Hari ini merupakan hari yang paling dirayai oleh semua umat islam di seluruh dunia. Tahun lepas, Alhamdulillah aku sudah merayainya bersama anakku di mana tahun lepas merupakan raya pertama baginya. Namun, pada tahun ini, aku tidak bersamanya. tetapi, aku tidak keseorangan.. Ada teman-teman di sisi...
“Zura, marilah sini.. kita ambil gambar sama-sama. Yang awak termenung kat meja makan tu apasal..? Hurry up!” Panggil Suzi. Maka aku pun pergi kepada mereka semua. Aku menyambut raya bersama semua pelajar Malaysia yang belajar di sini.
“Senyum…!!!”
KLIK!!
Beberapa keping foto diambil. Ini merupakan kenangan pertama beraya di Australia.
“Eh, siapa yang hantar mesej nih?” Nombornya tidak kukenal. Lantas aku membuka inbox mesej.
[Assalamualaikum, Nurul Faizura.. di hari yg b’bahagia ini, sy ingin m’ngucapkan slmt mnymbut hari raya aidilfitri. Sy minta maaf byk2 jika sy ada buat salah. I love you.. Zura! Cinta sy t’hadap awk x prnah b’ubah..]
Nombor siapa ni? Mana dia dapat nombor aku..? Dan.. kenapa dia beritahu yang dia cintakan aku? Takkanlah.. Tengku Fairus? Ah! Tak Mungkin.. Hm, biarlah! Lebih baik aku telefon ibu.
“Assalamualaikum ibu.. Selamat hari raya, bu..”
“Waalaikumussalam, sayang. Hm.. selamat hari raya.”
“Ibu, saya rindu la kat ibu, papa.. Adam.. Zura rasa macam nak baliklah. Apa kata Zura balik ke sana?”
“Tak payahlah.. nanti Adam menangis nak ikut mama dia macam mana? Susah kan? Lagipun, apa salahnya Zura tinggal aje kat sana sampai tamat belajar?”
“Tak pelah kalau ibu cakap macam tu.. Zura takkan balik..”
“Ala, merajuk pulak anak ibu ni. Zura.. bukan itu maksud ibu.”
“Mana ada Zura merajuk. Eh, ibu. Erm…”
“Ada apa? Beritahu jelah..”
“Tengku Fairus ada datang tak?”
“Eh, bukankah dia ada di UK. Kenapa? Zura rindukan dia ke..?”
“Tak ada apalah. Tak pelah bu.. saya letak phone dulu ye. Kirim salam dekat semua orang ye! Ha! Ibu tolong mms gambar Adam pakai baju raya yang Zura kirim tu ye?”
“Ye.. lah. Hm, Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam.” Mulai hari ini, aku akan terus menjalani kehidupan sehingga tamat belajar di sini...
* * * *
Pejam celik, pejam celik.., akhirnya aku akan pulang ke Malaysia. Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di Perth, Australia.
Suzi dan Fendi sudah lama menamatkan pengajian mereka seiring menamatkan zaman bujang masing-masing. Kini, mereka sedang berbahagia sebagai sepasang suami isteri setelah pulang ke Malaysia pada hujung tahun lepas. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu. Amin..
Tak sabar rasanya mahu naik pesawat dan terus tiba di sana. Aku sangat rindukan anakku. Aku ingin memeluknya!!! Aku rindukan ibu.. papa.. dan semua orang di sana. Adam pasti sudah besar. Tapi, mujurlah aku sering berbual dan mengirim beberapa keping gambarku supaya Adam dapat mengenali siapa mamanya. Kalau tidak, pasti dia terasa asing denganku setelah berjumpa dengannya nanti. Alhamdulillah.. setibanya di KLIA, kepulanganku dinanti-nanti oleh semua orang. Mataku hanya memandang Adam. Lantas aku mengambilnya peluk dia seerat-eratnya. “Mama.. mama.” Ya Allah, betulkah apa yang aku dengar ini? Anakku memanggilku mama! Dia juga mengenaliku…
“Adam.. anak mama!” Aku menitiskan air mata bahagia. Setelah kulepaskan pelukan, aku mencium tangan kedua orang tuaku pula. Dan seterusnya Kak Anis.
“Ini anak akak ke? Comelnya.. lagi comel dari foto yang akak kirim hari tu.”
“Mestilah.. tengok mak lah! Kan bang?”
“Yelah tu, Anis… Sudah. Jom pulang. Zura mesti penat kan?”
“Rasa rindu Zura lagi banyak dari rasa penat, Abang Haziq.”
“Apa pun kita balik dulu. Ke.. Zura nak makan dulu? Kita singgah di mana-mana restoran ke..?” Ujar papa. “Zura memang lapar sangat nih.. Tapi, Zura lapar masakan ibu!”
“Yelah, yelah. Jom kita balik rumah.. ibu akan masakkan semua masakan kegemaran Zura.”
“Okey! Cepatlah.. Zura dah tak sabar ni.” Aku memimpin tangan Adam dan sebelah tanganku lagi kupaut pada lengan ibuku tersayang. Bau sambal tumis udang begitu menaik aromanya. Perutku sudah tidak sabar untuk diisi. Sementara menunggu semua makanan selesai dimasak, aku melayan kerenah si kecilku, Adam.
“Mama.. mama pergi mana lama cangat? Adam teringin nak jumpa mama.. ” Tanya Adam yang sedang duduk bersebelahan denganku. Aku mengusap lembut wajahnya. Sebuah senyuman terukir di bibirku.
“Sayang.. mama pergi cari ilmu. Adam masih kecil.. nanti bila Adam sudah besar, Adam bolehlah cari ilmu di tempat yang jauh macam mama. Ye cayang?”
“Ilmu tu apa mama? Adam tak pahamla..”
“Nanti Adam akan tahu dengan sendiri. Eh, nenek dah siap masaklah.. jom kita pergi makan! Cepat, turun perlahan-lahan.. sayang.” Malam ini aku berkumpul semula dengan keluargaku tercinta. Dengan seorang anak di sisi.. Hati ini tidak lagi kesepian. Adakah sebuah kehidupan baru akan bermula? Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Apakah itu..? “Hai, mengelamun..! Kenapa macam tak lalu nak makan je? Tak sedap ke ibu masak? Ke.. rindukan makanan barat di sana? Nak ibu masakkan spageti ke?”
“Mana ada Zura mengelamun.. Cuma Zura rasa macam tak percaya yang Zura sudah ada di sini.. Zura rasa macam..” Setitik air mata telah jatuh membasahi pipiku. Entah kenapa tiba-tiba perasaan ini hadir tatkala aku memikirkan semua itu. “Zura juga tak yakin sama ada Zura boleh gantikan segala kasih sayang yang diperlukan Adam dulu.” Dan kali ini semua orang terdiam memandang aku yang sedang tunduk menangis.
“Kenapa mama nangis?” Segalanya kian reda setelah suara Adam bertanyakan mamanya. Aku menjadi semakin terharu.. “Zura, tak baik tau menangis di hadapan rezeki. Sudah. Lap air mata tu..” Beritahu ibu.
“Betul tu, Zura. Kami semua faham akan perasaan Zura.” Kak Anis pula cuba memujukku. “Sambung makan..” Aku mengesat semula air mataku yang mengalir. Hanya tinggal sedu sedan sahaja. Kami menikmati semula hidangan yang disediakan. * * * * Keesokan harinya.. Kak Anis dan Abang Haziq mengajakku dan Adam pergi makan angin bersama. Ibu dan papa juga turut pergi. Kami sekeluarga pergi bercuti di Terengganu. Sewaktu kami sedang berbincang mengenai rancangan kami, aku melihat Kak Anis dan ibu asyik berbisik antara satu sama lain. Apalah yang dibisikkan oleh mereka itu.. Selalu saja nak main-main rahsia.
“Kenapa akak ngan ibu ni? Dari tadi asyik berbisik.. aje.” Tegurku.
“Ala.. nanti Zura tahulah.. sekarang ni mana boleh beritahu.” Jawab Kak Anis. Pada pagi ini kami semua bertolak ke sana. Setibanya di sana, kami menginap di hotel. Keesokan harinya pula barulah kami pergi ke sebuah pantai untuk berkelah.
“Ibu, Adam mana? Tak nampak pun.. Hei, budak bertuah ni!” Tanyaku sambil menyediakan makanan.
“Ada tu.. tengah mandi rasanya. Zura pergilah tengok.” Beritahu ibu. Lantas aku bangun dan pergi mencari Adam.
“Abang Haziq, Kak Anis. Mana Adam? Bukannya dia ada dengan korang ke?” Aku terus menjadi panik setelah melihat Adam tiada bersama mereka. Ya Allah.. di manalah si Adam ni.. Aku takut sesuatu menimpa dirinya.
“Lah.. tadi Adam pergi kat Zura kan..? Ala.. ada lah tu kat mana-mana.. nanti kita cari, jumpalah tuu.”
“Tak de pun.. Akak.. Adam mana? Takkan dia hilang kot? Ya Allah… mana Adam ni..?” Aku mula melihat di sekeliling. Tapi batang hidung Adam langsung aku tak nampak. Aku pergi mendapatkan ibu dan memberitahu hal yang sebenarnya.
“Ya Allah.. Zura, kenapa boleh jadi macam ni? Jom! Kita pergi cari dia.” Ajak papa.
“Adam.. mana kau, nak..” Aku mula menitiskan air mata. Kau lindungilah dia walau di mana jua dia berada Ya Allah..
Aku pergi mencari di tempat lain pula. Di situ tidak begitu ramai orang. Mudah-mudahan aku akan menjumpai anakku. Setelah puas mencari, akhirnya aku berhasil menemuinya. Tapi.. siapakah lelaki yang berdiri bersebelahan dengannya itu? Perlahan-lahan aku mendekati mereka dari belakang. “Adam..” Aku memanggil Adam.
“Mama!!!” Adam cepat-cepat toleh ke belakang dan terus memelukku.
“Sayang mama.. kenapa pergi mana-mana tak beritahu mama dulu? Puas mama cari tau. Dah, jom kita pergi.” Aku terus mengajak Adam pergi tanpa memandang sedikit pun ke arah lelaki tersebut.
“Tapi mama.. Adam nak kenalkan Uncle Fairus kat mama..” Hah!!!! Apa Adam cakap? Fairus?
Tanpa membuang masa aku terus menoleh ke sebelah dan melihat orangnya.
“Assalamualaikum, Nurul Faizura..” Ya Allah.. betulkah ini? Jantungku berdegup kencang. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatku ini. Dia benar-benar sedang berada di hadapan mataku. Lelaki yang sangat aku rindui ketika ini dan aku sangka tidak akan pernah berjumpa dengannya lagi.. kini, aku sedang memandangnya. Tengku Fairus! Betulkah awak??
“Waalaikumussalam.. Tengku Fairus..” Mataku masih belum berkedip.
“Ehm, Zura! Hello.. kenapa dengan awak ni? Berangan lagi eh..?”
“Eh, Fairus! Em, tak de apa-apa.. saya cuma..”
“Cuma apa? Owh.. saya tahu. Mesti awak masih tidak percaya yang sekarang ni saya muncul di hadapan awak setelah bertahun-tahun. Do you know, Zura.. I miss you so much!” I miss you too.
“Awak ingat awak sorang aje ke yang rindu? Saya lagi rindu kat awak tau!! Saya ingat saya dah tak boleh jumpa dengan awak lagi.. Tak sangka.. saya dapat berjumpa dengan orang yang benar-benar saya rindu!” Air mataku tiba-tiba mengalir.
“Apa awak cakap? Awak rindukan saya? Betulkah..? Tapi..”
“Tak de tapi-tapi.. Awak harus percayakan saya.. Saya memang rindu kat awak! Awak tahu tak? Selama ini saya berharap.. sangat suatu hari nanti saya akan bertemu dengan awak, Fairus!”
“Kenapa?”
“Kerana saya cintakan awak! Saya sudah jatuh cinta ngan awak tapi saya sedar… Perempuan yang telah kehilangan suami macam saya ni.. memang tersangat tidak layak bersama awak. Sebab itulah saya pendamkan aje perasaan ini..” “Awak tahu Zura.. Saya pula berharap suatu hari nanti saya akan berjumpa awak dan terus melamar awak sebagai isteri saya.. Saya terus simpan Harapan saya ini sampai ke hari ini..” Aku tergamam seketika. Air mataku tidak berhenti mengalir. Aku hanya tertunduk ke bawah sambil menangis. Adam memegang tanganku seperti dia faham akan perasaan mamanya ini. Betulkah awak mahu melamar saya??
“Nurul Faizura! Tolong.. Pandanglah saya.. Saya nak awak dengarkan saya betul-betul….” Aku pun mendongakkan kepalaku perlahan-lahan dan mataku tepat memandang wajah Fairus. Aku mengesat air mata yang membasahi pipi. Selebihnya bergelinang di kelopak mataku menunggu saat untuk mengalir.
“Zura.. Sudikah awak menjadi isteri saya? Sudikah awak menjadi pendamping hidup saya? Tolong.. kali ini saya merayu kepada awak. Janganlah awak menolak saya. Anak awak perlukan seorang ayah dan saya memerlukan seorang perempuan macam awak. Saya cintakan awak.. Dah tak ada perempuan lain lagi yang layak untuk saya melainkan perempuan yang berada di depan mata saya ini.”
“Ya! Saya memang setuju untuk berkahwin dengan awak.. Saya setuju..”
“Zura.. awak betul-betulkah.. Ya Allah.. Alhamdulillah..” Tanya Fairus.
“Muka saya ni nampak main-mainkah?”
“Saya sangat sayangkan kamu berdua.. sehinggalah mati yang memisahkan kita semua..” Lantas Fairus mendukung Adam sejurus dengan air mataku yang semakin mengalir laju. Aku terlalu gembira. Syukur kepada Allah ke atas nikmat yang diberikan ini.
* * * *
“ Sayang masak apa tu..? Hmm.. Sedapnya bau..” Tiba-tiba sahaja Fairus datang berbisik dari belakang. Terkejut aku dibuatnya. “Isy, abang ni.. suka sangatlah kejutkan Zura. Nanti baby dalam perut ni pun terkejut sekali tau..” Apalah Fairus nih.. aku hanya merebus mi. Bukannya ada bau pun..
“Sudah, sudah.. sayang tak payah nak masak. Sayang kan tengah mengandung.. suruh bibik je buat. Bik… oh, bibik..!” Panggil Fairus sambil melepaskan pelukannya.
“Ya, Pak! Ada apa?”
“Tolong sambung masak nih..”
“Baik pak!” Sejurus kemudian, Fairus mendukung aku dan bawaku naik ke atas. “Ish! Malulah kat bibik..” “Ada abang kisah…? Aduh, beratnya!”
“Papa! Kenapa papa dukung mama..? Lepas ni dukung Adam pulak tau.. hehe..” Tegur Adam setelah dia melihat teletah mama dan papanya.
“Tak naklah papa.. Adam dah besar.”
“Mama lagi besar..” Malu sahaja Fairus sebaik sahaja dikenakan oleh Adam.
“Kejaplah, biarlah papa bawa mama berehat dalam bilik dulu. Kesian.... adik Adam dalam perut mama ni..” “Tak pelah, papa.. mama.. Adam nak turun makan jap.” Hei, dah besar.. rupanya anak aku. Sekarang ni, aku cuma perlu tunggu kelahiran anak dalam kandungan ini pula. Anak aku.. bersama Fairus.
“Sayang rehat dulu ye..” Satu ciuman singgah di pipiku sebelum Fairus meminta diri untuk keluar sebentar. Aku cepat-cepat mencapai tangan Fairus. “Kenapa sayang..?”
“Abang.. saya..”
“Nak abang dukung lagi ke? Sudah-sudahlah tu.. sakit pingganglah..” Ish! Bukan itulah!! Perut aku ni… “Bukan.. Sebenarnya..” Sambungku lagi.
“Kenapa dengan sayang ni..? Lain macam je muka sayang? Sakit perut eh.. Nak abang tolong urutkan?”
“Memang tengah sakit perut.. tapi.. rasanya macam.. aduh!” Aku menekan-nekan perlahan perutku. “Tapi.. saya sakit perut nak bersalin nih..” Jelasku.
“Hah????? Baby dah nak keluar ke? Yes!!!! Akhirnya..”
“Aduh.. Sakit sangat ni.. dah tak boleh tahan dah!!”
“Jom cepat kita pergi hospital. Sayang, cepatlah pergi pakai tudung. Pergi bersiap cepat..” Kenapalah.. Fairus ni langsung tak faham-faham? Aku manalah mampu nak bangun bersiap apa semua tu..
“Tapi baby dah nak keluar sangat-sangat nih.. Adduhh!!!!! Sakit bang!!!!!!!!”
“Habis tu ? Abang nak buat apa ni?? Bibik… oh.. bibik.. Ish.. manalah bibik ni..?? Erm, sayang.. kejap ye! Abang pergi cari bibik kejap.” Tanganku masih lagi belum melepaskan tangan suamiku. Aku menggenggam tangannya sekuat hati. “Janganlah pergi.. saya dah tak tahan ni..” Aku menjerit sekuat hati. Sakitnya tidak tertahan. “Sayang… kenapa sayang berpeluh ni? Nanti abang lagilah berpeluh.. Aduh, macam mana ni? Aku nak kena buat apa sekarang ni..? Ya Allah…”
“Abang.. Tolong.. Abang!!!!!!!”
“Oh.. Tidak! Sayang! Bukan dekat sini, sayang.. Abang bukan bidan!!! Abang tak pandai.. Aduh.. macam mana ni??? Beberapa minit kemudian.. “Alamak! Baby.. Hah??? Sayang! Sayang! Baby girl…!!!!!”
“Abang.. anak kita dah lahir..? Alhamdulillah.. Huhh…..”
“Terima kasih Ya Allah Ya Robbi..” Kemudian, bibik dan Adam baru muncul di muka pintu setelah aku bertungkus-lumus melahirkan anak yang berbidankan suamiku sendiri.
“Pak! Ada apa ni pak? Buk udah mau bersalin ya..? Kok saya dengar teriak-teriak segala!”
“Bukan nak bersalin.. memang dah bersalin dah ni..” Kata Fairus sambil memegang bayi kami. “Alhamdulillah.. bang. Saya selamat melahirkan anak kita. Terima kasih sebab abang yang sambut kelahiran anak kita..” Aku dalam keadaan yang berpeluh-peluh benar-benar tidak menyangka bahawa kelahiran anakku yang kedua ini disambut oleh suamiku sendiri.. “Fuhh!! Huh… Lain kali jangan buat abang macam ni lagi tau! Takut abang..” Fairus juga tercungap-cungap lebih dari orang yang melahirkan. Yelah kan.. ini kan kali pertama baginya menjadi seorang bidan. “Mama. Papa. Comelnya adik.. Nama dia apa ma..?” Sampuk Adam.
“Ia.. lah abang.. Kita nak letak nama apa kat anak yang comel nih?”
“Ainul Mardhiah..” Jawab suamiku sambil mengusap-ngusap pipi bayi kami yang baru lahir. Aku tersenyum lebar melihat bayiku itu. Alhamdulillah Ya Allah!! Akhirnya aku berhasil mendapatkan kebahagiaan yang sebenar-benarnya.. Ajal, maut, jodoh, pertemuan.. semuanya terletak di tanganMu. Tapi, sungguh! Kalau dah jodoh, tak ke mana.. Dan.. apa yang penting, wahai Tengku Fairus.. I’m your lady forever..
*SELESAI.......*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan