Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 2)

Keesokan harinya, seperti biasa aku ke kolej. Malangnya, aku langsung tidak bersemangat pada hari ini kerana Rizman tidak hadir hari ini. Biasanya kami akan berjanji hendak pergi bersama kerana kami akan masuk ke dalam dewan kuliah bersama-sama. Rizman.. Rizman.. cepat-cepatlah awak sembuh supaya nanti kita boleh bersama semula seperti dulu. Hm, macamlah dia tu berpenyakit teruk! Sampai-sampai aku terpaksa berjauhan sebentar dengannya.

“Awak dah siap ke belum? Cepatlah sikit. Saya tunggu awak kat tepi jalan tak jauh dari rumah awak.” Ujar Rizman sebelum kami bersama-sama berangkat ke Kolej.

“lima minit aje lagi ye awak.. kejap, awak tunggu aje dulu. Kejap lagi saya keluar. Ye….?”

“Selamat pagi anak papa, Nurul Faizura.. Awal bangun!” Akhirnya aku tersedar dari lamunan.

“Pagi papa… hei, papa perli Zura ke apa? Tahulah Zura bangun lambat pun hari ni. Pa, ibu mana? Tak nampak pun.” Tegurku kembali. Wangi sungguh bau masakan ibu. Tapi mungkin aku tidak sempat merasa. Sekarang pun sudah lambat..

“Ada.. tu, kat dapur. Ha! Zura, marilah sarapan dulu. Ibu kamu masak sedap ni..” Ajak papa sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk anak perempuan kesayangannya ini.

Sebenarnya aku sudah terlewat nak ke kolej. Demi menjaga hati papaku, aku pergi bersarapan bersamanya. “Kakak mana, ibu? Tak nampak dia pun. Selalunya akaklah orang pertama yang menghadap meja makan nih pagi-pagi. Bangun lambat ke? Hehe.. Zura lagi awallah dari akak hari ni.” Memang sejak aku keluar bilik tadi, langsung aku tidak nampak batang hidung Kak Anis.

“Dia dah lama ke ‘office’.. Bukan Kak Anis yang bangun lambat, tapi Zura yang bangun lambat. Ibu kejutkan tadi bukan main liat lagi dia nak bangun yer.. Apalah yang dibuatnya malam tadi. Tidur lewatlah tu. Hei… ‘sms’ dengan siapalah agaknya..” Jawab ibu sambil menatang dulang.

Apa? Ibu perasan ke aku tidur lambat.. Sebenarnya malam tadi aku ber‘chatting’ dengan Rizman sehingga jam 1.00 pagi. Huh, itupun aku terlupa tengok jam pukul berapa. Kalau tak lihat pukul berapa waktu itu, entah-entah sampai subuh aku terlajak agaknya. Ish, Rizman punya pasallah ni.. kan ibu dah syak bukan-bukan kat aku. Tak pe Zura, kau buat ‘relaks’ sudah yer..….

“Ber ‘sms’ ke..? Err.. Entah! Zura rasa Zura tak ingatlah Zura buat apa semalam. Yang Zura ingat, Zura tidur nyenyak.. sangat! Hehe..”

“Elleh, takkanlah tak ingat. Nak nyorok ‘something’ lah tu! Ibu tahulah.” Balas ibu.

“Em, tak pe.. lah! Zura pergi dulu ye. Dah lambat ni.” Bicaraku mengubah topik perbualan.

“Takkan minum air.. je? Makan la sikit. Ibu buat nasi goreng telur. Macam mana badan nak naik-naik? Makan pun tak..” Pinta ibu.

“Nak naik buat apanya? Kalau badan berisi okeylah juga ayat ibu. Nih.. badan naik. Tak pahamla..” Sengaja aku berloyar buruk dengan ibuku itu. Papa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihat telatah kami anak-beranak.

“Suka hati Zuralah.. malaslah ibu. Tak nak makan sudah.”

“Zura dah lambat sangat ni. I’m sorry.. mum. Okey lah ibu, pa! Assalamualaikum.. take care..” Aku meminta diri setelah meneguk air kopi yang dibancuh oleh ibu.

“Nih, pandu kereta tu.. hati-hati sikit ye. Jangan jadi apa-apa pulak kat tengah jalan nanti.” Kata Ibu.

“Ish, tak payahlah sebut jadi apa-apa kat tengah jalan pulak.. itu boleh jadi doa. Jadi betul-betul macam mana?” Sampuk papa pula. Aku pun hanya tersengih sambil membuka pintu.

Aku memandu hampir satu kilometer. Kolej aku tidak sampai tiga kilometer dari rumah. Tiba-tiba, keretaku membuat perangai. Ia mula meragam. Hei, rasanya baru kelmarin aku hantar kereta ni ke bengkel. Apa yang jadi pulak kali ni. Hm, dah sah mulut ibu memang masin. Tengok!! Kan dah jadi betul-betul.. Nasib.. nasib.. Aku memang sudah lambat.

Setelah aku melihat dari cermin kereta, owh.. rupanya tayar keretaku pancit ke.. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dan membuka bonet kereta untuk mengambil tayar ganti. Kejap! Aku manalah tahu soal tukar tayar ni.. Ya Allah.. aku betul-betul memerlukan pertolongan dariMu. Kau kirimkanlah sesiapa untuk membantuku. Amin..

Akhirnya, beberapa minit kemudian doaku dikabulkan. Sebuah kereta Sport berwarna merah menghampiriku. Wah, gila cun punya kereta!! Orangnya mesti lagi terbaik. Kemudian seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Mudah-mudahan dia akan tolong aku. Bolehla sambil menyelam, minum air.. hehe. Hei, tak baik tau buat macam tu! Aku mengetuk perlahan kepalaku. Eh.. seperti aku kenal sahaja lelaki itu. Siapa hah? Seperti… hah? Mamat poyo!!! Dia semakin hampir denganku. Tidak! Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Tapi, mungkin inilah satu-satunya jalan agar aku segera ke kolej. Alamak.. dia sudah datang. Bergaya juga orangnya. Ish!!!! Forget it, Zura!

“Eh.. Faizura, tak sangka kita jumpa kat sini kan.. Kenapa awak berdiri kat sini? Kereta awak rosak ke? Nak saya tolong baiki kan?”

“Hah? Kereta saya rosak? Tak adalah! Hm, saya.. saya saja, makan angin kat sini.. udara tengah segar. Awak tak payahlah nak menyibuk! Lagipun, boleh tak awak panggil saya Zura je? Tak payahlah nak panggil nama penuh! Saya tak suka!” Ya Allah, apa yang aku cakap ni? Aku baru saja melepaskan peluang. Kalau Fairus pergi macam mana aku nak ganti tayar pulak.. lagipun nampak sangat aku ni menipu. Sah-sah Fairus nampak tayar aku pancit, dia tanya pulak. Memang sengajalah!

“Makan angin? Tak salah dengarkah ni? Ada juga orang makan angin di lebuhraya. Wow.. hebatnya. Lagipun, segar sangat ke udara kat sini? Umph… bau apa ni.. busuknya. Macam ni awak kata segar? Nampak sangat hidung awak ni tersumbat. Okey..! awak teruskanlah menikmati makan angin awak tu.. saya minta diri dulu lah ye. Tapi jangan berdiri kat sini lama-lama sangat. Nanti ada orang culik baru tahu. Awak tu dah la cantik. Tak pasal-pasal nanti saya tak dapat jumpa awak lagi. Dan.. suka hati sayalah nak panggil awak nama penuh ke.., pendek ke..Kenapa? Telinga awak luka ke dengar saya panggil macam tu?” Eii.. geramnya!! Suka sangat buat aku sakit hati dengan kata-katanya. Fairus pun berjalan menuju ke arah keretanya lalu aku terpaksa mengambil keputusan.

“Eh!! Awak.. tunggu kejap.. Err..”

“Ye.. ada apa yang boleh saya bantu cik adik?” Ish! Cik adik apa bendanya.. lempang kang baru tahu! Nak beritahu ke tak eh.. hm, beritahu jelah. Malu tu lempar jauh-jauh dalam longkang. Kalau tak nanti kau jugak yang susah!

“Tayar… ehm…. Tayar kereta saya ni.. pancit.. sebenarnya, saya tak tahu ganti tayar kereta. Saya nak minta tolong sikit dari awak.. Tapi kalau awak tak mahu tak pelah! Awak boleh pergi. Saya boleh cari orang lain.” Tengok.. kau cakap macam tu buat apa Faizura oi.. Buat pasal dia pergi betul-betul, dengan siapa lagi kau nak minta tolong? Itu pun nasib.. aje dia sudi datang tolong. “Oh.. tayar pancit rupanya. Lain kali cakaplah awal-awal.. Ingatka tayar nak meletup tadi. Saya pun nak biarlah tayar tu meletup sekali dengan awak.” Bencinya aku mamat tak betul nih.. suka sangat cari pasal dengan aku!

Dia terus mengambil tayar ganti. Aku asyik memerhatikan Fairus. Kacak jugak dia nih… hmm… baik pula tu! Mintak tolong sikit terus je dibantu. Eh.. apa aku fikirkan ni? Ish.. tamaknya aku. Perempuan jenis apa aku ni? Aku kan dah ada Rizman..

“Ish! Ish!” Aku menampar- nampar pipiku.

“Kenapa dengan awak?” Pertanyaan Fairus benar-benar membuatku terkejut dan agak sedikit malu.

“Kenapa apa bendanya?” Aku berpura-pura tidak tahu sambil menebalkan muka.

“Kenapa awak tampar pipi awak sendiri tadi?” Tanyanya yang agak kehairanan.

“Eh.. tak.. hm, banyak nyamuk ni!” Lantas aku meng‘coverline’ perbuatan aku tadi. Apalah Zura nih, janganlah ‘over’… sangat! Buat biasa-biasa saja sudahlah.

“Ke.. awak tak boleh menerima kenyataan bahawa yang sedang berada di hadapan awak ni merupakan seorang jejaka yang sungguh tampan lagi bergaya.” Hah! Dia macam tahu.. je. Ah! Malunya aku.

Lagipun kalau Rizman tahu.. mati aku! Ish, yang aku ni pun satu. Pantang tengok lelaki kacak sikit. Hah.. mula, lah nak cair. “Excuse me.. jangan nak perasan lebih okey! Eii. Tolonglah..” Tapi… memang tidak dinafikan lagi Fairus memang kacak berbanding Rizman. Tapi, Rizman jauh lebih baik berbanding Fairus! Remember that!

“Hello…. Faizura… Zura.. Hei, awak tengah berangan apa tu? Takkanlah tengah berangan kahwin dengan saya kot sampai telefon awak berbunyi pun tak perasan? Sabar-sabarlah sikit..”

“Hah! Ada apa? Apa kahwin-kahwin hah? Hisy..” Ada ke patut dia kata aku tengah berangan kahwin dengan dia.. eiukk! Tak teringin aku.

“Telefon awak berbunyi.. tu! Apelah awak ni!”

“Huh? Eh…” ‘Call’ dari Rizman lah.

Ha.. inilah masanya aku nak tunjukkan kepada Fairus yang aku ni dah ada kekasih. Mesti dia tak ganggu aku lagi lepas ni.

“Hello, Rizman.. ada apa awak ‘call’ saya? Awak rindu kat saya eh..? Saya la..gi rindu, cinta, sayang, kat awak!” Fairus pantas mendongakkan kepalanya dan melihatku sambil mengerutkan dahinya. Haha! Pasti dia terkejut besar kerana aku bercakap begitu terhadap Rizman. Lantas aku memalingkan muka ke arah lain.

“Okey, awak.. saya busy nih. Nanti kita jumpa eh.. bye. Bye.. Muah!!!” Setelah selesai berbual dengan Rizman, Fairus terus bertanya kepadaku.

“Siapa Rizman?” Sudah kuduga soalannya.

“My boyfriend… kenapa? ‘Jelous’ yerr…? Awak tu sape eh.. nak jelous-jelous? Hah..???”

“Ye.. lah tu. Apa-apa jelah. Luculah awak ni..” Hah! Dia langsung tak kisah? Hm.. berpura-pura aje tu..

“Not funny!! And.. Do you know.. He’s more handsome than you.”

“Oh.. tak tanya pun. Lagipun, yakin ke dia lagi kacak dari saya..? Setahu saya, susah nak dapatkan lelaki lebih kacak dari saya. Muka saya ni pun.. mengalahkan Donghae artis Korea tu tahu tak..” Ish.. benci betul mamat ni! Donghae konon.. Donghae tu putih melepak lagi dari kau! Tahu????

“Ehm, kereta saya macam mana? Dah siap ke belum? Cepat ah.. Dah lambat ni.. Nak pergi kolej!”

“Dah siap! So.. bayarannya adalah, awak kena belanja saya makan..”

Aku terus meluru masuk ke dalam kereta. “Hei.. awak nak ke mana tu? Tak cakap terima kasih pulak tu.” Fairus yang agak terkejut dengan sikapku terus bertanya adakah aku tidak berterima kasih terhadapnya. Dasar lelaki yang mengharapkan balasan!! Tanpa berkata apa aku terus memandu. Ketika dalam perjalanan ke kolej, aku sempat menghantar mesej kepadanya.

[Thanks crazy man!] Aku menekan butang ‘send’ dan teruskan memandu.

Kemudian dia membalas [Yes, I’m crazy with u..] Eheh, gatal betullah dia ni! Setibanya di kolej, aku terus masuk ke dalam dewan kuliah. Aku agak segan dengan pensyarah kerana aku lewat sedikit. Selesai kuliah, aku terus ke kafe untuk berjumpa dengan Farrina sahabatku.

“Hei….” Farrina menyapaku dari belakang ketika aku sedang asyik mengelamun. Aku memang suka mengelamun. Memang sudah menjadi tabiatku. Aku mudah mengelamun jika aku sedang keseorangan. Kekadang aku tidak sedar siapa yang menegurku “Eh, Ina! Duduklah.”

“Kenapa dengan kau ni? Asyik termenung.. je? Teringatkan si Rizman ke..? Kau ni tak habis-habis teringatkan boyfriend…!”

“Memanglah aku tengah teringatkan dia. Tapi.. untuk pengetahuan kaulah, ada benda lain yang sedang mengganggu fikiran aku ni... Sampai naik ‘blurr’ dah otak aku n!. Aku tak tahulah nak cakap apa kat kau, Ina.”

“Kenapa pulakk?? Apa benda yang menyerabutkan fikiran kau tu? Dia ajak kau kahwin ke? Eh, seronoknya.. bolehlah aku jadi pengapit kau nanti. Wah, tak sabarnya aku nak merasa nasi minyak! Tapi, kau tak rasa awal sangat ke? Taklah.. korang kan masih muda, dan masih belum habis belajar lagi. Kalau Rizman tak pelah. Dia dah nak tamat belajar dah.. Hm.. What’s ever! Tak pelah, apa nak jadi pun korang kahwin je.. aku sokong! Lepas tu, cepat-cepat dapat anak..” Berbelit-belitnya.. Pening aku mendengarnya! Huhh…

“Hoi Ina.. Kau berhenti merepek sekarang! Apa yang kau merepekkan nih? Tak de bila masa pulak aku cakap aku nak kahwin ngan Rizman? Kau ni kan, main redah.. aje!! Biarlah aku cakap bagi habis dulu. Ini tak.. main teka aje. Dah tu, merepek tak tentu hala! Kahwin dapat anaklah.. Itu,la! Ini,la!”

“Sorry lah beb! Aku bukannya apa, cuma ‘excited’ terlebih. Hehe.. janganlah marah.. Tak comeii larh cik Zura kite ni.. kalau marah-marah.”

“Kau ni dengarlah dulu apa yang aku nak beritahu kau.. kau buat loyar buruk pulak. Karang aku cubit baru kau tahu rasa sakit tu ape! Hisy.. apa lah kau ni, Farrina! Suka sangat nak bagi aku marah..”

“Ala.. janganlah nak ‘emo’ pulak.. Aku kan memang macam ni.. hehe. Hah! cepatlah cerita. Aku tak sabar nak dengar nih, apa benda permasalahan yang dialami oleh kawan rapat aku sorang nih.”

“Sebenarnya, kau tahu tak baru-baru ni, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki. Eh, bukan berkenalan.. ter..berkenalan! Kacak.. Tapi, sejak aku kenal dengan dia, dia asyik ganggu akulah. Aku pergi mana je mesti ada dia. Dia tu macam sengaja pulak nak ekori aku.. Aku takutlah cik abang aku tu mengamuk pulak nanti.. kau pun tahu kan perangai dia.”

“Maksud kau… dia syok kat kau, macam tu? Eh, kejap! Kau kata dia tu kacak? Kau ni dah buang tabiat ke apa, dah memandai puji lelaki lain selain Rizman? Nak mati ke? Hm, what’s ever.. Haa! Betul ke dia minat kat kau? Hm, hensem sangat ke mamat tu?”

“Agaknya macam tu, lah. Aku rimasla… aku takut nanti Rizman fikir bukan-bukan pulak kat aku kalau dia tahu.”

“Kau pun satu, dah tahu kacak.. kalau tak nak, kasi la kat aku. Aku nak ape..”

“Kalau nak ambil sangat.. ambil la. Tapi kau yakin ke lepas ni dia tak ganggu aku lagi? Hampir setiap hari dia ganggu aku tahu tak?” Betul ke your information ni Zura..? Setahu aku, kau baru je jumpa dia dua tiga kali je. Tak sampai beratus kali pun... “Kau sabar.. je lah. Tu.. la! Sape suruh kau ni comel sangat? Cantik sangat? Hah….?” Ish! Ke situ pulak dia..

“Larh.. Apa yang kau cakapkan nih? Kau tu pun cantik jugak tahu tak.. tapi, ada satu je yang tak berapa cantik. Kalau aku bagi tahu kau jangan marah eh.. Jangan marah tau…” Jelasku.

“Apa?? Apa yang kurang? Cer cerita sikit.. Manalah tahu aku boleh perbetulkan ke.. kan?” Tanya Ina sambil mencekak pinggang.

“Perangai kaulah! Harap muka je cun melecun, perangai kasar mengalahkan lelaki. Bila orang nak ngorat.. terus tunjuk penumbuk. Bila nak berubah hah? Pakaian pun tak ‘feminine’ lagi nih.. cubalah mekap-mekap sikit ke.”

“Ewah-ewah… senangnya kau kata kat aku. Aku bukannya apa Zura, cuma belum temui yang dicari-cari. Hehe.. Lagipun, tak naklah aku kotorkan muka aku dengan celak, ayeshadow, blusher.. semua tu. Ha! Lagi satu.. hal ni aku tak nak perbetulkan. Aku.. tetap dengan pendirian aku! Yerr….?” Hei.. itu pun kau kata kotorkan muka? Apalah Ina nih..

“Ada saja kau nih. Hm, suka hati kaulah nak perangai macam mana pun, asalkan.. kau tak jahat, sudah.”

“Eh.. aku mana jahat. Aku baik pe.. budi pekerti lagi.. hehe.”

"Hmm.. Apa-apa jelah."

Dalam menjalinkan hubungan, jika hadirnya orang ketiga, pasti akan menyulitkan lagi ikatan cinta tersebut. Setiap manusia ada sikapnya yang tersendiri, Aku pun tidak pasti sikap Rizman yang sebenarnya. Adakah selama ini dia masih menjaga kepercayaanku terhadapnya. Atau dia telah mempermainkan aku. Tiada siapa pun yang tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Semoga cinta kami berkekalan selamanya.

[Hey, my lady… where are u now?] Aku menerima mesej ringkas daripada Fairus. Kebetulan Farrina berada di sebelahku, lantas aku tunjukkan mesej tersebut kepadanya.

“Haha… aku tak sangka berani juga si Fairus nih. Eh, aku teringin nak jumpa dia. Macam mana orangnya eh!” Duga Farrina.

“Dah la! Aku balik dulu.”

“Ala.. borak-borak lah dulu..”

“Aku dah banyak berborak dengan kau. Lagipun sekarang ni aku tak de ‘mood’. Kau pergilah ajak orang lain pula untuk berborak dengan kau. Borak biar puas!”

“Hm.. tak bestlah kalau macam ni. Tak pe ! Kau balik ah..” Muncung saja mulut Farrina setelah aku meminta diri untuk pulang. Dia ni memang jenis yang tak puas bersembang. Pernah sekali aku bermalam di rumahnya kerana mahu menyiapkan tugasan bersama. First time dalam hidup aku tidur pukul lima pagi. Haa. Terkena penangan berborak dengan dialah.

Farrina memang kawan yang baik walaupun dia berwatak sebegitu. Dia sering membantuku sekiranya aku memerlukan pertolongan. “Beb! Kalau kau nak apa-apa, gitaulah aku yer.. aku suka tolong kawan macam kau.” Ayat sebeginilah yang sering diutarakannya terhadapku.

“Elleh, merajuklah tu. Sudahla, Aku dah nak chaw nih! Bye..”

Tiada ulasan: