Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 8)

“Assalamualaikum.. Fairus.. Awak apa khabar? Sihat ke?”

“Waalaikumussalam. Saya okey.. Hmm, duduklah!” Pelawa Fairus. Kali ini dia tidak menarik kerusi untukku seperti dulu. Sekarang menjadi seperti biasa sahaja.

“Erm.. ‘thanks’! Eh, dah lama tunggu? Maaflah saya datang lambat sikit..” Perbualan kami tidak lagi seperti dulu, seperti mana Fairus cuba mengoratku.

“Eh, saya pun baru aje sampai ni.. lagipun, tak pe awak datang lambat pun. Hurrm.. Saya tak marah.” Dia masih baik hati seperti dulu. Cuma cara percakapannya yang keanak-anakan seperti dulu sahaja yang berubah dengan nada yang lebih serius. Aku pula jadi tertarik akan gayanya.

Aku tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Suaraku seperti dihalang untuk keluar dari mulut. Jadi, aku hanya diam membisu sambil merenung ke arah lain. Zura! Tadi kau yang ajak dia keluar.. Tapi, kenapa kau diam aje? Cakaplah sesuatu. Takkanlah lama tak jumpa dah rasa janggal kot..

“Faizura.. Kenapa termenung aje? Kan tadi awak yang beria-ria sangat nak berjumpa dengan saya. Awak kata rindu saya lah.. apa lah… Sekarang kenapa tak cakap?” Tanya Fairus sambil memandangku dengan serius. Renunganku terhalang setelah dikejutkan oleh pertanyaan Fairus. Aku terkesima seketika.

“Hah? Rindu? Saya ada cakap macam tu ke kat awak? Okey, maaflah kalau saya ganggu masa awak.. Err.. awak dah ada teman hidup? Erm, maksud saya.. kekasih! Eh, sorry.. saya saja je nak tanya. Awak jangan salah faham pulak ye. ” Entah kenapa soalan sebegitu yang kuaju. \

“Awak pun tahu.. kan? Cuma awak seorang sahaja teman saya.. tapi, sekarang ni awak telah pun dimiliki. So, saya sorang-sorang jelah sekarang ni. Alone.. Awak tak kesian ke kat saya..?” Mendengar jawapannya, aku berasa sedikit serba salah terhadapnya.

“Kesian? Isy.. Apa awak cakap nih.. Ala.. Awak cari.. lah teman baru. Kan ramai lagi yang cantik-cantik kat luar sana tu. Atau.. awak nak saya tolong carikan untuk awak? Haa! Saya ada seorang kawan tau.. Farrina namanya. Nur Farrina Leeya Ahmad! Sweet kan? Dia pun cantik juga tau. Dia baik.. dia bijak.. dia..” Errmm… Aku mahu kata dia ayu. Tapi, betulkah dia ayu? Ah! Biarlah.

“Awak sendiri tahu kan yang awak seorang je yang berjaya memikat hati saya. Tak nak lah orang lain.. Entah! Saya rasa saya memang tak boleh terima orang lain lagi buat masa ni.. I’m not ready yet.. Biar sajalah tuhan yang mengaturnya.” Nampaknya perasaannya terhadapku masih tidak berubah.

“Ala.. janganlah macam ni.. Awak kena juga berusaha. Kemudian, barulah berserah kepada Allah. Sekurang-kurangnya, ada juga usaha dari lelaki sejati macam awak ni… Hehe. Tak salah kan saya cakap macam tu?”

“Tak pe.. Ala. Awak tak payah risau akan saya.. Lagipun, Zura.. saya sangguplah jadi bujang terlajak..” Berani sangatlah tu nak jadi bujang terlajak.

“Suka hati awaklah! Nanti kalau awak sedang jadi seorang bujang yang terlajak.. saya pulak duduk kat rumah jaga anak!” Alamak.. tersasur jauhlah pulak..

“Aikk.. teringin sangat ke nak dapat anak..? Kahwin pun belum. Hm.. pergilah jaga anak tu.. tak payah ingat saya dah waktu tu..!” Fairus terus mentertawakan aku.

“Apa lah awak nih!! Mengada-ngada.” Aku menampar bahu Fairus.

“Ish, apa tampar saya pulak? Betullah apa yang saya cakap tadi. Haha..” Tak sangka ya, indahnya sebuah ikatan persahabatan. Tetapi aku tidak akan biarkan ianya menjadi sebuah ikatan percintaan. Kemesraan kami jelas kelihatan bahawa masing-masing sudah boleh menerima diri sendiri dan memahami segala takdir yang berlaku. Kami begitu akrab dan aku takkan sesekali mensia-siakan hubungan ini.. Insyaallah..

“Sedap tak?” Tanyaku sewaktu kami menikmati makanan yang dipesan.

“Mestilah sedap! Kan awak yang belanja… hehe! Yang awak tu, makan sampai ke pipi tu apasal..? Nanti rosak kang make-up awak tu.. kan kalut nak touch-up. Hai…. Apalah Cik Faizura sorang nih…”

“Hah… make-up..? Touch-up? Tahu jugak ke Fairus perkataan macam tu?” Apa Maksudnya? Tak faham sama sekalilah.. Pada mulanya aku tidak memahami akan kata-kata Fairus. Tapi, sejurus kemudian.. tindakan Fairus telah membuatku mengerti.

“Meh sini! Hei.. comotlah awak ni. Macam budak-budak..” Fairus terus memegang daguku dan tangannya yang sebelah lagi mengambil sesuatu yang melekat di pipiku. “Nasi ni kalau tak dimakan kesian.. dia. Nah, makan!” Secara automatik Fairus menyuap sebutir nasi tadi ke dalam mulutku. Aku tergamam... Kelu lidahku untuk berkata-kata. Mataku memandang matanya.. dan.. aku terus memerhatikan bola matanya yang bersinar..

“Zura… hei..” Astaghfirullahalazim! Apa yang aku fikirkan nih.. Zura.. Kau dengan Rizman dah nak kahwin. Syaitan ni memang suka sangat menggoda! Kau janganlah berfikiran macam tu. Kalau Azril dapat tahu macam mana? Dah la keluar dengan jantan lain malam-malam! Hei, bukan jantan sembaranganlah! Dia tu kawan aku.. Apa salahnya kalau keluar makan malam dengan kawan? Tak salah kan..? So, kau tak payah nak rasa bersalah pulak kat bakal husband kau tuhh… Okeyy???

“Hah? Erm.. Ouch! Ahh.. pedihnya..” Secara tiba-tiba mataku termasuk habuk. Sangat pedih rasanya. Kenapalah tiba-tiba aje habuk terbang masuk dalam mata aku nih..? Kan dah tak boleh buka mata ni..

“Aduh, Fairus.. Mata saya masuk habuklah. Pedihlah..” Sekali lagi daguku ditarik perlahan. Dihembus mata kananku oleh Fairus.. “Dah tak pedih kan..?” Ya Allah.. kenapa hatiku ini berdebar-debar hah..? Aku merasakan sesuatu.. yang..

“Ehm.. thanks.” Aku memang terasa janggal dengan tindakan Fairus tadi.. Seperti.. entah! Aku pun tidak tahu mengapa.

“Mesra nampak!!!! Kenapa korang tak peluk terus? Hah??” Tiba-tiba Rizman muncul dengan riak wajah yang garang. Alamak!! Harimau sudah muncul.. Ish! Apa aku ni.. tak baik cakap macam tu.

“Eh, Rizman. Apa awak buat kat sini? Kejap-kejap.. Awak janganlah salah faham.. Sebenarnya.. saya dan Fairus cuma..” Aku mula menjelaskan perkara yang sebenarnya. Lagipun, apa Rizman buat kat sini?

“Salah faham apa bendanya? Dah jelas saya nampak dia ni cium dahi awak!!” Cium? Setahu aku, bibir Fairus langsung tidak menyentuh dahiku. Inilah sifat mazmumah yang dimiliki oleh bakal suamiku. Seorang yang panas baran dan selalu salah sangka terhadap orang lain. “Awak.. janganlah macam ni. Malu, lah orang tengok nanti.” Aku cuba menenangkan Rizman.

“Oh, yang awak tu tak malu pun.. Yang awak biarkan aje dia cium awak depan orang ramai kat sini apasal? Bukan main mesra lebih dari laki bini lagi! awak tu bakal isteri saya! Bukannya dia!! Sampai hati awak curang bersama jantan ni! Saya betul-betul tak dapat terima semua ni!” Marah Rizman sambil menundingkan jari ke arah Fairus. Belum pernah dia memarahi aku kerana aku dekat dengan orang lain.

"Rizman, tolong dengar dulu penjelasan aku.. Kau jangan datang entah dari mana, terus nak marah-marah..” Fairus cuba mengatakan sesuatu.

“Hoi jantan! Kau diam boleh tak? Kau jangan nak masuk campur! Ini bukan urusan kaulah! Ini antara aku dengan tunang aku!” Kata Azril. Kemudian Rizman menarik tanganku kasar dan kami keluar dari restoran tersebut. “Sakitlah, Riz.. lepas tangan saya ni boleh tak..” Fairus terus mengekori kami.

“Rizman! Awak cubalah faham.. Saya dan Fairus hanya kawan. Tak lebih dari tu. Kenapalah awak ni tiba-tiba aje hilang sabar? Lagipun, mana ada saya dan Fairus…erm..” Kataku dengan nada yang lembut.

“Zura, saya dah cukup bersabar dengan awak. Ya! Memang dulu saya pernah mengkhianati cinta awak! Tapi takkanlah awak nak melakukan hal yang sama kat saya?” Ya Allah.. kenapa lah dia asyik berfikiran buruk terhadapku. Sampai begini sekali dia menuduhku. “Saya mohon, saya merayu pada awak.. tolonglah percayakan saya.. Awak Cuma salah faham sebenarnya..” Tanpa berfikir apa-apa selain ingin Rizman memahami.. aku melutut di hadapan Rizman. “Saya tak mungkin mengkhianati cinta awak.. Saya begitu mencintai awak, Riz.. Bukannya nak khianati awak, tinggalkan awak pun saya tak nak kerana saya begitu menyayangi awak.. Saya tidak mahu kehilangan orang yang saya cintai..” Air mataku mengalir perlahan.. Aku harap Rizman dapat mengerti segala-galanya.

“Ya Allah, Faizura.. apa awak buat ni?” Fairus yang terkejut dengan apa yang berlaku terus menyuruhku bangun semula. Tiba-tiba dia pergi ke arah Rizman dan terus menumbuknya sekuat hati.

“Fairus!! Kenapa dengan awak? Sudahlah..” Kataku sambil menarik Fairus dan meluru ke arah Rizman.

“Hei Rizman! Kenapa kau susah sangat nak percaya hah? Antara kami berdua tiada apa-apa! Yang kau lihat tadi hanyalah gurau senda antara sepasang sahabat! Tak lebih dari tu. Untuk pengetahuan kau.. tadi mata Faizura termasuk habuk! Entahlah, secara spontan aje aku hembus kat mata dia. Itu aje! Yang kau ingat aku cium dahi dia tu kenapa?

Zura kan nak jelaskan kat kau tadi.. kau yang tak nak dengar!! Tapi aku benar-benar minta maaf kalau perbuatan aku tadi menyakitkan hati kau. Kau pun tahu yang Faizura sangat mencintai kau. Dulu.. dia sampai sanggup tolak cinta aku disebabkan rasa cintanya pada kau tahu tak? Kalau nak marah pun, marahlah aku. Aku yang nak sangat jumpa dengan Faizura. Padahal dia tak nak keluar pun.. katanya takut kau marah!” Kenapa Fairus? Padahal saya yang mengajak awak keluar.

Terima kasihlah kerana melindungi saya. Rizman hanya diam tertunduk. Aku pula melihat keadaan Rizman selepas ditumbuk oleh Fairus. Kuat juga tumbukan Fairus terhadap Rizman.

“Zura.. saya minta maaf, sayang..” Rizman cuba mencapai tanganku. Aku mengelak kerana tidak mahu dipegang olehnya. Aku masih kecewa dengan tindakannya menuduhku tadi.

“Maafkan saya kerana cemburukan hal bodoh ni!! Saya menyesal. Tolong.. maafkan saya. Please.. Lain kali saya takkan tuduh awak dengan melulu macam ni.” Kata Rizman. Aku hanya mengangguk.

“Maafkan aku, Fairus. Aku memang jahat sebab buat Zura macam ni. Aku harap kau juga maafkan kesalahan aku tadi.” Kata Rizman. “Aku pun minta maaf sebab tumbuk kau tadi.. Tapi, lain kali kau jangan buat macam ni kat Faizura lagi! Aku harap, lepas ni.. kau dapat menjaga Zura sebaik mungkin..” Fairus menepuk bahu Rizman tanda peringatan.

“Ya! Aku janji.. Aku berjanji bahawa aku akan menjaga dan melindungi Zura lebih dari apa pun. Bahkan, aku sanggup menggadaikan nyawaku sendiri untuknya.” Kata Rizman sambil memandangku dengan serius. Aku pegang akan kata-kata Rizman. Apa yang berlaku pada malam ini begitu di luar jangkaanku. Tapi, Syukurlah.. Segalanya dapat diselesaikan dan hal ini tidak berpanjangan.

Pada malam itu, aku pulang ke rumah dengan diselubungi pelbagai perasaan. Gembira? Sedih? Terharu? Entahlah.. hanya tuhan saja yang tahu. Sebaik sahaja aku tiba di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik untuk melepaskan lelah. Kemudian, Rizman menelefonku.

“Zura.. Awak dah tidur..?” Tanya Rizman sewaktu dia menghubungiku pada jam 11 malam.

“Kalau saya dah tidur, taklah saya cakap dengan awak sekarang.” Jawabku dengan tidak bermaya. Sebenarnya, aku sudah tidur. Tapi, terjaga selepas terdengar ringtone telefon. Mahunya aku tak bermaya. Tengah pening nih..

“Awak masih sedih ke dengan apa yang berlaku tadi? Saya harap awak sudi maafkan segala tindakan saya yang terburu-buru itu.” Tanya Azril.

“Anggaplah semua itu hanya dugaan yang harus ditempuhi oleh setiap pasangan. Ye.. saya sudi maafkan awak sebab saya akan lupakan segalanya dan terus melangkah ke masa depan. Semuanya untuk masa depan kita berdua. Mahukah awak sentiasa pertahankan hubungan kita bersama saya?” Ujarku kepadanya. \

“Baiklah, apa saja untuk awak.. saya bersedia. Okey, selepas ini kita jalani hubungan seperti sediakala ya?” Aku gembira setelah mendengar kata-katanya.

“Hm.. awak.. saya ngantuklah. Nanti kita jumpa ye?”

“Good night baby!” Ish.. ade-ade sajalah Rizman nih.

“Sudahlah! Pergi tidur.. Good night too.” Aku tersangat gembira kerana Rizman sudah tidak lagi salah faham terhadapku. Tapi kalau nak diingatkan semula, memang semuanya salah aku. Aku terlalu rapat dengan Fairus sehingga membuatkan Rizman cemburu.

Aku akan berkahwin dengan Rizman tak lama lagi. Jadi, aku haruslah bersedia sepenuhnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri. Aku akan berusaha sepenuhnya untuk menjaga kepercayaan yang diberikan Rizman. Dia memang seorang yang penyayang, dan baik hati. Itulah yang membuatkan aku terpikat dengannya. Dan satu lagi, dia seorang yang kacak! Hehe..

* * * *

Keesokan harinya..

“Banyaknya lauk ibu masak hari ni.. Sedap-sedap pula tu.. Kita kan hanya berempat, bu. Erm.. hari ni hari yang istimewa ke? Zura tengok ni macam nak jamu sebuah keluarga besar.. keluarga kat dalam rumah ni tak besar pun.” Omelku setelah melihat ibu menghidang juadah tengah hari di atas meja. Ibu tidak berkata apa-apa melainkan hanya tersenyum. Soalanku tidak dijawab. Inilah yang membuatkan aku tertanya-tanya. Apa.. lah yang ibu sembunyikan dariku.

Kemudian, loceng rumahku berbunyi. Siapalah.. yang datang waktu ni? Aku lantas pergi membuka pintu dan.. “Rizman?”

“For you..” Tiba-tiba dia meghulurkan sejambak mawar putih kepadaku. Aku pun mengambil dan terus mencium bau semerbak mawar tersebut.

“Hello Zura..”

“Eh, ‘aunty’ pun datang? Em.. masuklah!”

“Kenapa ibu tak beritahu Zura yang diorang nak datang? Suka berahsia-rahsia ngan Zura tau..” Aku merungut kepada ibuku sewaktu kami berdua berada di dapur untuk mengambil pinggan.

“Ala Zura ni.. takkan itu pun nak merajuk.” Tiba-tiba Kak Anis datang menyampuk.

“Sudahlah! Jom.. nanti kesian.. mereka tunggu lama-lama. Anis.. pergi panggil papa turun makan. Beritahu papa yang mereka dah sampai.” Kata ibu.

“Okey madam..” Jawab Kak Anis. Sejurus kemudian..

“Jemputlah makan. Jangan segan-segan pula. Kita kan dah macam keluarga.. Lagipun, tak lama lagi kita nak berbesan kan?” Kata-kata papa membuatkan aku dan Rizman berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum. “Wah.. sedapnya..” Sahut Rizman pula. Aku mengerling sekali lagi ke arahnya.

Selepas makan, keluargaku dan ibu Rizman berkumpul di ruang tamu manakala kami berdua berbual di luar rumah. Sengaja kami meminta diri untuk berbual di tempat lain agar lebih privacy lah katakan..

“Err.. Zura..”

“Ye, ada apa, Rizman? Awak nak cakap apa?”

“Awak cintakan saya tak..?” Tiba-tiba pertanyaan itu yang terbit di mulut Rizman.

“Awak pun tahu yang awak tu pilihan keluarga saya..”

“Jadi, awak rasa awak kena paksa kahwin dengan saya lah? Awak tak cintakan sayalah?”

“Eh, tak.. bukan macam tu. Kanapa awak fikir sampai macam tu sekali? Lagipun, kalau saya tak cintakan awak.. tak mungkin kita ‘couple’ dulu.. kan awak?” Tiba-tiba raut wajah Rizman berubah mendengar kata-kataku. Ada yang salahkah? Mungkinkah perkataan ‘couple’ yang kusebutkan tadi begitu sensitif baginya. Adakah aku telah membuatnya terasa bersalah semula?

“Zura.. mengenai hubungan kita dulu, saya betul-betul minta maaf kat awak. Saya telah melukakan hati awak padahal saya langsung tidak menghargai pengorbanan awak. Saya memang tak guna. Saya memang manusia yang sangat kejam! Menyesal sangat sebab dulu saya telah meninggalkan perempuan secantik awak..” Kata Rizman.

“Awak kata dulu..”

“Itukan dulu.. tapi sekarang awak milik saya. Awak akan menjadi pendamping hidup saya selamanya. Saya pula akan menjadi pelindung kepada awak..”

“Masa depan seterusnya?”

“Kan saya dah cakap.. Semuanya tetap sama. Walaupun banyak halangan yang menimpa, kita akan tetap bersama. Saya akan tetap menjaga awak selamanya. Zura.. sekarang saya benar-benar telah mengenal erti sebuah cinta. Saya begitu menyayangi diri saya dan awak.. Semalaman saya asyik terfikirkan awak, Zura.. Saya rasa.. saya benar-benar sudah mencintai awak… Masa begitu singkat sekarang. Saya tak nak pergi selamanya sebelum saya dapat membahagiakan awak.” Apa maksud Rizman hah?

“Tiada siapa yang tahu bila kita akan kembali kepadaNya..”

Aku terus menitiskan air mata tanda bahagia. Kemudian, Rizman mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poketnya lalu disapu air mataku yang mengalir tanpa hentinya.

“Saya harap awak akan kotakan apa saja yang awak utarakan sebentar tadi.. Janji tau!” Kataku sambil menggenggam erat tangannya. Dia memandang tangannya yang digenggam olehku.

“Saya janji.. dan saya sanggup menerima apa jua hukuman jika saya mengingkari janji ini.” Aku terus mengukir senyuman bahagia teramat sangat. Kata-kata Rizman begitu mendalam. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku mencintai lelaki yang berada di depan mataku ini. Raut wajahnya begitu menyentuh hati sanubariku. Dialah lelaki yang sangat kuidam-idamkan sejak dulu lagi. Takkan kubiarkan dia terlepas dari hidupku. Biarlah jika dia menyakiti diriku asalkan dia tetap bersamaku..

* * * *

Indah rasanya hidup ini. Namun, belum tentu bahagia selamanya. Pelbagai rintangan mungkin bakal datang menerpa seorang hambamu yang lemah ini Ya Allah! Kupanjatkan doa kepadamu agar dapat memanjangkan usiaku, diberi rahmat dariMu, dan sebuah keberkatan Ilahi. Amin Ya Rabbal Alamin..

Hampir dua jam aku leka dengan hobiku ini iaitu mengelamun. Mungkin aku harus berusaha buang jauh-jauh tabiat burukku ini. Zaman anak dara akan kuakhiri tak lama lagi. Deringan telefon bimbitku benar-benar memisahkan aku dari arus deras kenangan belaka.

“Hello, Assalamualaikum Faizura. Eh, Zura..” Tengku Fairus! Sudah lama rasanya dia tidak menelefonku. Terasa amat rindu akan perbualan kami dahulu. Memang patutlah dia jarang menghubungiku kerana takut ada yang cemburu.

“Waalaikumussalam.. ha! Ada apa awak telefon saya nih?”

“Eh, lain bunyinya.. kita kan kawan.. takkan itu pun Rizman nak ‘jealous’ macam dulu kot.”

“Ya. Kita memang kawan. Hm, ada apa?”

“Jom keluar nak? Tengok wayang ke.. eh, ada filem ‘best’.. punya! Nak ke tak? Saya belanja.. Ataupun, kita pergi karaoke ke.. jomlah, Zura. Saya boring ni..” Salah dengarkah aku? Dia tak takut Rizman marah ke? Memanglah aku tak kisah keluar ngan Fairus. Tapi sekurang-kurangnya, aku dah ambil pengajaran dengan apa yang berlaku dulu. Aku pun mesti sentiasa menjaga hati Rizman.

“Apa? Tengok wayang? Ta.. tapi..”

“Ha.. ha.. haha..” Hah? Kenapa agaknya dia ketawa sampai begitu sekali.

“Fairus! Kenapa dengan awak ni.. kenapa awak ketawakan saya?”

“Saya bergurau jelah ngan awak.. tak mungkinlah saya dapat keluar dengan awak. Awakkan milik Rizman. Nanti dia fikir apa-apa pulak.. Lagipun saya tahu, awak takut jadi macam hari tu kan?” Macam mana dia tahu? Kenapalah segala isi hatiku hanya Fairus sahaja yang tahu tapi bukan si Rizman. Memanglah walaupun Rizman tidak selalu memahamiku, setidak-tidaknya.. dia seorang yang penyayang.

“Awak okey? Kenapa suara awak lain macam je?”

“Saya okey.. cuma demam sikit.” Jawabku.

“Nak saya datang jenguk ke?”

“Tak payahlah susahkan diri awak, Fairus.. Nanti Rizman jadi pelik pulak tengok awak begitu ambil berat kat saya. Apalah awak ni.”

“Okey, semoga cepat sembuh ye.. Bye, Assalamualaikum.”

“Awak telefon saya semata-mata nak cakap yang itu je? Hm, waalaikumussalam.” Hei, si Fairus ni. Lebih dari laki aku je aku tengok dia ni. Padahal.. kawan je. Fairus.. Fairus.. awak memang seorang sahabat yang terbaiklah.

****

Aku dan Rizman akan berkahwin setelah Rizman mendapat segulung ijazah. Lagi beberapa bulan sahaja lagi dia akan menamatkan program ijazah sarjana mudanya itu. Mungkin dia akan bekerja dahulu sementara aku masih belajar di universiti. Tapi tak mengapa.. Semua itu langsung tidak penting.. Yang penting, kami dapat membina hubungan hingga ke akhir hayat.

Dua bulan telah pun berlalu..

Hasratnya sudah tercapai dengan sempurna. Aku turut tumpang gembira ke atas kejayaan Rizman.

“Zura.. awak sudah bersedia?”

“Bersedia..? Bersedia apa..?”

“Menjadi suri dalam hidup sayalah..”

“Insyaallah.. Saya sudah bersedia. Itu pun kalau umur saya masih panjang..” Ujarku kepada Rizman.

“Betul tu..”

Sepanjang dua bulan tersebut, kami sudah menjalani kursus perkahwinan. Pelbagai ilmu yang dipelajari dan akhirnya kami benar-benar telah bersedia untuk menjadi sepasang suami isteri. Insyaallah, minggu depan merupakan hari bersejarah bagiku dan Rizman. Semoga hari tersebut berjalan dengan lancar. Amin..

* * *

“Saya nak meja makan bagi pihak pengantin ni letak menyenget kat sebelah sini sikit yer. Sebab nanti semua orang boleh nampak pengantin. Jangan ke hujung sana sangat ye?” Kata ibu kepada seorang pekerja yang diarahkan menyiapkan dewan makan bersama 50 pekerja yang lain.

Konsep yang dicadangkan ialah ‘fairy tales’ yang mana telah dicadangkan oleh perunding perkahwinan kami iaitu Zack. Warna keseluruhan pula ialah merah jambu dan putih iaitu warna kesukaanku. Bunga mawar putih memang sudah menjadi kemestian dihiasi di setiap ruangan dewan.

“Ibu, dah la. Jom balik. Tahulah nanti mereka buat elok-elok. Kita kan dah upah diorang.” Pintaku.

“Okey sayang. Eh, Rizman mana? Dia nak duduk sini lagi ke?”

“Yelah kot.. tadi Zura dah tanya dia. Dia kata dia nak buat sendiri apa.. ntah. Nak bagi puas hati katanya. Jom kita balik berdua.. jelah ye?” Ajak Zura.

“Jomlah!” Di sebuah restoran..

Eh, Betulkah apa yang aku lihat ni? Fairus bersama seorang perempuan? Bukankah dia sudah tidak mahu mencari wanita lain? Lebih baik aku menghampirinya lalu bertanya kepadanya. Ah, lebih baik jangan! Aku tidak mahu mengganggu pertemuan mereka. Mungkin sekarang ni dah tiba masanya dia bercinta dengan perempuan lain. Tapi kenapa aku rasa lain macam aje ketika melihat dia bersama wanita lain? Hm, biarlah! Buat tak tahu sudah..

[Assalamualaikum, awk sihat..?] Setibanya di rumah, aku menerima mesej daripada Fairus.

[Waalaikumussalam, sy sihat je.. yg awk ni b’tanyakan khabar kt sy, gf awk x mrh ke?] Aku membalas.

[GF?] Inbox diisi semula oleh mesej Fairus yang sedang kehairanan. “Haha..” Aku ketawa sendirian.

[‘Girl friend’ lah… Itu pn x tahu? Lecehlah awk nie!]

[Owh.. mana lah sy tahu. Lagipun, sy mane ada teman wanita.. Ape la awk nie! Nak prli sy ke apa? I’m still single u know..] [Elleh! Still single lah sangat.. masa tgh hari td siapa kt restoran tu? Bkn main cantik rupa nye.. hehe! Bknnya mak we awk ke.. xkan mak awak pulak!]

[Haa. Mak2 jgn sebut yerr.. xde larh! Tu cuma calon2 nya.. itu pn sy lgsung x berkenan! Xde yg mcm awk..]

[Ish! Ada2 jelah..!! Ala.. jgn risau yer.. nnti sy tlg carikan kt awk gadis-gadis yg cun erk??]

[x pyh! Trima kasih byk2 larh.. Eh, kejap! Mana awk tahu tgh hari td sy keluar ngn perempuan hah? Awk intip sy eh.. gatal jgak awk nih. Hm.. x takut Rizman mrh ke?]

[Tlg sikit eh, td sy x sengaja trserempak ngn awk kt restoran tu..]

[Habis 2? Knapa x tegur sy? Oh.. sombong ye awk sekarang. Mentang2 lah dh nk kawin.]

[Ish, awk ni.. sy bknnya x nk tegur.. takutnya nnti, sy mngganggu awk yg tgh serius mngenal hati budi dia tu..] Usikku.

[Eh, nnti kita msj lain yer.. sy ada hal nih.. bye..] Aik, ada hal pulak! Hm, biarlah.

[bye…^_^] Selesa sungguh apabila berhubung dengannya. Aku gembira kerana mempunyai sahabat yang baik sepertinya. Dia memang seorang yang ikhlas. Hah.. cakap pasal ada hal.. aku ada hal lah kat kolej. Aku harus berjumpa dengan Ina. Aku ingin menceritakan segalanya padanya. Walaupun Fairus ialah teman terbaik aku, tak semestinya Ina harus kulupakan. Dia juga merupakan teman terbaikku. Apapun, dia bersedia mendengar curahan hatiku.


“Ha! Cuti semester ni kau nak buat apa?” Tanya Ina sebelum aku memulakan percakapan.

“Aku? Hm.. Kahwin! Kenapa?” Jawapanku benar-benar mengejutkan Farrina. Inilah saatnya aku harus menceritakan segalanya. Sampai bila aku nak merahsiakan semuanya dari orang lain?

“Apa? Eh, kau biar betul Zura.. jangan mainkan aku. Pandai betullah cara kau bergurau dengan aku.”

“Betul.. dengan Rizman.”

“Rizman? Aku tak salah dengarkah? Aku tak percayalah!! I’m very don’t believe it… Why must with that guy, hah? Aku tak faham la kenapa dalam ramai lelaki, si jantan tak berguna yang pernah mempermainkan kau dulu tu jugak yang kau pilih buat suami. Zura! Suami.. kot! Dia yang akan bersama kau sampai korang bercerai! Faham?”

“Hei, tak baik kau cakap macam tu.. Kau tak faham.. Ina. Kau kena percaya jugak. Panjang ceritanya..” Lantas aku pun menceritakan semua yang berlaku dari awal sehingga habis. Mungkin semua ini terlalu cepat. Tapi, apa yang boleh dibuat?

“Okey.. aku tak tahu nak cakap apa sekarang.. Aku serabut sangat! Jadi, aku ‘just’ ucapkan tahniah kat kau. Betul ke kau nak kahwin nih.. ish, kau dah fikir masak-masak ke?? Hm, tak pelah. Suka hati kau lah. Tapi.. kau tak rasa awal sangatkah? Yelah, kau kan masih penuntut kolej.. Nanti, apa yang budak-budak lain kata kat kau? Tapi, dah kalau jodoh.. tak ke mana betul tak?” Peningnya aku dengan kawan aku sorang ni. Sekejap sokong.. sekejap komen macam-macam.. Apa-apa hal.. Ada jugak sikit dia ‘support’ aku! “Thanks ye Ina sebab kau faham aku. Biarlah apa yang diorang nak kata. Aku tak peduli dah lagipun.. aku dah habiskan dua tahun kat kolej ni.. selepas aku kahwin nanti, aku ‘break’ kejap dua tahun dan kalau ada rezeki, aku nak ke Australia.”

“Wah, beruntungnya aku kalau dapat jadi macam kau.. Tapi kakak kau? Dia kan belum kahwin lagi, takkanlah.. Ha.. kau nak jadi langkah bendul erk..”

“Nak buat macam mana lagi? Terpaksalah.. Okey, aku pergi dulu. Rizman dah datang jemput aku tu. Bai!”

“Wah.. sekarang ni dah ada orang hantar dan jemput dia lah pulak.. Jangan lupa jemput aku kalau kau kahwin nanti..”

“Insyaallah..”

* * * *

Tak sangka bahawa esok aku dan Rizman bakal diakad nikahkan. Baik buruk Rizman akhirnya dialah yang akan bertanggungjawab terhadapku sepanjang kami berumahtangga. Aku pula akan menjadi isterinya. Aku berjanji terhadap diriku sendiri bahawa aku akan menjadi seorang isteri yang baik untuk Rizman yang aku cintai.

Bunyi ‘ringtone’ telefon bimbitku benar-benar telah memecah sunyi di kamarku. Oh, Rizman rupanya. Tahu-tahu saja yang aku tengah merinduinya.

“Hello sayang..” Kata Rizman memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam..”

“Ops, sorry.. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.. ha, itulah awak.. nak beri salam pun lupa. Ada apa yang boleh saya bantu, Encik Mohd Rizman?”

“Ala, tak payahla nak berencik-encik.. panggil je abang baru romantik sikit. Kita kan dah nak kahwin.” Eii.. Mengada-ngadanya!

“Kahwin? Bila erk kita nak kahwin? Saya lupa la..” Aku sengaja mengusik Rizman dengan manja.

“Tahun depan kot..” Sambung Rizman dengan perangai loyar buruknya itu.

“Oh.. ye ke? Apa kata kita cepatkan sikit? Macam besok ke..”

“Besok? Hm.. okey jugak tu!” Kemudian.. kami berdua diam seketika. Selepas itu, kami ketawa bersama.

“Awak ni.. suka tau, buat lawak..” Kataku.

“Awak pun samalah..”

“Okey.. sudahla! Esok kan nak bangun awal.. kan kita dah nak.. kahwin, esok!”

“Okey sayang.. tidur nyenyak-nyenyak yer, good night..”

“Good night too..”

Akad nikah dilangsungkan di Masjid As-Syakirin yang berada di tengah kota. Ramai orang memenuhi ruang masjid bagi menyaksikan aku dan Azril diijabkabulkan.

“Saudara Mohd Rizman bin Yusoff..” Sebut Tok Kadi.

“Aku nikahkan dikau dengan Nurul Faizura binti Azman dengan mas kahwin 150 ringgit tunai..”

“Aku terima nikahnya Nurul Faizura binti Azman dengan mas kahwin 150 ringgit tunai..” Dengan sekali lafaz sahaja kami sudah diijabkabulkan.

Setelah semua saksi mengesahkan perkahwinan kami, kami semua mengangkat tangan berdoa tanda kesyukuran terhadap Ilahi. Setelah menyarungkan cincin ke jariku, air mataku lantas mengalir tanda kebahagiaan. Apakah maknanya semua ini ya Allah.. benarkah aku sudah menjadi isteri orang? Mimpikah aku? Kalau ini benar mimpi, janganlah engkau bangunkan aku. Biarlah aku menikmati semuanya dengan iringan doa ketaqwaan. Sempurnakanlah aku sepertimana seorang isteri terhadap suaminya.

Majlis perkahwinan kami begitu meriah. Ramai yang hadir. Aku hampir pengsan melihat keindahan dewan yang temanya dijanjikan oleh Zack. Sangat cantik dan aku berasa seperti berada di kayangan. Belum pernah aku berkhayalkan semua ini. Tanpa aku sedari, di manakah Tengku Fairus? Datangkah dia ke majlisku?

“Awak tunggu Fairus ke?” Teguran Rizman benar-benar mengejutkan aku.

Aku hanya mendimkan diri kerana takut dicemburui olehnya.

“Awak.. saya tahu awak cari dia kan? Hm.. sekarang ni kita ada acara potong kek. Semua orang dah tunggu tu. Jom.” Aku pun mengangguk. “Mana.. lah Fairus ni.” Fikirku di dalam hati. Hah.. itu Fairus!! Bila dia datang? Kenapa dia tidak berjumpa denganku? Takkanlah dia cuba nak mengelak dariku? Fairus.. kenapa dengan awak nih. Sampai hati awak buat saya macam ni. Bagi saya, awaklah tetamu yang paling saya tunggu-tunggu sekarang. Tapi, awak telah kecewakan saya.

“Hai….. selamat pengantin baru!!” Farrina tiba-tiba muncul di hadapan aku dan Rizman.

“Eh, bila masa kau datang?”

“Aku dah lama sampai.. kau yang tak nampak aku. Asyik melayan tetamu aje dari tadi.”

“Ala, sorrylah. Eh, kau dah makan ke belum?”

“Sudah.. eh, aku nak balik dah ni... Sebenarnya aku ada hal lain. Aku pergi dulu ye. Bye..”

“Bye. Hm, terima kasihlah sebab sudi datang.” Setelah selesai majlis perkahwinan kami, aku cepat-cepat menghubungi Fairus. “Ya.. ada apa awak ‘call’ saya nih?” Kenapa nadanya berbeza sekali?

“Kenapa tadi awak datang senyap-senyap eh? Kenapa susah sangatkah nak jumpa saya? Awak tahu tak, lama saya tunggu awak. Saya nak sangat awak datang berjumpa saya kerana hari ini hari bahagia saya.”

“Ya, memang saya susah nak jumpa awak. Saya tak nak rosakkan majlis perkahwinan awak dengan Rizman. Cukuplah saya lihat awak bahagia di depan mata saya.”

“Tapi tak bermakna saya tidak boleh berjumpa dengan awak kan?”

“Tapi Faizura..”

“Awak dah lupa ke? Kita kan kawan. Saya kawan awak dan awak kawan saya. Saya tak nak kehilangan awak macam tu je.”

“Walaupun kita kawan, tapi saya cintakan awak. Saya dah tak boleh jumpa awak.. saya tak nak perasaan saya semakin mendalam apatah lagi bila saya tahu yang awak dah kahwin. Saya tak nak sakitkan hati awak dan terutamanya Rizman suami awak. Pergilah, pergi hidup setia bersamanya.” Kedengaran suara Fairus agak sedih.

“Awak nak tengok saya bahagia tak?”

“Mestilah.. Kenapa awak tanya saya macam tu pulak?”

“Awak mesti tetap menjadi kawan saya. Awaklah satu-satunya sahabat terbaik saya. Itupun kalau awak nak tengok saya bahagia. Tolonglah.. kita kawan balik eh.. Rizman dah izinkan kita berkawan. Dia tak marah pun. Saya bukannya curang dengan dia pun, saya Cuma ingin menyambung persahabatan di antara kita.! Selama ini awak telah yakinkan saya bahawa merupakan seorang sahabat yang sangat dikenang budi..”

“Zura.. betulkah? Saya risaulah dengan Rizman.”

“Awak mesti percayakan saya.”

“Okey lah kalau macam tu. Saya turut bahagia kalau awak juga bahagia. Hm, saya ada hal nih.. awak tak payahlah nak berbual lama dengan saya. Pergilah jumpa suami awak.. bai, Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Kemudian Rizman datang kepadaku.

“Bagaimana? Dah ‘call’ Fairus? Erm, kenapa dia tak datang? Dia sakit?”

“Dah.. tapi dia masih degil. Dia macam nak mengelak je dari saya. Saya bukannya apa awak.. saya senang berkawan dengan dia. Tapi awak janganlah salah faham..”

“Zura, mesti dia masih rasa bersalah dengan tindakan saya memarahinya hari tu. Tak apalah.. saya benarkan awak berkawan dengannya.. Saya tahu yang awak hanya cinta saya sorang bukan? Jadi, tak mungkinlah awak nak mengkhianati saya kan?” Aku mengangguk. Rizman pun melepaskan tangannya dari bahuku.

Pada keesokan harinya, aku dan Rizman pergi membeli belah. Semasa aku memasuki sebuah butik, aku terpandang sehelai tudung. Tergerak hatiku untuk membelinya. Entah kenapa begitu sayu hatiku mengatakan aku belum pernah bertudung. Keluargaku pun tidak pernah mengajarku. Tanpa membuang masa, aku membeli beberapa helai tudung tanpa pengetahuan Azril kerana aku ingin membuat kejutan istimewa padanya. Harap-harap dia suka. Mudah-mudahan ya..

Tiada ulasan: