Since 2012 ..
well ..
I felt like a new one ..
What a feeling !!
pheww .......................
Let's start !

Khamis, 1 Ogos 2013

I'm Your Lady.. (Bab 1)

Kurenung ke luar jendela... Di waktu pagi yang penuh kedinginan ini, selain terlihat dua ekor pipit yang sedang ber ‘dating’ kononnya di atas dahan pohon rendang yang berhampiran, kubayangkan sekeping hati sedang berlegar-legar di udara sambil melalui awan biru bagi menuju ke destinasi cinta. Hah! Awan berwarna biru? Biarlah.. dengarkan dulu apa yang mahu diperkatakan oleh isi hatiku ini yang sudah lama bertaut kasih, mengenangkan si dia. Seutuh cinta kami begitulah ke hari ini. Di mana bibit - bibit cinta terkias di bibir nyata. ‘Always!’ Ouch ! Lantas diketuk kepalaku oleh tanganku sendiri.

Alahai, bermadah pujangga pula aku pagi-pagi nih. Aku seperti biasa suka termenung sendirian di mana sambil otakku ligat memikirkan sesuatu serentak dengan pandanganku melopong entah ke mana. Arghh ! Kenapa dengan aku ni? Bagaimana aku boleh terperangkap dalam dunia cinta tanpa sempadan ini..? Aku tidak boleh memandang yang lain kerana tertumpu pada sesuatu yang mana padaku ianya indah belaka. Kekasih hatiku yang mana mempunyai pelbagai sikap yang aku anggap terlalu baik di mataku. Aku ibarat lupa dunia..

“Faizura, dah lambat ni. Kenapa belum siap lagi..? Asyik termenung je tau. Ish! Akak dah siap ni. Kalau lambat akak tinggal kang..” Sedang aku melayani arus deras perasaan, kak Anis datang menyapaku.

“Termenung apa pulak. Erm, Zura tak nak pergilah kak…. Tiba-tiba rasa malaslah pulak. Nak tidur lagi bagus.. Semalam Zura tidur lambat. Hurmm...” Dia menarik muka 360 darjah setelah kuajukan keputusan.

“Ala.. Zura ni dah kenapa ? Tadi dia yang beria-ria sangat nak pergi. Suruh orang tunggu dia.. lah. Apa lah.. Tup! Tup! Tak jadi pergi pulak..” Pertanyaan itu membuatku jadi serba salah. Ya Allah.. Kenapalah dengan kau ni Zura? Pergi jelah, sekurang-kurangnya ada juga kau keluar mana-mana hari ni. Kalau tak, asyik terperap.. aje kat dalam rumah. Lagipun, kau kan dah janji nak ikut Kak Anis tadi.. huh! Dengus hati kecilku. Mungkin aku masih lagi berkhayal tadi.

“Hm.. Kalau akak nak Zura pergi juga, okeylah.. Zura bersiap sekarang. Akak tunggulah kat bawah dulu. Zura siap kejap.. aje eh?” Sebenarnya aku malas nak ikut Kak Anis. Tapi, aku juga yang nak sangat akak membawaku bersamanya tadi. Sekarang, aku tidak mahu pergi pula. Ah! Pergi sajalah... Mungkin nanti ada ‘something’ yang aku akan terlepas, menyesal pula aku. Hehe. Ketawa pulak hatiku ini.

“Cepat tau! Jangan lama-lama. Kalau tak, akak tinggalkan Zura..”
Jadi, aku memutuskan untuk mengikuti Kak Anis ke majlis temannya. Sejurus kemudian, dia keluar dari bilikku. Aku pula bingkas bangun sambil mencapai sehelai tuala. Selepas mandi, gaun merah jambu bercorakkan sekuntum mawar putih di bahagian pinggang pemberian ibu sempena hari lahirku menjadi pilihan untuk kugayakan ke pesta tersebut. Kemudian, beberapa solekan ringkas kukenakan pada wajahku. Kusikat rambutku yang berurai panjang hingga ke paras pinggang dan kusisirkan penyepit rambut berwarna merah berbentuk hati pada rambutku yang dilepas begitu sahaja. Hm.. ‘perfect’!! Suara Kak Anis memanggilku sudah sayup kedengaran. “Yelah.. Zura siap dah ni.. kejap ye kak.” Kusahut panggilannya sambil mencapai sebuah beg tangan berwarna hitam kemerahan yang tersusun rapi bersama beg-beg berjenamaku yang lain. Hm, apa lagi yer..? Okey, rasanya semua dah lengkap!

Haa. Satu lagi.. Possing sikit.. Peace!! ‘cover cute..’ Klik! Fotoku diambil untuk disimpan buat kenang-kenangan dalam ‘i phone’ku ini. Haha! Kenanganlah sangat.. Hm.. nice pic! Haha.. masuk bakul angkat sendiri lah pulak aku ni. Alamak…!!! Dah lambatlah. Nanti Kak Anis marah aku pula. Membebel.. tak tentu pasal. Hehe!!

“Ha, cepatlah kak. Jomlah kita pergi sekarang.” Kataku sambil menuruni anak tangga dengan berhati-hati agar tidak tersadung gara-gara gaun yang sedikit labuh ini.

“Amboi, cantiknya adik akak sorang nih! Kalau ajak ke pesta, bukan main lagi yer. Melaram sakan mengalahkan artis Hollywood. Hei, Zura.. Zura..” Pujian kak Anis benar-benar membuat pipiku merona kemerahan. Aku hanya membalas pujian tersebut dengan sekuntum senyuman.

“So.. ini majlis perpisahan lah yer ?” Tanyaku sambil memandang Kak Anis ketika kami dalam perjalanan .

“Lebih kurang macam tulah…. Sebenarnya, kawan akak tu.. nak sambut kejayaan kerana dia dapat tawaran sambung belajar kat US. Haa.. kalau Zura nak jadi macam dia, belajarlah rajin-rajin jangan asyik khusyuk bercinta.. aje. Faham?” Terang Kak Anis.

“Ye.. lah, cik kak oii.. Zura tahulah. Hmm, jauh lagi ke rumah kawan akak? Penatlah Zura tengok akak ni dari tadi asyik belok sana.. belok sini..” Tanyaku lagi.

“Sudah sampailah. Tu.. kat depan sana sikit tu rumah dia.. lah. Sekejap ye akak nak cari tempat nak ‘parking’ dulu.” Khusyuk bercinta? hurm... biasalah! Remaja macam aku inginkan hak kebebasan.. Kami masih tercari-cari akan kenikmatan hidup.

“Kejap eh.. Zura nak touch-up sikit.”

“Ish.. Mengada betullah Zura ni. Jangan over sangat.. bukannya ada red carpet pun...”

"Biar ah.. " Jelingku.

Kedatangan kami disambut baik oleh sahabat kak Anis yang bernama Afiqah. “Hai.. Fiqa!”

“Hello!! How are you Anis? U look different today.”

“Okey je. Eh, sorry.. aku lambat.. Tunggu minah senget ni.. lah!”

“Sorry, sis!” Sambungku sambil bersalaman Kak Afiqah.

“It’s okey.. Hurm.. Ini adik kamu ke? Hurm... nampak matang macam kakak dia.. Ha! Faizura.. kamu buatlah macam rumah sendiri ye dik. Kak Fiqa nak ajak Anis jumpa kawan-kawan kejap. Kejap.. aje. Okey? Pergilah makan-makan dulu ke.. eh?”

“Akak tinggal Zura kat sini dulu kejap tak apa kan?”

“Hm.. tak pe. Lagipun Zura nak ‘round’ kat luar rumah.. Macam best.. je!!”
Aku berjalan-jalan di halaman rumah. Hm.. good decoration! Sungguh cantik mata memandang.

Sedang aku terleka memerhatikan sekuntum bunga orkid..

MIOWW!!!!!!

Tiba-tiba seekor kucing berlari ke arahku. Aku pantas mengelak ke sebelah kanan dan tiba-tiba sahaja kaki aku yang tidak bersalah ni tersepak batu. Aduhh! Hampir tersungkur aku dibuatnya. Tapi tanganku cepat terkena tanah. Argh.. kan dah kotor. Aku membebel sendirian sambil menguis-nguis pasir dan dedaun kering yang terkena pada gaun kesayanganku. Selepas itu, aku menggosok pipiku yang terasa agak gatal. Ish.. apasal.. lah aku juga yang kena hari ni? Hei.. kucing! Nasib baiklah kau tu binatang.. sayang jugak aku kat kau walaupun kau yang menyebabkan aku jadi macam ni….!!!!

“Ahahahaha…. Ehermm…” Eh, siapa pulak yang ketawakan aku ni? Tanpa membuang masa, aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang agak ‘good looking’ sedang menekup mulutnya sambil berbaki ketawanya. Aku merenung tajam ke arahnya sambil mencekak pinggang. Huh! Siapa pulak bro ni..? Eii, geramnya aku!!!! Tak pasal-pasal gelakkan aku… urgh!

“Oitt!! Apasal awak gelakkan saya hah? Ada yang kelakar ke? Hah?” Sebaik saja aku memarahinya, gelak tawanya makin rancak. Terdapat beberapa orang sempat memerhatikan kami. Jantan ni buat malu aku aje!! Dah la serabut ni.

“Helloo… encik, kenapa ketawakan saya? Kalau saya jatuh pun.. normal lah kan! Macamlah awak tu.. tak pernah jatuh!” Ingin saja aku menunding jari ke hidung mancungnya itu.

“Cantiknya muka awak.. ahahaha!!!!”

“Dah cantik, kenapa gelak? Kecantikan itu sesuatu yang lucu kah?”

“Sejak bila ada jual blusher warna hitam hah? Owh.. saya lupa. ‘Trend’ terkini agaknya. ” Apa? Blusher warna hitam? Tak silap aku.. aku mengenakan blusher pink. Bukannya hitam.. Hah!! Jangan-jangan muka aku… ! Lantas aku menutup wajahku dengan kedua-dua belah tangan. Ahh.. malunya aku.. Geram betul!

“Hei, yang awak tutup muka tu apasal? Boleh hilang ke kotoran tu.. Meh sini!” Tiba-tiba dia menarik tanganku dan terus mengelap kotoran yang ada pada wajahku tadi menggunakan sapu tangan yang dikeluarkan dari poketnya. Aku tergamam seketika setelah melihat perbuatan spontannya itu. Lantas aku merampas sapu tangannya dengan kasar dan mengelap semula wajahku dengan sendiri. “Nah! Ambil balik! Thank you very very very much!”

"Wow.. banyakknya very awak.. cute pulak saya dengar.."

"Gila!"

“Tak sangka ye.. ada juga orang yang datang ke pesta tak berteman. Kan, cik adik? Dah tu.. terkena musibah pulak. Kesian.. kesian..” Tegur lelaki itu.

“Bukan musibah, kemalangan kecil! Yang awak sibuk sangat apasal? Suka hatilah saya nak datang dengan siapa pun..” Jelingku.

“Yup! Saya memang suka menyibuk hal-hal gadis secantik awak. Ehem.. by the way.. perkenalkan nama saya Fairus. Erm.. Tengku Fairus. You..?” Entah kenapa dia ingin berkenalan denganku. Hm, lantaklah! Apa salahnya kalau aku pun memperkenalkan diriku pada mamat poyo.. nih.

“Nurul Faizura! Kenapa? Tiba-tiba tanya nama orang nih apasal hah?” Jawabku dengan nada yang agak kasar. Sejak aku bercinta dengan Rizman, sukar untuk aku bercakap lembut dengan mana-mana lelaki. Entah kenapa automatik diriku menjadi sekasar itu. Tapi benar-benar tak sangka bahawa ada lelaki seperti dia ini yang sanggup tahan dengan kekasaranku.

“Amboi, garangnya. Kata jual mahal kang, aku jugak yang kena pelempang. Ops, sorry. aku pulak. Eh, kejap! nama awak pun mula huruf F? Hm.. Faizura.. Fairus..! Fairus.., Faizura..! ada persamaanlah! Entah-entah kita ada jodoh tak..” Kata-kata itu membuatku terasa hendak muntah. Cis, ada hati.. dia belum tahu yang aku dah ada yang punya. Fikirku dalam hati. Geram akan kata-katanya itu.

“Maafkan saya, awak siapa nak tentukan jodoh? Awak ingat saya kenal sangat ke dengan awak ni? Muncul dari planet mane ntah!” Marahku sambil mencekak pinggang.

“Mestilah planet bumi.. Takkanlah muka kacak.. macam ni datang dari planet Pluto kot? Tapi.. kalau tak kenal, jomlah kita berkenalan. Apa kata orang? Tak kenal.. maka tak cinta.. Saya suka akan penampilan awak. So.. sweet.. And you are very suitable with a handsome man like me.” Eiukk…. tak sangka masih ada manusia seperti itu. Syok sendiri!!! Lelaki tak malu!

“Hmm… sorry. I have to go now. Awak cakaplah sorang-sorang! Malas nak layan. Layan tembok lagi baguslah..” Aku segera meminta diri.

“Anyway, can we meet again? I mean, for a dinner.. maybe! I will treat you..” Pantas Fairus mengeluarkan suaranya yang agak cover itu.

“For your information.. I don’t want to see you anymore! Okey??” Aku terus beredar dari situ lalu pergi mendapatkan Kak Anis.
Huh! lega akhirnya. Jauh daripada mamat tadi. Kejap…. kenapa dari tadi aku asyik memikirkan dia? Sangat - sangat tidak penting!! Merosakkan fikiran aku betullah!


“Amboi.. jauh termenung nampak! Zura.. teringatkan buah hati ke…? Khusyuk sungguh adik akak sorang ni. Sampai dengan akak pun tak diajak berbual..” Teguran Kak Anis membuatku sedikit terkedu. Hah? Buah hati..?

“Termenung? Eh.. tak ada, lah! Cuma saja.. tengok-tengok kat luar ni.” Jawabku.

“Akak tengok tadi, Zura berbual dengan seorang lelaki. Ehem.. tu pak we baru Zura ke? Hai.. takkanlah tak cukup dengan Rizman sorang aje.. Atau pun, dah putus dengan si Rizman tu? Ish.. tak baik tau, mempermainkan lelaki. Playgirl namanya.. Zura ni! Ish! Ish! Ish!” Apalah Kak Anis ni, ke situ pulak dia. Takkanlah aku tak boleh cakap dengan mana-mana lelaki selain Rizman.. Tak pasal-pasal dicopnya aku ni ‘playgirl’.. Akak… akak..

“Eh, mana ada.. Akak ni.. mana ada Zura ‘break’ dengan Rizman tu! Lagipun kak, orang gila mana entah ganggu Zura tadi. Rimas betul,Zura. Isy, tolonglah.. takkanlah dia tu nak jadi pak we Zura.. Excuse me.. he is not my taste, sis.” Ye.. lah tu dia bukan ‘taste’ kau, Zura.. Kacak kot!!!! Kau aje yang jual mahal… humph!!! Kalau Rizman bukan milik aku, dah lama aku pikat jantan tadi.. hehe. Mulalah aku ni nak tunjuk belang. Astaghfirullahalazim, tak baik kau cakap macam tu cik Zura hoii..

“Itu, lah. Zura ni cantik sangat! Siapa yang tak terpikat? He.. he.. Eh, Zura.. lelaki tadi kacak jugak kan? Malah lebih kacak dari Rizman. Berkenan akak tengok!” Mukaku mula mengembang memikirkan perkara yang paling aku suka iaitu sewaktu orang memuji aku. Tapi, Apa! Apa Kak Anis cakap? Mamat tadi tu lebih kacak dari Rizman?

“Akak ni.. ada-ada saja tau! Kalau macam tu, akak ngorat jelah dia.. Dia tu single lagi kot.. tu yang asyik ngorat anak dara orang tu! Akak try lah..” Aku mencubit paha Kak Anis tanda kemarahanku.

“Tak boleh.. sebab dia dah mengorat dulu adik akak yang cantik manis nih..”

“Ish, akak nih..” Kali ini Kak Anis sempat saja mengelak sebaik sahaja aku ingin mencubitnya buat kali kedua.

“Elleh… suka lah tu. Kak Anis tahu, Zura suka kan? Tengok tu.. kan dah kembang satu badan. Apalah Zura ni, sampai nak cubit-cubit akak pulak.. sakit tau.”

“Ish.. sudahlah. Akak nih suka tau, usik Zura. Nanti, Zura ‘report’ kat ibu baru tahu. Akak kena cubit dengan ibu baru puas kan?” “Kenapa tak ‘report’ kat Rizman terus? Dia kan.. si jantung hati Zura.. mengadulah kat dia tu... ‘Call’ lah dia cepat!” Usik Kak Anis lagi.

“Sudah, sudah. Kalau macam ni, bila nak habis? Dah Okey? Hmm.. balik rumah nanti, kita sambung balik yer? Kita bertengkar puas-puas..” Kak Anis hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersengih. Aku pun senyum selamba.
Kak Anis memang seorang yang ‘sporting’. Hubungan aku dengan Rizman, hanya dia sahaja yang tahu. Ibu dan papa langsung tidak mengetahui hal ini kerana aku tidak berani untuk berterus-terang. Tapi memanglah, lambat laun pasti mereka akan tahu juga. Entah siapa yang akan tahu reaksi mereka nanti. Sekarang belum tiba masanya.

Tiba-tiba sahaja, telefonku berdering. Lantas aku menjawab panggilan tersebut walaupun aku tidak mengenali nombor yang terpapar di skrin telefon bimbitku.

“Hello, Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam. Boleh saya tahu, siapa ni?”

“Ni sayalah. Fairus. Hai.. takkanlah dah lupakan suara saya yang ‘macho’ nih?” Kejap! Aku mengimbas kembali sewaktu di majlis tadi. Oh, dia rupanya. Patutkah aku bercakap dengannya? Atau aku matikan saja telefon. Huh, macam mana ni..

“Faizura.. Are you still there? Kenapa awak diam saja..”

“Hah? Apa? Hei...!!! Mana awak dapat nombor ‘phone’ saya hah?” Ish! Macam manalah nombor telefon aku ada kat dia?

“Ade lah.. mana boleh beritahu mana saya dapat. Hmm, saya nak tanya awak sikit nih, nak tak.. kita keluar makan? Untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Saya sukalah kat awak.. Hm, Apa kata kita makan dekat.. ” Eii.. tolonglah.. bukan dengan mamat sewel nih. Tak akan mungkin!!

“No thanks!! Saya tak berminat sama sekali. Thanks for your offer. Okey.. bye! Bye!” Sebelum dia menghabiskan percakapannya, aku terus mematikan telefon walaupun aku tidak tahu apa yang dia inginkan tadi. Aku tak sudi berkenalan dengannya. Aku khuatir jika dia terus mendekatiku, dan jika Rizman mendapat tahu, pasti dia cemburu habis. Ish! Tak nak aku. Tak pasal-pasal nanti aku kena marah dengan dia.

“Siapa yang telefon tu.. Nampak marah je adik akak nih. Ada orang ajak bergaduh lagi ke..? Hei, tak habis-habis bergaduh. Tak baik tau!” Tanya Kak Anis sambil meneka yang bukan-bukan.

“Bergaduh apa bendanya pulak akak ni.. Akak ni suka sangat salah faham.. Tak de apa lah kak.. Eh, dah sampai rumah. Zura masuk dalam dulu yer.” Aku mengelakkan diri dari menjawab pertanyaan Kak Anis. Kebetulan kami sudah tiba di rumah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk tidak memberitahu kepada Kak Anis. Jika akak tahu, fuhh.. pasti aku asyik diusik olehnya. Pasti tak boleh duduk senang langsung..

Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Aku mencapai sekuntum bunga mawar putih pemberian Rizman. Aku menghidu keharuman bunga tersebut. Kerinduan yang bertaut di hati kembali menyusuri kedinginan jiwa sanubariku. Kesegarannya masih mekar selagi dijaga dengan baik. Walaupun pada akhirnya akan layu jua..

Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Rizman pada waktu ini? Adakah sekarang dia juga sedang merinduiku seperti mana aku sedang merinduinya..? Sudah lama aku tidak mendengar suaranya. Aku lantas mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Rizman yang sudah aku hafal dari dulu lagi.

“Hello, Assalamualaikum.. awak tengah buat apa tu..? Sibuk ke..?”

“Waalaikumussalam… Zura, awak ke.. hm? Tak ‘busy’ sangat pun..”

“Awak….?” Tegurku perlahan.

“Ye, ada apa?” Kenapa agaknya suaranya tidak se ‘happy’ ketika aku menghubunginya sebelum-sebelum ni. Ada apa-apa yang tidak kena kah? Aku agak khuatir akan keadaan Rizman yang sejak belakangan ni dia selalu tidak ceria saja. Sakitkah dia?

“Awak okey? Kenapa suara awak lain macam saja? Tak de mood eh..?”

“Bukanlah.. Erm, saya tak berapa sihat sikitlah.. dua tiga hari ni. Urgh! Urgh! Ha.. awak dengar sendiri kan? Saya tak berhenti-henti batuk dari tadi. Saya rasa kita jangan berjumpa dulu ye dalam beberapa hari?” Owh, patutlah. Tapi takkan gara-gara tidak sihat sikit saja dia jadi seperti itu? Selalu saja mahu mengelak daripada bertemu denganku. Ah! Biarkanlah. Malas aku memikirkannya.

“Tapi….”

“Saya tak nak nanti awak kena jangkit pulak. Kesian awak nanti.”

“Kolej macam mana?”

“Saya dah ambil cuti. Bila saya sudah sembuh nanti, kita jumpa okey?”

“Tapi kita akan terus berhubung kan? Dah lama kita tak jumpa..”

“Ya.. Okey, bye..”

“Bye..” Hmm, kata-katanya kepadaku entah kekal entah tidak. Hanya tuhan saja yang tahu.
Beberapa minit kemudian, Rizman menghantar mesej. Di situ terteranya puisi-puisi cinta indah belaka. Lantas kuukir sebuah senyuman bahagia yang tak terucap kiasannya. Wanita memang cair dengan kata-kata.

“Apa yang senyum-senyum tu? Teringatkan seseorang ke..? Anak ibu ni..” Tiba-tiba sahaja ibu muncul di muka pintu. Agak-agak.. ibu dengar ke tak ye.. perbualan aku dengan kekasih rahsia aku itu? Kalau ibu dengar macam mana ni? Pasti ibu terus adukan hal ini kat papa. Papa kan sudah mempercayai aku 100%. Tak mungkinlah papa akan percayakan aku lagi kalau dia dapat tahu semua rahsia yang aku sembunyikan selama ini..

“Eh, ibu.. ehm, tak de apalah. Saja, senyum. Ada apa ibu?” Aku cuba berfikiran tenang dan berpura-pura seperti biasa. Kalau aku asyik berangan.. aje, sudah pesti ibu dan papa akan mengesyaki aku sedang bercinta sakan dengan seorang lelaki. Apa orang kata? Penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena.. mandi tak basah. Hm.. dulu bukan main lagi berazam tak nak bercinta. Tapi, sejak muncul aje Rizman, cintaku mula berputik. Sungguh, aku telah tewas dengan perasaan ini.

“Saja je.. ibu ke sini nak berbual dengan Zura. Salahkah?” Berbual? Tentang apakah? Jangan-jangan ibu curiga terhadapku kerana selama ini aku sering pulang lewat. Itu kerana aku sering keluar bersama Rizman. Bagaimana jika ibu tahu, bagaimana nanti? Alamak.. Mati.. lah aku!

“Zura dah ada teman ‘special’ ke? Taklah.. selama ni ibu tengok, Zura lain macam aje? Seperti orang yang sedang hangat bercinta.” Aku tergamam sebentar. Segala sangkaanku tadi tepat sama sekali. Sejurus kemudian, sebuah keluhan menyusul di ulas bibirku.

“Huh, ibu ni… kenapa tanya soalan yang tak penting ni.. malaslah Zura nak jawab.” Muka aku mula masam mencuka menunjukkan bahawa aku protes terhadap pertanyaan ibu. Kemudian ibu mengusap rambutku. Belaian ibu sudah pasti membuatkan hati seorang anak bahagia.

“Ala.. sayang ibu. Ibu minta maaf okey? Kita berbual soal lain ye? Sudahla.. tak cantiklah anak ibu buat muka macam tu.” Mendengar kata-kata ibu, aku mula tersenyum.

“Ibu sayang Fiza tak?” Sengaja aku mempersoalkan pertanyaan sebegitu. Hanya itu yang tergerak di hati sebaik sahaja memandang tepat ke sepasang bola mata ibu.

“Tentulah ibu sayang.. Kalau tak, masa Zura masih bayi dulu dah lama ibu picit-picit hidung Zura tau. Ataupun ibu tak berikan anak ibu ni minum susu. Biar je minum air paip sudah! Hehe..”

“Ibu ni kelakarlah. ‘Thanks’ ye ibu.. Hm, sayang.. ibu!” Aku terus memeluk ibu dengan erat. Dari kecil aku memang rapat dengan ibuku. Tak dapat kubayangkan jika aku berpisah dengan ibuku. Kehidupanku pasti tidak beerti lagi. Sebagai seorang anak, aku wajib menghormati ibuku. Papaku juga harus kuhormati walaupun ayah merupakan orang keempat selepas ibu. Aku akan berusaha sedaya mungkin untuk membalas segala jasa pengorbanan ibu dan papa selama ini.

“Zura mesti janji tau yang Zura tak boleh buat ibu sedih.. Zura mesti selalu membahagiakan ibu. Tau!”

“Of course lah mom..” Aku melepaskan pelukan perlahan-lahan.

“Meh sini sayang.. lama tak peluk anak bongsu ibu yang sorang nih lama-lama.” Ibu memelukku semula. Terasa selesa.. sangat dalam dakapan ibu. Aku ingin perkara ini berterusan hingga ke akhir hayatku.

Tiada ulasan: