Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 17)

“Zura, sorrylah sebab hari tu saya marah-marah awak tak tentu pasal. Saya ni memang macam ni.. suka sangat jealous tak tentu pasal. Awak jangan ambil hati eh..?” Sewaktu aku sedang makan di kafe, Tiba-tiba Suzi datang dan duduk di sebelahku.

“Eh.. Suzi.. saya ingatkan siapa tadi. Erm, tak pe. Saya tak marahkan awak pun. Sikit pun saya tak kecil hati.” Balasku.

“So.. nice! Awak ni memang baiklah.. Tak salah Fendi pilih kawan. Boleh tak saya kawan ngan awak..” “Why not? Saya memang dah anggap awak ni kawan saya pun..”

“Oh. Thank you! Erm, wait a minute.. I want to call Fendi to join us right now.” Hm.. ade-ade jelah Suzi ni. “Hello, baby.. where are you? Jomlah.. join kitorang kat café. Ala.. Café yang kita selalu lepak la.. Tak sangka I jumpa Faizura kat sini. Yea.. Come here okey..? Cepat sikit tau! Oke. Bye bye!”

“Macam mana? Dah call? Dia datang tak..?”

“Dah.. Nanti dia datanglah! Dia mesti datang punya sebab baby dia yang call kan? Hehe. Erm.. waiter!” Panggil Suzi untuk memesan makanan.

“Awak nak makan apa? Biar saya belanja.”

“Really?”

“Of course! Sebagai tanda awak sudi kawan dengan saya..”

“Okey.. saya sebenarnya tak kisah awak nak belanja saya makan apa pun.. Saya pun baru habis makan mushroom soup je nih.. Bolehlah kalau awak nak belanja saya benda lain. Something like.. chocolate’s sundae maybe?” “Alright! Oh, waiter.. give me a cup of chocolate’s sundae for her, and then.. orange juice.. Two! And.. hm! Two chicken burger! That’s all, thank you...”

“Banyaknya..”

“Those for me and Fendi! Nanti.. bila dia datang, makanan dah sampai.. and then kita terus makanlah. Erm, for your information.. we always order the same food!”

“Owh.. so sweet couple..”

“Thank you! By the way, can you tell me all about you! Tak semua pun tak pelah.”

“Okey.. Sebenarnya.. saya pernah berkahwin.”

“Yang itu saya dah tahu.. Fendi ada cerita kat saya. Awak dah ada anak kan? Mesti comel macam mama dia kan?” Of courselah. Astaghfirullah.. tak payahlah kau nak riak-riak, Zura oi.. “Erm, boleh saya tahu, betul ke wajah arwah suami awak sama dengan.. my boyfriend’s face..? Tak, saya ni bukannya apa.. Cuma..”

“Just what, Suzi? Oh, awak takut yang saya akan jatuh hati kat Fendi semata-mata muka dia mirip dengan arwah suami saya? Awak jangan risaulah.. saya bukan perempuan macam tu. I’ll be more professional. Lagipun, sekarang ni saya cintakan orang lain. Sorry, saya tak patut beritahu awak pasal ni..”

“It’s okey.. lah. Saya okey je. Just forget it okey? Erm, bulan depan kan kita nak menyambut bulan puasa, kitorang ada buat macam-macam event tau untuk menyambut bulan Ramadan sambil menanti Syawal. Nanti saya dan Fendi bawa awak ke tempat kami ye? Awak mesti suka punyalah!”

“Okey.. Terima kasih.”

“Ish, mana.. lah si Fendi ni? Katanya on the way!” Rungut Suzi. Kemudian, Fendi muncul dengan penampilan yang cukup bergaya. Penuh karisma.. macam.. Arwah.. Ah! Lupakan Zura! Dia bukan Rizman! Dia Affendi. Fendi.. “You!! Kenapa lambat?” Marah Suzi sambil menarik tangan Fendi dan menyuruhnya duduk.

“Sorrylah you.. I sakit perut tadi. Tiba-tiba je.. Janganlah marah. Oh, Zura. Dah lama tunggu? Mesti awak penat layan si Suzi ni.”

“Hei! You ni memang nak kena yer… eii..” Suzi mencubit tangan Fendi dan Fendi mengaduh. Aku hanya memerhatikan mereka sambil tersenyum.

“Mana adalah Fendi. Saya seronok berbual dengan Suzi. Beruntung awak dapat dia tau! Dah la cantik! Comel.”

“Ha! Dengar tu, sayang! Jangan asyik nak kenakan I aje.. Suka nak bagi I marah..”

“Sudahlah bergaduh tu.. Makanan dah sampai ni. Jom makan.”

“You.. nak I suapkan tak?” Pelawa Suzi kepada Fendi.

“Tak payahlah.. I malu lah.” Aku tertawa melihat kerenah mereka berdua. “Tengok tu.. Zura gelakkan kita. Malulah sikit..”

“Tak pelah.. Saya pun pernah ganggu boyfriend saya macam tu masa saya bercinta dulu.”

“Zura.. masa awak bercinta dulu kan, awak pernah ada masalah tak? Macam.. bergaduh ke..?”

“Macam-macam…. Saya dah makan garam dengan semua ni. Apa yang penting ialah kesabaran.. Kita mesti pastikan si lelaki boleh menjaga kita dengan baik. Dia pula harus jaga kita dengan sabar.” Terangku kepada Suzi yang menanyakan pengalamanku mengalami alam percintaan.

“Ha, Fendi. You must always take care of me so.. patiently! Like she said just now.. Okeyh?”

“Tanpa you beritahu pun I dah buat semua tu.. Everyday. You aje yang tak sedar-sedar..”

“Oh, really? Sorry, I don’t know.. Thank you honey.. I love you so much! Saya janji yang saya akan menjadi lebih matang!”

“Jadi selama ni you sedarlah yang you ni belum matang?”

“You ni kan!!!”

“I bergurau je..”

“Apa-apa jelah korang ni. Hei.. Haa. Suzi, thanks ye sebab belanja saya. Lain kali saya belanja awak pula ye?” “Okey!” Menjelang bulan Ramadan..

Alhamdulillah… berkat doa kedua ibu bapaku aku masih berada di sini dengan selamat di bawah peliharaanmu tuhan. Aku juga turut mendoakan kesejahteraan seluruh keluargaku di Malaysia.

Hari ini merupakan kali pertama aku menyambut bulan Ramadan tanpa keluarga di sisi. Belum cukup dengan hanya menelefon mereka di tanah air, rindu aku masih tersemat di dada. Belum sampai setahun aku berada di sini, aku sudah begini. Macam mana nak terus tinggal selama empat tahun? Ya Tuhan.. aku tahu sesungguhnya engkau ada bersamaku. Aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Amin..

“Hello, Zura. Hari ni kita buka puasa bersama-sama eh.. Nanti saya suruh Fendi pergi ambil awak kat apartment datang ke rumah sewa saya. Hari ni saya masak banyak tau! Semuanya special!”

“Baiklah kalau macam tu.. pukul berapa Fendi nak datang ambil?”

“Nanti saya tanya dia dulu. Erm, tak pelah Zura. Saya rasa ada call ni. Okey, bai.. jangan lupa datang tau! Nanti kesian saya masak sedap-sedap kat korang..”

“Fendi kan ada kalau saya tak datang.”

“Ala, awak janganlah tak datang..”

“Saya datanglah.. okeylah. Awak jawab dulu call tu! Bai, Assalamualaikum..”

“Hehe.. hm.. Waalaikumussalam…” Hei, Suzi.. Suzi.. beri salam pun tak. Lupalah tu! Ish, aku pun kadang-kadang terlupa juga..

Sebaik sahaja aku selesai mengenakan tudung, Fendi menelefon aku. Dia suruh aku turun ke bawah. Dia beritahu bahawa dia sudah sampai dan dia sedang menungguku. Aku cepat-cepat turun ke bawah.

Setibanya di bawah, aku tercari-cari mana satukah kereta Fendi. Kemudian, dalam sebuah kereta BMW, Fendi melambai-lambaikan tangannya memanggilku. Hah? BMW juga seperti kereta kepunyaan Rizman. Semua ini benar-benar membuatkan aku mengingatinya semula. Padahal, aku sudah mula melupainya. Fendi.. di dalam sebuah kereta BMW, serupa dengan Rizman ketika kami hendak keluar bersama.

“Zura! Zura! Sinilah..!” Tiba-tiba sahaja aku tersedar dari lekaan lereng kenangan belaka.

“Sorry, saya lambat sikit.. Awak dah lama tunggu?”

“Saya okey je.. Suzi tu.. asyik call saya kenapa lambat datang. Sejam lagi kita akan berbuka, tentulah dia bising. Dah, cepat masuk..”

“Okey, jomlah kita pergi sekarang!”

Fendi memecut kenderaannya. Aku hanya mampu duduk diam terkaku di dalam kereta. Bagai kecut perut aku apabila naik kereta bersama Fendi. Laju gila! Mampuslah aku.. balik nanti pun aku kena naik kereta bersamanya. “Kenapa? Awak macam takut je tengok saya bawa kereta?” Tiba-tiba pertanyaan itu keluar dari mulut Fendi setelah dia memandangku seperti ketakutan. Aku bukannya takut. Tapi rasa macam nak muntah..

“Eh, tak! Mana ada saya takutt. Muka lapar nih.. Lagipun, buat apa saya nak takut tengok awak memandu kereta.. Kelakarlah awak nih!” Jawabku tanpa memberitahu perkara sebenar.

“Owh.. kalau awak lapar, muka awak memang macam ni eh..? Tak tahulah pulak.” Aku hanya mengangguk dan terus mendiamkan diri sehingga kami sampai di rumah sewa Suzi.

“Kenapa dengan muka awak, Zura? Pucat semacam.. aje.” Tanya Suzi sewaktu dia membuka pintu rumahnya. “Erm.. tak de apa lah. Mungkin saya lapar sangat ni..” Jawabku tanpa memberitahu perkara yang sebenar.

“Ala.. dia tengah mabuk kereta tu! Laparlah sangat..” Sampuk Fendi sambil masuk ke dalam rumah dengan selamba. Aduh, malunya.. Macam tahu-tahu.. aje.

“You! Kan I dah kata, bawa kereta tu slow-slow sikit..! Dengan I takpe lah… I dah biasa. Kesian Zura ni..” Marah Suzi.

“Hm.. tak pelah.. pening sikit aje ni. Awak jangan risaulah!”

“Okey.. saya pergi hidang makanan dulu.. Zura, jom! Tolong saya di dapur.”

“Okey..” Jawabku sambil memicit-micit kepalaku yang masih pening. Fendi hanya memandangku. Sekurang-kurangnya biar dia tahu bahawa aku betul-betul tidak tahan menaiki kereta yang dipandu laju seperti ribut. Selesai berbuka puasa, aku terus dihantar pulang ke apartmentku. Kali ini Fendi memandu seperti orang yang berhemah. Tak seperti tadi.

“Fendi.. thanks eh, sebab awak sudi ambil dan hantar saya. Beruntung.. Suzi dapat pasangan macam awak.” “Kenapa awak cakap macam tu? Awak pun teringin lelaki macam saya ke?”

“Hah..? Erm..”

“Tak payah jawab.. saya gurau je.”

“Hm, tak pelah. Dah sampai kan.. saya keluar dululah. Hati-hati bawak kereta tu..” Saat-saat berada di bulan yang mulia ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan menyambutnya di tanah air. Alhamdulillah.. buat sekarang ini, hatiku semakin tenang. Insyaallah aku mampu bertahan berada di sini.

Adam, tunggu mama sayang.. Walaupun tempoh perpisahan kita begitu lama, tapi mama yakin bahawa kita akan kembali bersama walau apa pun yang terjadi.

Tiada ulasan: