Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 6)

Di rumah, aku melepaskan lelah dengan baring di atas katil. Hari ini aku benar-benar kepenatan. Setiap hari, aku melalui hari-hari yang kurang menyenangkan. Tapi, entah kenapa pada malam ini, tiba-tiba sahaja aku teringatkan si dia. Dia yang mana? Rizmankah? Atau Fairus? Entahlah yang mana satu. Hmm.. jiwang-jiwang pulak aku.. Ah, Lantaklah! Bukannya selalu..

Tapi, yang pasti.. hembusan angin pada malam ini terus meronai jiwaku untuk mengingati Tengku Fairus. Kalau nak diperhatikan, si Fairuslah yang paling tulus, ikhlas berbanding dengan Rizman walaupun dia sudah mengakui kesalahannya. Tapi, mengapa Fairus? Kenapa bukan Rizman. Kan aku terlebih dahulu mengenali Rizman berbanding Fairus.

Hahaha. Aku ketawa sendirian kerana tetiba pula aku mudah memaafkan kesalahan besar Rizman terhadapku sedangkan dahulu bukan main susah lagi untuk aku memaafkannya kerana aku terlalu sakit hati padanya. Ah! Lupakan. Aku sudah lupakan. Kalau orang lain yang mengalaminya, pasti mereka tidak akan mahu memandang wajah Rizman walaupun sejenak..

Aku menghampiri jendela. Kulihat di luar sana, seakan-akan sebuah cinta indah datang menghampiriku. Ingin saja aku menyambutnya tetapi, belum tiba masanya. Ingin saja aku membalasnya tetapi, sungguh! Aku belum bersedia.

Setelah kufikir dalam-dalam di lubuk hatiku, aku sering bersikap kasar dengan Fairus. Aku akan cuba bersikap baik dengannya. Tetapi, bukan bermaksud untuk aku menerima cinta darinya, tapi sebuah ikatan persahabatan yang bakal bermula.

Tanpa berfikir panajng, aku terus menelefonnya. “Assalamualaikum, erm.. Fairus ke ni..?”

“Waalaikumussalam Faizura! Saya tak percaya yang awak telefon saya. Ada apa? Awak nak minta tolong apa kat saya? Temankan awak ke? Awak rindukan saya eh..? Boleh.. tak da masalah punya.” Eh! Mamat nih banyak soal pulak!

“Saya nak jumpa awak esok kalau awak tak sibuk!” Aku berterus terang.

“Eh, saya tak pernah sibuk.. apa saja untuk awak Faizura.. Hm, awak nak jumpa saya kat mana? Saya tak kisah.”

“Nanti saya mesejkan tempatnya. Okey, saya letak ‘phone’ dulu! Bai!” Adakah percakapan aku tadi terlalu kasar terhadapnya? Hm, Esok sahajalah aku minta maaf kat dia. Apa Betulkah keputusanku ini? Apa yang aku takutkan ialah mungkin Fairus akan menyangka bahawa aku telah membalas cintanya. Tidak! Semua itu tidak benar. Apa yang aku fikirkan nih? Ah, boleh naik gila aku kalau asyik pusing memikirkan semua ni.

* * *

Pada keesokan harinya, sebelum aku sempat keluar dari rumah, ibu menegurku. “Zura nak ke kolej ke?” Tanya ibu. “Taklah! Zura nak jumpa kawan jap, bu.”

“Lelaki ke perempuan?” Tanya papa yang tiba-tiba datang dari dapur. “Err, lelaki.. Tapi dia cuma kawan biasa je papa.” Belum pernah ibu dan papa menanyakan ke mana aku hendak pergi, dengan siapa, lelaki ke perempuan. Mesti ada yang tak kena nih! Belum pernah aku ditanya sebelum ni.

“Ha! Baguslah kalau macam tu. Zura, nanti jangan pulang lewat pulak! Malam ni kita kena jumpa orang yang sangat istimewa. Zura mesti bersiap cantik-cantik tau.. Zura tak perlu tahu siapa sebab malam karang papa kenalkan ya? Jangan balik lambat pula. Remember..” Kata papa.

“Okey papa! Kalau dah tak de apa-apa, Fiza pergi dulu. Assalamualaikum.”

Nak jumpa siapa agaknya ye? Dan.. kenapa papa suruh aku bersiap cantik-cantik? Pakai gaun lagi! Pelik betullah. Makan malam aje. Hm, adalah tu.. rancangan ibu ngan papa. Walau bagaimanapun, aku tidak berhak membantah. Aku ingin menjadi seorang anak yang taat kepada orang tua. Jadi aku pasti akan menuruti segala permintaan mereka. Aku ingin melihat mereka bahagia, walaupun aku terpaksa mengorbankan perasaan aku sendiri. Biarlah hatiku yang sakit, tapi bukan mereka. Eh! Bermadah sedih pulak aku.

Setibanya di sebuah kafe, dari jauh Fairus melambaikan tangannya persis memanggilku. Aku pun terus pergi kepadanya.

“Silakan duduk, tuan puteri..” Kata Fairus sambil menarikkan kerusi untukku. Aku hanya senyum selamba kepadanya. Nampaknya dia sudah mula perasan. ‘Sorry’ Fairus, senyumku sememangnya tidak ikhlas buatmu. Hanya untuk menenangkan hatimu jua.

“Zura, betul.. awak tak pernah sukakan saya ke? Saya ni tak cukup kacak ke?” Hah! Soalan apa ni?

“Tengku Fairus.. Saya datang jumpa awak bukan untuk jawab pertanyaan awak yang langsung tak masuk akal ni! Bukan nak bahas tentang perasaan. Tapi, saya.. saya cuma nak nak minta maaf sebab selama ni saya agak berkasar dengan awak. Awak sudi tak maafkan saya? Yelah, selama ni kan saya buat hairan tak hairan aje ngan awak..” Jelasku.

“Jadi, selama ni awak sedang jual mahallah ngan saya? Ha.. Saya memang dah agak!” Aduss.. Apa yang dia cakapkan nih? Sengaja nak naikkan kemarahan aku lah tu. Eii, geramnya. Huh.. sabar Zura. Sabar itu kan.. separuh dari iman.

“Apa awak cakap??” Tahap kesabaran aku sudah tiada lagi. Aku terus melentingnya dan meminta maaf kembali. “Sorry.. saya tak bermaksud nak marah-marah awak..” Pelik saja muka Fairus dengar ucapan maaf dari aku. Yelah kan, selama ni setiap kali aku memarahinya, aku langsung tak pernah meminta maaf kepadanya.

“Relaks la Faizura.. Saya saja jer nak uji awak. Tak mungkin saya tak maafkan orang secantik awak. Lihat wajah awak yang sangat garang tu, saya makin suka awak lagi adalah! Hehe.. sebab kalau awak marah, makin cantik tahu tak.” Huh, sabar jelah Zura.. “Oh, ye ke? Terima kasih. Ehm, kalau tak ada apa-apa lagi, saya pulang dulu sebab.. saya ada janji dengan ‘parents’ saya. Saya datang pun pasal nak beritahu itu je kat awak.” Aku bingkas bangun dan Fairus terus menarik tanganku agar duduk semula. “Duduklah dulu. Saya nak cakap sesuatu kat awak..” Aku pun duduk semula. “Hm, ada apa? Saya nak cepat nih.” Tanyaku.

“Sejak kita jumpa kat pesta hari tu kan..” Fairus memulakan percakapan.

“Ye..” Sambungku pula.

“Saya mula menyukai awak sejak hari tu. Hati saya kuat mengatakan bahawa awaklah gadis yang saya cari-cari selama ini. Cinta saya terhadap awak benar-benar tulus dan ikhlas. Saya nak sangat awak jadi pendamping hidup saya. Saya yakin bahawa awaklah jodoh saya.. Saya.. cintakan awak! Nurul Faizura…”

Aku terpaku sebentar. Apakah yang harus kujawab? Memang kuakui, ada sedikit perasaan suka terhadapnya. Ah! Bukannya suka. Aku hanya menganggapnya sebagai teman. Tapi, kasihan dia jika aku menolak cintanya. Tapi aku langsung tidak mencintainya. Ya Allah, bagaimana nih..

“Sorry, Fairus.. saya tak boleh terima cinta awak. Saya rasa lebih baik kita berdua kawan saja. Hati saya sebenarnya masih lagi untuk Rizman.” Kataku. Segala keputusan hanya berdasarkan isi hatiku. Benarkah hati aku masih lagi untuk lelaki tu??

“Tapi kan awak ada cerita kat saya yang dia pernah melukakan hati awak. Saya janji bahawa saya takkan tinggalkan awak!” “Saya tak boleh lupakan dia. Maafkan saya. Saya minta diri dulu.”

“Tapi awak mesti ingat, saya takkan cari perempuan lain selain awak! Saya tetap akan tunggu awak walaupun awak sudah dimiliki oleh orang lain. Meskipun awak dah berkahwin. Saya akan tunggu. Kerana saya yakin bahawa saya ditakdirkan untuk hidup bersama awak!” Kata-kata Fairus kedengaran begitu nekad. Kenapalah susah sangat aku nak yakinkan dia sorang ni? Sayangnya.. dia terlalu mengharapkan aku di sisinya. Padahal, aku juga yakin bahawa jodohku bukan dengannya.

Sebelum aku pulang ke rumah, aku singgah sebentar di salah sebuah butik yang terkenal di Kuala Lumpur iaitu butik kegemaranku. Aku ke sana sebab ingin membeli gaun untuk kupakai malam nanti. Kata ibu dan papa, orang yang akan kami jumpa sangat istimewa. Jadi apa salahnya jika aku berpenampilan menarik pada malam ini.

Sewaktu aku sedang khusyuk membelek beberapa helai gaun, Rizman tiba-tiba muncul sambil menghulurkan sepasang gaun berwarna merah kepadaku.

“Gaun ni sesuai dengan awak. Orang secantik awak sangat sesuai pakai gaun ini.” Aku tak sangka bahawa kami jumpa di sini.

“Hm, thanks!” Kataku sambil mengambil gaun tersebut. Setelah aku mencubanya, ternyata benar. Gaun ini kelihatan cantik sekali. Aku tersipu-sipu malu setelah diperhatikan agak lama oleh lirikan mata nakal Rizman sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan untuk mencuba gaun pilihannya.

“Apa awak buat kat sini?” Tanyaku kepada Rizman.

“Beli bajulah.. Takkan datang kedai baju nak beli ikan bakar kot.. Ni! Saya beli warna merah sama macam awak. Segak tak kalau saya pakai baju ni dengan kot warna hitam? Alamak.. Zura. Saya terlupa sesuatu. Sebenarnya saya dah lambat sangat ni. Saya ada hal kejap. Saya pergi dulu ye.” Aku hanya mengangguk. Selalunya kalau sibuk macam ni.. mesti ada temujanji dengan ‘someone’. Hm, kau tak payahlah nak sedih-sedih Zura! Biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun. Dia kan dah tak de hubungan dengan kau, Zura… Pada malam ini aku bersama ibu dan papa pergi ke sebuah restoran mewah. Aku masih lagi tertanya-tanya, siapakah orang yang bakal kami jumpa?

Hah! Itukan Rizman! Dengan mak dia.. Takkanlah?

Ibu dan papa berjalan ke arah mereka. Ah! Sudah…

“Apa khabar Kak Ita? Perkenalkan ini Zura. Nurul Faizura. Anak perempuan saya yang kedua. Yang bongsulah ni. Yang sulung tu sibuk katanya. Maaflah sebab tak dapat bawa kedua-duanya.” Kata ibu.

“Cantik juga anak kamu ye Shima! Tinggi lampai, ayu, memang cantiklah. Macam awak jugalah..” Aku hanya tersenyum malu. Rizman pun asyik tersengih-sengih. Renungannya ke arahku langsung tidak lepas. Dia asyik memerhatikan aku. Sampai rimas aku tengok. Elleh, Zura.. macamlah kau tak biasa Rizman perhatikan kau macam tu..

“Eloklah, yang teruna pun kacak.. kan bang? Berkenanlah saya..” Papa pun terus mengangguk. Apa maksud mereka? Jangan-jangan.. “Ibu..” Aku mencuit peha ibu. Ibu menepis tanganku sambil tersengih.

“Eh, kamu berdua pakai baju sedondonlah malam ni. Mereka rancang agaknya ye? Hei, sehati sejiwa betullah mereka nih.” Kata Puan Rozita, ibu Rizman. Lantas aku memandang pakaian aku dan Rizman. Hah!! Aku teringat bahawa Rizman yang memilih baju ini semasa di butik siang tadi. Isy.. Semua ni mesti dia yang rancang! Aku menjegilkan mata ke arah Rizman. Dia hanya ketawa kecil. Setelah makanan yang dipesan sampai, kami menjamu selera sambil berbual kosong. Aku pula masih kebingungan. Apa maksud mereka semua ni… peliklah!

“Sebenarnya, ibu nak jodohkan Zura dengan anak kawan baik ibu ni.. Rizman. Kacak, kan dia?” Aku yang sedang minum air hampir tersembur ke arah Rizman setelah mendengar pengakuan bahawa semua ini adalah suatu perjodohan yang tak disangka-sangka. Huh! Fairus lagi kacak! Fikirku dalam hati. Kejap! Apa? Ibu nak jodohkan aku dengannya? Salah dengarkah aku? Rizman tersenyum-senyum seperti suka akan apa yang dikatakan oleh ibuku tadi.

“Tapi bu.. dia ni kan..”

“Mak, sebenarnya.. kami dah lama kenal. Dari sekolah menengah lagi tau!” Alahai, kenapalah dia beritahu mak dia.. dia ni memang cari nahaslah!!

“Papa.. Sebenarnya Zura.. ehm..” Aku takut kalau-kalau dimarahi papa.

“Larh.. kanapa Zura tak cerita kat papa ngan ibu dari dulu lagi? Takkanlah papa nak marah pula. Zura kan dah besar. Dah memang patut pun mendirikan rumah tangga. Apa yang nak ditunggu-tunggu lagi?” Kata papa. Aku makin terkedu mendengarnya. Apa? Kahwin? Dengan Rizman? Aduh, kenapalah 'sporting' sangat 'parents' aku kali ni...??

“Ha, bila kami boleh pergi merisik?”

“Bila-bila pun boleh.. Kami tak kisah..” Jawab ibu dengan bersemangat.

“Tak cepat sangatkah ibu? Zura ngan Azril kan belum habis belajar lagi. Lagipun, Zura masih belum bersedialah.” Apa semua ni..? Aku belum habis marah lagi lah kat Rizman! Kenapa kena kahwin pula.. hm, malangnya aku!!!!!!

“Apa salahnya? Kamu berdua kan dah lama kenal. Tak baik tau biar lama-lama. Memanglah.. ibu faham yang kamu masih muda. Tapi, buat apa berhubung lama-lama, lebih baik kahwin terus. Boleh elakkan maksiat.. Ha! Rizman. Kenapa kamu diam je, langsung tak membantah. Kamu dah setuju agaknya.” Ibu tidak tahu bahawa sebelum ni aku menghadapi satu krisis yang begitu besar bersama Rizman. Aku memang sudah maafkan Rizman, tapi hatiku masih belum mahu mempercayainya lagi.

“Eh, saya tak de masalah mak cik. Saya memang berkenan dengan anak dara mak cik ni.. Kalau boleh, malam ni jugak saya nak kahwin dengan Zura. Boleh, Zura..” Cis, tak de masalah konon. Nampak sangatlah dia memang tak malu nak kahwin dengan aku. Aku menjeling tajam ke arahnya. Semakin lama aku kat sini, semakin menjadi-jadilah. Ah! Kalau macam ni, aku nak baliklah.

“Ibu, tiba-tiba saya rasa kurang sihat.. lama lagi ke kita kat sini? Zura pun dah kenyang nih..” Aku sengaja menimbulkan helah.

“Ibu ada banyak perkara lagi ni yang dibualkan. Apa kata Zura balik dengan Rizman dulu.. Rizman, kamu boleh tolong hantar Zura balik tak? Nanti, korang borak la puas-puas..” Kata ibuku.

“Eh, saya tak de masalah.. boleh.. jom Zura! Saya tahu.. Zura memang rancang nak balik dengan saya tu mak cik..” Dia ni, dari tadi asyik tak de masalah aje! Apa yang ada agaknya? Eii, suka hati dia je nak kata aku sengaja nak balik dengan dia! Menyampah aku. Tapi, dia nampak segak juga pakai kemeja tu. Ish, apalah aku ni! Itu pun dah terpikat.

Rizman membukakan pintu kereta untukku. Ah! Baiknya. Atau berpura-pura baik denganku. Sepanjang perjalanan, kami langsung tidak bertegur sapa.

Akhirnya dia yang memulakan bicara. “Zura dah tak marah saya lagi?”

Aku memang sudah lama memaafkannya. Sudah tahu bertanya pula. Aku hanya menggelengkan kepalaku tanda aku sudah memaafkannya. “Kenapa awak tak nak cakap dengan saya? Saya cakap sorang-sorang jelah dari tadi.” Aku masih mendiamkan diri. “Saya betul-betul minta maaf kat awak. Saya baru sedar bahawa keikhlasan cinta di hati membawa kepada kebahagiaan. Sejak hari tu, saya mula insaf. Saya baru sedar betapa sakitnya hati awak apabila ditinggalkan. Terima kasih kepada Ina kerana telah menyedarkan saya tempoh hari.”

“Tahu tak pe!” Kataku sambil berpaling ke arah lain.

“Adakah luka di hati awak belum pulih? Jawablah..”

“Sudahla! Saya malas nak cakap pasal ni. Boleh tak cakap pasal lain? Kalau bincang pasal ni pun, bukannya boleh putar masa balik. Semuanya dah jadi kan? Sudahlah!” Marahku.

“Okey, maaf. apa kata kita cakap pasal.. kita? Macam mana? Awak marah tak?”

“Apa pulak? Apa yang pasal kita pulak?”

“Kita kan nak kahwin tak lama lagi..” Hah! Aku masih tak percaya yang akhirnya aku akan menjadi isteri Rizman. Si kaki buaya darat tu! Tapi bagaimana dengan Fairus? Kasihanlah dia kalau dia dapat tahu..

“Hei, tolong sikit. Bertunang pun belum.”

“Jadi awak setujulah dengan rancangan orang tua kita?” Ke situ pulak! Lantas aku mencebikkan muka. Kemudian Rizman tersengih-sengih sendirian. “Kenapa?” Tanyaku.

“Cantiklah..” Agaknya mesti aku yang cantik. “Terima kasih. Saya memang cantik pun. Tak tahu lagi ke?” Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. “Kenapa? Apa yang lawaknya?” Aku bertanya kepadanya.

“Bulanlah.. Bulan tu yang cantik.” Hah! Bulan rupanya. Malunya.. Mukaku sudah mula merah padam menahan malu.

“Maksud saya, bulan tu awaklah! Awakkan cantik seperti bulan. Apa orang kata? Bagai bulan dipagari bintang! Awak.. cantik sangat malam ni..” Bagusnya kata pujukannya. Aku hanya senyum perasan. Setelah itu dia melihatku. Aku berhenti senyum. Aku agak sedikit malu melihat renungannya itu. Aduh.. kenapalah dia tengok aku macam tu… Dia tak tahu apa yang aku tengah malu gila!

“Sudah sampailah.. ‘Princess’.” Lalu dia keluar dan sekali lagi membuka pintu untukku.

“Terima kasih sebab hantar saya balik. Saya masuk dulu.”

“Sama-sama. Tak da masalah punya. Bye.. Sayang..” Lamanya aku tidak mendengar perkataan ‘sayang’.

Aku segera masuk ke dalam rumah sambil melihat Rizman melambai-lambaikan tangan kepadaku. Aku hanya tersenyum melihatnya. Sesudah aku masuk ke dalam bilik, aku menerima satu mesej daripada Rizmam.

[Gud 9, sweet dream..] Aku hanya ketawa kecil. Tak sangka aku sudah berbaik semula dengannya. Padahal, sebelum ni aku tidak pernah berfikir bahawa dia akan kembali ke pangkuanku.

[Tq cos awk sudi hantarkan sy td.. sy bhagia sgt mlm nie krn kita berdua sudah berbaik…] Balasku.

[Mlm ni awak tidur mimpi sy tau!] Tiba-tiba Fairus pula menghantar mesej kepadaku. Nampaknya dua orang pemburu dan penggoda cinta sedang ingin mendapatkan aku. Siapakah yang harus kupilih? Fariruskah? Atau Rizman..

“Tapi, aku dah tolak cinta Fairus. Tolak cinta aje.. bukannya aku tak kawan terus!! Rizman pula.. tak lama lagi aku akan bertunang dengannya. Tentulah Rizman pilihan hatiku.” Kataku perlahan-lahan sambil melabuhkan punggung ke atas katil. Apakah erti cinta? Pentingkah semua itu? Ya Allah, sesungguhnya kekeliruan dalam hidupku ini akan menyukarkan perjalanan hidupku. Mampukah aku melalui semua ini?

Cintaku terhadap Rizman, masih lagi terpaut di hati. Fairus pula, tak henti-henti mengharapkan cinta dariku. Mungkin aku akan lebih bahagia jika barsama Rizman. Lagipun, tak lama lagi, aku akan menjadi pasangannya. Entah aku sudah atau belum bersedia untuk berkongsi hidup dengannya. Tapi aku tidak sanggup untuk merosakkan permiontaan daripada kedua orang tuaku. Mereka berharap sangat aku dapat berkahwin dengan calon menantu pilihan mereka iaitu Rizman. Jadi, aku haruslah menerima semua itu demi kebahagiaan orang tuaku.

Tiada ulasan: