“Fairus.. awak dah sedar? Apa awak rasa? Sakit lagi tak..?” Tanyaku setelah melihat Fairus membuka matanya perlahan-lahan dan menggerakkan jarinya. “Faizura.. kepala saya sakit sangat.. Tapi, saya gembira tengok awak selamat.” Adu Fairus sambil memegang kepalanya yang dibalut itu. Kemudian, dia melihat di sekeliling. Ibu, papa, Kak Anis dan juga mak Rizman juga ada di situ. Selepas kejadian tersebut, aku terus menghubungi mereka semua. Aku lakukan ini semua kerana semua ini berkaitan dengan suamiku sendiri, Rizman.
“Fairus, saya minta maaf sangat-sangat dari awak kerana kali ini sudah kali kedua awak cedera disebabkan saya. Saya benar-benar rasa bersalah terhadap kejadian yang menimpa awak. Terima kasih ye.. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik awak..”
“Janganlah cakap macam tu.. Faizura, sebenarnya saya betul-betul ikhlas menolong awak.. Saya tak mengharapkan apa-apa balasan dari awak kerana.. Saya rasa itu tanggungjawab saya..”
“Hurm...?” Tanggungjawab…. Awak?
“Maksud saya, sebagai seorang kawan.. saya bertanggungjawab melindungi awak dalam apa jua keadaan sekalipun..”
“Kamu memang seorang lelaki yang baik, Fairus. Mak cik minta maaf atas segala sikap keterlaluan anak mak cik, Rizman. Zura.. maafkan mak juga ya.. Mak malu sangat dengan perangai Rizman. Mak benar-benar tak sangka dia sanggup buat perkara macam tu.. Maafkan mak, ye…”
“Mak tak salah.. lagipun, semuanya dah berlaku. Allah dah supun mengaturnya. Hanya kita saja yang dapat membuktikan sama ada kita dapat melaluinya ataupun tidak... demi menunjukkan kasih sayang Allah terhadap kita. Insyaallah, pahala dan syurga menanti kita.”
“Alhamdulillah, mak telah mendapat seorang menantu yang begitu taat pada agamanya. Tapi Rizman betul-betul tidak pintar menilai kamu. Malah dia berbuat perkara yang sangat-sangat memalukan mak. Mak memang kecewa!” Ya Allah, kasihan ibu mertuaku. Dia pasti sedih akan kelakuan anak tunggalnya, Rizman.
“Mak jangan fikir macam tu.. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ni adalah berdoa agar dia cepat berubah. Supaya dia kenal siapa dirinya semula..”
“Zura.. awak tahu ke Rizman ada kat mana sekarang nih?” Tanya Fairus.
“Entahla.. saya tak tahu.. Dia pergi macam tu je.”
“Zura, mulai hari ni.. Zura tinggal ngan kitorang.” Suruh ibu.
Aku mengangguk tanda setuju. Mungkin bahtera yang kami bina selama ini akan sampai ke penghujungnya. Takdir kami hidup bersama mungkin akan setakat ini sahaja. Ya Allah, aku redha.. sesungguhnya, aku terima segalanya. Cuma satu yang kupinta dariMu, kesihatan anak yang dikandung olehku ini. Tapi, kasihan dia Ya Allah.. dia pasti akan lahir tanpa seorang ayah di sisi. Abang.. di mana awak..? Kenapa awak lakukan semua ini? Apa salah saya, Rizman?
* * * *
“Abang Haziq tu, kacak juga kan ibu? Muka dia tu ala-ala pelakon Korea.. lah! Kat manalah Kak Anis cari. Zura pun tak pernah jumpa lagi.”
“Ala Zura.. tengoklah kakak kau tu, dia memang pandai pilih. Ibu memang berkenan sangat dengan si Haziq tu. Dah, ibu nak pergi layan tetamu kejap eh..” Ibu meminta diri. Sejurus kemudian, Fairus datang.
“Sorang aje ke.. bakal mama kite yang sorang nih?” Tanya Fairus sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan denganku.
“Dua oranglah..” Jawabku.
“Oh, saya lupa yang awak tambah dengan yang dalam perut tu, jadilah dua orang. Eh, ibu awak mana? Tadi saya nampak dia berbual dengan awak.”
“Ada tu.. kat sana.Layan tetamu.”
“Zura, erm.. saya nak tanya satu soalan boleh?”
“Tanyalah. Apa? Tapi awak jangan tanya yang bukan-bukan tau!”
“Lepas ni apa rancangan awak? Yelah.. Rizman kan menghilang.” Aik, lain macam aje soalan dia nih. Apa maksud Fairus? Atau.. yang dia maksudkan ialah kahwin lain. Ish! Takkanlah dia nak tanya pasal tu. Aku dan rizman masih lagi suami isteri. Rizman belum lagi menceraikan aku.
“Selepas melahirkan anak sulung saya ni, saya berhajat nak sambung belajar di Australia. Itu memang rancangan saya dari dulu lagi..Tapi awak faham-faham jelah sejak berkahwin, macam-macam perkara yang menghalang.”
“Habis tu, anak awak macam mana? Awak nak bawa dia sekali ke? Atau awak pergi sorang?”
“Mestilah saya pergi sorang diri.. anak saya, saya tinggalkan kat ibu. Insyaallah selepas empat tahun, saya pulang ke Malaysia. Apalah saya nih.. bersalin pun belum lagi, dah fikir nak ke Australia lah apa la.. Hm, awak tu macam mana pulak?”
“Saya? Hm.. saya nak pergi melawat keluarga saya kat UK. Dalam setahun dua macam tu jelah kot. Lepas tu saya balik semula lah kat sini..”
“Habis.. bila awak nak kahwin? Tengoklah awak tu.. dah tua pun tak nak kahwin lagi.”
“Hei.. tak kisahlah muda lagi ke.. dah tua ke.. dah kalau muka ni hensem, masih laku lagi pe.. Awak je yang tak nak..” Hm, dia ni perli aku ke?
“Elleh.. mulalah nak perasan. Awak.. saya ni serius tau. Awak tu nak kahwin bila..? Saya pun teringin jugak nak tengok siapa.. lah yang akan jadi isteri awak. Beruntung kalau perempuan tu dapat lelaki yang bertanggungjawab macam awak..”
“Lepas awak balik sinilah. And then, kita kahwinlah.. apa susah! Kan? Beruntunglah awak nanti dapat saya..” What?? Dia ajak aku kahwin? Tak salah dengarkah aku?
“Pandainya awak buat lawak..”
“I’m serious okey..”
“I’m serious too.. saya tak percayalah dengan kata-kata awak. Sudahlah. Malas saya nak layan awak. Huh.. Apalah awak nih. So funny okey!” Fairus hanya tersengih setelah aku berkata begitu. Mungkin dia hanya bergurau tadi. Tak mungkin dia sanggup menungguku bertahun lamanya. Itu suatu perkara yang sangat-sangat mustahil.
* * * *
Empat bulan telah berlalu…
Kak Anis telah pun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah, Perutku semakin memboyot. Tak sabar rasanya menunggu saat-saat kelahiran anakku ini.
“Hello, assalamualaikum Kak Anis..” Aku sempat menghubungi Kakakku tersayang semasa dia sedang berbulan madu di Kota Paris yang sangat indah.
“Waalaikumussalam adik akak!!!!!” Jawabnya dengan nada yang gembira.
“Lamanya akak kat sana.. bila nak balik sini.. Zura rindulah. Mentang-mentanglah dah kahwin.. dah lupa pulak adik akak yang cantik ni..”
“Cantiklah sangat.. Hai, dulu Zura kahwin lagi tak jumpa ngan akak langsung. Asyik nak berkepit je dengan Rizman tu. Eh.. sorry ye, akak terlepas cakap pasal dia. Zura jangan marah akak tau. Hm.. Nah, tanyalah abang ipar Zura nih, bila nak balik.”
“Tak pe, kak.. Haa.. Hello, Abang Haziq ke nih..? Zura ni.”
“Hai Zura.. amboi, pandai-pandai pulak nak suruh kak dia balik cepat. Kacau daun betullah dia ni.”
“Ala.. takkan itu pun nak marah bang.. Abang pun sudah-sudahlah berbulan madu tu, apasal lama sangat? Nanti pergilah lagi buat kali kedua ke.. hehe.”
“Ish, Zura macam tak faham-faham je pengantin baru.. lah katakan.. Ala, jangan risaulah. Minggu depan kami baliklah… Hm, Zura nak ole-ole? Nanti bolehlah abang belikan..”
“Zura nak… anak saudara!”
“Sorry, out of the topic!”
“Haha. Sudahlah. Zura tak nak apa-apa pun kecuali keselamatan abang dan Kak Anis. Abang jangan lupa jaga Kak Anis baik-baik tau. Baiklah, Zura letak ‘phone’ dulu. Kirim salam kat akak tau. Assalamualaikum.. bai..” Huh, puas rasanya setelah aku dapat mendengar suara Kak Anis. Hilang sudah rinduku ini.
Alangkah bahagianya hati ini melihat kakak tersayang mengecapi kebahagiaan rumah tangga. Mereka berdua sangat secocok. Bagai pinang dibelah dua. Semoga mereka kekal bahagia selamanya. Amin..
Pada suatu petang.. Madlina datang ke rumah aku. Aku benar-benar tidak menduga akan kedatangannya itu. Entah apa lagi rancangan jahatnya untukku..
“Kalau kau datang sini nak cari Rizman, maaf.. dia sudah lama tinggalkan aku. Aku rasa lebih baik kau balik sekarang. Kau pun tak de kerja lain ke selain mengganggu keharmonian ruumahtangga orang lain! Aku tak de masalah nak layan perempuan macam kau.” Marahku tanpa memandang sedikit pun ke arahnya.
“Ye. Aku tahu aku memang tak layak dilayan dengan baik. Aku memang sesuai dihalau. Tapi, sebelum aku pergi, tolong.. dengar dulu apa yang aku nak cakap kat kau, Zura.. Sebenarnya, pada hari Rizman tinggalkan kau.. dia terus datang ke rumah aku.” Apa? Rizman ke rumah Madlina? Tapi.. kenapa?
“Erm, Okey! Aku bagi kau masa untuk beritahu apa yang kau nak beritahu sangat. Hm.. Masuklah dulu.”
“Terima kasih. Err.. Zura. Dia telah ceritakan segalanya kepada aku.. Dan.. pada masa yang sama, dia ajak aku kahwin sebab dia kata isterinya sudah tidak setia dengannya lagi.. Jadi, tanpa membuang masa, aku terus terima lamaran Rizman. Sekarang pula, aku sedang hamil anak dia.” Dengan cepat air mataku mengalir perlahan. Hamil? Anak Rizman..?
“Habis, apa tujuan kau datang jumpa aku? Kau sengaja ya nak ceritakan semua ni kat aku supaya nanti aku sakit hati? Macam tu? Hah??” Aku bingkas bangun dan membentaknya.
“Tak! Bukan macam tu, Zura.. dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni.”
“Di mana Rizman sekarang? Banyak hal yang aku nak tanya. Dia memang sudah sakitkan hati aku!!!”
“Inilah sebab aku datang jumpa kau. Aku nak beritahu kau yang.. sebenarnya, Rizman.. erm, dia dalam lokap. Sudah seminggu.” Hah? Lokap? Takkanlah dia ditangkap polis? Tak.. tak mungkin. Aku tak percaya!!
“Bohong! Dari dulu sampai sekarang aku takkan percayakan perempuan jahat macam kau! Sebelum ni kau yang cuba memusnahkan rumahtangga kami! Sekarang.. berani kau datang sini jumpa aku? Lepas tu, mengaku-ngaku pulak yang dalam perut awak tu anak Rizman! And then.. awak kata dia dalam lokap pulak..! Hello.. What's going on?” Tiba-tiba Madlina merendahkan dirinya dan terus melutut di hadapanku. Air matanya bercucuran membasahi pipi. Aku benar-benar terkejut. Aku bukanlah seorang yang kejam sehingga mahu membiarkannya melutut sebegitu.
“Kau ni kenapa? Aku tak sukalah orang melutut depan aku! Cepat bangun.”
“Zura.. hukumlah aku.. Aku terima. Aku betul-betul menyesal.. Aku minta maaf.. Aku sanggup lakukan apa saja asalkan kau maafkan aku..” Rayunya
“Hm! Aku maafkan. Tapi aku tak suka cara kau berbohong pasal suami aku!”
“Sumpah! Demi Allah! Semua itu benar.. Sebenarnya, sewaktu kami berkahwin, Rizman menganggur.. Kami menyara kehidupan bergantung kepada pendapatan aku sorang. Sudah puas aku suruh dia cari kerja.. Tapi, dia asyik memarahi aku sepanjang masa. Dia sampai sanggup meminjam wang daripada Along sehinggalah hutangnya keliling pinggang. Dan.. Satu hari, dia beritahu aku yang dia sudah mendapat kerja. Aku tak tahu apa sebenarnya pekerjaan dia.. Dalam sekelip mata hutangnya langsai. Aku hairan macam mana dia dapat wang sebanyak itu. Semuanya terjawab apabila aku mendapat berita bahawa dia ditangkap polis kerana disyaki mengedar dadah.. Masa tu barulah aku teringatkan kau, Zura.. Sebab itulah aku terus datang jumpa kau.. Aku buntu! Aku tak tahulah kepada siapa lagi yang harus aku luahkan masalah ini.. Dia tak ada ahli keluarga lain lagi..”
“Sudahlah! Kau baliklah dulu, Madlina.. Aku betul-betul memerlukan sedikit masa untuk mempercayai semua ini. Aku masih belum boleh percaya akan kata-kata kau. Sukar.. sangat.”
“Baiklah, kalau kau belum boleh percaya.. Apa pun, aku dah lega sikit sebab dapat luahkan semuanya. Tapi yang membuatkan aku sedih sekarang ni adalah Rizman.. Aku hanya mampu berdoa agar perbicaraannya nanti baik-baik saja.”
“Cukup! Sudahlah! Sekarang ni lebih baik kau balik! Jangan cakap pasal dia lagi.. Tolonglah.. pergi dari sini. Aku tak nak dengar apa-apa lagi faham???” Fikiran aku berkecamuk memikirkan cerita Madlina.
Aku terus berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Aku menangis sekuat hati. Aku harap, apa yang diceritakan Madlina tadi semuanya tidak benar.. “Semuanya bohong!!!!!!! Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tidak…..!” Keesokan harinya..
“Zura, mari sini kejap! Cepat! Tengok nih..” Tiba-tiba papa memanggilku ke ruang tamu dan menyuruhku melihat berita di kaca televisyen. “Seorang penganggur yang didakwa mengedar dadah telah dihadapkan di mahkamah petang kelmarin dan setelah didapati bersalah, mahkamah telah memutuskan bahawa pesalah terbabit iaitu Mohd Rizman bin Yusoff akan menghadapi hukuman gantung sampai mati pada hari Khamis ini..”
“Ya Allah!!! betulkah semua ini..” Aku berteriak sekuat hati kerana tidak percaya dengan apa yang dikhabarkan sebentar tadi. Kakiku tiba-tiba lemah. Papa cuba menenangkan aku tapi aku masih tidak dapat menerima kenyataan. Rupa-rupanya apa yang diceritakan Madlina semuanya betul. Aku pula tidak patut memarahinya.
Memang sebelum ni Rizman telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami terhadapku. Tapi, aku masih sayangkan dia Ya Tuhanku..
“Sabar nak.. istighfar banyak-banyak..”
“Astaghfirullahalazim.. Ya Allah! Pa.. Zura nak jumpa abang Rizman papa..! Zura nak jumpa dia buat kali terakhir..” Pintaku sambil mengesat air mata.
“Pergilah.. buat apa papa nak halang kamu nak.. Pergilah..”
Keesokan harinya, aku mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengannya di penjara.
“Mohd Rizman! Ada pelawat.” Kata seorang anggota polis di situ dengan tegas sambil membuka pintu sel bagi mengeluarkan Rizman.
“Assalamualaikum, abang..” Rizman diam terpaku setelah melihatku datang kepadanya. Pasti dia terkejut dengan kehadiranku ini. Aku tidak dapat menahan air mata ini setelah melihat keadaannya. Aku pergi mendapatkan Rizman. Kuhulurkan kedua tanganku dan bersalam dengannya. Kukucup tangannya yang pernah membelaiku dulu. Tiba-tiba Rizman menarik tangannya. “Kenapa bang?”
“Aku bukan lagi suamimu. Aku tak layak buat wanita sebaikmu. Engkau terlalu suci untuk seorang lelaki yang jijik macam aku ni! Aku binatang.” Kata Rizman tanpa memandangku.
“Rizman, awak belum lagi menceraikan saya.. tapi, setelah saya dengar semua berita ni.. betul ke? Abang akan di..” Aku tak sanggup lagi meneruskan percakapan.
“Ya! Aku akan dihukum gantung tak lama lagi. Kenapa? Dah tak da maknanya lagi. Aku akan masuk neraka. Aku tahu aku ada banyak dosa! Aku banyak dosa! Dan, saya rasa awak tahu bukan? Bahawa saya telah lama tinggalkan awak. Sudah melebihi empat bulan. . I have to let you go. Just go with Fairus which is a good guy better than me.” Aku begitu sedih mendengar kata-kata Rizman itu. Dengan begitu sahaja dia merelakan aku pergi. Hatiku bertambah sedih..
“Astaghfirullah.. Hanya Allah yang berhak menentukan siapa hambaNya yang masuk syurga atau neraka. Rizman, awak masih boleh bertaubat selagi peluang masih ada. Minta ampun pada Allah. Insyaallah Allah akan mengampunkan dosa kita. Saya akan tetap cinta awak walaupun kita bercerai. Tapi awak pandanglah muka saya. Saya ingin bercakap dengan awak buat kali terakhir..”
“Apa awak buat kat sini? Pergilah balik. Tak payahlah susahkan diri datang jenguk saya. Semuanya takkan mengubah apa-apa. Saya akan dihukum jugak.. Aku akan mati kau faham ke tak ni….... hah…. ? Zura….” Rizman terus menjadi sayu dan sebak lalu menitiskan air mata. Dia tertunduk menekup wajahnya yang tidak bermaya lalu menyembah bumi sambil meratapi kesedihan yang terlalu berat untuk dipikulnya. Aku mengerti perasaanmu Rizman..
“Rizman.. Saya tahu awak sedih.. tapi masa awak masih lagi ada. Bertaubatlah! Allah masih lagi menerima hambaNya jika bertaubat Nasuha.. Segala dosa akan dihapuskan jika awak benar-benar menyesal, bertaubat..” Aku memegang bahu Rizman dan menyuruhnya bangun duduk di atas kerusi bagi meredakan kesedihannya itu.
“Zura..” Rizman menyebut namaku sambil memandangku. “Saya menyesal atas segala perbuatan saya terhadap awak. Saya minta maaf. Saya banyak dosa dengan awak.. Tolonglah maafkan saya. Sebenarnya.. Zura, saya masih sayangkan awak. Dan.. sebenarnya, saya dan Madlina sudah..”
“Berkahwin. Ya, saya tahu. Dia ada datang jumpa saya. Sudahlah.. awak jangan fikirkan lagi semua tu. Yang penting, saya masih ada di sini untuk menemani awak selagi ada masa…” Setiap kata-kataku terhadap Rizman membuatku semakin sebak.
Air mataku sudah tidak dapat ditahan lagi. Dengan deras, ia mengalir.. Aku benar-benar tidak percaya yang Rizman akan dihukum dengan hukuman yang begitu berat dan inilah kali terakhir aku bertemu dengannya. Aku tidak akan berjumpa dengannya lagi selepas ini. Kasihan Rizman ya Allah! Aku masih menyayanginya..
“Rizman, saya maafkan semua kesalahan awak. Walaupun dulu awak sering menyakiti saya, saya maafkan. Awak.. mungkin selepas ini kita sudah tidak berjumpa lagi, tapi saya akan tetap mengingati abang dalam hati saya. Saya masih sayangkan abang.. tapi Rizman, saya tak sanggup melihat awak dihukum.. saya tak sanggup..” Aku menangis teresak-esak di sisi Rizman. Dia seperti mahu cuba memujukku. Aku juga berharap sebegitu..
“Sudahlah Zura.. Janganlah awak menangisi bakal pemergian saya yang tak guna ini.. Dan, sekarang ni saya berasa lega sangat sebab awak dah maafkan saya. Tolong sampaikan maaf saya pada semua orang termasuk Fairus. Dan.. tolong beritahu mak saya yang saya mahu berjumpa dengannya.”
“Insyaallah... mereka semua dah beritahu saya yang mereka maafkan awak. Awak jangan sedih lagi eh? Banyakkan berdoa kepada Allah.”
“Awaklah jangan sedih. Ehm, Zura.. awak jaga baik-baik anak kita ya..” Kata Rizman dengan perasaan yang sungguh sayu.
“Tanpa disuruh pun saya akan jaga. Inilah hasil perkahwinan kita dulu.. Saya akan jaga dia sebaik mungkin. Insyaallah.” Kataku sambil memegang perutku.
“Rizman! Kamu harus kembali ke sel. Maaf puan.. masa melawat sudah habis.” Kata anggota polis tersebut. Ya Allah, aku masih belum puas berjumpa dengan Rizman. Tapi esok dia akan menjalani hukuman. Berat hatiku untuk meninggalkannya.
“Saya pergi dulu Nurul Faizura.. Saya sayangkan awak seumur hidup saya. Assalamualaikum, cintaku..” Buat kali pertamanya Rizman menitiskan air mata lelakinya. Aku yakin bahawa dia benar-benar insaf.
“Waalaikumussalam… Saya janji akan ingat awak sampai bila-bila..” Ya Allah, ampunilah segala dosanya. Dia sangat menginsafi dirinya. Tempatkanlah dia nanti bersama golongan yang baik-baik. Amin..
Aku melangkah keluar dari tempat itu dengan penuh rasa berat hati dan sangat sedih. Aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Sesungguhnya kedukaan di hati ini benar-benar kedukaan yang paling besar yang pernah aku alami. Kesedihan ini seperti membuatku seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup. Rizman, bersabarlah kerana Allah bersama orang-orang yang bersabar.
Hidup, mati, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah hanya mampu berusaha, berdoa, dan berserah kepada Allah. Hidup aku terlalu banyak dosa. Aku bersyukur padaMu kerana telah dipanjangkan umur dan memberiku peluang untuk berubah menjadi yang lebih baik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan