Hari ini aku berasa sedikit tenang. Aku ingin lebih menenangkan diri melainkan jika si Rizman muncul dihadapanku, kemarahanku pasti akan bangkit semula. Aku pergi bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah. Di sana aku melihat ramai pasangan kekasih. Ini benar-benar mengingatkan aku terhadapnya. Tapi, aku harus melupakannya. Dia bukan lagi milikku. Menyesal juga aku datang ke sini. Bukannya boleh menenangkan fikiran pun, malah mengingatkan aku pada masa lalu, ketika aku bersamanya.
“Hah!!!” “Apa khabar Faizura… Tak sangka kita berjumpa di sini yaa.. Awak semakin cantiklah saya tengok.” Tiba-tiba saja Fairus muncul dihadapanku. Ya Allah!! Hampir luruh jantungku dibuatnya. Aku benar-benar terkejut dengan kemunculannya yang secara menyergah itu.
“Awak ni kenapa? Dah gila ke apa? Sengaja nak kejutkan saya macam tu.. Apa awak buat kat sini? Apasal kalau saya ke sana! Ke sini! Awak mesti ada sekali! Awak ni memang sengaja ikut saya ke? Saya meluatlah tengok muka awak muncul depan saya."
“Eh.. tolong sikit okey! Saya ni saja-saja je… jalan-jalan kat sini. Tak sangka pula jumpa awak kat sini. Haa. Saya tahu kenapa.. Jangan-jangan kita ada jodoh ntah…” Kata Fairus sambil ketawa kecil.
“Jodoh! Jodoh! Jodoh! Asyik-asyik ungkit pasal jodoh! Awak ni kenapa hah? Boleh tak awak pergi dari sini? Saya malaslah tengok muka awak!” Dasar lelaki tak betul! Kata-kataku begitu kasar sehingga meninggikan suara. Begitu banyak mata yang tertumpu ke arahku. Suasana sebegini memang aku sering alami.
“Takkan itu pun awak nak melenting… ‘sorry’ lah kalau kata-kata saya telah menyakitkan hati awak.. Awak dah makan? Kalau belum.. jomlah! Saya bawa awak tempat sangat.. istimewa. Saya belanja awak ye?” Dengan perasaan marah yang masih belum reda, aku memarahi Fairus lagi.
“Awak tak payahlah nak cakap lembut dengan saya! Awak ingat saya tak tahu ke hah? Semua lelaki sama saja.. Ah!!! Buat baik konon.. Padahal, jahat!!!! Luar baik dalam jahat! Suka main-mainkan perasaan perempuan. Buat perempuan macam patung!”
“Faizura.. awak ni ada masalah ke..? Asyik nak marah aje! Kalau ada, ceritalah. Siapa tahu saya boleh tolong?” Fairus tetap sabar bertanya.
“Masalah saya biar saya yang selesaikan! Awak selesaikan masalah awak sendiri!! Jangan nak menyibuk hal oranglah!” Aku terus menolak Fairus. Aku terus berlari ke seberang jalan dan semasa hendak melintas...
“Faizura!!!! Hati-hati!” Fairus menjerit memanggil namaku. Setelah menoleh ke sebelah kiri, kelihatan sebuah kereta yang dipandu laju meluncur ke arahku. Aku hanya terkejut dan diam terpaku. Jantungku beredegup kencang. Ya Allah! Kakiku benar-benar terpaku di atas jalan raya ini.. Aku tesentak!
Akhirnya Fairus sempat menolakku dan dia dilanggar di depan mataku sendiri.
“Ya Allah! Fairus…!!!!” Jeritku.
Tubuh Fairus melayang dilanggar kereta. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menyaksikan kesakitan yang ditanggung Fairus. Aku dapat rasakan itu, tapi sakit lagi hati aku. Orang ramai mula berpusu-pusu ke arah Fairus. Aku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku terus berlari pulang ke rumah. “Fairus.. kenapa awak selamatkan saya?? Kenapa? Kenapa awak yang dilanggar gara-gara selamatkan saya?” Tangisku sambil berlari pulang ke rumah.
“Ya Allah.. apa yang aku buat ni.. kenapa harus Fairus yang selamatkan aku.. Aku pula, melarikan diri dalam keadaan begini..Semuanya salah aku. Kalau aku hati-hati tadi semuanya takkan berlaku. Fairus takkan dilanggar jika dia tidak selamatkan aku.” Resah hatiku sendirian.
Ketika di rumah, hatiku menjadi gelisah. Keresahan terus menerus menyulubungi diriku. Bagaimana aku hendak memikirkannya sedangkan hatiku ini sendiri masih belum pulih. Ah, aku tidak boleh menjadi seorang yang egois! Aku pasti tidak dapat memaafkan diriku jika sesuatu berlaku terhadap Fairus kerana dia telah menyelamatkan aku. Ya Allah… kau selamatkanlah dia. Tanpa membuang masa, aku pergi ke hospital di mana Fairus dirawat.
“Doktor, boleh saya tahu bagaimana keadaan pesakit bernama.. Tengku Fairus? Dia baru aje dihantar ke hospital ni tadi akibat kemalangan..”
“Owh.. Encik Fairus.. Sayalah yang merawat dia tadi. Awak ni ahli keluarga dia ke?” Apa? Takkan sorang pun ahli keluarga dia belum tahu? monologku.
“Tak.. saya ni kawan dia. Macam mana? Dia okey ke?”
“Begini cik, sebenarnya pesakit telah kehilangan banyak darah. Kepalanya mengalami kecederaan yang serius sehingga menyebabkan banyak darah keluar.. Kebetulan bekalan darah jenis O di hospital ini telah habis. Keadaannya betul-betul lemah. Tapi, mujurlah otaknya tak berlaku sebarang komplikasi.” Aku begitu terkejut mendengarnya.
Hah, baru aku ingat… darah aku kan jenis O. Aku harus mendermakan darahku kepada Fairus. Tidak kira apa yang berlaku. Apa pun, dia telah menyelamatkan aku dari kemalangan.
“Doktor… jenis darah saya ialah O. Ambillah darah saya asalkan dia selamat.” Ambil semua pun tak apa.. Hisy.. tak boleh cakap macam tu, Zura. Nanti kau nak hidup pakai darah apa pulak? Tapi, hatiku yang suruh aku berkata demikian.. kenapa? Dia bukannya ada hubungan dengan aku pun..
“Baiklah, kita akan mulakan sekarang juga karana keadaan pesakit begitu kritikal. Cik banyakkanlah berdoa. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan semuanya. Saya akan cuba sedaya-upaya agar pesakit cepat sembuh.” Sebelum aku mendermakan darah, aku sempat memberitahu kepada Kak Anis.
Alhamdulillah.. Aku berjaya mendermakan darah kepadanya. Entah kenapa aku benar-benar takut jika sesuatu berlaku kepadanya. Ah! Mungkin kerana aku berasa bersalah dan ingin menebusnya semula dengan cara ini. Mudah-mudahan rasa ini cepat hilang.
Setelah semuanya selesai, aku disuruh berehat kerana keadaan aku sedikit lemah. Kak Anis datang ke hospital dan segera menemuiku.
“Cuba cerita sikit kat akak apa yang berlaku dan… siapa Fairus tu? Apa hubungan Zura dengan dia? Kawan Zura ke?”
“Sebenarnya kak.. Erm, tadi.. Zura hampir-hampir dilanggar kereta, tapi nasib baik Fairus sempat menolak Zura. Akibatnya….. dia yang kena langgar. Teruk tau.. keadaan dia. Kesian Zura tengok. Dia tu bukannya siapa-siapa pun bagi Zura, kak. Kami kenal kat pesta Kak Afiqah hari tu… ”
“Oh… dia tu? Tak sangka korang boleh berjumpa pulak..Hmm, biarlah. Habis, macam mana keadaan dia sekarang? Keluarga dia tahu ke… tidak?”
“Entah… lagipun Zura bukannya kenal dia sangat. Sebenarnya tadi dia kehilangan banyak darah. Nasib baik jenis darah Zura ngan dia sama. Tapi Zura masih rasa bersalah kat Fairus. Disebabkan Zura, dia jadi macam ni.”
“Hei, tak baik cakap macam tu.. Dah takdir tuhan, nak buat macam mana lagi. Zura patut bersyukur tau sebab ada orang yang sudi menyelamatkan nyawa Zura. Allah yang mengatur semua ni.. ingat tu!”
“Ye.. Zura janji takkan cakap macam tu lagi.”
“Zura okey kan? Dah tak de apa-apa? Akak ada ‘meeting’ ni. Nanti Zura boleh pulang sendiri kan? Akak tak boleh lama kat ni. Maaf ye, akak tak dapat nak temankan Zura kat sini.”
“Ala… akak janganlah risau. Zura boleh memandu sendiri. Cuma kena rehat sikit dulu. Akak pergilah ‘meeting’. Nanti terlepas pulak..” “Okey, Zura rehat-rehatlah dulu.. Bagi betul-betul okey dulu.. barulah Zura boleh pandu kereta dengan selamat.. keyh??”
“Hmm….”
Selang beberapa jam kemudian, aku sudah mula terasa okey. Jadi aku terus pergi berjumpa doktor yang merawat Fairus. Katanya, Faris masih belum sedar. Jadi esok sahaja aku akan datang menjenguknya.
Ketika di rumah, ibu sempat bertanya kepadaku. “Betulkah akak kata Zura baru derma darah? Kat siapa?” Tanya ibu.
“Hmm, betul. sebenarnya... tadi ada orang kemalangan. Dia kehilangan banyak darah… jadi Zura memang berniat nak tolong dia. Kasihan dia bu.. Tak sanggup Zura tengok.” Err.. aku ni ikhlas ke kasihankan dia?
“Mulia sungguh hati anak ibu… Bangga ibu!”
“Tengoklah siapa ibunya… kan?”
“Sudahlah, jom kita makan. Ibu dah masak tu.”
“Papa tak balik lagi ke?”
“Dia tak balik makan kat rumah hari ni. Ada ‘meeting’ katanya.”
“Oh.. betullah tadi akak ada beritahu yang dia ada ‘meeting’.” Sebenarnya akak bekerja sebagai pengurus kewangan di syarikat papa. Nanti aku mungkin bakal bekerja di sana juga. Papa mahu nanti aku, Kak Anis, ataupun menantunya yang akan memimpin syarikat. Lagipun papaku sekarang sedang dimamah usia.
* * * *
Keesokan harinya, aku pergi menjenguk Faris di hospital.
Tokk! Tok! Tok! Aku mengetuk pintu wad di mana dia dirawat.
“Masuklah… Faizura.” Hah! Macam mana dia tahu aku yang datang? Aku terus membuka pintu. Setelah pintu dibuka, aku melihat dia sedang tersenyum lebar sambil melihatku. Sayu pula aku melihat kepalanya yang berbalut bergitu juga tangan dan kaki kirinya.
“Saya tahu orang pertama yang akan datang ialah.. awak! Kesian tau kat saya, sorang-sorang kat sini.. boring sangat. Tapi, setelah awak datang.. saya jadi bersemangat pulak.” Dia ni memang jenis muka tak malu. Tapi syukurlah dia dah sedar.. semoganya cepat sembuh.
“Urm, keluarga awak kan….” Belum sempat aku menyambung pertanyaanku, dia menjawab “Mereka kat luar negaralah. Manalah diorang sempat datang jenguk saya ni.. Kalau saya mati nanti pun entah diorang datang ke tak.” Hm.. Kesian juga nasib si Fairus ni. Tak sangka pulak dia ni tengah keseorangan. Ah! Aku tak boleh kesian kat dia. Mesti dia sengaja nak menarik simpati dari aku nih.
“Sudahlah! Tak payah nak buat cerita sedih kat sini. Awak dah sihat kan? Saya pulang dulu. Saya saja singgah kejap je kat sini.” Sebaik aku ingin melangkah pergi, “Arrghh…..!” Tiba-tiba Fairus mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang berbalut itu.
Lantas aku menghampirinya dalam keadaan panik. “Awak okey tak? Kejap! Saya panggilkan doktor.”
Kemudian Fairus ketawa. “Tak sangka awak peduli juga kat saya ya. Awak dah jatuh cinta kat saya eh..?” Gila! Berani dia buat aku macam tu. Siap kau, Fairus!!
“Huh!!! Awak ni, patutnya dihantar ke hospital sakit jiwa tahu tak!” Eii.. Meluatnya aku!
“Tak kisah… asalkan doktornya secantik awak. Boleh?” Aku mulai benci akan perangainya. Aku pun tidak tahu kenapa aku langsung tidak boleh berlembut dengannya. Walaupun aku bersikap kasar, dia masih mahu mengambil hatiku. Sambil berjalan menuju ke pintu, aku sempat berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan nyawaku. Dia hanya asyik tersenyum sambil merenungku. Gila agaknya! Lantas aku menjelirkan lidah ke arahnya. Aku keluar dari wad sambil tersenyum entah kenapa..
[Sy slmtkan awk ats dasar cinta sy pd awk.] Aku menerima mesej daripadanya sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya menggelengkan kepala setelah membaca mesej tersebut.
Aku terus ke kolej. Di sana tiba-tiba aku terserempak dengan Rizman. Entah kenapa kali ini air mataku tidak boleh ditahan untuk berhenti mengalir. Aku bukannya tidak merelakannya pergi tapi, aku teringatkan kata-kata kesatnya tempoh hari. Kata-kata yang begitu menyakitkan hati dan perasaan. Aku perempuan tidak mampu untuk membalas. Hanya mendengar dan pasrah dengan nasib yang diterima. Aku melihatnya begitu mesra bersama seorang perempuan lain.
Farrina yang juga melihat kejadian tersebut telah terkejut besar. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Jadi aku menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Peristiwa pahit itu aku cerita perlahan-lahan kepadanya kerana dia sebagai kawan baik aku berhak mengetahuinya.
“Tak guna punya jantan!!!!” Dia seperti hilang sabar terhadap Rizman lalu terus meluru ke arah mereka. Kemudian sebuah tamparan hebat singgah di pipi Rizman. Aku dapat merasakan betapa sakitnya.. namun aku tahu Ina sekadar mahu membelaku.
“Hoi!! Apasal kau tampar aku hah? Kau ni ada masalah apa? Gila? Otak tak betul? Hah? Kau sape nak kata aku tak guna??” Marah Rizman sambil menggosok-gosok pipinya yang masih terasa pedih itu. Perempuan yang berada di sampingnya tadi terus beredar dari situ.
“Kau yang apasal..!!! Kau dah cari pasal dengan Zura bermakna kau kena berhadapan dengan aku kau faham ke tak? Hah??” Tengking Ina.
“Ina… sudahlah.. jom kita pergi dari sini. Buat sakit hati aku jer tengok muka dia.” Ajakku.
“Zura…? Hei, korang ni nak apa hah? Tak puas hati? Habis, korang nak buat apa? Bunuh aku? Bunuh lah..!!!” Lenting Rizman tidak puas hati dengan tuduhan Farrina.
“Aku betul-betul tak sangka kau sanggup mempermainkan Faizura selama ini. Kau ingat dia ni anak patung ke apa? Dia pun ada perasaan jugak! Bukan macam kau! Binatang!!” Rizman betul-betul tergamam dengan kata-kata Farrina.
“Sape kau nak panggil aku binatang..? Sape binatang?” Tanya Rizman yang mukanya sudah membuak-buak kepanasan setelah Farrina memanggilnya binatang.
“Kaulah! Binatang!!!”
“Tak guna!!” Rizman dengan pantas menarik headphone yang di leher Farrina dan mematahkan headphone tersebut. Setahu aku, itu merupakan barang kesayangan Farrina.
“Rizman! Apa kau buat ni?” Aku cuba memarahi Rizman.
“Kau diam! Biar dia rasakan! Sibuk sangat hal orang nah padam muka!”
“Kau memang buat aku hilang sabar! Tapi tak pe! Setakat headphone murah ni, aku boleh beli lainlah! Tapi, kau memang tak boleh lari dengan gelaran binatang! Yang kau tahu hanya sakitkan hati perempuan! Dah bertahun kau sanggup buat dia macam ni!!”
“Kalau kau tak tahu apa-apa, jangan nak menyibuk! Sudahla.. korang pergi dari sini! Jangan sampai aku bertindak kasar nanti!” Marah Rizman. Aku tidak berani menentang lagi. Tapi, hanya melihat pertengkaran mereka berdua sahaja tanpa sepatah kata.
“Jantan macam kau memang tak layak dicintai! Tak patut disayangi!!! Kau layak untuk dibenci!!!!!!!” Tengking Ina.
“Hei! Kau ni memang..” Lantas Rizman menunjukkan penumbuknya ke arah muka Farrina.
“Apa? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah!! Aku sikit tak takut. Kau ingat Allah tak balas apa perbuatan kau nanti? Kau ingat Rizman.. Allah maha adil! Kalau kau sakitkan hati dia lagi, nahas kau!”
“Hei, kau diamlah!! Dasar perempuan tomboi!!!” Marah Rizman.
“Tak guna kau Rizman! Kau ingat kau tu bagus sangat?? Hah?” Balas Farrina. Entah apalah yang sedang dibisikkan oleh orang sekeliling yang melihat kejadian ini.
“Ina…. sudah! Jom pergi. Tak payahla nak tengking-tengking sangat.. malulah orang tengok.” Ajakku sekali lagi.
“Yang kau nak bela dia ni kenapa? Biar dia tahu yang dia ni manusia jenis apa. Hoi, Rizman! Kau tengok sendiri… Zura pun tak balas apa yang kau buat kat dia! Kau cerminlah sikit diri kau! Insyaallah, Allah akan balas apa yang kau buat kat Zura! Dah, jom Zura!” Ina terus menarik tanganku. Aku sempat melihat wajah Rizman. Seperti orang yang serba salah. Aku harap dia berubah. “Zura! Tunggu kejap! Tunggu.. saya nak cakap dengan awak!!!” Panggil Rizman setelah melihat Farrina menarik tanganku dan mengajakku pergi dari situ.
“Ina… kau tak perlulah marah-marah Rizman macam tu..”
“Kenapa dengan kau ni? Dia memang tak patut buat kau macam tu!”
“Aku dah lupakan masalah hari tu. Aku…… entahla!”
“Kau tak payah nak bohong aku lah… Tak mungkin kau akan lupa begitu saja. Atau.. kau masih cinta lelaki tak guna tu? Itu maksud kau? Hm.. aku tak tahu nak cakap apa kat kau. Kau tengoklah diri Rizman yang sebenar.. dia tu jantan tak guna!”
“Cuma dia sorang yang pernah membahagiakan aku selama ini…!”
“Dan dia juga telah merosakkan kebahagiaan kau!”
“Aku tak tahu…. aku tak tahu… kepala aku berserabut sangat.”
“Erm.. Zura. Maafkan aku eh.. kalau aku terlalu mendesak kau.”
“It’s okey.”
“I’m sorry what happened just now. I can’t stand anymore..” Nampaknya Ina memang memarahi Rizman kerana menyakiti aku. Ina.. thanks because you always be with me. You’re my lovely friend forever.
Di rumah, aku baring di atas katil untuk melepaskan lelah. Aku memikirkan perkara yang berlaku siang tadi. Telefonku tiba-tiba berdering. Rizman yang menelefon aku. Patutkah aku menjawabnya.
“Kenapa tak jawab telefon tu..? Angkatlah.. mana tahu penting ke.” Tanya Kak Anis yang kebetulan dia lalu di hadapan bilikku. Kak Anis terus mencapai telefon bimbitku. “Oh.. Rizman rupanya… akak tahu adik akak akan buat keputusan yang terbaik. Apa pun keputusan Zura, akak sokong.” Mendengar kata-kata Kak Anis, aku terus menjawab panggilan dari Rizman dan Kak Anis terus keluar dari bilikku. “Rizman.. ada apa.. kita dah tak de apa-apa kan sekarang? Hal apa yang penting sangat ni? Tak cukupkah sekarang awak dah sakitkan hati saya! Saya penat la.”
“Faizura.. dengarlah dulu apa yang saya nak cakap…. boleh kita berjumpa sekarang?”
“Buat apa? Untuk awak.. saya sudah tak de masa lagi. Dengar suara awak saja pun, saya dah muak!! Apa lagi nak jumpa.. Kenapa? Awak nak bermesra dengan sape pulak depan saya?”
“Tak.. bukan macam tu, sayang..”
“Stop call me ‘sayang’!!”
“Saya ada hal nak beritahu awak. Pasal kita.”
“Beritahu sekarang tak bolehkah? Lagipun saya tak da masa nak jumpa awak! Saya ni bukannya siapa-siapa lagi ngan awak kan! Tak payahlah nak jumpa! Kita kan dah putus. Awak sendiri yang putuskan hubungan kita! It’s over!!” Aku terus mematikan telefonku. Dengan begitu pantas air mataku mengalir. Sebenarnya aku terlalu merinduinya. Jujur hatiku mengatakan bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya. Ya Allah, Zura! Kenapalah kau ni bodoh sangat hah? Lelaki memang macam tu.. minta maaf sikit, dah cair balik hati yang dahulunya keras macam batu. Tapi dia juga telah mengkhianatiku. Tak mungkin semudah itu aku dapat memaafkannya. Argh…. Entahla!
* * *
Keesokannya ketika di kolej, Rizman datang menemui aku secara tiba-tiba. Sebenarnya aku bukannya tidak mahu memberinya peluang untuk berbicara, tapi aku hanya belum bersedia untuk bersemuka dengannya. Hatiku masih belum mahu terbuka untuk memaafkannya. Hatiku ini masih lagi remuk disebabkan kejadian kelmarin.
“Awak tak faham-faham lagi ke? Saya tak nak tengok muka awak lagi! Buat sakit hati saya aje tahu tak?”
“Saya benar-benar bersalah. Saya mengaku bahawa saya memang lelaki yang tak berguna. Saya sedar, saya bersalah.. jadi, tolonglah maafkan saya. Saya merayu pada awak. Awak boleh hukum saya apa saja. Saya terima..”
“Awak kan pernah beritahu saya yang awak langsung tak pernah cinta kat saya! Awak cuma mempermainkan saya! Saya benar-benar tulus mencintai awak… tapi, kenyataannya? Awak tak pernah pun mencintai saya! Awak juga berani peluk perempuan lain depan mata saya!” Dengan perasaan marah aku meninggikan suara ke arahnya.
“Saya memang tak pernah cintakan awak. Tapi saya sedar bahawa saya semakin menyukai awak.. awak percayalah. Pasal hari tu.. saya mengaku salah.. saya mengaku.. Awak, please.. sayang.” Aku dapat melihat kejujuran Rizman dari raut wajahnya. Patutkah aku memaafkannya?
“Zura.. berilah peluang kedua kepada saya untuk menebus segala kesalahan saya.”
“Enough!! Awak tak payahlah nak berpura-pura! Dulu, senang-senang je awak kata awak tak pernah cinta saya. Tapi, sekarang ni.. awak kata awak suka kat saya pulak. Hati saya dah hancur!! Bukannya senang nak pulih tahu tak? Sudahlah! Awak pergilah..”
“Tak, saya takkan tinggalkan awak selagi awak tak maafkan saya. Saya berjanji bahawa saya akan belajar mencintai awak dengan ikhlas. Saya ingin membahagiakan awak. Asalkan awak mahu memberi satu lagi peluang untuk saya. Please..” Rayu Rizman.
“Apa? Awak nak belajar mencintai saya? Huh, betul cakap Farrina.. orang macam awak tak layak mencintai dan dicintai. Saya menyesal sebab mencintai lelaki seperti awak!!” Aku terus beredar dari situ. Rizman terus-menerus memanggil namaku. Ada beberapa orang yang melihat kejadian tersebut. Ah! Biarlah apa yang mereka ingin katakan.
Aku pergi ke perpustakaan sebentar untuk mencari beberapa buku untuk dibaca. Segala ‘assignment’ aku sudah siapkan. Jadi, aku memang tak ada kerja yang nak dibuat. Sepatutnya hari ini aku duduk di rumah sahaja. Tapi, bosanlah asyik di rumah terus. Lebih baik ke kolej.
“Zu…ra…!” Bisik Farrina yang tiba-tiba muncul di sebelahku.
“Ya Allah, terkejutnya aku. Aku ingatkan siapa.”
“Apa kau buat kat sini?” Tanyanya dalam nada suara yang perlahan.
“Baca buku lah! Takkan nak ‘shopping’ kot? Ape lah kau ni.”
“Taklah.. kenapa muka kau macam tak de ‘mood’ aje? Masih teringatkan pasal kelmarin ke?” Tanya Ina dalam separuh berbisik. “Eh! Tak adelah. Haha.. tengok.. aku siap ketawa lagi nih..”
Tiba-tiba seorang pustakawan berjalan ke arah kami. Kami ditegur kerana berbual di dalam perpustakaan. “Cik adik berdua ni boleh tak jangan berbual dalam perpustakaan? Kalau nak berbual pun, kat luar..”
“Ehm, sorrylah bang..” Lantas kami meminta maaf.
“Kau lah ni! Tegur aku sangat. Kan aku dah buat bising kat dalam perpustakaan nih.” Marahku kepada Farrina dengan nada suara yang agak tinggi. “Ehemm..” Kami ditegur lagi. Lantas aku menjegilkan mataku terhadap Farrina. Dia hanya ketawa kecil kepadaku.
Ketika aku sedang membelek-belek buku, aku teringatkan sesuatu. Bagaimana agaknya keadaan Fairus di hospital? Sudah sembuhkah dia? Ah! Kenapa aku teringatkan dia pulak? Tapi, takkan aku tak payah jenguk dia lagi? Apa yang aku khuatirkan ialah jika nanti dia cakap bukan-bukan terhadapku. Patutkah aku pergi menjenguknya. Hm, nanti ajelah. Lagipun dia bukannya sesiapa pun bagi aku. Tapi.. dialah yang menyelamatkan aku. Takkan begitu saja aku tinggalkan dia. Hm, ape-ape jelah.
“Hello, hm.. saya nih. Yelah.. nanti saya pergi jenguk awak. Macam budak-budaklah awak ni. Itupun nak kena teman. Tapi saya pergi kejap je tau. Saya pergi pun dah cukup bagus.” Kataku ketika berbual dengan Fairus sewaktu dia menelefonku.
“Tapi awak janji datang tau.. saya rindulah kat awak.”
“Tengoklah dulu. Oke bai!” Lama-lama berbual dengan dia nih, rimas juga rasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan