“Selamat pagi sayang..” Aku dikejutkan oleh Rizman, suamiku yang sedang duduk di sebelahku sambil menghulurkan sekuntum mawar putih kesukaanku. Aku mencapai mawar tersebut lantas mencium baunya. Hm.. masih segar! Mane.. lah dia cari mawar putih pagi-pagi buta nih.
“Terima kasih abang! Terima kasih kerana abang sudi kejutkan saya. Wah.. mawar putih kesukaan saya. Thanks sayang..” Aku mencium baunya yang harum sekali lagi dan kali ini ciuman seterusnya hinggap di pipi Rizman. Dia hanya tersengih sambil memandangku dengan sepasang mata nakalnya itu. Seronoklah tu!
“Eh, awak panggil saya abang..? Hm, panggil abang pun okeylah. Jom, kita solat Subuh sama-sama.. Abang jadi imam..” Ajak Rizman.
Aku gembira kerana mempunyai seorang suami yang taat pada agamanya. Jadi, aku yakin bahawa Rizman pasti akan dapat membimbingku sebagai isterinya.
Setelah selesai solat Subuh, aku mencium tangan Rizman dan dibalas dengan ciuman di dahiku. Terasa selesanya ya Allah!
“Saya bahagia sangat dapat mengahwini wanita seperti Zura.. Saya sayangkan awak..” Kata Rizman sambil mengusap pipiku lembut.
“Terima kasih, bang.. sebab abang sudi menjaga saya sepenuh hati abang. Saya berjanji bahawa saya akan menjadi seorang isteri yang baik buat suami yang baik seperti abang.” Balasku sambil memandang tepat ke anak matanya.
Pernahku terfikir… adakah aku seorang hamba yang teguh pada agama sebelum menjadi isteri yang benar-benar solehah? Adakah.. patut aku berhijrah ke arah yang lebih baik? Insyaallah, aku akan mula bertudung.. Moga-moga keputusan ini disokong oleh suamiku.
“Abang, papa pangil tu..” Beritahuku kepada Rizman sewaktu kami selesai bersarapan pagi di dapur.
“Yelah, nanti abang pergi.” Sahut Rizman. Dia terus pergi berjumpa dengan papa di ruang tamu sementara aku menyusul di belakangnya.
“Ada apa papa panggil Riz? Ada yang boleh Riz bantu ke?”
“Ala.. papa ada hal yang nak dibincangkan dengan kamu. Pasal syarikat papa..”
“Syarikat papa?” Aku hairan sebentar. Oh, mungkin papa mahu tawarkan Rizman bekerja di sana. Ah, biarlah. Mungkin itu satu keputusan yang terbaik.
“Kenapa pa?” Tanya Rizman pula.
“Papa rasa sudah tiba masanya menantu papa ni ambil alih tempat papa.”
“Maksud papa?”
“Ye.. ganti tempat papa.”
“Tapi pa.. Papa tahu kan yang saya ni.. hurm, apa pun.. saya belum ada pengalamanlah..”
“Papa tahu kamu keberatan. Tapi kamu kan belum mendapat kerja? Tolonglah terima. Papa akan sangat berterima kasih kat Ril kalau Riz terima tawaran papa.. Lagipun, papa dah berbincang dengan mak kamu. Dia sudi kalau anaknya bekerja di syarikat besannya.” Setelah mendengar rayuan daripada papa, lalu Rizman pun mengangguk tanda setuju.
“Okeylah kalau itu kemahuan papa. Rizman akan cuba buat semampu mungkin..”
“Haa. Macam tulah menantu kesayangan papa.. Barulah anak jantan! Berani sahut apa jua cabaran.. Papa bangga dengan suami kamu ni.. Zura!”
“Baguslah kalau macam tu kan?” Balasku.
* * * *
Hari ini merupakan hari pertama Rizman bergelar ‘Big Bos’ di syarikat papa. Berdasarkan perjanjian antara Rizman dan papa, Rizman akan dilucutkan jawatan serta merta jika dia sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga kami. Misalnya, jika kami berpisah. Tapi, aku sentiasa berharap bahawa semua itu takkan berlaku.
“Abang..” Aku memanggil Rizman dan dia menoleh ke arahku.
“Faizura.. ni betul-betul awak ke? Awak.. dah bertudung?” Ya, hari ini merupakan hari pertama aku bertudung. Hari di mana sebuah penghijrahan murni sudah bermula.
“Abang suka? Kalau abang izinkan.. mulai hari ini, saya nak bertudung. Saya harap abang boleh terima..” Tanyaku sambil membetul-betulkan tali lehernya yang berwarna hitam pekat itu.
Tiba-tiba Rizman memelukku. “Abang su… ka sangat! Abang izinkan, sayang. Suami mana yang tidak mahu melihat isterinya bertudung.” Lebar betul senyuman Rizman setelah melihat penampilan baruku. Syukur padaMu ya Allah.. Suamiku gembira akan perubahan pada diriku ini.
“Jom sayang! Nanti lambat pula kita.” Ajak Rizman sambil melepaskan pelukan. Kemudian, tangannya lingkar di pinggangku dan kami berdua berapit keluar bersama.
“Eh, mana papa?”
“Papa dah tunggu dalam keretalah.” Kami sengaja naik kereta yang sama. Papa memang seorang yang berjimat cermat. Kami bertiga mahu pergi ke tempat yang sama, jadi tidak salah kalau menaiki satu kereta sahaja. Petrol pun dapat dijimatkan.
Setibanya di pejabat, semua orang termangu melihat kedatangan kami bersama papa. Mungkin mereka tertanya-tanya kerana papa belum mengumumkan pertukaran jawatan di antaranya dengan Rizman.
“Memperkenalkan.. ini menantu saya, Mohd Rizman! Dialah yang akan mengganti tempat saya. Saya harap semua orang dapat memberikan kerjasama kepadanya.” Semua orang menepuk-nepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Kemudian seorang wanita memakai ‘blouse’ dan ‘skirt’ pendek yang menampakkan dua batang pahanya datang ke arah Rizman. Aku berdehem dua kali. “Apa…?” Tanya Rizman hairan sambil memandangku.
“Hello.. my name is Madlina. Nice to meet you.. handsome man.. uh.. I mean, Mr. Rizman.” Dia bersalaman dengan Rizman. Lama betul dia genggam tangan suamiku. Naik rimas aku tengok!
“Ehem, Excuse me. I’m his wife. Nurul Faizura..” Kemudian barulah dia melepaskan tangannya. “Ops, sorry.. saya ingat, lelaki muda macam awak ni belum beristeri.. Tak sangka kan? Ehehe..” Ish, gatal betullah. Rizman pun satu, pasti terpikatlah tu! Aku terus menarik tangan suamiku pergi ke sudut lain.
“Awak tengoklah tu! Baru sehari awak kat sini dah ada yang menggatal. Kalau macam tu saya nak teman abang kat sini setiap harilah!”
“Astagfirullah sayang.. janganlah bersangka buruk macam tu sekali. Abang takkan tergoda dengan mana-mana perempuanlah. Percayalah.. Lagipun, kan Zura dah janji nak jadi suri rumahtangga aje.. Nanti, bila dah ada rumah sendiri, siapa yang nak uruskan?”
“Tapi bang.. Zura…”
“Shushhh... tak de tapi-tapi. You must believe me, my dear.. Kita kan baru kahwin, takkan nak gaduh dah. Tak eloklah sayang.” Kata Rizman sambil jarinya menyentuh hidungku.
“Okey.. saya balik dulu.. hm.. bai abang.. Assalamualaikum.” Rizman memandangku sambil melambaikan tangannya. Dalam hatiku hanya terfikir akan kejujuran Rizman terhadapku. Takkanlah pisang berbuah dua kali. Dia sudah menyesal akan perbuatannya dulu yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Tak mungkin dia mengulangi perbuatan itu lagi. Aku yakin dia sudah berubah..
Selepas keluar dari pejabat, aku terus pulang ke rumah. Pada waktu petang barulah Rizman dan papa akan pulang. Pada petang itu, Rizman mengajak aku ke suatu tempat.
“Rumah siapa pula ni bang? Besarnya.. ”
“Rumah kitalah.. Erm, sayang suka..?”
“Rumah kita? Tapi.. macam mana?”
“Rumah ni sebenarnya hadiah daripada mak abang sempena perkahwinan kita.”
“Wah, betulkah.. Sukanya saya!! Jadi, bila kita mula pindah kat sini? Saya dah tak sabar ni!”
“Minggu depan!”
“Are you sure..? Really?? This is a very beautiful banglo! Rumah saya besar aje tapi tak seindah ni.. Rasa macam princess kalau tinggal di sini!”
“Betullah.. takkan abang nak tipu isteri abang yang cantik cek mek molek ni.. Baguslah kalau sayang abang ni suka!”
“Eiih…. Cantik ke?”
“Cantiklah.. sebab cik abangnya pun kacak! Kan?? Kan? Kan…..?”
“Hei, perasannya..” Kataku sambil mencubit pipi Rizman yang agak kasar sedikit. Rizman mengejarku dan kami berkejaran di halaman rumah tersebut. Tak sangka, lelaki yang sedang bersama aku dan akan bersama aku selamanya adalah Rizman. Kemesraan kami sebagai suami isteri jelas terbukti dengan riang tawa saat-saat aku berada di sampingnya.
* * * *
“Bagaimana bang, selesa bekerja kat situ? Maju Jaya Holdings?” Tanyaku kepada Rizman sambil aku menuang air kopi. Sudah beberapa minggu dia memegang jawatan besar itu walaupun tidak berpengalaman, tapi pengalaman baru itu yang akan mengajarnya susah payah kehidupan.
“Boleh tahan la.. lagipun kan abang baru nak belajar. Belum ada pengalamanlah..” Jawab Rizman.
“Seronok kan tinggal di sini? Tapi, saya rindu la kat ibu ngan papa..” Rungutku.
“Tapi kan sayang.. akan lebih seronok kalau kita punya anak. Apa gunanya beli rumah besar hanya untuk kita dua orang je tinggal kat sini. Mestilah sekali dengan anak-anak.”
“Anak?”
“Ye.. kenapa? Awak tak teringin ke?”
“Bukan macam tu... Saya nak la. Lagipun ibu pun dah beberapa kali beritahu yang dia teringin…. sangat nak menimang cucu.”
“Dah tu, bila lagi? Ha.. awak nak berapa orang?” Tanya Rizman.
“Saya tak kisah berapa orang zuriat yang akan dianugerahkan kepada kita nanti. Dapat seorang pun syukur Alhamdulillah dah..”
“Okey.. abang pun tak kisah. Tapi yang pasti, abang janji kalau kita dah ada anak nanti, abang akan jaga Zura ngan anak kita baik-baik.” Itulah janji suamiku.
Tiba-tiba telefon Rizman berdering. Dia memandang telefon bimbitnya. “Abang pergi jawab telefon kejap ye.” Rizman bingkas bangun dan pergi ke tempat lain. Anehnya.. Kenapa dia tidak bercakap di hadapan aku sahaja. Ada benda yang dia sembunyikan kah? Aku betul-betul tercengang dengan sikapnya. Aku pun bangun perlahan-lahan dan pergi ke arah Rizman senyap-senyap lalu mendengar perbualannya entah dengan siapa agaknya.
“Ada apa awak ‘call’ saya? Saya sedang minum petang dengan Zura! Jangan ganggu saya boleh tak?” Hah.. lain macam bunyinya.
“What’s wrong with you? I tak suka you layan I macam ni! You are not my wife but Faizura! So, next time, don’t disturb me anymore! Understand? Ini amaran terakhir dari saya.” Rizman terus mematikan telefon bimbitya. Aku segera kembali ke tempat duduk dan memikirkan apa yang dibualkan Rizman tadi. Perempuan manakah yang menelefon suamiku itu? Tapi kedengarannya Rizman begitu memarahinya. Sepertinya Rizman sedang mempertahankan hubungan kami dari godaan perempuan lain. Hm, baguslah!
“Siapa tadi?” Tanyaku.
“Member.. Ada masalah sikit.. dia ajak jumpa. Tapi abang tolak. Yelah kan.. abang nak temankan isteri abang yang ‘cute’ nih..” Nampak sangatlah Rizman tidak menceritakan hal yang sebenar. Kenapa agaknya dia tidak mahu berterus terang denganku. Beritahu ajelah perkara yang sebenar. Sekurang-kurangnya aku tidak begitu mencurigai suamiku sendiri.
“Owh.. hm, minumlah air ni. Nanti sejuk pulak.”
“Sayang minumlah sekali.”
“Yelah.” Aku memandang suamiku dengan penuh kecurigaan.
* * * *
Keesokan harinya..
“Abang.. boleh tak hari ini abang temankan saya pergi beli barang? Sekejap.. aje. Boleh la..”
“Tak bolehla sayang.. Sayang dah lupa erk.. kan hari ni abang kerja. Jadi abang tak bolehlah temankan sayang hari ni. Kalau awak pergi sorang tak boleh ke? Lagipun, kenapa sayang asyik ber ‘shopping’.. aje. Hei.. Nak pergi bila? Abang tak larang sayang pergi.. tapi jangan pergi lama sangat. Takut orang lain mengorat pulak isteri abang ni..”
“Hm, tengoklah dulu. Saya pun tak ‘sure’ lagi nak pergi ke tak..”
“Ala, dah merajuklah tu! Sikit-sikit nak merajuk.. tak comei la.”
“Taklah, mana ada. Tak de masa saya nak merajuk.” Aku mencebik.
“Sorrylah.. janganlah marah. Nanti cepat tua. Haa, apa kata awak pergi dengan kawan awak. Kawan awak kan ramai..”
“Tak pelah. Saya pergi sorang.. Bukannya ada hantu pun.” Sebenarnya aku mahu ditemani Rizman. Tak pelah, sorang diri pun jadilah.
“Hm.. suka hati awaklah. Awak nak pergi sekarang ke? Kedai pun tak buka lagi tau.”
“Tengoklah dulu. Petang nanti ke.. Abang nak balik bila nih?”
“Entahla. Tak tahulah sampai kerja abang siaplah kot.”
“Sudahlah. Abang pergilah bersiap cepat. Hm.. bang, pagi ni saya nak pergi rumah ibu kejap. Saya rindulah kat ibu.”
“Amboi, kat mak abang tak rindu ke?”
“Okeylah, lepas balik dari rumah ibu, saya pergi rumah mak abang pulak.. Puas?”
“Ala.. abang bergurau jelah. Itu pun nak ambil hati..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan