Lagipun, saya seganlah dengan bakal suami awak tu.”

“Eh, takkanlah dia nak marah? Awak kan kawan saya.

Suka hati sayalah nak jumpa siapa pun.. Bukannya saya jalin hubungan dengan lelaki lain pun belakang dia. Dia tu bukan secara rasmi lagi jadi suami saya. Saya tak perlu minta izin dia.. Lagipun, dia takkan cemburu dengan awak pun.”

“Yelah.. tapi awak tu tetap tunang orang. Saya tak nak lah nanti dianggap sebagai perampas ke..” Kenapa agaknya dia berkata demikian? Marah.. Tak mungkin! Aku kenal benar akan perangainya. Dia bukan seperti itu.

“Fairus.. kita kan dah lama tak jumpa. Cuma malam ni saya ada kelapangan untuk awak, takkan tak boleh kot? Mungkin lepas saya kahwin nanti kita tak dapat berjumpa lagi ke.. siapa tahu kan..”

“Okey.. kalau itu yang awak nak. Baiklah.. jumpa di Restoran Delima?”

“Hm, baiklah! Saya letak ‘phone’ dulu.. Apa pun.. thanks ye sebab sudi nak temankan saya.”

“Nasib baik malam ni saya lapang. Dan nasib baiklah awak ni kawan baik saya..” Huh.. akhirnya mahu juga dia bertemu denganku. Thanks, Fairus!

Sejak aku bertunang dengan Rizman, susah sekali untuk aku menemuinya. Sebagai seorang teman, jujur aku katakan bahawa aku begitu merindui saat-saat ketika Fairus cuba memikatku dulu. Tetapi itu dulu.. sekarang..? Memori sebegitulah yang membuatku begitu kagum akan semangat yang dimiliki oleh Fairus. Dia memang sangat memahami keadaanku. Fairus.. Fairus… Siapalah wanita bertuah yang dapat mengahwini awak nanti?

Tiada ulasan: