Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 16)

“Hello, my name is Faizura. You can call me Zura.. Nice to meet you! Oh yea.. what’s your name?” Aku memperkenalkan diri kepada seorang gadis yang berada di sebelahku di dalam kelas. Aku baru sahaja selesai kuliah yang pertama. Hari ini merupakan hari pertama aku bergelar mahasiswi di ‘Perth International High School’. Kedudukan universiti tersebut begitu strategik. Permandangan di sekelilingnya amat mempersona.

“Hye!! I’m Dessire. Nice to meet you too. You’re.. malaysian?”

“Yeah! And.. you?”

“I’m from Sydney..”

“Owh.. From this country. Hm, okey.. Dessire. Next time we will meet again. Now I have to go somewhere. Can I get your phone number..? Maybe I can contact you anytime! Right?”

“Oh.. sure!” Fuhh…! Wow… So Fantastic place! Aku tidak pernah menyangka bahawa aku akan menjejak kaki ke tempat yang indah sebegini. Tempatnya yang sejuk, udara yang segar.. memang segalanya ‘perfect’ lah! Begitu indahnya ciptaanMu ini Ya Allah.. Sesungguhnya engkau maha Agung wahai pencipta semesta alam. Aku bersyukur kerana dapat menjadi makhluk di muka bumi ini.

Aku sukakan tempat ni. Masyarakat di sini mementingkan kebersihan persekitaran. Apabila aku memandang langit yang sangat biru itu.. sekali lagi aku memuji Tuhan yang menciptakan semesta alam. Engkau masih lagi memberiku pernafasan pada hari ini, di saat ini.. seiring berjalannya waktu, aku menyembah padaMu Ya Allah.. engkau begitu hebat. Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah membuatku berpijak di sini.. bumiMu dan sekarang aku berada di Perth, Australia….!!!!! Kalau bukan engkau yang memanjangkan usiaku ini, mungkin aku tidak akan berada di sini dan merindui orang-orang yang aku sayangi.

Aku berjalan menikmati permandangan di sekitar universiti tersebut. Tiba-tiba aku teringatkan Tengku Fairus. “Fairus, awak tengah buat apa ya sekarang ni? Pasti awak sedang berbahagia dengan pasangan pilihan awak. Tak perlulah awak kembali ke Malaysia. Tinggallah di sana bersama keluarga awak.. Itulah yang terbaik.” Aku teringatkan juga akan kata-kata Fairus yang ingin menungguku selama empat tahun. Seriuskah dia? Tapi, aku hanyalah seorang janda beranak satu. Aku tidak sesuai dengannya. Dia berhak mendapatkan yang lebih baik berbanding aku. Mampukah juga aku berada di sini selama empat tahun? Aku tidak boleh sendirian.. bagaimana nanti kalau tiba bulan Ramadan dan Syawal? Hm.. tak lama lagi jumpalah tu.. Kat universiti tu bukannya aku seorang pelajar dari Malaysia. Pasti lebih ramai. Penduduk di sini rata-rata juga ada yang terdiri oleh orang Malaysia. Keesokan harinya,

Aku keluar sebentar ke pusat membeli belah yang berdekatan untuk membeli sedikit barang. Setelah selesai berbelanja, aku menahan teksi untuk pulang ke apartment yang berada tidak jauh dari situ.

Setibanya di sana, aku turun dari teksi dan tiba-tiba datang tiga orang lelaki ke arahku secara mengejut. Salah seorang dari mereka menggenggam beg tanganku lalu berkata “Give me your bag!!” Aku tetap memegang begku sekuat hati. Takkan kulepaskan ke tangan orang jahat ini. Di dalamnya terdapat segala kad pelajar, kad pengenalan, pasport, dan pelbagai barangan penting yang lain.

“No!! This is mine! Go away…!” “Help..!! Help..!! Somebody please help me!!” Aku cuba mempertahankan beg tanganku ini. “Arh!! Let me go!!”

Aku cuba menjerit sekali lagi, namun tiada siapa pun yang datang menolongku. Barangkali mereka juga takut diapa-apakan. Ya Allah.. kau bantulah hambaMu ini. Aku tahu engkau ada bersamaku walau di mana aku berada. “Don’t screaming! If not, I will kill you! You want to die? Huh??” Katanya sambil mengacukan pisau ke arah wajahku. Ya Allah! Patutkah aku serahkan saja pada mereka atau nyawaku akan melayang. Allah.. tolonglah lindungi hambaMu ini. Takkanlah tak ade seorang pun yang menghubungi polis.. Negara apakah ini.. langsung tidak aman. “Don’t waste our time, bro! Grab her bag!!!”

Tiba-tiba sahaja seorang lagi kawan mereka cuba menarik tudung di kepalaku. “Don’t you think you will.. argh!!!!” Belum dia sempat menghabiskan percakapannya, seorang lelaki datang memukulnya menggunakan kayu. Kemudian mereka bertempiaran lari setelah mereka cuba berlawan dengan lelaki tersebut. Siapakah yang sudi membantuku ini? Lantas aku menoleh kesebelahku sambil membetul-betulkan tudungku. “Thank you… Sir! Hah….???” Hah? Betulkah apa yang aku lihat ini? Apa benarkah..? Awak..

“Miss.. are you okey?”

“Rizman.. Awak masih hidup? Abang..” Tapi bukankah dia sudah meninggal.. aku sendiri yang pergi melawat kuburnya. “Awak..”

“Cik ni orang Malaysia ke?”

“Rizman.. takkanlah.” Aku mengamati wajahnya. Persis sekali dengan Rizman. Matanya.. hidungnya.. Cuma rambutnya saja yang berbeza.

“Excuse me.. Nama saya bukan Rizman. Tapi.. Affendi. Cik ni siapa? Kita pernah berjumpakah?” Kejap! Dia ni orang Malaysia juga kah?

“Oh, ehm.. sorry! Saya silap orang.”

“Cik, maafkan saya.. Cik ni orang Malaysia ke?”

“Encik ni.. orang Malaysia?"

“Kelakarlah awak ni.. orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hm.. Ye. Saya memang orang Malaysia….”

“Cik ni buat apa kat sini? Belajar ke? Boleh saya tahu siapa nama cik?”

“Saya pelajar baru di ‘Perth International High School’. Nama saya Nurul Faizura.”

“Owh.. saya pun belajar di situ juga. Tak sangka ye!! Saya pelajar tahun dua. Ehm, Cik Faizura lah namanya ye?”

“Puanlah.. bukan cik lagi. Lagipun panggil je saya ni.. Zura!”

“Awak dah kahwin? Oh, kejap! Apa kata kita berborak di kafe sebelah sana tu.. Kat sini bahaya..tepi jalan,hehe.”

“Baiklah.” Setujuku. Hampir lima minit Affendi ketawa di hadapanku.

“Dah puas ketawakan saya?”

“Ehm.. sorry, sorry. Saya cuma tak sangka perempuan muda macam awak ni sudah berkahwin. Macam orang zaman dululah.. muda lagi dah kaahwin.”

“Hello.. I’m 24 years old, not too young okey…! Lagipun, saya baru je ada seorang anak.”

“Whats? Anak?”

“Hei, What’s wrong with you, Rizman? Boleh tak awak jangan buat terkejut beruk kat sini?” “Ops, sorry. I mean.. Affendi.”

“Kenapa sejak pertemuan kita tadi awak panggil saya ni Rizman? Who’s Rizman? Your husband right?”

“Yes. My ex-husband. Dia juga sudah meninggal. Actually.. wajah awak mirip betul dengannya. Tak de apa yang tak sama. Kecuali cara percakapan koranglah. Sebab itulah saya terkejut masa jumpa awak tadi. Oh, maaf. Saya terlupa nak ucapkan terima kasih kat awak sebab awak telah tolong saya tadi. Kalau awak tak de masa tu, entahlah apa yang akan berlaku terhadap saya. Mungkin saya dah kena bunuh ke..”

“Rileks lah.. saya kan cuma kebetulan aje lalu kat situ. Suddenly I heard a shout! So, macam tulah cara pertemuan kita. I helped you.. and now.. I met a new friend! My new friend is.. you! Tapi, syukurlah sekarang ni awak dah selamat. Tempat macam tu memang dah banyak kali berlaku kes ragut. Erm, awak baru lagi ke kat sini?”

“Ya. Baru tiga hari. Sebenarnya saya tengah cari kawan dari Malaysia. Tak sangka saya dapat berjumpa dengan awak. So.. awak ni hero yang datang dari Malaysia yang sering selamatkan keadaan yer?” Gara-gara sedikit kejadian singkat tadilah yang menguntungkan nasib diriku ini. Aku dapat bertemu dengan seorang pelanduk dua serupa. Ya Allah.. miripnya. Tapi janganlah biarkan aku menyukainya hanya disebabkan wajahnya seperti Rizman.

“Ish! Tak delah.. yang tadi tu first time tahu tak.. Yang membuatkan saya berani tadi sebab ada mak cik cantik yang dalam kesusahan.. hehe.”

“Yelah tu..”

“Haa. Kalau awak nak, saya boleh perkenalkan kepada awak geng kita dari Malaysia. Lagi ramailah.. Awak nak ke tak? Tapi diorang semua tak belajar sama tempat dengan kita lah. Kami berlainan universiti.” Alhamdulillah..

“Boleh! Saya nak! Nak sangat! Tulah.. saya pun tengah fikir dengan siapalah saya nak beraya nanti.”

“Betullah kan? Bulan Ramadan dah dekat. Tak pe.. awak jangan risau. Kami semua kan ada. Baiklah, awak pulang dulu.. Esok kita jumpa semula ye? Oh ya. Ini kad nama saya. Kalau ada apa-apa hal, awak hubungilah saya ye? Jangan ajak dating sudah..”

“Yer.. tahulah. Erm, Thank you Fendi. Awak banyak membantu saya..” “You’re most welcome.. beautiful auntie.. hehe”

* * * *

“Hai Zura.. awak nak pergi masuk ke kelas ke?” Sapa Affendi sewaktu aku terserempak dengannya.

“Yup! Eh, awak.. lepas ni kita jumpa jap yer?”

“Okey!”

Setelah tamat kuliah, aku terus ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Affendi iaitu di taman berhampiran universiti.

“Fendi, sebenarnya kan.. saya teringin sangat nak pergi jalan-jalan. Tapi tak bestlah kan kalau pergi sorang-sorang. Awak faham kan..? Awak nak temankan saya tak? Awak jangan risau.. saya akan belanja awak! Macam mana?” Ya Allah.. aku benar-benar teringat saat-saat aku mengajak arwah pergi bersiar-siar. Tak!! Dia bukan Rizman! Dia Affendi! Cuma wajah mereka yang seiras.

“Ala Zura. Saya rasa saya tak boleh temankan awaklah. Saya ada temu janji dengan my baby.. hehe. Jangan marah..”

“Baby awak? Kejap! Awak dah ada anak eh..? Awak sudah kahwinkah? Kenapa awak tak cerita kat saya?”

“Excuse me.. Hello.. my baby! My girlfriend lah. Takkan itu pun awak tak faham maksud saya? Payahlah awak nih..” Owh.. dah berteman rupanya si jejaka kacak ni.. It’s okey! I sikit pun tak jeles.

“Haha! Saya ingatkah anak awak. Maaf eh.. Oh, dah ada girlfriend awak ni. Memang patutlah pun.. takkanlah awak yang hensem ni tak de kekasih kan? Sorrylah kalau saya nak ganggu masa korang pulak. Tak pelah.. lain kali boleh? Apa kata awak ajaklah dia sekali! Takkan itu pun dia nak jelous..”

“Gila awak..! Awak nak dia serang awak pakai senapang ke?”

“Apasal pulak?”

“Dia tu pantang sikit tau tengok saya keluar dengan mana-mana perempuan. Habis perempuan tu dikerjakan.”

“Ni tak apa ke saya sembang ngan awak? Kalau dia serang hendap macam mana? Tak naklah saya dikerjakan mak we gangster awak tuu.”

“Don’t worrylah. Sekarang ni dia ada kelas. Tak de beraninya dia nak serang hendap kita..”

Tiba-tiba..

“Kalau I dah habis kelas macam mana pulak? You nak rasa.. tembakan berpadu dari I? Hah??” Seorang perempuan muncul di hadapan kami sambil mencekak pinggang.

“Eh.. Suzi. Macam mana you boleh ada kat sini, sayang?”

“I naik jet pejuang! Kenapa? Ada masalah? Owh.. beraninya you keluar dengan perempuan lain masa I tengah ada kelas. Dah lama ke buat kerja ni? Hah? How dare you! Erm.. hei you…” Kemudian, dia memandangku pula.

“Ni ustazah mana pulak yang berani dekat dengan babyboy I ni? Tak de kelas mengaji ke hari ni selain ganggu my future husband?”

“Excuse me.. saya ni bukannya bakal ustazah. Tak silap saya.. saya pilih kos lain. Awak kot yang kena interview dengan ustazah. Tiba-tiba aje datang marah tanpa usul periksa.”

“Zura, sorry eh... Jangan terasa dengan kata-kata Suzi. Dia memang macam tu..” Kata Fendi.

“Fendi.. you kena explain everything pasal you dengan perempuan ni. I tak suka lah you borak dengan orang asing! Kalau dia ni mak cik you tak pelah juga! Huh, you memang sengaja nak naikkan darah I kan? Kan? Ish!! Bencinya I!”

“My name is Faizura. Not perempuan. And.. One more thing, saya tak berniat nak ganggu your couple.. I just want to say sorry.. okeyh?”

“What ever lah. You.. kenapa diam je ni.. answer my question, please!”

“Okey, tapi bukan di sini. Ehm, Zura.. saya pergi dulu ye. Sorry ye. Suzi! Let’s go.” Fendi menarik tangan Suzi dan pergi dari situ. Suzi pula asyik memegang tangan Fendi. Fendi mengelak. Mungkin dia malu denganku. Hei, kelakarlah diorang ni. Hm.. macam manalah dia boleh dapat girlfriend macam tu. Ish, aku ni. Biarlah siapa pun dia nak buat mak we. Lebih baik kau jaga diri kau sendiri sudah!


La..ilahaillallah!! Aku hampir lupa untuk menghubungi keluargaku di sana. Aku baru teringat bahawa ibu menyuruhku menelefonnya hari ini. Setelah pergi ke luar negara, terus lupa keluarga di Malaysia. Tapi.. Aku benar-benar lupa. Mungkin asyik leka dengan kecantikan dan keindahan Negara ini.

“Hello Kak Anis. Adam apa khabar?”

“Bertuah punya budak! Bukannya nak beri salam ke apa. Ni terus tanya pasal Adam.” Marah Kak Anis. Memanglah, aku sebenarnya begitu merindui si jantung hatiku itu. Entah dia juga merindui mamanya yang kini sedang berjauhan di rantauan.

“Assalamualaikum kakakku yang paling Zura sayang…”

“Hm, waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh! Ha.. macam itulah. Lain kali, beri salam dulu. Zura tu apa khabar kat sana? Seronok ke tak tinggal di negara orang.”

“Bolehlah..”

“Aik, lain macam aje bunyinya. Ada masalah ke?” Sebenarnya aku ingin menceritakan soal aku bertemu dengan orang yang mirip dengan arwah. Tapi, biarlah. Nanti Kak Anis banyak tanya pulak. Kena pula soalan yang aku tak boleh jawab. Huh..

“Nothing, sis.. I’m okey! Don’t worry.. la!”

“Amboi, kau duduk kat negara orang putih, cakap orang putih jugak kau dengan akak ye..”

“Akak ni.. macam dah berubahlah.. Oh.. Zura tahu. Ni pasti tengah mengidam ni.. cakap macam orang…”

“Macam orang apa?”

“Eh, boleh Zura cakap dengan Adam?” Lantas aku mengalih topik perbualan.

“Zura faham ke cakap budak-budak umur setahun? Dalam telefon pulak tu.. Itulah, lain kali buat video call. Kan senang! Bolehla nak senyum-senyum kat dia ke.. barulah dia makin cam muka mama dia nanti. Tak lah terasing dia dengan Zura bila balik sini nanti.”

“Ala.. Zura gurau jelah. Adam okey ke bila Zura tak de? Zura kesianlah kat dia sebab tak dapat Zura susukan…” “Setiap bayi memerlukan susu ibu. Tapi Adam.. terpaksalah akak carikan ibu susuan buatnya.”

“Nak buat macam mana lagi.. dah ini je peluang Zura nak melanjutkan pelajaran di sini. Em.. ibu ngan papa sihat..? Kandungan akak pula macam mana?”

“Sihat waalafiat! Zura tak payah risaulah. Sudahlah. Tak payah cakap lama-lama. Kan mahal telefon jauh-jauh ni.” “Okeylah. Kirim salam kat semua orang ye.. Bai. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.. jaga diri baik-baik tau!”

“Insyaallah.” Tiba-tiba sahaja aku ingin menelefon seseorang. Iaitu seseorang yang pernah menjadi sahabatku. Entah apakah perasaan ini. Aku merasakan seperti ada sesuatu dalam hatiku. Berat untuk kukatakan. Tapi aku harus mengakuinya..

Aku.. rindukan.. Tengku Fairus!

Aku begitu merinduinya.. Aku rasa.. aku bukan sahaja telah merinduinya, tapi.. aku seperti sayang akan dia. Astaghfirullahalazim.. Apa yang aku merepekkan ni? Tak!! Zura! Kau harus luahkan segala isi hati kau! Sekarang! Aku sudah jatuh cinta!

Ya! Sekarang aku yakin akan perasaan ini. Hatiku tidak pernah berbohong. Tapi.. kenapa baru sekarang perasaan sebegini muncul dalam hatiku? Kenapa bukan dulu ketika mana dia masih bersamaku? Kenapa harus sekarang? Kenapa setelah dia sudah tiada disisiku?

Fairus… maafkan aku kerana baru sekarang aku dapat merasakan kehadiran cinta dalam diriku buat dirimu. Tapi, nasi sudah menjadi bubur.. Tak mungkin kita akan berjumpa lagi. Lagipun, awak pasti sedang berbahagia. Aku tidak akan mengganggumu. Biarlah perasaan ini terkubur buat selama-lamanya.

* * * *

“Zura! What’s wrong with you? Why you look so moody?” Tanya Meysha yang merupakan roommate aku di apartment. “I’m just.. yeah.. miss my penpal at Malaysia.”

“Is it true..? I don’t think so.. your face shows something different!”

“What do you mean, Meysha?”

“I think.. you miss your boyfriend. Haa..”

“Hm.. you’re right! But, he’s not my boyfriend. We’re just friend. But.. something disturb me. It’s.. love.” “Oh.. you want to say that you love him?”

“I don’t know, Meysha! He is very friendly. He always take care of me, but now, I start loving him. I don’t know if he still remember me or not. So, I just keep this feeling.”

“You must be more strong, Zura! I know.. one day.. you will meet him and you must tell that you love him so.. much! Okey?”

“Okey.. thanks Meysha!”

“You’re welcome..”

Patutkah aku menghubunginya? Tapi, aku takut mengganggunya. Mungkin, dia sedang sibuk dengan keluarganya. Hm, apa kata aku check akaun facebooknya. Siapa tahu dia ada letakkan gambar-gambarnya yang terkini. Terubatlah juga rindu aku nak tengok wajah tampannya.

Tapi.. aku rasa lebih baik tidak! Hal ini akan menambahkan lagi perasaanku terhadapnya. Aku kan sudah berjanji untuk melupakannya. Hm, betul ke kau nak lupakan dia.. Zura? Macam mana kalau nanti dia muncul dalam hidup kau semula? Mampukah kau simpan perasaan ini apatah lagi setelah melihat dia telah bersama dengan orang lain. Aku rasa.. biarlah aku hanya berserah kepada Allah. Apa jua takdir yang menimpaku, aku akan terimanya dengan hati yang terbuka. Asalkan, aku tidak berhenti berusaha.

Tiada ulasan: