Aku terjaga dari tidur. Aku memandang ke sebelah, Rizman tiada bersamaku. Adakah dia tidak pulang semalam? Kemanalah.. awak pergi nih! Senang-senang aje pergi setelah diriku ini sudah tidak dipedulikan lagi. Rungutku sendirian.
Aku turun ke bawah dan terus mengambil kunci kereta. Nasib baik Rizman terlupa mengambil kunci keretaku. Sebaik sahaja aku membuka pintu, Rizman sudah berdiri tegak sambil melihatku sambil kelihatan marah. Agaknya dia baru pulang..
“Ab.. abang.. Abang baru balik? Kemana abang pergi? Abang dah makan..?” Tanyaku dengan lembut dengan niat untuk mengambil semula hatinya itu. Semoga hatinya tidak sekeras batu seperti semalam.
“Kau nak ke mana? Suka hati kau.. je nak keluar tanpa izin aku kan!!” Rizman terus menanyakan ke mana aku mahu pergi tanpa menjawab pertanyaanku tadi. Aku masih berdiri di situ dan tidak menjawab soalan dari suamiku itu.
“Hei! Kau pekak ke?? Geram betullah aku!! Kau pergi masuk sekarang!! Kang aku lempang baru kau tahu!” Katanya sambil menolakku kasar.
“Abang, saya nak keluar kejap. Barang dapur dah habis.. Tolong.. izinkan saya. Ya…??” Sebenarnya aku ingin pergi ke rumah ibuku. “Boleh kan, abang..?” Aku terpaksa bercakap meyakinkannya supaya dia percaya akan kata-kataku ini. “Ada-ada jelah kau ni! Banyak alasan! Sudah.. Aku bagi masa kat kau untuk beli barang selama satu jam je! Cepat! Kalau kau tak balik-balik.. Mati kau aku kerjakan! Cepatlah pergi! Tercegat apa lagi kat sini?”
Alhamdulillah.. Akhirnya aku terlepas dari genggaman Rizman buat seketika. Dengan keadaan yang kelam-kabut, aku terus memandu pergi ke rumah ibu. Aku memang tidak boleh tahan lagi. Aku harus menceritakan segalanya tentang Rizman. Aku harus meluahkan segalanya. Ibu mungkin boleh membantu. Ya! Aku harus menceritakan segalanya.
Setibanya di rumah ibu, aku lantas menerpa ibu yang sedang leka menyiram pokok bunga kesayangannya itu. “Ya Allah!! Zura.. kenapa ni? Ada apa nak..? Kenapa tiba-tiba aje datang nangis-nangis nih?” Tanya ibu setelah melihatku datang kepadanya sambil menangis teresak-esak.
“Ibu..!” Aku lantas memeluk ibu.
“Jom kita masuk dalam dulu. Beritahu ibu apa yang berlaku sebenarnya sampai-sampai Zura menangis dalam keadaan lemah begini.. Ye sayang?” Ajak Ibu.
Aku menceritakan apa yang berlaku antara Rizman dan aku.
“Ya Allah! Apa nak jadi dengan Rizman? Kenapa dia buat macam tu. Isteri tengah mengandung bukannya untuk disakiti. Tapi untuk dijaga. Dia memang dah melampau! Siap kau Rizman!!” Kata Ibu sambil mencapai telefon bimbit. Mungkin ibu mahu menelefon Rizman.
“Ibu.. jangan.” Aku tidak mahu ibu memarahi Rizman. Aku takut jika dia akan bersikap kurang ajar terhadap ibuku kerana telah mencampuri urusan kami berdua.
“Zura! Yang kamu nak bela dia ni kenapa? Ni kalau papa tahu entah apa yang dia buat kat Rizman tu!” “Tahu apa?” Tiba-tiba papa datang bertanyakan apakah yang berlaku. “Erm, abang.. Rizman buat hal.” Jelas ibu.
“Ibu..” Aku menggoyang-goyangkan tangan ibu supaya tidak memberitahu kepada papa hal yang sebenarnya. “Apa? Rizman buat hal? Hal apa pulak..? Menantu abang itu kan baik orangnya. Ke, Zura yang melawan cakap Rizman? Biarlah diorang uruskan hal diorang sendiri.. Kita tak payahla nak masuk campur.. Biasalah tu. Orang tengah berumahtangga memanglah ada banyak rintangannya. Anak kita ni dah besar. Pandai-pandailah dia selesaikan masalah dengan suami dia tu..”
“Bukan macam tu abang.. Sebenarnya.. si Rizman tu..”
“Zura!! Zura!!” Belum sempat ibu mahu menjelaskan semuanya, tiba-tiba Rizman datang sambil terjerit-jerit memanggil namaku. Hatiku mulai diselubungi ketakutan. Aku yakin pasti Rizman mahu datang mengheretku pulang ke rumah. “Rizman, yang kamu datang sini terjerit-jerit ni apasal?” Tanya papa.
“Assalamualaikum, Ibu.. papa.. Maaflah saya kerana datang mengganggu. Sebenarnya saya nak jemput Zura balik ke rumah. Sebab.. dia keluar rumah tanpa memberitahu saya. Jadi, saya nak bawa dia pulang sekarang. Sebenarnya kami ada tersalah faham sikit.. tiba-tiba saja dia lari dari rumah. Saya fikir dia mesti ke sini. Jadi, saya datanglah nak jemput dia.” Kata Rizman dengan nada yang agak sinis. Pandai betul dia berlakon dihadapan papa. Mendengar suara Rizman sekarang ni pun aku sudah takut. Apatah lagi mahu mengikutnya pulang. Aku menggeleng-geleng kepala sambil bersembunyi di belakang ibu.
“Rizman! Biarkan Zura tinggal kat sini sementara dulu ye. Lagipun hujung minggu ni kakaknya dah nak bertunang. Biarlah semalam.. aje dia kat sini eh?” Kata Ibu.
“Ibu, saya ni suami dia. Saya berhak sama ada nak ambil dia ke tak. Ibu jangan nak masuk campur urusan peribadi kami. Lagipun, nanti kami tak boleh datang. Ada hal penting.” Kata Rizman sambil mencuba menarik tanganku. Kak Anis nak bertunang.. takkanlah aku tak boleh hadir.. Kak.. Zura rindu.
“Biarlah, memang benar itu hak Rizman. Kita tak perlu masuk campur..” Papa menyebelahi Rizman tanpa mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. “Ibu, tolong Zura.. Zura tak nak ikut Rizman.. Nanti dia sakiti Zura lagi.. Zura tak nak.” Aku membisik sedikit pertolongan.
“Maafkan ibu, ibu tak ada hak.. Rizman, jangan sesekali abaikan Zura yer.. ibu tak mahulah nanti..” Belum sempat Ibu menghabiskan percakapannya, Rizman menarikku sekuat hati.
“Kami minta diri dulu. Assalamualaikum. Jom sayang.” Kata Rizman sambil berpura-pura memegang bahuku.
“Waalaikumussalam, jaga diri baik-baik ya.” Jawab papa. Aku merenung wajah ibu dengan harapan ibu boleh melakukan sesuatu.
* * * *
“Datang sini cepat!!!! Hei, kenapa kau pergi mengadu kat mak bapak kau hah? Owh.. sekarang ni, kau dah pandai menipu aku ye?? Kau ni kan, memang sengaja nak buat aku marah kan? Kau duduk situ!!” Jerkah Rizman sambil menolakku supaya duduk di atas sofa. Tersentak hatiku dibuatnya.
“Abang ni kenapa..? Abang cubalah istighfar sikit.. ingat Allah! Saya bukannya pergi mengadu pun.. saya cuma pergi jumpa ibu. Takkanlah itupun salah?” Jawabku memberi alasan. Aku tahu bahawa isteri yang keluar rumah tanpa pengetahuan suami akan dilaknat baginya sehingga dia pulang ke rumah semula dan meminta maaf kepada suaminya. Tapi, patutkah aku terus dilayan seperti ini sedangkan suamiku tahu bahawa dia juga menyakiti bakal anak kandungnya. Menyesal aku mencintainya. Dahulu bukan main aku mengatakan bahawa aku sanggup disakiti asalkan diriku masih bersamanya.
Tapi, sekarang? Setelah semuanya menjadi realiti, barulah aku tahu bahawa aku telah membuat satu kesalahan besar dengan membenarkannya menjadi suamiku. Tapi sungguh aku masih mencintainya. Entah kenapa aku merasakan bahawa suatu hari nanti dia akan berubah..
Aku merenung wajah Rizman dengan sebuah pintaan agar dirinya berubah sikap seperti dulu. Ya Allah! Begitu kuatnya hasutan syaitan laknatullah terhadap Azril. Jangan sampai nanti aku membenci sumiku sendiri ya Allah.. “Ya!! Memang salah pun. Awak tak payah cakap banyak! Cukup! Mulai hari ini, awak jangan nak nasihati saya lagi. Awak ingat awak tu siapa hah?”
“Abang tanya saya ni siapa? Abang dah lupakah?? Saya ni isteri awaklah! Kenapa? Abang, kalau abang rasa dah tak boleh terima saya lagi, silakan dengan terhormatnya abang ceraikan saya!” Astaghfirullahalazim! Apa yang aku cakapkan nih? Tak.. aku tak berniat. Aku masih mencintai suamiku.
“Kau ni bodoh ke apa? Kau tu tengah mengandung. Mana mungkin aku ceraikan kau. Tapi, bila-bila masa aje aku boleh bunuh anak kau tu!! Disebabkan hati aku yang terlalu kesian kat kau, aku takkan buat semua tu.” Bodoh..?? Sampainya hati awak.
“Kalau abang kesian.. simpati sangat-sangat, kenapa abang buat kat saya macam ni? Apa salah saya hah?”
“Kau diamlah! Kau selalu buat perkara yang aku tak suka tahu tak?” Kata Rizman sambil menarik tudungku. Aku mengaduh kesakitan. Mendengar Rizman memanggil aku dengan perkataan ‘kau’ pun sudah membuat hatiku kuat mengatakan bahawa, Rizman pasti sudah tidak lagi menyayangiku seperti dulu.
“Apa yang saya dah buat? Kenapa selama ni abang tak fikir ke.. apa yang abang dah buat kat saya? Apa yang saya buat tak sebesar kesalahan abang selama ini. Cubalah abang ingat balik kelakuan jelik abang sebelum nih?” Allah!! Ya Allah.. apakah kesalahan hambaMu ini sampai akhirnya perkataan tidak elok keluar dari mulutku.
“Kurang ajar!! Sejak bila kau pandai nak berkurang ajar dengan aku nih? Hah??” Satu lagi tamparan kuat menerpa pipiku dan air mataku mengalir laju seiring sakitnya hatiku ini. Ini sudah termasuk kali kedua pipiku ditampar atas kesalahan yang tidak aku lakukan. Hatiku, jiwaku, terasa begitu terhiris sekali bak ditusuk duri sembilu.
“Abang sanggup buat saya macam ni!! Perangai abang sama je macam binatang!” Ampunilah aku Ya Allah kerana memanggil suamiku sebegitu tapi aku sudah tak sanggup lagi berdiam dan bersabar. Perkataan itu terkeluar dengan sendirinya dari mulutku.
“Ya! Aku memang binatang. Sekarang kau tengok apa yang binatang ni boleh buat kat kau!! Kau tunggu!” Apa yang Rizman akan lakukan agaknya? Diriku tak henti-henti mengucap kalimah Allah dan bertawakal padaNya. Rizman mengheret aku masuk ke dalam bilik air dan menolakku sehingga aku jatuh terduduk di atas lantai bilik air yang sejuk itu. Dia mengambil cebok berisi air dan menjirus air yang sangat sejuk itu ke atas kepalaku. Aku sangat terkejut akan tindakannya yang luar dari jangkaan itu. Ini benar-benarkah suami yang selalu membelaiku sepenuh hatinya?
“Abang! Sejuk, bang..” Kemudian dia mengunci pintu dari luar. Aku melihat dari wajahnya itu, apa yang dilakukannya ini benar-benar serius.
“Aku nak tengok sampai bila kau boleh bertahan duduk dalam nih. Isteri macam kau layak diberi hukuman! Kau langsung tak pernah nak dengar cakap aku! Cakap si Fairus tu pandai pulak kau nak dengar! Pergi kahwin dengan dia lah lagi senang!!” Tindakan Rizman benar-benar di luar jangkaanku. Tergamak dia lakukan sebegini terhadap isterinya.
Rizman! Awak memang tak berperikemanusiaanlah!!! Jerit hatiku. Sampai hati awak… inikah balasan buat saya setelah saya serahkan segala-galanya kepada awak? Kasih sayang.. cinta.. segalanya!!!!
“Abang!! Keluarkan saya dari sini bang.. Sejuk ni.. abang nak tengok saya sakit ke bang.. Kesianlah kat anak kita..” Rayuan aku langsung tidak dipedulikan. Aku mengetuk pintu tandas berulang kali dengan sekuat hati. “Kau yakin ke tu anak aku? Ataupun anak kau dengan Fairus? Bila masa pulak ye.. kau tidur dengan jantan tu sampai aku pun tak tahu?”
“Abang! Ini anak saya dan abang! Sampai hati abang cakap macam tu!!! Saya tak pernah berzina dengan lelaki lain.. Sumpah!!!” Kenapa Rizman berbicara sebegitu sekali? Sedangkan, dia yang asyik berkepit dengan Madlina. Bukan aku yang asyik bersama jantan lain.
“Aku tahulah.. ramai orang cakap kau tu asyik berkepit aje dengan jantan sial tu! Memanglah aku tak nampak.. tapi mata-mata banyak! Sudahlah! Tak payah nak banyak cakap pulak! Kau duduk dalam tu diam-diam. Kalau aku rasa nak keluarkan kau.. bila-bila aje aku akan buat. Aku nak kau renung kesalahan kau tu baik-baik! Jangan asyik nak lawan cakap suami! Kalau tak.. inilah balasannya.”
Rizman memang tak berhati perut!! Jeritku dalam hati. Aku pula terpaksa duduk di atas lantai bilik air yang sangat dingin itu dengan keadaan aku yang sedang berbadan dua. Dan yang paling sedih lagi, sampai hati Rizman meragui cinta aku dan tidak menganggap anak yang dikandungku ini anak kandungnya. Itulah! Bila kemarahan menguasai diri, semuanya yang tak patut dikeluarkan dari mulut, keluar begitu sahaja.. Kesedihan mula meratapi seluruh jiwaku. Hatiku kini hancur buat kali keduanya. Doa semua orang ke atas kebahagiaan rumahtangga kami tidak termakbulkah..? Tidak sebahagia yang disangka-sangkakan. Hampir empat jam aku dikurung. Kemudian barulah Rizman membuka pintu. Aku pula masih diam di situ dengan keadaan yang terketar-ketar akibat kesejukan. “Keluarlah! Orang nak lepaskan tak nak keluar pulak. Kenapa? Kau nak duduk lama lagi ke dalam ni? Cepatlah keluar! Aku lapar nih. Pergi masakkan untuk aku.”
“Saya takkan ikut cakap abang selagi abang tak berubah. Buat apa saya layan abang baik-baik kalau abang layan saya macam binatang. Saya pun ada perasaan juga.. Bukan macam abang! Tak de perasaan..”
“Kau sendiri yang cakap yang aku ni binatang kan? Jadi, aku jadilah macam apa yang kau kata kat aku. Lagipun, binatang mana ada perasaan.. Ah..!!! Cepatlah keluar. Jangan cakap banyak pulak!! Aku siram kau dengan air panas baru kau tahu! Dah sejuk sangat kan..???” Ugut Rizman sambil ingin mencapai jag air panas.. kononnya mahu menyimbah ke arahku. Aku tahu dia takkan sanggup melakukan hal seperti itu. Rizman menarikku dengan kasar untuk keluar dari situ. Setelah itu aku selesai memasak. Selesai menyediakan lauk pauk untuk makan tengah hari, bukannya Rizman mahu mengajakku makan bersamanya, malah dia menyuruhku masuk ke dalam bilik. Sebelum itu, Rizman telah menyerahkan telefon bimbitku semula. “Aku beri semula handphone ni sebab nanti kalau ibu kau call, dia tak syak apa-apa. Kau pun jangan cuba-cuba nak beritahu apa-apa! Faham? Kalau tak.. tahulah apa yang aku nak buat.”
“Saya tahu..lah.”
Tanpa membuang masa, aku menghantar mesej kepada Fairus agar dia segera datang ke sini untuk menolongku. Aku berhati-hati ketika menghantar mesej agar Rizman tidak melihatku.
[Fairus, tolong dtg rmh sy skrg.. sy dlm ksusahan. Sy tkut sgt.. cepatlah dtg.. please.]
“Hai sayang.. sayang buat apa tu..? Mesej dengan sape pulak tu.. tak takut mati ke..??” Aku tersentak setelah Rizman tiba-tiba muncul di depan pintu sambil menunjukkan wajah yang garang. Ya Allah! Bukan dia tengah makan kah? Bagaimana dia boleh datang sini pulak..
“Erm.. saya.. saya.. tak. Erm, ni.. saya buat..” Tergagap-gagap aku menjawab pertanyaannya sambil menggenggam kuat telefonku.
“Aku tanya kau kan? Kau buat apa tu?? Hantar mesej kat sapa pulak? Hei, menyesal betul aku bagi balik telefon kau tu!! Eh, kau dengar tak ni? Dah pekak ke apa??? Kalau dah pekak sangat.. mari sini aku nak tolong potongkan telinga kau tu!” Rizman menjerkahku sambil menolak-nolak kepalaku dan jantungku terus laju berdegup kencang kerana takut jikalau Rizman membaca mesej yang dihantar kepada Fairus.
Kemudian Rizman merampas telefon bimbitku dan membaca mesej yang dihantar olehku untuk Fairus agar dia segera ke sini. Mukanya terus merah padam.
“Abang.. sebenarnya saya.. saya..”
“Apa? Kau nak jelaskan apa lagi kat aku? Kau ingat aku suka sangatkah tengok kau ngan Fairus berhubung? Dasar perempuan curang!!”
“Abanglah yang curang! Abang curang dengan saya. Abang ada hubungan sulit dengan Madlina kan?” Aku berani bangun bersuara dengan lantang ke arahnya.
“Apa kau cakap? Kau cakap apa tadi?? Berani kau…” Tanya Rizman sambil tangannya pantas mencekik leherku. Aku dicekik buat pertama kalinya dalam hidupku dan rasanya seperti ingin mati. Agak lama aku tercungap-cungap tidak boleh bernafas. Aku melihat Rizman seolah-olah disampuk. Ini bukan Rizman yang aku kenal sebelum ni. Seorang suami yang lembut dan penyayang bertukar mengkasari isterinya. Ya Allah. Aku redha jikalau hidupku setakat ini saja.
“Ab.. bang… lepaskan.. sa..ya.. arh.. sakit, bang..” Hilang sudah segala dayaku.
“Kau diam!! Biar kau mati aje lagi senang!!” Ya Allah.. jika sampai di sini sahaja hidupku di dunia ini.. aku redha. Jika engkau masih mahu mendengar doaku, kau selamatkanlah aku.. Tiba-tiba Rizman rebah dengan satu tumbukan. Tapi, bagaimana?
“Fairus!!!” Aku sempat meloloskan diri dari cengkaman Rizman dan berlari ke arah Fairus dengan keadaanku yang separuh lemah. Mujurlah sebelum aku masuk ke dalam bilik tadi aku sempat membuka kunci di pintu depan dengan harapan Fairus akan datang menolongku. Tapi cepatnya dia sampai. Ah! Biarkan.
“Zura, awak tak apa-apa?”
“Hoi!! Berani kau datang sini hah!!!” Rizman bingkas bangun. Aku pula pergi menyembunyikan diri di belakang Fairus.
“Rizman, kau dah gila kah? Apa yang kau dah buat kat isteri kau ni memang melampau. Aku takkan berdiam diri melihat wanita yang aku cintai dikasari oleh lelaki jahanam macam kau! Aku akan pastikan binatang macam kau ni meringkuk di dalam penjara kerana menyakiti Zura dan anak dalam kandungannya!”
Aku memandang wajah Fairus yang begitu serius akan kata-katanya itu. Rizman pula seperti ingin mengamuk setelah mendengar pengakuan daripada Fairus bahawa dia mencintaiku. Aku yakin, hatinya pasti sedang panas membara. “Oh.. jadi betullah kau masih suka kat isteri aku. Siap cinta lagi pulak tu. Disebabkan kaulah, hubungan suami isteri kami hancur tahu tak? Dulu aku dah mula cintakan isteri aku tapi sekarang kau dah musnahkannya! Tak guna!!!!”
“Ya!! Memang aku cintakan Faizura. Aku cintakan dia tapi, aku akan terus biarkan dia bahagia. Bukan macam kau!!!!”
“Kau tak payahlah nak ajar aku……!!!!!!” Rizman mencapai sebuah pasu yang terletak di atas meja lalu menghentak kepala Fairus. “Tidak! Rizman, jangan…!!!” Jeritku. Tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat Fairus dipukul sekuatnya.
Fairus yang tidak sempat mengelak Rizman terus jatuh rebah lalu pengsan dan Rizman pula kelihatan panik lantas melarikan diri keluar dari rumah. Aku terus mendapatkan Fairus yang sedang berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Ya Allah.. Fairus, bangunlah..” Dengan perlahan aku mengangkat kepala Fairus ke atas rebaku. Aku menangis melihat keadaannya. Semua ini terjadi kerana dia ingin menyelamatkan aku dari cengkaman Rizman. Kalau aku tahu semua ini bakal terjadi, takkan aku minta pertolongan darinya.
Tanpa membuang masa lagi, aku segera menghubungi ambulans. Ya Allah, tolonglah selamatkan nyawa Fairus. Dia telah banyak menolongku…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan