“Ibu buat apa tu.. ? Sibuk nampak…. Hehe..” Sapaku ketika ibu sedang sibuk memasak.
“Ish! Zura ni… Terkejut ibu tau! Kalau pisau ni terkena jari ibu nanti macam mana? Ibu ni dah la fobia dengan cecair berwarna merah tu.” Marah ibu. Aku pun terus memeluk ibu dari belakang. Ibu tersenyum kembali.
“Ala… Zura melawak aje. Ibu janganlah marahkan Zura.. Zura kan tak sengaja, bu. Maaf ye, ibu? Maafkan ye? Hm, ada apa yang boleh Zura bantu?” Tanyaku sambil melepaskan pelukan.
“Boleh, sayang. Ha! Pergi potong bawang di atas meja tu. Sementara ibu potong sayur, nanti kita boleh masak cepat sikit. Sekejap lagi papa dengan kakak kau balik. Kita boleh makan sama-sama.” Pinta ibu.
“Eh, papa ngan akak balik makan kat rumah ke hari ni? Selalunya jarang makan kat rumah. Asyik sibuk je.. kat pejabat.” Kataku sambil mencapai sebilah pisau.
“Zura pun sama.. pagi-pagi ke kolej, petang baru balik. Kadang-kadang sampai malam. Hari ni pun sebab Zura tak de kelas kan?” Aku cuma tersengih sambil melihat ibu meleteriku. \
“Ibu nak masak apa ni? Nampak macam sedap.. aje!” Aku sengaja mengubah topik.
“Elleh, terus tukar topik pulak dia tu..”
“Hehe..”
“Ala, ibu masak biasa-biasa aje.. kari daging, sup ayam.. pastu, entahla nak masak apa lagi. Bila Zura dah kahwin nanti, jangan lupa tanya apa makanan kegemaran suami Zura. Selalu-selalulah masakkan makanan kegemarannya tau! Tengok ni, papa kau suka sangat makan sup ayam. Entah apa yang dicarinya dalam sup tu pun ibu tak tahu. Tapi.. ibu selalu masakkan kat papa.”
“Ish, apa ibu ni? Apasal ibu cakap pasal suami pulak nih? Zura bukannya kahwin lagi.. Ape lah ibu nih.. ”
“Eh, betullah apa yang ibu cakap. Kamu tu dah besar panjang! Dah memang patut jadi mak orang.. dah.” Aku mula mencebik. “Kenapa tak suruh akak aje yang kahwin dulu? Dia kan tua dari Zura. Takkan Zura nak langkah bendul kot bu..” Aku cuba membangkang keputusan ibuku.
“Tak pe Zura. Bukannya salah pun. Lagipun kakak kau tu belum berjodoh...lah. Hm, Zura dah ada calon? Kalau belum, ibu boleh tolong carikan untuk Zura. Ramai anak teruna kawan-kawan ibu tu hensem-hensem.. nanti Zura pilihlah mana yang berkenan.” Kata ibu sambil membasuh sayur-sayuran yang dipotong.
“Tak naklah bu! Ibu carikan saja untuk kak Anis. Ala, kalau nak cari yang hensem-hensem pun, kat kolej Zura lagi ramai. Tak terkira rasanya. Tapi yang penting sekali, bukan sifat luaran.. tapi dalaman. Buat apa kalau muka je elok tapi perangai tak elok! Betul tak apa yang Zura cakapkan nih?”
“Hm, bijaknya anak ibu. Memang pun kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan hanya memandang luarannya sahaja. Tetapi, dari sudut dalamannya. Contohnya, papa kamu! Dia tu taklah hensem sangat.. hehe.. hensemlah jugak! Hatinya.. baik sangat. Itu yang membuatkan ibu terpikat dengan papa kau tu!” Aku ketawa kerana geli hati mendengar celoteh ibuku.
“Kalau papa ada, seronoklah tu! Ibu siap puji papa semacam.. aje.”
“Macam Zura.. lah! Kalau orang puji sikit, hah.. mulalah nak cair. Eh, yang kita ni asyik sibuk bersembang, masak entah ke mana! Zura lah ni! Ganggu ibu masak.”
“Sorry, lah bu.. hehe! Zura nak pergi tandas kejap yerr.”
“Itu pun nak beritahu! Sudah, pergi cepat.”
Sebaik sahaja aku keluar dari tandas, aku menerima mesej ringkas daripada Fairus.
[Bla awk nk dtg jnguk sy? Rndu, la!] Kemudian aku pun membalas mesej yang diterima.
[Kan sy dh bg tau nanti sy pergi la, tgk r.. esok ke sy prgi. Ye.. la! Ksian, nnti ckp sorang2 pulak kt dlm wad tu..] Eh, yang aku layan mesej dia tu kenapa erk? Nanti dia syok sendiri pulak!
[Wah.. jd, awk dh mula ambl brt ngn sy la? Trharunya sy..] Ha, belum apa-apa dia dah perasan. Ni yang aku kesalkan nih! [Bluekk…!!!!!!!!] Nah! Amik kau!
Setelah Kak Anis dan papa pulang, kami sekeluarga makan bersama. Bukan mudah selalu dapat makan bersama keluarga. Semua asyik sibuk dengan kerja masing-masing. Apatah lagi hendak pergi bercuti, lagi… lah tidak sempat meluangkan masa.
Kekadang, aku terasa bosan akan kehidupan ini. Hidup dalam sebuah keluarga yang berada. Namun, kemewahan ini tidak semestinya dapat mencapai kebahagiaan. Memanglah aku sering rapat bersama ahli keluargaku. Namun, entah apa yang aku masih tercari-cari lagi. Seperti ada yang kurang. Tetapi aku masih tidak pasti. Inilah manusia. Satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.
Astaghfirullah…. Selama ini aku tidak bersyukur ke atas apa yang ada. Ya Allah, kau ampunilah segala dosaku terhadapMu. Amin.. aku menyapu seluruh wajahku setelah selesai berdoa.
Setelah selesai solat Asar, aku mengambil keputusan untuk pergi menziarahi Fairus. Apa khabar dia agaknya? Sudah sihat ke belum ya? Eh, kenapa sejak kebelakangan ini, aku asyik khuatir akan keadaannya. Padahal, dia bukannya sesiapa bagiku. Ah! Mungkin aku masih rasa terhutang budi kepadanya kerana telah menyelamatkan aku pada tempoh hari. Jika dia tiada di situ, entah apa yang bakal terjadi padaku kelak. Syukurlah kerana Allah masih menyayangiku.
Setibanya di hospital, aku melihat bilik tersebut kosong. Di manakah Fairus? Adakah dia ditempatkan di bilik lain atau, keadaan dia semakin teruk?
“Hei.. dia ni memang suka buat orang risaulah! Ha! Lebih baik aku tanya ‘nurse’ kat kaunter tu.” Sebaik sahaja aku toleh ke belakang, Fairus sedang tersenyum lebar ke arahku sambil memegang sejambak bunga.
“Ya Allah! Awak ni betul-betul mengejutkan saya tahu tak?” Marahku.
“Janganlah marah. Nah, bunga ni untuk awak. Supaya awak tak marah saya lagi.. Erm.. awak risaukan saya?” Alamak! Dia dengar ke apa yang aku cakapkan tadi? Aduh.. apa aku nak jawab ni.. Erm, buat bodoh ajelah!
“Terima kasih!” Aku mengambil jambangan bunga tersebut dengan kasar. “Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.”
“Eh… kenapa cepat sangat? Awak ni selalu terburu-burulah.”
“Kenapa? Ada masalah ke? Saya ingatkan nak duduk lama sikit kat sini, pastu.. awak siap bagi bunga lagi malulah saya. Saya pun naik rimaslah kalau macam nih.”
“Okey.. sorry keyh? Apa salahnya saya bagi awak bunga. Awak kan perempuan, memang patut pun dikasi bunga. So, apa salah saya?” “Apa salah awak? Hm, suka hati awaklah! Malas nak layan!” Sebenarnya aku malu akan kata-kataku tadi yang didengari oleh Fairus tanpa pengetahuanku.
“Awak, esok saya dah boleh balik tau.” Alhamdulillah. Tak payahla aku datang jenguk dia lagi.
“So?? Baguslah! Okey, saya pergi dulu. Awak pun dah sembuh kan? Dah nak boleh balik dah kan?”
“Lah.. kan awak baru sampai.. saya rindu sangat kat awak ni. Jomlah kita sembang-sembang dulu.. ke! Awak langsung tak teringatkan saya ke?” Dah gila agaknya mamat nih? Padahal aku langsung tak suka dia. Dia anggap aku ni seperti teman wanitanya. Ah! Buang masa saja aku melayaninya.
“Excuse me! Saya ada hal penting sangat-sangat ni! Awak pun dah sembuh kan? ”
“Awak jangan ingat yang saya selamatkan awak hari tu saya tak minta apa-apa..”
“Oh.. rupanya awak tak ikhlas lah tolong saya. Apa awak nak lagi dari saya? Duit? Emas? Berapa juta awak nak? Saya boleh kasilah.” Hisy! Rupanya dia tak ikhlas menolongku hari tu!!!!
“Awak ingat saya ni lelaki jenis apa hah? Saya cuma nak satu permintaan. Satu.. aje! Please. Saya sebenarnya.. Erm, sebenarnya saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak. Please.. awak boleh kan jadi kawan saya? Kalau boleh, saya nak ajak awak keluar jalan-jalan dengan saya. Boleh kan..? Hmm, nanti saya beritahu bila. Sekarang tak bolehlah sebab saya kan.. belum sembuh sepenuhnya. Awak tengok sendirilah kan?”
“Hei, tolong sikit, saya tak de masa nak keluar ngan awaklah! Lagipun saya ni sibuk. Manalah saya sempat nak keluar jalan-jalan.” “Sibuk konon. Awak tu bukannya bekerja lagi kan? Owh.. Saya tahu. Awak nak ke saya panggil awak gadis yang tak tahu mengenang budi..? Very bad girl…” Bad Girl? Perkataan ini benar-benar mengingatkan aku kepada tajuk lagu nyanyian kumpulan ‘Beast’ dari Korea. Salah sorang ahli kumpulannya ialah Lee Gi Kwang. Ah.. Sudah! Sudah! Aku dah luputkan ingatan aku terhadap fanatiknya aku meminati drama dan lagu Korea sewaktu sekolah menengah dahulu. Wow! Teruknya ayat Fairus.. dia kata aku gadis terukk?
“Apa? Apa awak cakap? Berani awak… Huh!! Hm, okey! Okey! Saya akan tunaikan permintaan awak! Tapi bukan sebab lain, cuma sebagai tanda terima kasih saya pada awak. Itu je! Tak lebih! Ingat tu!” Hei, apasal pulak aku.. yang jadi mangsa.
“Terima kasih banyak-banyak! Okey, jangan lupa tau! Ingat..” Kelihatan dari raut wajah Fairus, dia memang seronok. Adakah dia benar-benar suka padaku. Sudahla perangai macam budak-budak! Jelas sekali dia tu lebih tua bangka dari aku! Hurm.. jahatnya aku. Dia baru tua tiga tahun aje dari aku.
Kenapalah.. aku yang dia suka hah? Tapi sayang, aku langsung tidak menyukainya. Aku masih tidak dapat melupakan Rizman. Adakah aku patut memaafkannya? Atau terus memarahinya? Tapi dia memang bersalah. Walaupun dia telah menyesal, patutkah aku mempercayainya? Ah! Lupakan! Aku harus belajar dengan bersungguh-sungguh agar aku dapat menghilangkannya dari ingatanku selama-lamanya. * * * Seminggu telah berlalu..
Aku menerima panggilan daripada si laki poyo.. Fairus.
“Fairus, ada apa awak telefon saya pagi-pagi ni? Awak tak tahu ke saya tengah tidur lagi nih.” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata. Aku terjaga dari tidur setelah telefon bimbitku berdering.
“Awak lupa ke? Hari ni saya nak awak keluar jalan-jalan dengan saya. Lagipun, sekarang dah pagi tuan puteri oii.. kenapa awak masih tidur lagi? Bangunlah..! Tak baik anak dara bangun lambat. Nanti si teruna tak berkenan!” Ish!!!!! Pandai pulak nak mengajar aku si Fairus nih..? Dia ingat dia tu bagus sangat ke? Tak malu betul ajak anak dara orang keluar merata tempat
“Yelah.. Yelah! Saya bangun… Hei, sibuk aje pepagi buta ni! Ha?? Pukul berapa awak nak pergi?”
“Sekaranglah! We need fresh air… pagi-pagi macam ni dah tak butalah.. Orang lain pun tengah keluar hirup udara segar tau. Cepatlah! Nanti tengahari pulak. Hm.. saya dah ada depan rumah awak ni! Awak cepatlah bersiap.” What?? Aku terus menyelak langsir. Hah.. betullah! Dia ada kat depan rumah aku. Kacaknya.. Ada-ada saja penampilan istimewanya untuk menambat hatiku yang keras ini. Ish!!! Tapi, bagaimana kalau ibu nampak.. aduh, matilah aku!!
“Apa??? Awak dah gila ke apa? Kenapa awak datang sini.. Awak ni memang tau! Kalau ibu saya nampak macam mana? Masak saya tau!!!!!” “Kenapa..? Tak bolehkah?”
“Kenapa awak tanya?? Saya tak kira! Sekarang juga awak pergi jauh-jauh dari rumah saya. Maaf. Saya bukannya nak halau. Tapi nanti orang ingat awak ni pak we saya ke apa pulak! Tak kuasa.. saya! Cepatlah pergi.. sebelum orang lain nampak..”
“Okey, pe... kalau orang ingat kita ni ‘couple..’ Apa yang nak dirisaukan? Tenanglah Faizura..”
“Okey! Kalau macam tu kita tak jadi keluarlah! Pergi balik. Saya nak sambung tidur lagi baguslah!”
“Okeyh.. sorry! Sorry! Saya pergi sekarang. Kita jumpa kat taman hari tu ye? Jumpa nanti ye.. Pergi tau! Erm.. anak dara tak baik bangun lambat.” Isy.. dia ni.. Dia terus mematikan telefon. Tak sangka pulak dia boleh cari alamat rumah aku. Hish, dia ni betul-betul nekadlah.
Aku memilih baju yang hendak dipakai. “Hm, buat apa aku cari baju lawa-lawa! Keluar dengan dia aje pun.. Lagipun, dia tu bukannya pak we aku! Huh…..” Bisikku dalam hati. Jadi, aku hanya mengenakan sepasang ‘blouse’ berwarna merah jambu dan seluar ‘jeans’ sahaja. Aku mencari kelibat Fairus sebaik sahaja aku tiba di taman yang tidak jauh dari rumahku. Tiba-tiba saja dia muncul dihadapanku sambil menghulurkan sebatang ais krim kepadaku.
“Nah! Saya tengok kan, dari raut wajah awak yang jelita ni.. awak sangat menggemari ais krim berperisa strawberi kan?” “Tak!” Aku menafikannya. Sebenarnya aku memang suka perisa strawberi. Pandai betul Fairus membaca hatiku. Hm, mungkin kebetulan aje. “Okey, kalau tak pun.. awak makanlah. Penat tau saya berjalan ke kedai ais krim.” Lantak kaulah! “So??” Ada aku kisah.
“Hm, terima kasih!” Aku terus mangambil ais krim tersebut dari tangannya lalu aku membuka pembungkus plastiknya dan terus makan. “Mm, sedap!” Fairus ternganga melihat aku makan dengan sungguh berselera. Aku terlupa bahawa aku baru sahaja mengatakan bahawa aku tidak menyukai ais krim tersebut. Jadi aku terus makan selamba. Kemudian, baru aku tersedar dan berasa agak malu.
“Saya dah agak! Awak pasti suka! Pandai saya teka kan?” Kata Fairus sambil tersenyum-senyum.
“Saya nak ke sana kejap!” Aku terus bangun dan beredar meninggalkan Fairus di situ. Aku berjalan-jalan sambil melihat kanak-kanak yang sedang bermain di situ.
“Awak suka budak-budak..?” Tiba-tiba ada suara menegurku.
“Ye… saya suka tengok diorang. Comel sangat.” Eh, siapa yang tegur aku nih? Aku pulak main jawab.. aje!
Sebaik sahaja aku menoleh ke sebelah, Hah! Rizman??? Bagaimana dia boleh muncul secara tiba-tiba pulak? Tapi.. kenapa? Apa aku nak buat nih..
“Riz..? Kenapa awak di sini?” Tanyaku sambil melihat ke arah lain. Aku tidak tahu sama ada aku masih mahu menatap wajahnya atau bukan..
“Kebetulan kan? Kita jumpa kat sini. Awak sorang aje ke?” Rizman seolah-olah biasa sahaja terhadapku walaupun dia tahu bahawa dialah yang membuatku marah besar.
“Err..”
“Tak pe, saya tahu, awak kan dari dulu suka datang sini sorang-sorang. Awak ingat lagi kan tempat ni? Banyak tau kenangan kita berdua kat sini. Saya datang sini pun sebab nak mengimbau kembali kenangan kita berdua. Tak sangka awak pun sama.” Rizman betul-betul tidak tahu bahawa aku datang ke sini bukannya hendak mengingati kembali kisah percintaan kami dulu. Tetapi, aku ke sini untuk memenuhi permintaan Faris aje pun.
Tiba-tiba Fairus datang menerpa. “Faizura tengok ni saya beli apa…. Eh, siapa ni Zura?” Aku tidak tahu apa yang harus aku cakap. “Zura, awak dah ada orang lain ke? Tak sangka begitu cepat awak cari yang lain. Saya ingat awak dah maafkan saya. Awak tahu tak yang saya dah mula mencintai awak!” Aku terus terasa sebak setelah mendengar pengakuan yang dibuat oleh Rizman.
“Faizura.. dia ni ke ex-boyfriend awak tu..? Em, saya pergi dulu yer. Nanti saya ‘call’ awak balik yer?” Aku cuma mengangguk. Rizman memandang Fairus persis cemburu. Ah! Biarkan.
“Rizman, awak jangan salah sangka dulu! Sebenarnya.. Erm.. saya dah maafkan awak. Lagipun saya tak berniat nak cari pengganti baru. Fairus… just my friend okey!”
“Apa? Awak dah maafkan saya? Jadi awak dah boleh terima saya kembali? Syukurlah kalau macam tu..”
“Riz, tolonglah! Saya malas nak cakap pasal tu! Awak jangan ingat kalau saya dah maafkan awak.. saya akan kembali di sisi awak. Tak.. Maaf, saya terpaksa pergi sekarang. Assalamualaikum.” Dengan air mata yang kian menitis, aku beredar dari situ.
“Waalaikumussalam. Erm, Zura..” Panggilan Rizman langsung aku tidak hiraukan. Malas aku berpaling semula memandangnya.
“Hello, Fairus. Awak kat mana sekarang nih? Puas saya cari awak tahu tak..!”
“Saya.. kat belakang awak ajelah! Cepatlah toleh belakang.” Aku mencari-cari di mana Fairus. Tapi masih tak jumpa. Tadi kata ada kat belakang aku. Tapi, mana dia? Owh.. Rupanya dia berada di atas buaian. Dia ni kan, sengaja nak buat malu. “Ya Allah! Apa awak buat kat situ? Bangun cepat! Macam budak-budaklah.. memalukan aje. Awak tu dah tua tau! Berfikiran matanglah sikit..” Bebelku sambil berjalan ke arahnya.
Sambil bangun, Fairus bertanya kepadaku soal tadi.
“Awak nak berbaik dengan dia balik ke?”
“Yang awak sibuk ni apasal? Bukan urusan awak, faham?” Aku terus menengking Fairus. Entah mengapa aku sering memarahinya. Kata orang tua-tua, jika kita asyik memarahi dan membenci seseorang itu dan tambahan pula orang tersebut lelaki, hah! Itulah jodoh kita. Ish! Tak mungkin! Aku, dengan Fairus? Huh! Tak teringin langsung..
“Awak.. saya laparlah. Jom kita pergi makan cendol pulut kat depan sana tu! Awak nak tak? Saya belanja..” Ajak Fairus. Jadi aku pun hanya mengikutinya.
Selepas menikmati cendol, kami pun terus pulang.
“Awak seronok tak hari ni?” Ya! Agaklah seronok sikit..
“Langsung tak!!” Jawabku tidak jujur.
“Kalau macam tu, nanti saya bawa awak melancong pergi Singapura. Mesti awak suka kan?”
“Dah pernah pergi dah..”
“Kalau macam tu.. Korea??”
“Banyak kali dah pergi.. Sudahlah! Tak payah nak ajak pergi mana-mana! Semua tempat saya dah round!”
“Tipu! Rumah saya belum lagi..”
“Buat apa nak melancong ke rumah awak? Buang masa dan tenaga saya je! Sudah! Saya nak balik! Awak pergilah ajak orang lain melancong!” Aku berjalan pergi meninggalkannya begitu sahaja. Haha.. padan muka! Wah.. seronoknya kalau dapat pergi Korea. Dah ada orang ajak, aku tolak! Isy.. jual mahal betullah aku nih!!
SILA KLIK CATATAN LAMA di bawah.. untuk membaca sambungan cerita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan